Wednesday, March 19, 2008

Gembala...

"Tapi dia salam-salam dengan laki-laki dalam majlis hari tu," kata Kak Ros, bergosip dengan Farah pasal barisan kabinet yang baru.

"Kenapa kalau dia salam?" aku mencelah dengan tiba-tiba. Kak Ros buat muka pelik.

"Mana boleh. Kan haram..." Kak Ros jawab.

"Kenapa haram?" aku tanya lagi.

"Haram, kan?" Kak Ros macam tak pasti. Muka beliau berkerut cuba mengingat sesuatu, kemudian ekspresi beliau berubah seperti pasti, "hari tu Ustazah cakap haram!"

"Haram, lah!" Kak Jun pulak mencelah.

"Kenapa haram? Apa sebab jadi haram? Ada dalil ke?" aku bertanya lagi.

"Ada la kot... dah hukumnya macam tu. Ustazah pon cakap haram. Kenapa tak haram pulak?"

"Entah. Setakat yang saya tau, bersentuh laki perempuan yang bukan muhrim, batal air sembahyang. Tu pon mazhab kita je. Mazhab lain kata tak batal kalau tak bernafsu," aku menjawab. "Takde pulak yang sebut haram..."

Dahi Kak Ros berkerut. Anak matanya melihat ke atas, berfikir.

Aku mula la naik syeh nak berhujah. Mentang2 la bos takde sepanjang hari.

"Macam jugak isu budak perempuan pegang babi hari tu. Haram ke dia pegang babi? Babi tu najis. Dah pegang, samak je lah. Yang haram setahu saya, kalau makan babi..."

"Babi kalau kering takpe kan? Kalau basah je haram..." Kak Ros memotong.

"Kering ke basah, babi tu najis. Kalau dah pegang, kena samak. Takde la jatuh haram hukumnya. Kalau haram, berdosa. Kalau betullah berdosa pegang najis, hari-harilah kita berdosa lepas buang air..."

Aku cuba kembali kepada topik.

"Yang saya tahu, ada dalil yang sebut 'menyentuh babi yang berlumuran lumpur itu lebih baik daripada menyentuh perempuan yang bukan mahram'. Macam saya cakap tadi, babi tu najis. Sentuh kena samak, bukan haram. Tapi tu lah, perempuan kalau sentuh, takkan nak samak kot?"

"Tapi kenapa ada perumpamaan macam tu? Dalam Al-Quran takde pulak sebut tak boleh sentuh perempuan. Yang ada, kena jaga mata dan kemaluan, serta tutup aurat, takde la pulak kata jangan sentuh..."

"Orang selalu sebut laa taqrabuzzina sebagai dalil tak boleh sentuh laki perempuan apatah lagi bersalam... tapi, kalau salam dengan makcik pakcik yang langsung tak menaikkan nafsu, ataupon salam protokol, yang langusng tak menaikkan nafsu, akan menghampiri zina ke?"

Kak Mas tiba2 mencelah, "abis tu, macam mana kita nak tahu salam dengan orang tu bernafsu ke tak? Nak selamat, baik tak payah salam langsung..."


"Betul la tu. Tapi, persoalannya, haram ke bersalam tu? Kenapa haram? Apa dalil yang mengharamkan?" aku tanya balik. Kak Ros, Kak Jun dan Kak Mas tak dapat jawab.

"Takpe, biar saya cari. Kalau ada, nanti saya bagitau kat semua..." aku mengoffer.

Aku sebenarnya agak lapang sekarang sebab dah habis handover kerja-kerja kepada Farah dan Sabrina, dua orang eksekutif baru yang akan menggantikan tempat aku. Bagi mengisi masa lapang, aku banyak menghabiskan masa dengan membaca, termenung dan main game sementara menanti surat transfer yang tak kunjung tiba sejak dari bulan lepas lagi.

Aku pon mula menggoogle dan terjumpa satu diskusi yang menarik tentang isu ni dekat satu forum.


Jadi, apa hukumnya?



...



Ish, klik je la kat link tu. Baca dan fikirkan. Takkan nak aku paste kat sini kot? Malas sungguh!




...

Dah baca? Baca dulu sebelum menulis komen ye...

Selain daripada forum tersebut, kebanyakan site lain hanya menyatakan hukum haram, atau berbaur politik. Ada juga site yang mengutuk seorang ulamak besar kerana bersalam dengan seorang permaisuri. Yang mengutuk ahli-ahli politik lagi la banyak. Rata-rata, ramai lebih suka menghukum tapi tak ramai yang dapat menjelaskan asas mereka menghukum. Kebanyakannya dipengaruhi sentimen politik daripada berlandaskan ilmu.

