Sunday, April 27, 2008

26.

23 April sepatutnya adalah hari yang happy bagi aku.

Tapi, pagi tu aku dibangunkan oleh panggilan telefon dari Pak Lang. Tok Wan eksiden.

Aku bertolak ke Alor Setar naik bas dari Kerteh lepas office hour, melalui Dungun, berhenti di Kuala Terengganu. Dari Kuala Terengganu naik ke Kelantan, melalui Grik dan tiba di Shahab Perdana sekitar subuh.

Tok Wan tak ada di Alor Setar. Tok Wan dah dibawa ke Kangar. Mak Lang jaga.

Aku ke Kangar naik bas pukul 10 pagi. Tiba di rumah Mak Lang, aku tengok Tok Wan dah sedar dan berada dalam keadaan stabil. Muka Tok Wan dipenuhi luka, lebam besar di kepala dan pergelangan tangan kiri patah.

Tok Wan komplen pasal cast simen yang berat. Esoknya, kami bawa ke Kedah Medical Center untuk tukar dengan cast fiber.

Semalam, setelah semuanya OK, aku bertolak naik bas dari Kangar ke KL. Sampai KL, aku singgah sebentar di rumah lama di Bandar Baru Sentul untuk ambil barang. Kemudian, aku naik bas dari Jalan Pekeliling ke Kuantan. Sampai sini sekitar tengah malam semalam.

Petang ni aku akan kembali ke Kerteh.

Penat.

Separuh Semenanjung aku pusing...


p/s: Hepi belated besday to me...

Tuesday, April 22, 2008

Sarapan?

Berikut adalah resipi untuk seteko air Nescafe "Aiseloop".

Bahan-bahan:

  • Serbuk Nescafe secukup rasa
  • Susu pekat manis
  • Air panas

Cara-cara menyediakan:

  1. Masukkan satu sudu besar Nescafe ke dalam mug.
  2. Keluarkan tin susu pekat manis dari peti sejuk.
  3. Tuang susu pekat manis yang masih sejuk berkenaan ke dalam mug.
  4. Tinggalkan tin di atas mug dalam posisi seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah supaya susu pekat manis yang masih sejuk itu dapat mengalir keluar.
  5. Sementara menanti susu pekat manis yang masih sejuk itu mengalir keluar dari tin, kembali ke cubicle anda.
  6. Periksa dan tandatangan semua borang claim yang sudah berada di dalam tray anda.
  7. Selepas semua borang claim telah selesai diperiksa dan ditandatangan, buka akaun email anda. Baca semua email yang baru masuk ke dalam mailbox anda. Balas email-email yang perlu dibalas.
  8. Selesai membalas email, semak dan tandatangan borang-borang training nomination yang baru masuk ke dalam tray anda.
  9. Tunggu sehingga Nash, seorang practical student di seksyen anda kembali dari pantri dan bertanya kepada semua orang, “Ada orang bancuh air susu ke dekat pantri tu?”
  10. Bangun dari tempat duduk anda dengan serta merta seraya menyebut “Aiseh, Lupa!” dengan kuat. Bergegas ke pantri.
  11. Anda akan mendapati susu pekat manis yang mengalir sejak tadi sudah memenuhi lebih separuh daripada mug anda dan telah bercampur dengan serbuk Nescafe.
  12. Cari sebuah teko sekitar pantri tersebut. Tuang susu pekat manis bercampur serbuk Nescafe tadi ke dalam teko berkenaan seraya melaungkan dengan mesra, “Sape nak air Nescafe. Ni saya bancuh satu teko ye…”
  13. Tambah lagi dua sudu besar serbuk Nescafe ke dalam teko.
  14. Tuang air panas ke dalam campuran tadi dan kacau sehingga sebati.

Maka siaplah seteko air Nescafe "Aiseloop". Sesuai diminum beramai-ramai dengan rakan sepejabat ketika memulakan tugas di pagi hari.

Selamat mencuba~

p/s: Salah satu tanda-tanda peningkatan usia adalah menjadi pelupa. Hoho.

Thursday, April 10, 2008

Rantau.

"Laih ih ceng. Geroh ih okshene. Chuh wahli."1

Make gitu la gamoknye kalu oghang sini ghoyak gape mak saleh kabo dale tenek pasa perubahang.2

Ambe baghu nok cakna kecek tranung ni. Kalu saloh jangang maghoh. Jangang katok ambe.3

Siut. Hehe.

Terasa begitu asingnya aku berada di sini. Suasana yang sangat berlainan daripada ketika berada di KL, di Perak, atau di Kedah.

Aku datang hari Ahad lepas bersama bini tersayang dan Syifaak. Kami menginap di Awana Kijal.

