Sunday, March 09, 2008

Pangkah!

Ah, keputusan pilihan raya umum kali ini memang agak berlainan sekali daripada biasa.

Yang telah dijangka, BN menang majoriti Dewan Rakyat, Kelantan kekal di tangan PAS dan Johor kekal di tangan BN dan UMNO.

Yang tak disangka, Kedah jatuh ke tangan PAS. Takbir!

Yang boleh diagak, BN kehilangan majoriti mudah di Selangor. Khir Toyo sibuk buat facial sangat...

Yang amat menggembirakan, Sammy Vellu akhirnya kalah di Sungai Siput. Ho ho ho! Kenduri lembu sekor nih!

Yang turut menggembirakan, Zainuddin Maidin kalah di Sungai Petani. What? What? This is your voter's attitude, right?

Yang kesian, Kayveas kalah di Taiping. Dah, pegi bertumbuk dengan Sammy Vellu tu. Hindraf sure gembira...

Yang tak best, Khairy Jamaludin menang di Rembau. Rempit sungguh!

Yang turut tak best, Nazri Aziz mengekalkan kerusi Padang Rengas.

Yang agak menakutkan, DAP menawan Pulau Pinang. Hmm...

Yang menimbulkan kesangsian, boleh ke Wan Azizah jadi ketua pembangkang? Mungkin better dari Kit Siang? Mungkin dia lepas kat Hadi Awang? Tapi, lepas bulan April, dia nak kasik kerusi dekat Cik Abang. Anwar jadi ketua pembangkang??? Senario yang sangat menarik!

Yang jelas, senario pilihan raya kali ini menggambarkan politik negara semakin matang dan telus, walaupon insiden di Kampung Rusila mencacatkan suasana. Kuasa di tangan rakyat dan rakyat mahukan perubahan.

Yang pasti, aku tak mengundi kali ni sebab ingin memerhati.

Huhu.

Tapi, aku akan mendaftar untuk mengundi di Pilihan Raya akan datang kalau umur panjang, insyaAllah...


p/s: Maaf, agak kurang rajin untuk menulis akhir2 ini. Lebih gemar membaca dan menonton video Syifaak selepas kerja.

9 comments:

danial17 said...

tuka alamat kat ic dlu baru register spr, kang jd cam aku, kene ngundi kat daerah sebelah sbb lom apdet ic

Mommy Lyna said...

sy tidak mengundi sbb bosan dgn si A tp tidak mahu pangkah si B. halalkanlah satu undi tu.

saya suka dgn keputusan ini.

hahhahahahahaha.

hidup kelantan!

SpidEy d'lEfty said...

yg seronok, tengok kerajaan gabra sbb dah tak cukup corrom utk main carram..

Muahahahaha.. suke gak .. aku siap pakai baju hijau lagi ari nih.. hehehe...

ps.. Sayut.. click on ULAM..

artisticklytouch said...

ler...tak daftar lagi ke?

Sayuti said...

azhar: baiklah. aku mau ngundi di kerteh. huhu.

alom: hidup2.

wongeng: ko pakai baju hijau kat mana? yang halang pengundi hantu tu ke?

huhu.

art: blom.

FM said...

Ada satu alternatif sebenarnya untuk yang mahu mengundi tapi tak suka mana2 calon. Jangan pangkah mana2, kemudian masukkan kertas undi dalam peti undi. Lagi ramai orang buat camni lagi menarik. Lagi2 kalau undi rosak lebih byk dari undi yg calon2 dapat.

harni said...

en. nazori ckp kalo x daftar, pegi keja ari sabtu. majority office aku x daftar kot.. masing2 claim "tak cukup umur" ;p

hai sayut.. bile nk pindah? huhu

marisa said...

Saya tak mengundi, sebab yang bertanding di kawasan saya, bapa saudara saya sendiri. Hahaha.. saya bagi can la kat orang lain buang undi untuk dia.

Anak sihat?

Anonymous said...

eh korang baik cek kat laman web spr tu, ramai gak member2 aku yg tak daftar, alih2 ngundi kat mane2 ntah suka2 dia je letak hahaha

tapi apa2 pun, org kuantan tak suka fu ah kiow hahaha, dun kuantan semua BN menang, alih2 parlimen BN kalah hehehe

Selamat memakmurkan bumi