Awana?
Aku dalam mood depressed.
Berpindah bukanlah satu perkara yang menyeronokkan, apatah lagi kalau aku sensorang mengemas barang yang banyak dan kebanyakannya bukan barang-barang aku. Barang-barang bini tersayang.
Huhu... malasnye....
Aku akan memulakan tugas baru di Kerteh mulai minggu depan. Maka, dekat la sikit dengan bini dan anak tersayang.
Semalam Keith dan Yahya belanja aku makan di Restoran Pelita, KLCC sempena farewell. Tengah makan dan bersembang-sembang, tiba-tiba kami perasan orang-orang di depan kami memandang ke arah kami dengan wajah terpegun dan cemas.
Aku toleh belakang.
Rupa-rupanya ada sebijik kereta Ferarri merah dengan nombor plat yang agak cantik nak masuk parking betul-betul di belakang tempat kami duduk. Walau bagaimanapon, ketika nak masuk kotak parking berkenaan, Ferarri tersebut telah menggesel bumper sebuah Satria Neo yang berada di parking sebelah. Satria Neo berkenaan calar sedikit.
Sedang aku masih dalam kekaguman melihat Ferarri tersebut, tiba-tiba Keith bersuara. "I hate people with great cars..."
"Why?" aku tanya.
"Most of them dunno how to drive. See, cannot even park properly. That is very annoying!" jawab Keith.
Betul sungguh kata beliau.
p/s: Malasnya nak mengemas!
5 comments:
saya pandai memandu kerana saya mempunyai maivi.
Salam Yut,
Selamat berpindah. Senang-senang jengoklah MB baru.
Following of THE SCALE OF KEITH'S THEORY: CAR GREATNESS INVERSELY PROPORTIONAL to DRIVING SKILL --> So, no car like me should have most brilliant driving skill... ;
.. and most interestingly --> BUMPER CAR DRIVER (the one we play in fun-fair)SHOULD have very COOL DRIVING SKILL, according to the theory.
... and u think this is right? I think the theory was plain 'DENGKI'. :p
Sorry din have any farewell meal with u --> cuz i dun see any significance of FAREWELL here.. --> Eh, ko still will be active kt blog spca, kan? kite 'bermesra' lagi kt blog space drp kt opih.. ,that's y I DUN CARE di mana ofiice mu berada.. yo dok?
but still, 'bye' is the protocol to follow...
tolong tukar karpet bilik anda itu sbb sudah berbau hapak hihihi
alom: mempunyai maivi tidak semestinya pandai memandu. sekadar mempunyai lesen memandu dan sebuah kenderaan.
tuan keng: salam tuan.
ah, insyaAllah kalau ada kelapangan. entah2, dia yang datang menjenguk saya dulu.
wong: bumper cars are considered on top of the list of great cars because it is very tahan lasak. so, keith theory is correct. hehe.
alasan tanak belanja ye. takpe, aku paham... huhu.
bob: terima kasih atas email alu-aluan anda. ye, karpet itu hapak... tapi, terpaksa tahan dulu. lagi dua tiga minggu berubah la bilik berkenaan.
btw, bila kali terakhir rumah tu buat 5S? huhu.
Post a Comment