Situasi ni serta keadaan politik semasa dalam negara selepas pilihan raya baru-baru ni mencetuskan kembali beberapa persoalan dalam benak aku.

Adakah ummat Islam hari ni telah kembali menjadi masyarakat yang berpuak-puak? Adakah ummat Islam hari ni lupa kepada akhlak yang ditunjukkan Rasulullah? Adakah kita lupa apa yang Baginda ajarkan? Mana budaya mencari ilmu yang sepatutnya kita amalkan? Di mana sikap rendah diri dan toleransi yang Baginda tunjukkan?

Sempena ulang tahun kelahiran Baginda kali ni, adalah lebih baik kita muhasabah diri kita. Beginikah kita menunjukkan cinta kita kepada Baginda?

Selamat menyambut Maulidur Rasul. Bersama kita 'Menjana Ummah Gemilang'.

Wallahualam.


p/s: Aku mula menulis entri ni semalam di ofis, tak sempat habis tulis sebab nak kejar bas balik Kuantan. Hari ni nak sambung tulis, hilang pulak idea. Mungkin sebab asyik bermain dengan Syifaak kot. Huhu.

12 comments:

k-mie said...

environment keje aku skang tak memungkinkan aku utk berhujah begitu. kalau dah opis 99% non-muslim, aku nak berhujah apenye ahaha. good old days kat opis lama..

bos aku penah gak tanya isu anjing & babi ni, sbb dia kata most muslim yg dia jumpa kata anjing & babi haram. and at the same time, ada kawan dia muslim bela anjing siap pegang2 lg. satu hal aku nak explain pegang anjing tak haram, just that kena samak je. so in the end dia paham jgk..

..dan menyebabkan dia tanye killer question: "kenapa ada yg kata haram, ada kata tak? is it hukum islam ni tak sama? ataupun orang islam sendiri tak paham hukum islam?" sgt berat utk aku jawab & sgt sedih sbb non-muslim yg perasan mende ni, hehe..

dueng said...

hehe. mind provoking as usual. kalau kita kaji balik dalam konteks rasullullah tu adalah dalam konteks menjaga hati (protokol dan diplomatik) dan juga tujuan pengajaran (menerangkan hukum).

aku rasa seboleh mungkin islam tak galakkan menyentuh tangan perempuan yang bukan mahram kecuali protokol (menjaga air muka tetamu kerana biasanya tetamu yang menghulurkan tangan untuk bersalam dengan tuan rumah), adab sopan (menghormati orang yang lebih tua atau lebih tinggi kedudukannya terutama dalam majlis), dan juga dalam kaedah pembelajaran (nak tunjukkan camne nak buat balutan kat tangan ke).

dalam konteks business ethics, untuk berjabat salam dengan perempuan memerlukan perempuan tu menghulurkan dulu salam, kalau tak, tak betul kalau lelaki yang menghulurkan tangan sebabnya perempuan ni banyak constraintnya jadi terpulang pada perempuan tu nak salam ke tak. juga berkenaan adab, orang yang berdiri sepatutnya menghulurkan salam terhadap orang yang duduk, orang yang datang sepatutnya menghulurkan salam kepada orang yang dah ada, orang yang meminta kepada orang yang memberi.

tapi kalau selagi boleh dielakkan, itu adalah lebih baik.

kebanyakkan orang nak ambil jalan selamat maka mereka cakap semuanya haram tanpa cuba nak ambil tahu apa sebenarnya penjelasan yang diberikan.

juga sepatutnya tetamu kehormat membuat research mengenai culture sesuatu tempat kerana tanpa research, kemungkinan boleh offend orang setempat. people become more ignorant than before because they think their education feed them enough while knowledge is so wide, you couldn't imagine how much things you not know.

it should be "the more i learn, the more i find myself less knowledgeable."

well, tak boleh jugak nak salahkan akak2 tu sayut sebab most people akan just accept apa yang derang terima tanpa nak selidik. sebab tu byk terjadi kes chain email yang tidak diselidik pokok pangkal nya. malangnya benda2 yang derang baca dan dapat tu kadang2 amat diragui.

aku cuba menanamkan sikap suka menyelidik terhadap group induction aku dan alhamdullillah, budaya tu dah growing up. bukanlah nak jadi keras kepala dan argue semua benda tapi better be save than sorry.

p/s: update la kerap sikit, aku crave for good read.

Mommy Lyna said...

ya saya bersetuju dgn magnifera.

