Prejudis.
Semalam,
"Before five, I want you to go to the clinic," Datin.
Aku tak pegi.
Pagi tadi dalam miting,
"Ko ada pegi Gombak ke?" Encik Ismail, seorang senior executive.
"Ada. Shopping ngan wife dekat Giant. Siap makan kat ayam lagi! Kat Ayamas," aku.
"Hish, ko nih!" Encik Ismail.
Lepas lunch,
"Itulah, semalam saya suruh awak pegi klinik, tak pegi!" Datin.
"Japgi," aku.
Sebelum itu,
"Eh, air rumah ko bau busuk tak?" sape ntah.
"Tak tau. Kan aku selsema nih!" aku.
Selsema burung...
... yang tidak diulit minggu ini.
Keh keh.
Gelak hambar yang dibuat2.
Sebenarnya, aku sedang menaip dalam tangisan. Takleh nak kaver pulak air mata. Nasib baik takde orang dekat2 ngan aku.
Ini mungkin hari paling sedih sejak aku mendirikan rumah tangga kira2 empat (kurang2 sikit) bulan yang lalu.
Kisahnya bermula weekend baru2 ni. Yer, yer, yang terbantut itulah.
"Hang kena balik jemput Tok Wan. Tok sah dok bagi kad2. Dia dah kecik hati," Pak Lang, melalui handphone.
Aku baru dapat nombor handphone Tok Wan dari Pak Ngah. Sejak dari hari aku dapat nombor tu, aku cuba talipon Tok Wan. Tapi, takde orang angkat. Sehinggalah pukul 8.30 (lebih2 sikit) tadi.
NOTA: Jam aku sekarang menunjukkan pukul 9.04 malam.
Kegembiraan dapat bercakap dengan Tok Wan berubah menjadi kesedihan yang amat sangat. Tok Wan membuat tuduhan2 yang sangat mengguris hati.
"Kacang lupa kulit."
"Bughung tumbuh bulu, (Uik? Burung? Bulu?) dah boleh teghebang, lupa abih kat saghang."
"Hang tak kenang budi."
Bukan setakat terguris, terkoyak, hancur rabak macam dokumen2 sulit masuk paper shredder.
Sambil teresak2 (Ish, nasib baik takde orang. Memang buruk betul aku nangis. Serius!) dan menarik hingus, aku pon menceritakan perkembangan hidup aku sejak kali terakhir aku balik Alor Setar menjenguk dia, bulan Julai tahun lepas.
"Saghi lepaih Sayuti amik ijazah *sob sob*, depa (Kompeni aku) pangge gheja. *srett*. Memang tak dak cuti *sob sob*. Sayuti menikah ni pon, Abah ngan Ummi yang ughuih semua. *srett*. Sayuti cuti haghi menikah tu ja. Besok tu, teghuih balik gheja"
"Tiap2 haghi dok ingat kat Tok Wan ngan Tok. *sob sob*. Nak balik tak buleh. Rumah Abah kat Peghak tu pon tak dan nak balek. *strett*. Nak talipon la yang buleh pon, tapi tok wan tak pasang talipon. *srett*"
"Ni minggu ni dah amik cuti, tengok2 kena mai gheja jugak. *sob sob*. Sayuti nak wat lagu mana? Gheja makan gaji lagu ni laa.*strett*. Bini Sayuti tu dok kat Pahang. *strettt*. Lagi tadak cuti."
Itu antara alasan2 yang aku bagi. Memang obvious la kan banyak cerita yang bercanggah dengan fakta. Tapi, aku terpaksa auta2 sikit untuk meyakinkan Tok Wan.
NOTA: "Tidak dikira dusta orang yang mendamaikan manusia," maksud Hadith.
Aku pon call bini tersayang untuk mengadu sambil2 nak hilangkan tangisan. Pastu aku call Ummi menceritakan perbualan telefon tadi.
"Itulah, kalau dah termakan budi. Terpaksalah makan hati." Ummi.
Sesungguhnya aku sesekali tak pernah lupakan Tok Wan. Selalunya, aku lebihkan masa bercuti di rumah Tok Wan dan Tok daripada rumah aku sendiri. Orang lain pagi raya cium tangan ibu ayah, aku cium tangan Tok Wan dan Tok. Akulah satu2nya cucu yang berada di rumah Tok Wan di waktu raya untuk membancuh air dan menghidang kuih.
