Friday, December 21, 2007

Double!

Selang seminggu daripada birthday, hari ni Syifaak dah dapat sorang sepupu bernama Mohammad Izz Aiman bin Mohd Khairy, anak kepada Kak Ayu.

Awis hantar MMS sebelum aku pergi Sembahyang Jumaat tadi:



Tahniah! Tahniah!

Patutla Syifaak tersenyum semalam. Nak dapat sepupu baru rupanya...

Hehe...

Selamat Hari Raya Aidiladha. Kalu ada daging korban lebih tu, simpan2 la sikit...



p/s: Tiba2 boleh access blogger dari ofis. Aku sambut Raya Haji dengan Syifaak dan bini tersayang di Kuantan semalam, tapi hari ni kena masuk ofis balik. Japgi nak patah balik Kuantan. Ofis sunyi. Semua cuti. Aku je tak sebab cuti tahunan dah habis. Sedih2.

p/s #2: Pagi tadi aku ditegur security yang terkejut selepas suitcase yang aku bawak ke ofis melepasi mesin X-ray; "Encik, ada alu lesung ke dalam beg encik ni?" Aku jawab, "A ah, nak bawak balik kampung kejap lagi..." Security tersenyum dan melepaskan aku naik ke ofis. Huhu.

Monday, December 17, 2007

Kacak!

*Hns Hns* (Bunyi hidung kembang kuncup)

Alhamdullillah.

Sukacita dimaklumkan bahawa aku telah selamat bergelar "Si Kacak" pada hari Jumaat, 14 Disember 2007 bersamaan 4 Zulhijjah 1428H, pukul 2.05 petang dengan kelahiran secara normal Erynn Asy-Syifaak binti Mohammad Sayuti.

Ini dia wajah Erynn Asy-Syifaak ketika berumur dua hari. Berat sewaktu dilahirkan ialah 3.94 kg dengan panjang 52 cm. Tembam, seperti yang kelihatan waktu scan dulu...

NOTA: Sebenarnya, nama dan ejaan Asy-Syifaak dipilih oleh bini tersayang walaupon Bapak (atau Mas?) Sayuti Deterna telah mencadangkan nama yang hampir2 dengan nama ini satu ketika dulu.

"Asy-Syifaak" (ejaan lain: Syifa, Syifa', Syifak, Shifa) bermaksud penawar. Moga2 dia menjadi penawar duka, kesepian dan kesedihan aku dan bini tersayang berjauhan selama ni. Juga, moga2 besar nanti dia jadi doktor atau jururawat yang kahwin dengan doktor. Hehe...

Semalam Mak tanya, "Dia nak panggil kamu apa Ti?"

Terkedu aku. Wajar ke aku cakap aku nak suruh anak aku panggil aku 'Si Kacak' nih? Sah2 kena gelak dengan Mak ni (tak pon kena bebel...)

Memandangkan bini tersayang nak digelar Mama, aku pon menjawab "Papa kot..." bagi mengcover agenda tersembunyi aku dari pengetahuan Mak.

Muahaha (gelak sinister)

Apa2 pon, aku bersyukur dengan anugerah Allah SWT ini dan aku mohon kekuatan untuk menjadi 'Si Kacak' yang terbaik untuk dia. InsyaAllah...

Tapi sekarang aku terpaksa menahan rindu berjauhan dengan kedua2 Erynn kerana terpaksa ke ofis...

Sedih! Bila nak dapat transfer ni?

Huwaa...


p/s: Terima kasih kepada yang mengucapkan tahniah. InsyaAllah, kalau rajin nanti, aku cerita pengalaman debaran penantian dalam wad dan kelucuan dalam ketakutan menemani bini tersayang dalam labor room. Sekarang penat, baru sampai dari Kuantan.

p/s #2: InsyaAllah, lagi dua hari, jadi Uncle Kacak pulak. Kak Ayu due to deliver 18/12/2007. Dapat dua cucu la Abah dan Ummi bulan ni. Good Luck Kak Ayu! Pakai epidural. Hehe.

Tuesday, December 11, 2007

Kekunci.

Aku baru lepas tengok video childbirth dekat uTube.

Horror.

Lagi tiga hari ke due date. Aku cuba persuade bini tersayang buat c-sec tapi beliau tetap nak beranak secara normal. Tanpa epidural.

"Sakit tau..." aku.
"Bila lagi nak rasa?" bini tersayang.

Berani sungguh bini tersayang walaupon beliau akan menjerit kalau nampak cicak. Aku pon tak berani kalau aku yang kena...

Doakan semoga semuanya selamat dan lancar.


p/s: Hari ni MC - demam. Aura ofis baru gamaknya. Baru pindah ke Level 57 . Boleh nampak bumbung Maxis Tower dari ofis baru ni. Huhu.

Wednesday, December 05, 2007

Cukup.

Kurang 10 hari lagi dari tarikh keramat...

Berdebar.

10 hari lepas, kami pergi scan. Doktor estimate berat dia sekitar tiga setengah kilo.

"Jenuh laa ayang nak meneran nanti..."
"Huwa! Tapi takpe, ayang ada kan kat sebelah orang?"
"Ye ke? Ada ke? Takut laa..."
"Apsal?"
"Nanti tak pasal2 doktor kena papah orang keluar pulak. Pitam..."
"Alaa..."

Tiga hari lepas, kami dengar bunyi jantung dia. Lebih kurang macam bunyi jantung aku waktu ini jika handphone berbunyi dan skrin menunjukkan wajah bini tersayang.

Takut kalau angkat bini tersayang jerit "Ayang, dah nak keluar!"

Bini tersayang di Kuantan.

Aku masih di KL.

Uhuk!


p/s: Seperti musim2 cuti sekolah yang lain, aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada bakal2 mempelai. Maaf tak dapat nak pergi. Aku kini standby on-call.