Monday, February 20, 2006

Terlupa.

(Sambung cerita semalam)

Pukul 11.00 (lebih2 sikit) malam, bini tersayang pon pulang bersama dua bungkusan polistrin.

"Ayang nak kambing?" bini tersayang tanya.
"Kambing?" aku. Posisi baru?
"Ada lauk kambing lebih tadi. Orang bawak balik," bini tersayang menjelaskan. Oh... tau2 aje.
Aku makan dua ketul cebisan rusuk kambing yang bini tersayang bawak balik tersebut. Bini
tersayang pegi shower (terasa nak join, tapi takut sejuk pulak). Ada lima ketul cebisan rusuk kambing kesemuanya. Dua tu simbolik!

Dipendekkan cerita, bini tersayang sangat penat akibat aktiviti teambuilding tadi. Tak sempat aku nak menambahkan kepenatan tersebut, dia dah terlelap di atas couch ketika menunggu aku abis baca satu artikel yang menarik bertajuk 'The Seven Habits of Highly Offensive People' dalam majalah Fortune klasik yang aku jumpa atas meja kopi tadi.

Amoih, comelnya bini tersayang tido.

"Yayang, penat ek? Gi tido atas katil tu," aku mengejutkan bini tersayang. Memula ingat nak dukung aje, tapi kekuatan tangan aku hanya mampu mengangkat beban kurang dari 50kg dengan stabil. Oleh kerana itu, terpaksalah aku mengubah plan.

"Tapi, orang tak semayang Isya' lagi," bini tersayang berkata dalam keadaan mamai.
"Takpe, nanti pukul dua orang kejut semayang. Gi tido dulu," aku mencadangkan, sambil berfikir apakah yang boleh dilakukan sementara menunggu pukul dua. Sorang diri!

Bini tersayang bangun dalam keadaan mamai. Aku pimpin bini tersayang masuk ke bilik dan membaringkan beliau di atas katil.

"Dah2, jangan buat andaian terkedepan." aku berkata kepada orang yang tengah membaca posting ini.

Hehe

Aku kuar dari bilik setelah menyelimutkan bini tersayang dan menutup lampu. Rasa frust sikit, tapi, rasa kasihan pada bini tersayang lebih kuat. Sian dia letih. Ayat poyo.

ARGHHH!!! (jeritan batin)

Lalu aku pon menonton TV. Tak ingat pulak channel mana, tapi ada movie, 'American Outlaws'.

Aku menonton movie berkenaan dengan rasa kagum bagaimana watak Jesse James digunakan oleh penulis skrip (atau pengarah) untuk membincangkan leadership skills.

Karisma yang dimiliki oleh Jesse James adalah kelebihan beliau sebagai seorang pemimpin. Karisma selalunya merupakan anugerah semulajadi, tapi tak semestinya tidak boleh di develop. Macam jugak kebijaksanaan. Ada orang dilahirkan dengan IQ yang lebih tinggi daripada orang lain, tapi kalau tak digunakan dengan betul, atau didevelop betul2, akan hilang jugak apabila meningkat dewasa. Tapi, dalam cerita ini, Jesse James menggunakan anugerah karisma tersebut untuk memimpin kawan2nya melakukan satu revolusi rompakan yang memenangi hati orang2 lain. Walaupun perbuatan mereka satu jenayah berat, tapi, mereka dianggap hero pulak. Pelik kan, bagaimana karisma seseorang boleh mengaburi mata kita daripada berfikir secara objektif? Tapi, itulah hakikatnya. Tengoklah pemecatan seseorang daripada jawatan tinggi kerajaan di negara kita satu masa dahulu. Ingat?

Satu lagi kelebihan Jesse James ialah kemahirannya mengatur strategi dan taktik, juga berfikiran jauh. Dia tak pergi bunuh je orang yang mengakibatkan kematian mak dia yang dah tua tu, tapi, dia mengambil keputusan yang jauh lebih matang dengan mengakibatkan orang tersebut berada dalam kerisauan dan serba tak kena dengan menyerang balik kepentingan2 mereka.

Tapi, kelebihan semulajadi Jesse James sebagai pemimpin yang paling hebat ialah membuat keputusan2 penting dengan cepat dan berkesan, dan bertindak apabila membuat keputusan. Bukan cakap tak serupa bikin. Atau cakap saja, tarak bikin. Bukan macam sesetengah2 pemimpin, kena meeting dulu, baca laporan dulu, jumpak consultant dulu (Nih pemimpin korporat, tapi bukan kompeni aku laa. Kompeni aku bes~) walaupon keputusan yang perlu dibuat tu adalah obvious1. Tu pon, buat jugak keputusan yang salah2.