Mungkin sebab ni agaknya Tok Wan terasa.
Tok? Tok dah jadi pelupa, disebabkan penyakit nyanyuk.
Aku sentiasa ingat bahawa tanpa Tok Wan, aku takkan dapat belajar sampai ke universiti. Tok Wan lebih banyak membantu aku membesar daripada Abah aku sendiri.
Aku sentiasa ingat bahawa Tok Wan lah yang membeli segala keperluan aku ketika zaman sekolah dulu. Tok Wan lebih kaya dari Abah. Dia seorang peniaga dan usahawan kecil yang berjaya. Walaupon dia buta huruf.
Tok Wan selalu suruh aku baca buku, belajar pandai2. Nanti besar boleh jadi doktor, inspektor polis atau pegawai tentera yang berpangkat besar. Di mata Tok Wan, itulah pekerjaan yang dihormati orang. Bukan seorang penjual ikan macam dia.
Sampai sekarang aku masih gagal mengubah mindset Tok Wan tersebut.
Bila di sekolah menengah, aku memberontak. Aku tak amik biologi sebab aku tanak jadi doktor. Aku amik teknologi kejuruteraan. Aliran sains teknikal.
Aku cakap aku tak boleh jadi inspektor polis atau pegawai tentera sebab aku rabun.
Walaupon Tok Wan kecewa, Tok Wan masih support aku sampai la aku dapat skoler dari kompeni aku sekarang ni.
Macam mana la aku nak lupa semua jasa2 Tok Wan?
"Tok sah dok mai amik aku pi kendughi hang la."
"Kalau Tok Wan tak mau mai, Sayuti tak buat kendughi pon tak pa *sob sob*"
"Suka hati hang la. Hang dah besaq,"
Hish, kuat merajuk jugak orang tua nih.
footnote:*sob sob* dan *strett* adalah sound effect bagi menggambarkan betapa buruknya aku menangis. Harap maklum.
24 comments:
Kalau cek jadi Tok Wan hang, cek pon akan merajuk sakan. Ada ka? Masa dia kecik, kita dok basuh pungkok dia bagi bersih. Laa ni bila dah ada kerja, ada bini...lupa habigh...zero...zilch..nada...sikit pon tak dak dalam ingatan hang Sayuti???
Hang jgn nak guna la segala sound effect stret ka sob sob ke. Cek tak main laa..
Eh Sayut, you'd better take a weekend sojourn back to see Tok Wan..take my advice!
Betui cakap DITH tu...pi la jengok depa sat..sekurang-kurangnya hilang rindu depa tu..
puan dith: saya tau. dari sebelum kawen, saya asyik tanya ummi abah saya, dah ajak Tok Wan blom. saya memang nak pegi jemput sendiri, tapi takde cuti. lagipon ummi yang suruh diam2 sampai dah selesai semua urusan. saya jadi serba salah, antara perintah ibu dengan termakan budi seorang datuk.
lepas kawen tu, setiap minggu saya nak balik jumpak Tok Wan, bersama bini tersayang untuk dikenalkan dengan orang kampung. ada saja hal berbangkit last2 minit. waktu raya haji, nenek bini tersayang masuk hospital. waktu tahun baru cina, nenek tersebut meninggal. sehari sebelum saya nak bertolak dari rumah mentua ke rumah tokwan, pak ngah bini tersayang pulak meninggal.
tiap2 kali hujung minggu, saya merancang nak balik rumah Tok Wan. tapi, ada saja yang berlaku. bini tersayang kena pergi course lah, saya kena datang ofis lah, kena pergi Kerteh lah, kena pergi Miri lah.
hujung minggu ni, cuti dah diluluskan, tiba2 dapat panggilan telefon suruh saya datang ofis.
sebab tu lah saya sangat sedih.
and for the record, you are not the first to give me the same advise. even before anyone tell me, i have in my own conscience to go there.
the saddest thing for me is when someone make false accusation on me when i always keep good faith in everybody, even though people keep telling bad thing about others.
demikianlah.
well sayut, aku rasa ko buat mende yg betul instead of apa org lain ckp. mmg betul ko dah mcm termakan budi & everything, tp bg aku ada 1 mende je yg membezakan. ingkar ckp org lain, tak dpt dosa. ingkar ckp mak, tak cium bau syurga ko nnt. peace out :)
Sayut...orang-orang tua ni memang kuat merajuk...& diorang tu selalu merajuk pada yang sayang...mintak dipujuk...kalau orang yang dia tak berapa sayang...cakap apa pun diorang tak pedulik...tapi kalau yg diorang sayang...cakap sikit (gurau2 ke) pun boleh majuk...kak lady dah rasa dah bende2 ni...