Malam tersebut, aku dan bini tersayang makan buffet steamboat di Water Wall Cafe resort berkenaan. RM30++ sorang untuk buffet tersebut aku rasa sangat berbaloi. Cuma lepas tu, 'steam' untuk melayar 'boat' lain tu agak kurang la sket sebab perut dah sendat.

Besoknya, aku pergilah melapor diri ke tempat baru.

Aku masih seorang eksekutif HR. Dalam jawatan baru ni, aku bertanggungjawab untuk menjaga aktiviti training berkaitan HSE. Aku tak perlu lagi buat kerja-kerja admin, PR, atau general services seperti di KL dulu. Walaupon skop kerja nampak lebih kecil dan specific, dimensi dan detail kerja sebenarnya telah meningkat.

Dulu jumlah kakitangan yang perlu dijaga hanya lebih kurang 400 orang tapi sekarang sudah 1200, tiga kali ganda ramai. Dulu aku dibantu lima orang support staff. Untuk jawatan baru ni, cuma Kak Leha sorang staff aku. Beliau orang tempatan dan sudah bekerja dengan Syarikat sejak aku berumur satu tahun lagi. Dah lama tu...

Lepas office-hour hari Selasa, aku pindah masuk ke sebuah bilik sewa dalam sebuah banglo lama di sebuah kawasan kejiranan tepi laut. Banglo tu besar, dibina asalnya untuk mat-mat saleh yang datang bekerja di sini. Walau bagaimanapon, bilik baru aku ni agak kecik, tapi ada attached bilik air. Mungkin bilik tu asalnya dibina untuk maid berdasarkan design dan lokasinya yang berada di bahagian hujung belakang rumah, dekat dengan dapur dan kawasan dobi.

Bilik baru aku ni OK lah, cuma tingkap bilik air agak rendah sehingga menampakkan tetek bahagian dada aku kalau berdiri lalu mengakibatkan perasaan kurang best dan vulnerable ketika mandi dan berak melabur. Terpaksalah aku cari langsir untuk menutup keaiban ini.

Aku kini mempunyai beberapa orang housemate baru; Hasan, Bob (aka Dewa_Lavau), Rahman, Faizal, Fadhil dan Adli. Selamat tinggal Parid dan Zul. Kesian Parid duduk sorang-sorang sementara tunggu Zul balik dari Mauritania dan Adi confirm jawatan di KL. Nasib la Parid...

Sekarang aku tak perlu lagi tunggu LRT untuk pergi dan balik kerja. Aku tunggu Honda Civic, Ash punya. Ash bekas classmate aku di UTP dulu, salah seorang top student kelas kami yang sering dicari untuk meniru assignment. Huhu. Beliau juga bakal menamatkan zaman bujangnya tidak berapa lama lagi. Harap maklum.

Weekend aku dan bini tersayang kini berbeza sebab aku kini bekerja dari hari Ahad hingga Khamis. Tapi takpe, janji dah dekat sikit. Tak lama lagi tinggal bersamalah kami.

InsyaAllah...


p/s: Aku baru tahu 'aye geh tujuh yu pi' tu air 7up. Haha.

footnote:

  1. "Life is change. Growth is optional. Choose wisely"
  2. Maka begitulah agaknya kalau orang sini cakap apa yang mat saleh beritahu dalam internet tentang perubahan.
  3. Aku baru nak ambil tahu cakap Terengganu ni. Kalau salah jangan marah. Jangan pukul aku.

Friday, April 04, 2008

Awana?

Aku dalam mood depressed.

Berpindah bukanlah satu perkara yang menyeronokkan, apatah lagi kalau aku sensorang mengemas barang yang banyak dan kebanyakannya bukan barang-barang aku. Barang-barang bini tersayang.

Huhu... malasnye....

Aku akan memulakan tugas baru di Kerteh mulai minggu depan. Maka, dekat la sikit dengan bini dan anak tersayang.

Semalam Keith dan Yahya belanja aku makan di Restoran Pelita, KLCC sempena farewell. Tengah makan dan bersembang-sembang, tiba-tiba kami perasan orang-orang di depan kami memandang ke arah kami dengan wajah terpegun dan cemas.

Aku toleh belakang.

Rupa-rupanya ada sebijik kereta Ferarri merah dengan nombor plat yang agak cantik nak masuk parking betul-betul di belakang tempat kami duduk. Walau bagaimanapon, ketika nak masuk kotak parking berkenaan, Ferarri tersebut telah menggesel bumper sebuah Satria Neo yang berada di parking sebelah. Satria Neo berkenaan calar sedikit.

Sedang aku masih dalam kekaguman melihat Ferarri tersebut, tiba-tiba Keith bersuara. "I hate people with great cars..."

"Why?" aku tanya.

"Most of them dunno how to drive. See, cannot even park properly. That is very annoying!" jawab Keith.

Betul sungguh kata beliau.


p/s: Malasnya nak mengemas!