Tuesday, February 14, 2006

Emosi.

Hari ni aku terpaksa masuk jamban setibanya di ofis lantaran memakan sambal petai gorengan bini yang tersayang yang tersimpan di dalam fridge bersama megi kari pecah telur semalam.

(Maaf kalau ada yang tengah baca sambil makan megi)

Pukul 12.03 tgh hari1 tadi aku mengadap Datin utk membincangkan permohonan Kak Ros, support staff aku yang minta ditukar ke cawangan lain. Aku dah memberi harapan kepada Kak Ros yang aku akan membantu dia sedaya mungkin. Kak Ros cakap, dia nak tukar kerana prospek kenaikan pangkat lebih cerah di cawangan tersebut. Aku pon, walaupon berat hati, bersedia untuk memberi pelepasan kepada Kak Ros.

"I've talked to En H2 and he said, 'Don't release.' Therefore, she has to stay. I've verbally informed them (cawangan lagi satu) about this decision." Datin said cakap.

"But..." dan aku menyesal dengan apa yang aku cakap lepas tu, sebab semua point aku (yang diberikan Kak Ros dan yang aku fikirkan sendiri) berjaya dipatahkan oleh Datin. Dan aku menerima tunjuk ajar yang baik untuk 45 minit berikutnya.

Kemudian Kak Ros yang baru balik dari urusan luar pejabat tiba di ofis.

"Call Kak Ros. Lets discuss this in the meeting room. Kat luar nanti orang pasang telinga." Datin memberi arahan.

Aku memanggil Kak Ros masuk ke bilik bersama Datin.

"Aiseh, macam orang bersalah pulak kena panggil masuk bilik." komen Kak Ros.

Di dalam meeting room, Datin mengulangi apa yang dikatakan dengan tegas. Kak Ros macam tertekan dan seperti yang dijangkakan oleh Datin, Kak Ros menangis. Aku hanya mampu berdiam diri. Dalam hati, "Sori Kak Ros..."

Antara kata2 Datin yang ditujukan untuk aku:

  1. "Awak ni baik sangat (Ah, kembang). Awak tak boleh macam tu selalu (Oh...). Nanti staff2 awak manipulate awak (Eh, janganlah). You are their superior (I know...). Sometimes, you have to be cruel in order to get the work done (Should I?). They are there to support you. You are doing a lot of their work (I am?) actually. I know its your responsibily, but you have to pass down the work to them. Teach them how to do it, and you make the decision and discussion if they are stuck. Ni semua awak buat, itu yang terkapai2 tu..."3
  2. "Kita dekat sini sebab kerja tu. Bukan sebab kita kerja tu datang. If we don't want to do the work, then, we shouldn't be here"
  3. "Semua yang kita hadapi ni adalah ujian dari Allah. Kita kena redha. Mungkin kita sendiri tak dapat merasa hasil kerja kita. Tapi mungkin anak2 kita, atau keluarga kita yang dapat."
  4. "Allah tidak akan menguji dengan apa yang kita tidak mampu"4

Ada lagi nasihat2 Datin. Tapi, nasihat2 tersebut tidak dapat di absorb dengan sepenuhnya kerana aku diganggu sms2 dari Syukies ajak makan2. Akhirnya, pukul 1.20 tgh hari baru aku dapat turun jumpa Syukies.

footnote:

  1. Aku tengok jam sebelum jumpa Datin. Sbb tu tahu exact time.
  2. Boss Datin. Nama terpaksa disembunyikan atas nasihat kawan aku pagi ni.
  3. Ayat2 ini sengaja diletakkan di sini utk menaikkan saham riyak sendiri. Ayat2 dalam kurungan adalah bisikan hati ketika itu.
  4. Ayat yang juga pernah diberi oleh seorang kawan, 5 tahun yang lalu.

11 comments:

maklang said...

Assalamualaikum Say,
Selamat berkenalan. Kalau bini tersayang berada sejauh 300km dari Kl, mesti agaknya kat JB or dekat2 rumah Maklang. Tapi kat JB mana ada plant yang sama toke ngan kat KL. So rasanya dokek tompek denlah ni....

HCI said...

he he, see how good a female boss can be.

awak ni datang pejabat, ronda blog dulu ke?

and pollutekan toilet dengan bau petai?

Ku Keng said...

Apa Datin kata tu betul. HRM now is becoming an interesting science. Learn from it bro.

Sayuti said...

maklang: dekat gebeng. between cherating and kuantan.

has: yep. then during lunch break. then after five

keng: demikianlah...

aNIe said...

alamak sayuti...kak lady baru abis makan meggi dah...macam perli je...tapi meggi akak tu meggi tomyam...bkn semalam punya..hehehe..

Sayuti...hubby kak lady tu Senior HR Manager kat company dia...memang HR ni ade masa kene tegas dlm mengarahkan sesuatu tugas...tapi lepas tu kene pandai amik hati staff semula...supaya mereka tau nasib mereka terbela...

Sya said...

Sayuti.. Yup jadi HR kena kureng kasihan dgn orang, adakalanya kerana kita kesian kita menjanjikan sesuatu yg di luar bidang kuasa kita. I have learned my lesson.. jika ada masalah.. selalunya i will say that I will try my Best to get it through but it is up to the CEO to decide

Sayuti said...

kak lady, kak sya
saya jaga staff relation. tu yang kadang2 susah nak jadi tegas sangat. nanti diorang majuk. saya jugak yang susah.

tapi, setelah mengikut nasihat Datin, saya rasa beban tugas tu sangat ringan pulak. rasa macam tak sedap hati pulak sebab boleh spend banyak masa jenguk2 blog.

p/s: kadang2 saya rasa jaga mesin lagi senang. tapi dah rezeki dekat sini. redha aje lah.

artisticklytouch said...

Sayuti...jelesnya..Being a HR personnel sangat idaman dan impiana ku tapi tak kesampaian wpun ada degree in it..

takde rezeki aku di situ agaknya

reading ur blog membuatkan aku menjerit2 mahukan pengalaman yang sama, keperihan yang sama..

pergh challenging siot

Ajzie said...

Yeap..kekdag kena cruel sikit. Tp org tak berapa suka ler. Kawan tetap kawan, masa kerja kite kerja. Harap semua faham.

Anonymous said...

Keep up the good work Mazda singapore Rent a car one way galveston

Anonymous said...

Enjoyed a lot! antivirus software erotic lingerie How to heating 97 e-150 construction accounting software Natural allergy medication Soial security withholding honeywell hwm 255 humidifier nba basketball