Wednesday, February 15, 2006

Kabut!

Datin pesan semalam, "Your job is to come up with solutions - creative ideas or structured process that we can implement. The paperworks, calling up people, nomination... you have to pass to Kak Ros or Kak Jun (support staff lagi sorang) to do. Their rank is supervisor. They are able to do it."

Setelah berjaya mendownload kerja2 yang memerlukan pengetahuan prosedur dan kelajuan menaip yang tinggi kepada Kak Ros dan Kak Jun, aku rasa sangat lapang. Sebab tu pagi tadi banyak dihabiskan dengan meninjau2 blog orang utk idea2 atau apa2 perkara yang dapat menjana minda kreatif. (konon2nye lah)

Bila otak ajer yang berjalan, maka aku pon cepatlah mengantuk. Tambah2 pulak aku tak cukup tido semalam. Entah macam mana laa jarum jam loceng aku boleh tunjuk pukul 6.15 pagi dan berbunyi dengan kuat, walhal jam tangan aku baru pukul 2.00 pagi. Jam dinding lagi takleh harap, pukul 9.00, jarum saat kejap jalan, kejap tak. Dah malas nak betulkan. So, aku switch on TV. TV3 dah abis siaran. Alih TV2. Rancangan "Thought for the Day", diikuti lagu Negaraku.

Sah pukul 2.00 pagi.

Betulkan jam loceng balik. Guling2 atas toto. Setengah jam kemudian, mata takleh tutup jugak. Guling2 lagi. Tak tahu pukul berapa aku terlelap, tapi sedar2 dah pukul 6.45 pagi, Parid dalam bilik air. Entah jam loceng bunyi ke tak tadi, aku pon tak tau.

Pukul 7.20 pagi, aku dan Parid pon memulakan perjalanan ke stesen Sentul Timur macam biasa. Din, pukul 7.00 pagi dah keluar. Dia kena pergi Bangi. Ada training dekat sana.

Azwa, geosaintis yang berjiran (workstation) dengan aku, pesan mintak tolong beli nasik lemak. Memandangkan aku selalu mengepau jajan dan coklat (Azwa nih tokan makanan rapu) dari laci beliau, rasa serba salah pulak kalau tak tolong belikan. Jadi, aku pon singgahlah di gerai2 sarapan dekat dengan area stesen LRT Masjid Jamek. Lama sangat aku pilih lauk, sampai Parid tinggal. Dah selesai bayar aku tak nampak kelibat mamat nih. Aku call. Dia dah naik tren.

Selingan:

Tekanan Pagi

Pergi kerja naik LRT
Setiap hari aku perhati
Manusia yang tak reti-reti
Adab-adab bila tren berhenti

Izinkan penumpang turun dahulu
Jangan terus terkam melulu
Bak ayam dicabut bulu1
Pelancong tengok, tidakkah malu?

Penumpang berada di depan pintu
Walau tak turun di stesen itu
Berganjaklah sebentar jangan membatu
Masuk keluar dapat dibantu

Jika semua sama lakukan
Kau, aku dan rakan-rakan
Pasti kita tidak tertekan
Pergi kerja tersenyum sakan

Stesen PUTRA MJ, 15022006, 0749hrs

Pukul 2.45 sampai pkl 3.45 petang ada miting. Pastu aku review beberapa paperwork yang tiba atas meja aku dan meninjau2 resume student yang apply internship di sini.

Dekat2 nak abis ofis hour, aku dengar suara Datin, Kak Zila (eksekutif lagi sorang, yg jaga recruitment dengan development) dengan Tracy (support staff Kak Zila) riuh. Telinga aku tertangkap ungkapan "tanya Sayuti..." (Uhuk!) dalam keriuhan tersebut. Aku memanjangkan leher meninjau. Serentak ketiga2 wanita berkenaan menoleh ke arah aku, dengan senyuman yang sangat aku kenal.

Aduh, problem.

Tapi problem berkenaan telah berjaya diselesaikan setelah dengan tiba2 aku berjaya menjadi seorang arkitek yang berkaliber.2


Footnote:
  1. Pernah tengok? Aku tak pernah. Burung dicukur bulu pernahlah. (NOTA: betullah tu apa yang korang tengah bayangkan tu. eh, korang bayangkan ape?)
  2. Tak dapat diceritakan apa problem berkenaan sebab aku pon dah boring nak menulis. Nak balik rumah, tido.
p/s: Esok, aku dan Datin akan berada di Sunway Lagoon (hoho) Resort Hotel sepanjang hari untuk mencuci mata atas urusan kerja.

13 comments:

Ku Keng said...