False accusation tu...biasalah ..jgn amik ati...yang penting pujuk Tok Wan tu..
Aha...betul kata DITH tu...amik cuti & bawak bini tersayang tu balik kampung...boleh lah honeymoon kat kampung tu...
sedih siot baca coretan honest dr sorg lelaki...
syabas man.. at least ko luah perasaan ko..
Kalau aku isteri ko, aku akan usahakan unt jumpa Tok Wan ko.sbb ko honest bercerita pad dia..ini kalau IV ye!!sbb bila IV buat cam ni, IV dah happy kan dua hati( ko dan tok wan)
sometime we can't be good to everybody..
Slm & Selamat Pagi Sayuti
Kak CN juga tumpang sedih dengar citer kamu nih Sayut tapi jangan bimbang lah. Cuba sedaya upaya dpt kan cuti dan pulang jumpa Tok Wan kamu. Kak CN pasti bila Tok Wan nampak jer wajah dan senyuman kamu yg lebar tuh terus rajuknya hilang serta merta dan siap tanya kamu lagi dah makan ke belum...kalau belum, jam2 tu juga dia kedai....caya lah cakap kak CN nih. Udah! udah! jgn nangis, kan dah tak handsome tuhh.
Sayuti apa kata lepaih minggu ni hang try apply cuti lagi..Sian kat Tok Wan hang...aku faham kita gheja makan gaji memang lagu ni...Alah nanti kalu hang balik sana mesti cool dah tu...tambah2 ngan org baru...sat ya tu...janji hang jengok muka hang kat depa...tok sah srotsret sgt sgt sat lagi habis lengan baju tu...
Huish, huduh sungguh hang tegheyak, Sayuti. Siap srott srett srott srett sekali ka?
Balik la jumpa Tok Wan tu, memang dia dah merajuk tu.
(Eh, Sayuti orang Alorq Staq ka?)
air kat rumah saya dah kawasan kejiranan saya pun bau tak sedap.
hang pi beli mc sehari.
hang ambik baih
pahtu balik jengguk.
malam tu hang balik mai balik kerja.
*mak aku mengadu demam. walaupun aku dengar batuk batuk yang dibuat buat.
esok malam tu aku kena kerja.
aku ambik baih balik malam tu jugak. sampai pagi. bawak pi klinik. hantaq balik umah. makan nasik. tengahhari naik baih balik pi kl. malam masuk kerja.*
kena marah dengan boss tu, jgn duk risaulah. besa lah tu. sekali sekala. jangan jadi hobi. buat kerja ngan elok. dia lupalah nanti.
Wei sayuti hang pujuk2 la tok wan hang tu..selagi hayat di kandung badan...sok sok bila tok wan hang dah tak da hang jugak yang menyesal..try lah pakat ambik cuti balik jenguk orang tua tu...aku pun sedih kalau jadi tok wan hang
sayut, don't take things for granted. ok?. Not to blame you. But, sometimes we still have other thing to consider beside our so called 'work'. So, before it is too late~~~, act fast!!!. Do not regret the next day, or the day after. We can't predit future.
p/s: send my regards to eryn. btw bile kenduri kat rumah ko?
-normah-
Ala... orang tua bang.
Gitulah..... kalo ko bole dapat cuti, pegilah.
Kalo tak dapat. Jugak, nak buat macam mana. Tahan la telinga sat....
