Thursday, February 23, 2006

Senarai.

"Tracy, kalau I buat engineering kan, I jadi engineer je tau," aku tegur Tracy.

Tracy mendongak dari dokumen2 yang dia tengah sort dengan tekun tu. Tracy, supervisor yang Datin panggil 'superwoman'. Staff paling lama bertahan dekat HR ni. Eh Tracy, jangan la buat muka blank.

"Buat HR ni, I kena jadi arkitek, kaunselor, planner, konsultan, surveyor, trainer..." lom sempat abis cakap Tracy dah tergelak.

"Patut la you asyik senyum je. Now I know why," Tracy komen. Senyum itu sedekah Tracy...

"Why?" aku.

"Sebab keje banyak, you pening sampai dah jadi gile!" Tracy. Siut...

"Hahaha," kami. Sampai ati ko kate aku gile Tracy... tanak kawan!

Tapi, tu la keadaan aku sekarang di tempat keje. Bukan aku je, malah semua orang dekat sini. Keja datang bertimbun2 (Tapi, sempat jugak aku berblog ye...). Lepas satu, dua (...kan? Hehe. Berjaya aku membuat lawak bodoh. Sila beri gelak simpati). Banyak sangat sampai sesak nafas kena tindih dengan keje2 nih.

Tindih? Huu... meremang bulu roma.

Berdiri sesuatu.

Hua hua

Aku cuba sedaya upaya untuk senyum dengan mengingat saat2 manis bersama ("bersama". Nguah nguah) bini tersayang, membaca blog2 yang kelakar, perkara2 bodoh yang aku buat, dan cuba melihat apa yang sedang aku lalui ini sebagai satu cabaran hidup yang perlu aku tempuh.

"Orang yang susah senyum adalah lebih susah daripada orang yang senyum di waktu susah," seseorang.

Aku menjenguk dari cubicle. Tengok sekeliling ofis. Takde orang.

Eh, sape pulak yang tiba2 cakap pasal senyum susah senyum ni?

Tiba2 aku terasa seram sejuk. Baik aku tengok 'To Do List' aku hari ni dan balik cepat2.

  • Review drawing2 floor layout plan
  • Prepare form berdasarkan nombor cubicle (Tengkiu Kak Jun!)
  • Survey semua level berdasarkan layout plan (Ada satu lagi level tak siap. Tu aa Sayut, cakap besar lagi. Datin cakap dua jam satu level, ko cakap setengah jam pon boleh. Padan muka!)
  • Setelkan elaun2 praktikal trainee (Ada sorang tak setel2 lagi. Tu aa, len kali setelkan la dulu attendance seblom balik Australia... akuuuu gak yang susah)
  • Development training program untuk bos2 (Tengkiu Kak Ros)
  • Antar balik Dinasour, activatekan Badak Sumatera (Nama2 timangan untuk mesin fotostat lama dan baru. "Kak Jun, tolong setelkan form2 yang berkenaan ye. Nanti saya sain," kata aku dengan manja sambil mengelip2kan mata.)
  • Baca surat khabar
  • Borak2 kosong ngan sape2
  • Baca blog2 secara rawak, dan tinggalkan komen
  • Call ummi
  • Call bini tersayang
  • Call Tok Wan ("nombor yang anda dail telah ditamatkan perkhidmatannya," Aiseh, Tok Wan tak pasang telefon kat rumah baru lagi)
  • Update blog sendiri (sedang dilakukan)
  • Jawab soklan2 tag-mengetag (sila rujuk perkara di bawah)

BTW, ada permainan tag-mengetag la pulak di kalangan bloggers skang. Aku tak pernah terpikir pon nak buat, tapi, Kak Sya gi tag pulak.

NOTA:
Kak Sya, waktu akak tag saya tu saya mengelak, tak kena. Tapi Kak Sya punya pasal, saya ngelat2 la sikit. Kasik can. Buat2 kena. Tapi, disebabkan kepenatan, saya KISS1 je lah:

4 jobs:

  1. penjual ikan
  2. trainee maintenance engineer (intern)
  3. penjual cookies dan coklat
  4. executive HR

4 movies:

  1. the message
  2. a beautiful life
  3. saving private ryan
  4. the mating habit of earthbound human (hua hua)

4 5 places i've lived:

  1. alor setar
  2. sg petani
  3. jitra
  4. hutan melintang
  5. bandar baru sentul

4 sites i visit daily:

  1. company's intranet site
  2. blogger.com
  3. blog2 yang dilinkkan di sini secara rawak
  4. forum2 yang dilinkkan di sini secara rawak

4 10 favourite food:

  1. kambing (sup, gulai, panggang, sate, black pepper etc. Janji ada kambing)
  2. tapai pulut
  3. kerang bakar
  4. unagi (sushi belut)
  5. asam pedas daging tetel (perhatikan: L, bukan K! Yang K tu pon favourite jugak, tp bukan sejenis masakan asam pedas. Hua hua)
  6. petai
  7. terubuk masin
  8. masakan ummi
  9. masakan bini tersayang
  10. masakan sendiri

4 places i rather be:

  1. syurga
  2. mekah
  3. kampung
  4. tempat tido (bersama bini tersayang)

4 albums2 i cant live without:

  1. album kawin?
  2. rujuk no (1)
  3. rujuk no (2)
  4. rujuk no (3)

4 vehicles i owned

  1. a tricycle
  2. a bicycle
  3. a mountain bike
  4. a motorcycle

4 orang yang nak aku tag:

  1. Lan!
  2. Adik Alom.
  3. Yoda,
  4. Abdullah Jones?

footnote::

  1. Bukan cium. KISS stands for Keep It Simple and Sweet (...atau Short, atau Stupid, atau Sexy, atau... aper2 je lah)
  2. Takde kot album yang sampai tahap aku takleh hidup kalu album takde. Aku beli album nasyid.