Sayuti said...

k-mie: kalau non-muslim, berhujah topik lain plak. yang lebih heavy.

kalau dia tanya camtu, aku ngaku je la yang orang islam ramai yang tak faham hukum. sebab tu ada yang jadi terrorist. huhu.

dueng: cuba tengok dekat link yang aku letak tu. diskusi secara ilmiah tentang isu ni, berdasarkan dalil2 yang ada. macam mana forummer thinker tu menghuraikan dari dua2 point of view (yang mengharamkan dan yang membolehkan) dan baca kesimpulan yang dia buat.

p/s: aku malas update. huhu.

alom: seperti perbincangan kita sebelum ini...

harni said...

panjang sgt hujah thinker.. tp aku punya pendapat masa zaman skolah dulu dose salam dgn lelaki.. tp bila aku nampak nenek aku salam dgn org lelaki masa arwah atuk aku meninggal dulu aku pun terus tanya.. bleh ke salam? mak aku terus tunjuk article dlm majalah al-islam yg mengatakan boleh salam jika niat nak rapatkan silaturrahim & bukan niat nak menggatal i.e. nk rasa tgn org tu lembut ke tak.. etc..etc.. so, sayut... *shakehand*

p/s: dgr2 dh pindah?? ek???

Mommy Lyna said...

ms sekolah rendah seorang ustat itu:-

salam laki - haram
.....etc
&
tgk tv - haram

hehehehe.

Pegawai Khalwat said...

Akhirnya ada entri ilmiah dari hang.

Akhirnya......

Sayuti said...

harni: aku kurang percaya sket dengan majalah al-islam sebab editor majalah tersebut politically bias. hujah2 dalam majalah tersebut tu pon kadang2 misleading dan kurang lengkap. kalau nak baca, kadang2 kena buat rujukan lain.

surat dah dapat. tak lama dah kot...

alom lagi: tak lama lagi... surf internet = haram. mungkin...

tuan pegawai: ish. tak ilmiah ke sebelum2 ni? ish. pasal ilmu keibubapaan tu. huhu

-f-l-o- said...

Interesting. I used to ask a muslim friend: "org islam boleh makan ikan yu tak?"

I've been told that it is haram to eat four-legged animal and binatang with taring.

Yu ada taring. We normally eat small ikan yu in Sarawak for umai. How Sayut?

andenda said...

salam...
hak tak menghalalkan cara..
If really nak ikut Rasulullah SAW,
pernah ke Baginda salam dgn pompuan bkn muhrim..tak pernah kan...
Camna plak bley kata as long as xde nafsu then laki-pompuan bley salam.
Kalu camtu boleylah laki-pompuan tggl satu rumah as long as xde nafsukan.Logik ke?
"Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui,Kerana pendengaran,penglihatan dan hati nurani semua itu akan diminta dipertanggungjawabkan"(Surah al-Isra': ayat 36)

Sayuti said...

flo: thanks for the q.

before i answer that, i would like to highlight that the objective of my entry is not about the do's and don't's in Islam, halal or haram. my entry was about seeking knowledge and information before coming to a conclusion about something. Islam allows the different in opinions on non-core beliefs and matters as long as there are basis and facts that support the opinion. it is often the hollier-than-thou attitude that hinder the development of knowledge, as opposed to the spirit of Islam that constantly call the believers to seek knowledge and think.

so, my answer to your question may not be definitive and it is based on the knowledge that i have at the moment.

ikan yu is halal based on the following verse in Quran, chapter 5 (al-Maaidah) verse 96:

"Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lezat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan; dan diharamkan atasmu (manangkap) binatang buruan darat, selama kamu dalam ihram. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan".

in term of the four-legged animal, generally, that is not true. i need to do a complete write-up to explain to you, but you can always google it up.

hehe.

p/s: i love umai. huhu.

andenda: saya dah agak akan ada komen macam ni, sebab tu saya dah tulis awal2 dalam entri saya:

"Baca dulu sebelum menulis komen ye..."

dari komen anda, saya rasa anda tak bukak dan baca link yang saya bagi di atas.

lagipon, ada ke saya kata boleh salam laki pompuan kalau takde nafsu? (atau ada ke saya kata tak boleh?)

awak tanya: "Kalu camtu boleylah laki-pompuan tggl satu rumah as long as xde nafsukan.Logik ke?".

saya nak tanya balik:
- kenapa tak boley laki-pompuan tggl satu rumah?
- kalau tak boley (katakan la sbb takut zina), boley ke kita tinggal dengan adik beradik kita yang lain jantina, atau mak ayah kita? kan banyak kes sumbang mahram sekarang. tak logik ke?

saya tambah:

"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung." (al-Israa, ayat 37)

p/s: hollier-than-thou ni rasanya termasukla dalam sifat2 sombong. ada yang tak setuju?

-f-l-o- said...

Oh terima kasih Mr.Sayut atas penjelasan anda. Now that clears everything up.

No worries. I pun suka baca benda2 berkongsi knowledge ni.