Family 1st man.....
anggerik merah: tau.
kmie tak ensem tapi gendut: mekasih kerana memahami.
kak lady: tok wan saya memang begitu. saya kenal sangat perangai dia. tapi, sedih jugak la bila dia tuduh saya macam tu.
dah berkali2 amik cuti. tapi tak dapat jugak nak balik.
kak IV: kalau jadi isteri saya? statement bahaya tuh. huhu. kami memang sentiasa mencuba tapi gagal juga. (boleh ditafsir dua makna ayat ni)
kak CN: cuti dah dapat. situasi yang selalu tak mengizinkan.
kak MR: damage has been done. seghiau sket la nak balik. tokwan dah teghasa.
kak QOTH: memang nak balik dah ni. saya oghang peghak. membesaq dekat kedah (aloq staq, sp, jitgha)
kak tgazfa: saya tak dapat menghidu bau yang tak sedap tersebut.
ron97: kalau soghang2 anytime buleh. ni nak bawak bini, payah sket. kalau mak, memang on the dot balik. tadak nak mintak cuti dulu dah. boss maghah? tak takut pon. hehe
akak kopi suam: saya pon sedih kalau saya jadi tok wan. dah try berkali2 amik cuti. ada saja hal2 berbangkit. tapi, dah pujuk dah. dia salahkan abah saya pulak. pening kepala saya.
normdut: i always remind myself not to take thing for granted. but, in life, you can never satisfy everybody. therefore, i make a priority list. i have responsibilities to my religion, my mother, my father, my siblings, my wife, and my work. my grandparents are not my responsibility. to take care of them is my father's and uncles' responsibility. but, i'm indebted to my grandparents and i intend to repay their kindness. however, i cannot abandon my responsibility.
thats the irony of life.
pegawai khalwat: tu lah. family first. extended family, second. telinga memang tahan, tapi, hati yang terguris.
p/s: kenduri sambut menantu dan majlis pertunangan kakak saya akan diadakan serentak pada 25/3/2006 di lot9082, parit 17, jln bagan datoh, 36400 hutan melintang, perak. semua kawan2 dan kenalan2 dijemput hadir.
sila bawak hadiah.
hehe.
Eh Sayuti, tu jempot sunguh2 ke ajak 2 ayam? Tulis kat celah comment bawah2 jek! Org buat la entry ke, baru nampak. Ish ni sah tak nak jempot semua nih!
Hadiah virtual boleh tak?
Sora tangisan sayuti lebih hebat dpd sora saya nangih.aish.tak macho la time tu.Erynn lebih macho dr sayuti.hehe.. takpe ek ayg.wiken ni kita gi ek :D
Banyakkan bersabar. I think once he sees the both of you, sure happy punye!
We (hubby and me) still owe relatives from both sides of the family (minus the ones in Pantai Timur) a visit. And its been a WHILE since we got married. Hehehee. Nasib baik dapat jumpa DITH dgn iKelah selalu :) (Selalu ke? Setahun sekali lah).
"ooo pasal mak hang hang laju noo..
pasal aku duk jaga hang dulu ni,
loleh bukan main..
hang balik ni tak makan penyangkui sajalah..", TOKWAN
hahaha
alah, balik sorang dulu, pujuk. pujuk org tua ni jangan dibiar lama. nanti makin bernanah. susah nanti. Baliklah sorang dulu...
puan dith: akan dilakukan menjelang hari tersebut.
hadiah virtual? boleh. saya sudi menerimanya pada majlis kenduri virtual nanti.
XD <--- (emoticon)
bini tersayang: lebih macho? eleh. cicak kat windshield pon menjerit2. hehe. hopefully, nothing will come up in the last minit like the past. labyu muah!
puan kenakelayan: hopefully so. i've known my Tok Wan all my life, and i'm really nervous about this visit, pursuant to the recent conflict.
ron97: insyaAllah, minggu ni balik berdua. ada bini tersayang hopefully lagi senang nak pujuk.
Orang tua bkalau dah merajuk memang susah nak pujuk jadi kenalah pandai pujuk, orang tua dalam telefon ajer dia cakap marah2 kalau kita dah depan mata dia takkan dia nak halau pulak.
Luangkan lah masa utk Tok Wan, kalau nak fikir hal kerja takkan habis.. tapi kita tak tahu berapa panjangnya umur tok wan tuh.. nanti menyesal tak sudah..
maaf kalau tersinggung
kak sya: insyaAllah...
jadi tak kendughi tu?
kunci hilang: jadi. abah saya baru komfemkan thru sms.
Post a Comment