Ha, ha, baru tadi aku naik LRT kerana jalan jam, jadi untuk mengejar maghrib, mode itu lebih pantas. Dan aku perhatikan; kesian anak-anak muda di KL. Ramai yang kaku, tak bergerak-gerak, pekak kerana ear-phones mereka tersumbat di telinga, bisu-bisu kerana mereka diam tak berkata-kata, dan buta kerana mereka tak nampak orang-orang tua yang berdiri lemah di depan mereka.
Di sebabkan mereka kesemuanya duduk di kerusi untuk 'orang-orang yang tua, wanita yang mengandung, dan mereka yang kurang berupaya' maka aku mengambil kesimpulan yang mereka juga tak berupaya. Kesian. Mereka semua masih muda dan nampak gagah sesa!
Kau tak begitu kan, Sayuti?

Pegawai Khalwat said...

Aku tak pernah naik LRT, mahupun STAR, mahupun Komuter, mahupun keretapi.

Keretapi Bukit Bendera pernahlah.

aNIe said...

Sejak hubby selalu outstation ni selalu jugak naik keretapi dari batu tiga s.alam tu...seronok sebab dpt melihat berbagai gelagat manusia...dan seperti kata keng tembaga...kesian pada mereka yang masih muda, gagah sasa tapi 'kurang upaya'...entah bila agaknya anak2 muda kita ni nak belajar pun tak tau...

Sya said...

Bukan setakat tren atau eskalator orang tidak beradab malah masa kuar masuk lif jugak.. hish kena letak tanda beri laluan beri laluan bebanyak...

Bergen said...

Does your company have a policy on blogging about what you do that may be considered voluntary exposure of incriminating information that can be used against you?

Yours is an interesting blog. It opens the door to a life of human resource manager which I don't get to read all that often. It isn't that difficult to find out the company you work for. Or to find out about your since you've got your picture out there which is pretty sharp.

And you also write in detail the route you take each morning to work which I think is very brave of you.

Sayuti said...

keng tembaga: begitu2

pegawai khalwat: saya bersimpati dengan anda.

rina: aku pon nak menulis pasal tu, tapi tak teringat lak waktu menaip semalam. aku dah balas email ko.

kak lady: mungkin bila mereka dah tua nanti agaknya

kak sya: letak tanda laluan pon diorang tak amik peduli. orang Malaysia mmg begitu. sampah dilonggokkan dekat papan tanda "jangan buang sampah disini". ramai penjaja dekat tepi tanda "di larang menjaja di sini".

aneh kan?

bergen: i'm not yet a manager. i'm just a junior executive.

btw, there was a communication session on the policy which touches 'public statement' just now. i raised the issue on blogging. i cant discuss anything further here, but you may find a few changes on my blog after this.

about the route and the picture. how sure are you that i'm telling the truth and that is my real picture?

;p

well, let just say i don't like to hide behind my keyboard.

p/s:
not so brave, but not a coward.

stupid? may be...

Bergen said...

Stay safe,sir.

maklang said...

Pindah Gebeng je....

Snubby, Don of Anime said...

I have to agree with bergen. Jangan cerita sangat dekat mana kau pergi dan berjalan. Nanti ade stalker (erk..let me think again..emm..ok, possible :p )

Sayut, ape maksud ko pernah tgk ke belom tuh?? tak paham lah saye..

Ajzie said...

yea betul..mak lang..pindah aje kat gebeng tu..pastu kerja kat BASF eik...
huhuhu.

dith said...

You are right Bergen. The pic icon shows a confident person fit to be a manager, already! A nerdy one too! hehe

You implied that the pic might be someone else, that you might be lying regarding your daily routes and that is not your true name. But the pic must be you ( i just know) and nobody would chose a nick like SAYUTI, would they?

Anyway, any reason for anybody to stalk you Sayuti?

Diesel Electric said...

Sangate betul your observation there sayoot! Kadanga2 tu naik menyampah dan dread nak naik public transport. If you think the problem is abd on the LRT, try the KTM Komuter!

Sayuti said...

bergen: i will. but, where's the fun in life without taking some calculated risk?

lan: maksudnya... hmm... (lalu membuat ekspresi berfikir dgn mendalam)

maklang dan orang yang bernick german (ke denmark?): akan diusahakan.

dith: ok ok, i confess. tq for the compliment about me being fit to be a manager. nerdy? guess i need another makeover.

someone will someday.

abg fizi: been there. before my wife started work at gebeng, we stayed in Mantin. have to take the KTM Komuter from Batang Benar (station after Bangi, before Nilai) to get to office. going to work is no problem, getting home is stressful. KL Sentral.