15 comments:

Anonymous said...

sayut, 4 places that you lived ....mmmmm, includelah tronoh sekalik, tronoh bandar bersejarah.

-normah-

Anonymous said...

sayut apsal blog ko ade elemen p*rno?

-donia-

Sayuti said...

norms: a ah. lupa. nanti aku edit.

mekjoh: takde elemen p*rno disini. p*rno = sesuatu yang memberi rangsangan seksual.

unless, apa yang aku tulis ni memberi rangsangan seksual kepada pembaca, aku mintak maaf.

skian, aku nak balik.

Sya said...

daging tetel pun banyak kolesterol tau sebab ia banyak bahagian lemak.. tapi asam pedas daging tetel memang best

aNIe said...

ehheh...kak sya tag sayuti eh...kene jugak kan...

Bab makan tu...macam ter'sama ngan kak lady....kambing suka sgt...tapi tak leh makan selalu..kerang bakar...favorite kak lady tu...& asam pedas tetel...favorite Hubby...tapi sejak usia dah meningkat...kene kurangkan ...sedap kan..hingga menjilat jari...

NONIE AZIZ said...

Eh..ko pernah duduk kat JItra Sayuti....laaa....Awat lambat habaq yang cheq cheq penah dok kat Jitra nu....heheheh...jitra kg . halaman MR sebenaqnya!!!psttt...Jitra kat area mana?

Anonymous said...

selamat berhujung minggu..heheh selamat jumpa isteri tersayang :)
akak ank balik tghari ni...byee.... off to Lumut :)

NBK466 said...

He..he..he... Ini bukan takat KISS2...siap TAMBAH dari 4 jadi 10 lagik....

p/s : Bro sori ler den slalu sakat ko....gurau jer tau... Aku rasa kita sekufu...both otak 'engine nyior'..ha..ha..ha...

Kopi Suam said...

Salam blogger untuk sayuti,
Kena tag dalam feveret folder aku lepas ni

Sayuti said...

nbb, kak sya, n kak lady: sbb byk kolestrol la takleh makan slalu. bila takleh makan slalu, tu la jadi fevret. kalu hari2 makan, dia tak jd fevret dah. jadi makanan ruji.

kak MR: saya skolah asrama depan ladang getah nun, hat la ni depa buat skolah baghu ngan pejabat pendidikan. jenan. tau? dulu2 saya ghajin tughun PJ ngan BDA makan cendoipulut. masuk kampung wat cross country. masuk kampung lubuk kawah caghi kawah nak kacau bubuq sora.

kak ayu: hati2 mandi laut :D

nbk466: no prob.

kopi suam: salam. sila2

Bergen said...

Someone said this to me that changed my perception about work;

'If you are not afraid of hardwork, you can fit in anywhere.'

Someone also said this to me that changed my attitude towards work:

Melayu
Disuruh kerja
dia main.
Disuruh main
Dia main-main.

I've a friend from Scotland, a fellow rigger I knew during my early years. He said the Scot have this to say about work;

No one has ever died of hardwork.
(I'm sure how true this is in the olden days, though.)

NBK466 said...

Kalau no prob...buleh ler den sakat ko lagi lepas nie yek... ha..ha...ha...ha...

Anonymous said...

daging tetel tu ape ekkk? maap la..den ni org joho..lain mcm aje bunyiknya...hahahah

p.s:
salam blog..terlompat dr blog kaksya tu ha...hehehe

Sayuti said...

bergen: i agree with the first two quotes.

Datin (my boss) said, "It's just work. We are just here to do it. As long as you know what you are suppose to do, how to do and then do it, there is nothing to be worry about. But, Lillahi Ta'ala"

i can imagine your fren saying it in a Scottish accent. in the olden days, yes. present days, i beg to differ. it is one of the issue i have to look at - the rate of fatality due to work-related incidents.

nbk466: jangan sakat bini aku sudah... hehe

kadok: daging tetel tu, daging yang mempunyai lemak tepu. kalau buat asam pedas, memang 'high' je makan. kena gaya masak, letak je daging tu, trus cair ke mulut. ala2 coklam m&m gitu.

p/s: meleleh pulak air liur aku ingat.

Snubby, Don of Anime said...

daging tetel??? daging kura-kura ker??? bukan haram ker makan??? isk, aku dah terkonfius!

makasih kerana suke tag kat blog aku iaitu http://snubnosse.blogspot.com hehehe.

rajin2 ler pindahkan visitor2 kat sini melawat blog aku jugak yer sayut.

ah satu lagi perkare.. join aa http://www.kapasitor.net , mari kite same2 tulis citer2 fiction. Ko berbakat nak tulis novel ni sayut.