Monday, December 17, 2007

Kacak!

*Hns Hns* (Bunyi hidung kembang kuncup)

Alhamdullillah.

Sukacita dimaklumkan bahawa aku telah selamat bergelar "Si Kacak" pada hari Jumaat, 14 Disember 2007 bersamaan 4 Zulhijjah 1428H, pukul 2.05 petang dengan kelahiran secara normal Erynn Asy-Syifaak binti Mohammad Sayuti.

Ini dia wajah Erynn Asy-Syifaak ketika berumur dua hari. Berat sewaktu dilahirkan ialah 3.94 kg dengan panjang 52 cm. Tembam, seperti yang kelihatan waktu scan dulu...

NOTA: Sebenarnya, nama dan ejaan Asy-Syifaak dipilih oleh bini tersayang walaupon Bapak (atau Mas?) Sayuti Deterna telah mencadangkan nama yang hampir2 dengan nama ini satu ketika dulu.

"Asy-Syifaak" (ejaan lain: Syifa, Syifa', Syifak, Shifa) bermaksud penawar. Moga2 dia menjadi penawar duka, kesepian dan kesedihan aku dan bini tersayang berjauhan selama ni. Juga, moga2 besar nanti dia jadi doktor atau jururawat yang kahwin dengan doktor. Hehe...

Semalam Mak tanya, "Dia nak panggil kamu apa Ti?"

Terkedu aku. Wajar ke aku cakap aku nak suruh anak aku panggil aku 'Si Kacak' nih? Sah2 kena gelak dengan Mak ni (tak pon kena bebel...)

Memandangkan bini tersayang nak digelar Mama, aku pon menjawab "Papa kot..." bagi mengcover agenda tersembunyi aku dari pengetahuan Mak.

Muahaha (gelak sinister)

Apa2 pon, aku bersyukur dengan anugerah Allah SWT ini dan aku mohon kekuatan untuk menjadi 'Si Kacak' yang terbaik untuk dia. InsyaAllah...

Tapi sekarang aku terpaksa menahan rindu berjauhan dengan kedua2 Erynn kerana terpaksa ke ofis...

Sedih! Bila nak dapat transfer ni?

Huwaa...


p/s: Terima kasih kepada yang mengucapkan tahniah. InsyaAllah, kalau rajin nanti, aku cerita pengalaman debaran penantian dalam wad dan kelucuan dalam ketakutan menemani bini tersayang dalam labor room. Sekarang penat, baru sampai dari Kuantan.

p/s #2: InsyaAllah, lagi dua hari, jadi Uncle Kacak pulak. Kak Ayu due to deliver 18/12/2007. Dapat dua cucu la Abah dan Ummi bulan ni. Good Luck Kak Ayu! Pakai epidural. Hehe.

11 comments:

Anonymous said...

ish besar ni. cemana nak kapel ngan hafiy ni. hafiy kecik molek je hehe.

p/s: hafiy dokter tau!

chivv said...

waahhhh~ sungguh chumel ank iniii...!!!! tahniahhhh laaa....

merujuk kpd komen mama hafiey di atas :

jgn isau...nanti bila besar, ank ini akn lawa n chantek...amiinn...

Anonymous said...

congrats papa n mama:) moga menjadi anak solehah..comel la die...amirul pun dr!! hehe

Jannah said...

She's so sweet and cute looking. Congrats. Semoga membesar dengan hebatnya. Nanti boleh kenenkan dengan anak menakan saya Aidil. Dia maybe besar jadi pelakon handalan. Untung2 ada watak tuan doktor. Close enough right?

SpidEy d'lEfty said...

Tahniah beb!!! Tadi tengok ko kt opih memang ade karisma sorng bapa.. i mean, ayah..

ker ko control macho tadi?

Tahniah again!!

Anonymous said...

Congrats on the new addition :)

Wan Amira said...

tahniah!! tembam betul erynn junior ni :D

Dils said...

Congrats Sayuti. Sudah jadik bapak orang..

Tembam.. takpe.. masih baby cumil.. so still cumil.

artisticklytouch said...

alah comelnyer...congratulation si kacak!

Sayuti said...

alom: apa salahnya? kalau dah suka nanti... saiz doesn't matter what.

p/s: dokter ape? jadikla specialist. gynae ke. :p

chivv: chumel seperti papa dan mamanya gitu. hihi.

azra: doktor jugak? huhu. sapa nak jadi engineer ni?

jannah: pelakon? huhu. nanti banyak kontroversi. doktor, OK. hehe.

wongeng: kontrol macho la beb. hehe.

thanks!

farina: thanks!

ibu emir & dila: tembam, sedap dicubit2. hehe. thanks!

art: thanks.

marisa said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...syukurlah!!!!! Kacak juga akhirnya Sayut!!!