Friday, January 27, 2006

Cuti?

Yeah, permohonan cuti pada Jumaat, 3 Feb 2006 telah diluluskan oleh Datin. Maka, bercuti seminggulah aku. *YeaY~*
- Isnin: CNY
- Selasa: Awal Muharam
- Rabu: Hari Wilayah
- Khamis: Replacement CNY (Hari Ahad)
- Jumaat: Malas sungguh nak ke ofis, amik Annual Leave (AL) je la..

Ngantuk sungguh aku hari ni. Smalam balik lambat sebab gi carik tiket. Ingatkan nak turun Kuantan jumpak bini hari ni. Pastu dari situ balik rumah mentua kat Batu Pahat thru Segamat. Malangnya tiket bas ke Kuantan dah abis. Ofcourse la abis, dah cuti panjang! *Klepek2* (Sound effect tepuk dahi kat tepi kaunter tiket bas Puduraya)

Maka, malam ni, terpaksa la aku menunggu kepulangan bini yang terchenta dari Kuantan dengan penuh kesabaran. Sempena kepulangan bini yang terchenta ni, aku nak tujukan sebuah lagu yang best kat sape2 yang nak layan. Aku first time dengar lagu nih sejak Abg Wan (abang kandung aku, ensem orangnya, tp masih bujang... Yer yer, aku langkah bendul) pinjamkan mp3 player dia waktu aku memula start keje dulu.



PERMATAKU by Mirwana

Sunyi selubungi malam
Mengusik minda yang terlontar jauh
Masih hangat terasa
Tangan yang membelai yang mengusik manja
Daku damba kasihmu
Biar jadi pedoman
Buat penyuluh jalan kugapai impian...

BEGIN CHORUS

Angin... kau nyanyikan lagu
Untuk permataku tenang selalu...
Bayu... sampaikan berita
Daku kini ceria, aman dan bahgia
Selimutkan rinduku bersama malammu...

END CHORUS

Hadirlah kau dalam mimpiku
Agar kau selalu ada disisiku
Rindu belaian kasihmu
Rindu senyumanmu... penawar lukaku

Dengarkan laguku hadiah untukmu
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...

(REPEAT CHORUS)

Dikaulah cahaya bila malam menjelma
Kasihmu membawa ke syurga
Dan redha yang Esa...


Demikianlah... tapi, lagu nih agak ambiguous laa liriknya. Skali tengok macam utk orang yang tersayang yang berada jauh. Kalau baca betul2 macam lagu utk seorang ibu. Aper2 pon, lagu nih memang jiwang dan sangat bes dilayan ketika sangap malam Jumaat kerana bini berada di kejauhan.

Thursday, January 26, 2006

Perpisahan?

Al-Fatihah buat nenek bini aku yang telah selamat kembali ke rahmatullah semalam atas faktor usia dan kemungkinan juga sebab kakinya yang patah. Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.

Aku sempat jumpa nenek raya haji hari tu. Nenek masuk spital jatuh tangga, kaki patah. Tak sangka pertemuan pertama tu merupakan yang pertama dan terakhir di antara kami. Waktu aku salam sebelum nak balik, nenek bisik kat telinga aku, "Baik-baiklah dengan cucu nenek ye. Banyakkan sabar, tolak ansur. Moga kekal sampai akhir hayat..."

"Insya Allah, nek..."

Pemergian arwah nenek tak menjejaskan sangat perjalanan hidup aku hari ni, walaupon sedikit sebanyak membuatkan aku teringat tentang bini aku kat Gebeng. Tapi, dia ok je sbb tak rapat sangat dengan nenek. Dia lagi risau tentang perasaan mak mertua aku yang baru kehilangan ibu kandung yang tercinta.

"Sabar ye mak... nenek milik Allah, dan kepada Allah juga dia kembali..."

