Sarapan?
Berikut adalah resipi untuk seteko air Nescafe "Aiseloop".
Bahan-bahan:
- Serbuk Nescafe secukup rasa
- Susu pekat manis
- Air panas
Cara-cara menyediakan:
- Masukkan satu sudu besar Nescafe ke dalam mug.
- Keluarkan tin susu pekat manis dari peti sejuk.
- Tuang susu pekat manis yang masih sejuk berkenaan ke dalam mug.
- Tinggalkan tin di atas mug dalam posisi seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah supaya susu pekat manis yang masih sejuk itu dapat mengalir keluar.
- Sementara menanti susu pekat manis yang masih sejuk itu mengalir keluar dari tin, kembali ke cubicle anda.
- Periksa dan tandatangan semua borang claim yang sudah berada di dalam tray anda.
- Selepas semua borang claim telah selesai diperiksa dan ditandatangan, buka akaun email anda. Baca semua email yang baru masuk ke dalam mailbox anda. Balas email-email yang perlu dibalas.
- Selesai membalas email, semak dan tandatangan borang-borang training nomination yang baru masuk ke dalam tray anda.
- Tunggu sehingga Nash, seorang practical student di seksyen anda kembali dari pantri dan bertanya kepada semua orang, “Ada orang bancuh air susu ke dekat pantri tu?”
- Bangun dari tempat duduk anda dengan serta merta seraya menyebut “Aiseh, Lupa!” dengan kuat. Bergegas ke pantri.
- Anda akan mendapati susu pekat manis yang mengalir sejak tadi sudah memenuhi lebih separuh daripada mug anda dan telah bercampur dengan serbuk Nescafe.
- Cari sebuah teko sekitar pantri tersebut. Tuang susu pekat manis bercampur serbuk Nescafe tadi ke dalam teko berkenaan seraya melaungkan dengan mesra, “Sape nak air Nescafe. Ni saya bancuh satu teko ye…”
- Tambah lagi dua sudu besar serbuk Nescafe ke dalam teko.
- Tuang air panas ke dalam campuran tadi dan kacau sehingga sebati.
Maka siaplah seteko air Nescafe "Aiseloop". Sesuai diminum beramai-ramai dengan rakan sepejabat ketika memulakan tugas di pagi hari.
Selamat mencuba~
p/s: Salah satu tanda-tanda peningkatan usia adalah menjadi pelupa. Hoho.
7 comments:
nah gambar dinner farewell sebentar tadi.
http://img364.imageshack.us/img364/6915/22042008536ig9.jpg
http://img291.imageshack.us/img291/3701/22042008537jn2.jpg
http://img360.imageshack.us/img360/637/22042008538fz5.jpg
http://img212.imageshack.us/img212/1342/22042008539iw3.jpg
http://img181.imageshack.us/img181/6488/22042008540td6.jpg
http://img142.imageshack.us/img142/3038/22042008541lp3.jpg
http://img291.imageshack.us/img291/3742/22042008542bg8.jpg
huh, ini macam pun ada ka!
sayut. tq sebab wish besdey aku
ko ah orang pertama wish kat aku....walaupon aku sendiri pon lupe besday aku.... HAhahaha
bob: tq
art: ada. mesti ada.
syukies: ko dah tua. maka jadi pelupa. sebab tu aku ingatkan.
neskefe aiselop satu!
lalu, kenapa di namakan aiselop???
aisei, loopaa
alom: baca komen rina.
rina: mekasih.
Post a Comment