*sigh*

Si Jesse James nih jugak pandai dalam soal2 organisational behavior dan public affair. Ini digambarkan dalam scene2 dia cuba memenangi hati kawan baiknya yang juga nak memegang tampuk kepimpinan. Dari segi public affair, kemahirannya digambarkan dalam scene2 dia mengedarkan duit2 hasil rompakan kepada golongan petani (ala2 Robin Hood) dan merompak dengan menggunakan cara yang bersopan. Paling best, dia leh antar artikel ke surat khabar untuk menyatakan tujuan dia merompak. Thats a briliant PR decision! (bisik hati aku ketika itu)

Filem ini juga membincangkan tentang cabaran2 seorang pemimpin dan priority individu dalam kehidupan. Nilai2 murni yang dipupuk yang aku dapat tangkap daripada filem ini ialah:

  • Kena berani
  • Family come first
  • Leadership skill (seperti dibincangkan di atas)
  • Kawin dulu sebelum nak melakukan proses pembiakan (Ho ho... ada dlm scene2 romantik)
Gila lah aku terkagum kejap ngan movie tersebut. Ngam2 movie tu abis pukul 2.00 (kurang2 sikit) pagi. Aku pon masuk ke dalam bilik untuk mengejutkan bini tersayang untuk semayang Isyak, dan agenda2 lain3 selepas beliau selesai semayang.

Sekian.

footnote:
1. Ayat ini tidak sesekali membawa maksud aku merendah2kan kepentingan meeting, membaca laporan serta berjumpa konsultan. Sila rujuk kembali ayat di atas untuk konteks sebenar.
2. Tak semuanya. Kadang2 je.
3. Qiyamullail (konon2) dan ibadah malam (Ni betul! Tapi, ibadah yang hanya boleh dilakukan oleh pasangan suami isteri. Kalau tanya lagi, sah2 anda lom matang)

19 comments:

Pegawai Khalwat said...

Tak pernahlah pulak aku tengok cerita American Outlaw.

Cerita koboi yang aku penah tengok cuma Unforgiven. Tu pun nasib baik cerita dia anti-hero.

dith said...

This blog should be re named as
LAMENTS OF A WEEKEND HUBBY

Anonymous said...

*wink*wink*

Anonymous said...

Sayuti, sekali lagi kak CN ucapkan terima kasih kerana membolehkan serta mengizinkan kakak memberikan komen tapi tidak untuk hari nie ya - busy bebenor teman hari nie.

Anonymous said...

nak tanya gaks bleh x, sayut? kes kes

-normah-

Sayuti said...

pegawai khalwat: saya pulak tak pernah tengok cerita unforgiven. lagu unforgiven selalu la layan.

dith: memula nak buat tajuk "the weekend husband". tapi, plan jangka panjang saya utk blog ni tak mengizinkan. tq for the suggestion.

kak lady: Y(^_~)Y *wink*

kak CN: takpe. saye pon byk keje hari ni. mungkin takde post baru. sekadar komen.

time kasih sebab sudi baca tulisan merapu saya ni. :)

normdut: tanya la. aku citer kang merah plak pipi putih gebu ko tu. so, baik jgn tanya.

Anonymous said...

salams,
this is my first time here tapi kan heheheheh kelako le baca :P
bait2 ayat tuh nak tergelak.. ade jugak mcm terkena btg idung sendiri :P

Anonymous said...

org lain ada bini gak...tak ler mcm ko!!

Anonymous said...

ibadah malam yang hanya boleh dilakukan oleh suami isteri?
hurm...semayang sunat (tahajud, dan pelbagai lagi) secara berjemaah ke?

bagus btol..semayang sunat, pastu berjemaah lagi... ni kena amalkan nih... :)

Sayuti said...

ayu: tq for visiting. please come again. :D

anonymous: itu menunjukkan aku unik! :D

syukies: no komen :D

Anonymous said...

Ayang nak kambing?" bini tersayang tanya.
"Kambing?" aku. Posisi baru?

aih..aku terasa lain mcm je dgn ayat ni..ahaha..

Sayuti said...

Zd, rasa lambchop kedai western?

Snubby, Don of Anime said...

[quote]"Dah2, jangan buat andaian terkedepan." aku berkata kepada orang yang tengah membaca posting ini.[/quote]

Nasib baik ko warning aku... adeh, lucu plak membace post2 ko sejak akhir2 nih. Hahaha.

Anonymous said...

KAU unik...ehhh giler ker apa ko ni? Apa kena mengena "unik" ngan KAU!!!
Sedih ada lah aku dengar cerita KAU!!.
Tak unik langsung...

Sayuti said...

snubby: :D
anonymous: takde kena mengena pon. tapi, terima kasih kerana kau lah yang paling mengerti perasaan aku. aku sedih.

p/s: rajin jugak ko datang eh.

Anonymous said...

Yayang?? Adakah kao incik sayangku?? Huhu.

Incik sayang kate, "sile la jgn terpengaruh dengan incik training coordinator anda.."... bile ai wat2 ayat ajak bliau kawen ngeh ngeh.

Incik sayut...pengaruhilah gue...:"> hau hau hau

Sayuti said...

fryday: kasik dia ultimatum, "mau kawen atau ai kawen orang lain aje"

tgk apa respon dia.

Anonymous said...

sayut, berenti tulis blog la. ko wat biografi lg best hehe. tp takmo la biografi ayat skema, nak ayat yg sama mcm dlm blog ko ni gak. sori tak berkesempatan lg nak mengunjungi umah baru korg yg for sure bersepah time erynn takde. tgkla, dlm next week ke kalau ada kelapangan. btw, anonymous tu jeles kut ko dah kawen hahaha..

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it » » »