Anyway, hari nih aku lunch di Restoran Asampedas, Jalan Jelatek, dekat2 dengan stesen Putra Setiawangsa. Ada jamuan farewell department utk dua orang staff yang kena transfer sbb naik pangkat dan sorang staff yang akan bersara awal bulan Februari nih. Sedap gak la asam pedas restoran nih (nama pon Restoran Asampedas...) sampai ada sorang support staff aku tambah nasik tiga kali. BTW, restoran nih pernah kuar dalam Jalan2 Cari Makan TV3 dulu (tapi aku tak tengok pon)

Tu je lah dua hi-lite utk hari ini. Skian...

Tuesday, January 24, 2006

Intro?

OK, this is actually my 4th post, tapi yang previous 3 aku delete. Yang first two entry tu, saje nak test layout blog nih. Yang 3rd ingatkan nak tulis blog totally dalam English, konon2 nak wat blog yang agak skema la kan... pastu, rasa cam tak best la plak untuk aku mengekspressikan diri. So, ni lah yang keempat.

Seblom nih, aku dah ada satu blog dekat friendster. Tapi, dari ofis nih takleh masuk frenster laa plak. Kang dapat la ERROR: 403 Forbidden sbb Corporate ICT Development Unit (CIDU) dah block. Reasonnyer, mengcongestedkan bandwith, dan nonbusiness related site. Belasah je lah...

Aku pon tak tahu aper yang nak dimasukkan dalam blog nih. Tapi, nafsu yang meluap2 utk ada blog dekat site blogger nih membuatkan aku terpaksa gak la taip sesuatu. Walaupon aku tau takde sape yang baca, tapi cam syok la plak ada blog sendiri nih.. huha

Cam bese, aku skang still dekat ofis. Weekdays memang takde nafsu nak balik rumah awal. Ye la kan, bini ader kat Gebeng. Dia jadik maintenance engineer kat salah sebuah plant kat sana. Baru je stat keje situ sebulan lebih2 sket. Seblom nih dia keje kat Mantin, jadik lecturer kat sana. Sebulan pas kitorang kawen, dia dapat offer keje kat situ. Nak tolak takleh, sbb dah terikat ngan kontrak scholar. So, bermula la hidup kitorang sebagai weekend husband and wife.

Aku berkenalan ngan bini aku waktu kat U dulu. Kitorang satu kelas, tapi aku start rapat ngan dia waktu dia jadik exco Promotion and Publicity, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) U kitorang. Aku pon join la jadik committee exco tu sebab exco tu in charge of Buletin Kampus. Aku plak suka gak la mengarang2 nih (ye aa tuh... padahal sbb nak ngorat rumet dia time tu). Nak dipendekkan citer, bini aku pon telah mengurat aku dengan berjayanya sehingga kami pon mulalah berkapel pada 13 Mac 2002. Dan perkapelan tersebut membawa kepada pernikahan kami lebih kurang 3 bulan lepas, pada 6 November 2005.

BTW, minggu lepas aku gi Miri atas urusan HR. Nak kena ensure Assessment Modules (AM) utk Non-Executive Technical Competency-Based Assessment System siap. Skalik tak siap2 gak. Manager regional office Miri ngan manager regional office Kerteh ngan derang pnyer lead senior technician gi wat technical discussion pasal operational problem plak. Aku patutnye remind la derang yang derang patut fokus kat AM tu, tapi aku plak gi bantai join skali discussion tu sbb teruja ngan mende2 teknikal. Terasa cam engineer la plak time tu. Sedar2 dekat 2 jam. Aiyak! Progress AM tu gerak sket je. Haduh...

Esok Datin balik dari Penang. Dia gi interview calon2 eksekutif utk company kitorang nih. Lupa plak nak cakap, Datin tu manager HR unit kitorang. Bos aku la kiranya. Jenuh laa nak menjawab naper AM tu tak siap. Manager Kerteh janji nak siapkan sume AM sebelum lunch Khamis nih tapi dia gelak tak ikhlas plak waktu cakap tu. Haduh lagi...

Penat- penat...