Polisi.
Aku skang berada di cc depan puduraya. Mau berangkat ke Kuantan jap lagi untuk bertemu isteri bagi menghilangkan kegersangan melepaskan kerinduan.
Semalam, aku sampai di stesen komuter Subang Jaya lepas pkl 8.10 pagi (dah lambat). Aku tengok tentatif, 8.00 - 9.00 pagi ada breakfast. Aku membuat andaian yang aku hanya akan miss breakfast dan belum terlambat untuk taklimat berkenaan, lalu aku pon singgah di gerai dekat bawah papan tanda 'dilarang menjaja di sini' bila aku nampak pakcik berkenaan jual kuih pau dan karipap. Aku beli untuk buat alas perut, berjalan dua tiga tapak dan seperti yang aku jangka, aku disapa pemandu teksi.
"Gi mana encik?" dia bertanya. Aku tengok dalam teksi, dah ada dua orang amoi dekat seat belakang.
"Sunway Lagoon Resort Hotel, brapa?" aku cuba membajet.
"Seploh ringgit. Tapi saya nak hantar dua orang ni ke SS12 dulu on the way, boleh?"
"OK," belasah ajelah. Janji sampai on time. "Sampai sana seblom pukul 9.00 boleh?"
Pemandu teksi tu tengok jam, "Boleh2! sempat sangat ni."
Jawapan berkenaan buat aku sangat2 yakin bahawa tambang ikut meter jauh lebih rendah dari seploh ringgit. Tak kesahlah, janji sampai on time.
Ketika aku sampai, ramai peserta taklimat yang terdiri daripada bos2 besar telah sampai. Dengan tiba2 jugak aku rasa sangat gabra melihat bos2 besar berkenaan. Rasanya, aku sorang je kat situ yang masih dara mentah.
Waktu dalam function room, aku memilih kerusi paling belakang supaya aku tak perlu duduk sebelah mana2 bos besar. Tiba2, seseorang menarik kerusi sebelah kanan aku. Aku menoleh. Ada dua orang. Diorang hulurkan tangan. Aiyak!
"I'm R, from..." sesungguhnya saya sangat tahu sape anda.
"I'm Doc," saya juga tahu sape anda.
Encik R adalah salah sorang dari tiga orang bos besar dalam unit aku. Doc adalah orang kanannya.
"...and you are?" TIDAKKK!
"I'm Sayuti, HR. Same unit,"
"How come I never see you before? You baru join ke?" Encik R bertanya. Aku terasa macam nak terkelepek on the spot bila dia tanya camtu.
"This is our new guy," tetiba Datin mencelah. Bila entah dia ada kat tepi kitorang. Aku terkagum jap.
"I also never seen him before, Datin." Doc pulak cakap.
Tiba2 segumpal awan hitam meliputi kepala aku.
Mendung.
Aku pernah masuk bilik Encik R (di ofis) untuk present proposed layout workstation arrangement untuk dapatkan dia punya endorsement. Dia sain lukisan plan yang aku bentangkan kat atas meja. Tapi, dia tak cam aku. Doc pulak, baru je aku jumpak nak handover practical student untuk dia supervise.
Mungkin sebab spek baru aku kot. Waktu aku present tu pakai spek lain. (Nak kasik sedap hati sendiri)
Aku pon cakap yang aku pernah jumpak diorang dalam situasi2 tersebut.
"Maybe because we have so many young people coming in, we can't recognize who is who yet," Encik R cakap dengan rendah diri, "Nice to meet you."
Terharu.
Sessi taklimat dimulakan dengan memperkenalkan diri masing2. Nama, berapa tahun dalam kompeni ni dan dari unit apa.
"I've been in this company for 25 years..." kata sorang.
"28 years..." kata sorang lagi.
"15 years..." lagi sorang.
"Only 8 years." only?
Akhirnya sampai turn aku. Gabra. Tangan menggeletar pegang microfon, "...I'm probably the youngest in this room. I will be confirmed by the end of this month," dup dap dup dap. "Thank you."
Semua terdiam.
"So, how long have you been in this company?" salah sorang bos besar tetiba tanya balik.
"Six month..."
Diam lagi. Cuaknya, cuaknya.
"We have a big generation gap in this session, which is very good. So, we can have views from both the senior and experienced staff as well as the new and fresh ideas from him. Next please..."
Entah berapa agaknya rate jantung aku berdegup. Rasa macam baru lepas lari 20 meter. (Aku tak fit)
Sessi taklimat berkenaan berjalan dengan lancar dan abis awal.
Dan, malam semalam aku gersang sangap sunyi macam biasa. Takpe, japgi kerinduan aku akan diubati.
:D~
p/s: amoi2 di dalam cerita dia atas adalah watak yang sangat tidak significant dalam pos ini. jangan tanya apa2 pasal amoi2 tersebut. harap maklum
2 comments:
Regardless ur p/s bout the amoi, i still wanna ask u, comey tak? Hihu.
Anyway, aku rase aku tau kenape diorang tak recognize ko sayut. Mungkin sbb..ko makin tumbum? Makin sihat~~ hihihihi.
Dlm taklimat tuh sumer org kene present ker? Baper ramai participant? Menarik jugak. Nak2 lagi biler ko dapat duduk sekali dengan bos2 besar. Tak kisahlah kalu ko baru 6 bulan masuk keje, apa yg penting ko boleh observe mcmmane care bos2 ko berpikir. Adaptation..huhuhu.
Langkah yg bijak jugaklah diorang hantar ko pergi taklimat tuh walaupon ade gap yg besar. Becoz we will lead the next generation, lebih cepat drpd aper yg kite sangkekan.
Teringat aku dengan salah satu interview TM.Net time diorang nak carik CSEO (manager besar utk branch kedai tm.net). Diorang ckp, "We need young blood, energetic, and aggressive ppl to lead the branch. Sbb kami dpt byk feedback yg mengatekan, kedai tm.net mcm pos ofis".
Bagus2..post yg menarik.
content taklimat tersebut tak dapat didedahkan. tapi, memang aku dapat observe cara2 bos2 besar berfikir... dan bercakap... serta menembak presenter dengan soklan2 maut.
aku ada gak memberanikan diri tanya satu soklan, tapi, bukan presenter yang jawab. salah sorang bos besar tolong jawabkan. pastu, 'segan' nak tanya apa2 dah.
taklimat tu wajib utk semua ketua2 jabatan, sunat utk orang2 HR.
camtu la lebih kurang.
Post a Comment