Seseekor?
Malam Sabtu, aku menunggu kepulangan bini tersayang sampai terlelap kat ruang tamu. Bini tersayang sampai pukul 7.30 pagi keesokan harinya. Dia berhenti tido di tengah jalan.
"Sebab ni la orang tak bagi ayang drive balik," aku berleter.
"Sowi. Owang penat. Pastu ngantuk, owang tido la kat RnR," bini tersayang memberi alasan dengan membuat suara manja. Aku tahu, dia tak mahu aku berleter panjang tentang keselesaan menaiki kenderaan awam.
Suara manja bini tersayang ternyata berkesan kerana ada sesuatu tiba2 je bangun dari tido.
Peka sungguh!
"Ayang sembahyang kat mana tadi?" aku menyoal sambil menarik nafas. Kawalan, kawalan.
"Err... orang takleh semayang..." bini tersayang membuat pengakuan.
Tiba2 kawalan terhenti bersama detik2 masa.
Tup.
Tap.
Tup.
Katakan itu semua tidak benar! Dusta! Tipu!
"Sowi..." bini tersayang.
"Takpelah," aku.
HUWAAA!
Terbantut1
Sesuatu itu pon dipaksa tido semula dengan teknik kawalan pernafasan. Nampaknya hujung minggu ini akan lebih banyak diisi dengan aktiviti2 outdoor.
Indoor pon boleh riadah gak kan? Banyak gak kalori yang digunakan.
Sejak akhir2 ini, rata2 member2 yang aku jumpak memberi komen seperti "makin sehat nampak," atau "makin comel aa kau," atau "bahagia ek lepas kawen," atau "Erynn kasik ko makan aper?". Tapi, yang lebih membuatkan aku rasa aku sangat2 memerlukan lebih banyak riadah ialah apabila ada kawan2 bertanya, "dah berapa bulan?" dan pertanyaan itu tiada kena mengena dengan bini tersayang.
Dulu, waktu kat UTP, aku lebih banyak menghabiskan masa di depan PC. 30% dari masa tersebut untuk berchatting dan menulis skrip mIRC, 20% menonton movie dalam format mpeg, divx dan avi yang didownload dari network (movie apa? jangan tanya... hua hua), 20% untuk berforum di Grapevine, 15% untuk Final Year Project (FYP) dan 15% lagi untuk menjelajah network UTP bagi mencari PC2 yang mempunyai vulnerability dan telah dipasang dengan backdoor.
NOTA: Aku nak tolong tuan2 PC tersebut. Kebetulan pulak kebanyakannya golongan anak2 gadis mahasiswi. Betul, aku tak amik kesempatan. Gambar2 yang dalam folder "My Pictures" pon tak tengok. Serius!
Lifestyle ngadap PC tu lah yang aku rasa menyebabkan perut aku semakin gendut membulat comel. Makin lama, aku makin risau. Sebab tu la kot, aku ikut Kmie pergi berenang setiap kali turn budak laki guna swimming pool. Sebenarnya, Kmie lebih banyak berendam dari berenang. Aku yang berenang dengan bersungguh2, at least pegi balik doploh round.
Betul!
Erm...
Ye la, ye la, aku tipu.
NOTA: Sesungguhnya menipu itu berdosa.
Kalau tak pegi berenang, aku akan duduk di depan PC dan menulis skrip untuk menjadikan Aku`Seekor`IRC`Bot lebih menarik. Aku`Seekor`IRC`Bot, seperti namanya, adalah sejenis 'bot' mIRC. Beliau ber'chatting' menggunakan remote script yang aku tulis berdasarkan Help File yang datang dengan installation mIRC.
Tujuan asal aku menulis Aku`Seekor`IRC`Bot hanyalah untuk belajar tentang remote script mIRC. Lama-kelamaan, menulis skrip telah menjadik satu obsesi pulak, sampai aku takleh tido sebab asyik pikir tentang algorithm dan cara2 nak manipulate syntax bagi menghasilkan respon2 yang menarik. Hampir satu semester dihabiskan untuk menulis skrip tersebut. Dari tiga line, sampai sembilan file yang mempunyai kira2 300 line coding, setiap satu.
Bila aku pikir2 balik, banyak betul masa aku dibuang kat situ. Kalu aku concentrate FYP, sure CGPA aku akan lebih anggun ketika grad dulu. Tapi, perkara dah lepas. Nangis air mata darah pon takkan dapat berulang kembali.
Aih, melampau2 la plak ekspresi yang aku guna nih.
Walau bagaimanapon, aku merasa puas kerana Aku`Seekor`IRC`Bot menjadi hiburan budak2 yang penat stadi, atau bosan setelah berjaya menyiapkan assignment masing2. Contohnya, Normah.
Normah gendut2
Aku teringat waktu filem I-Robot mula ditayangkan, Aku`Seekor`IRC`Bot dah hampir 70% daripada keadaannya sebelum aku meninggalkan UTP. Kebetulan, waktu filem tu ditayangkan, aku amik kelas "Automation and Robotics". Lecturer yang mengajar tu asyik dok ulang2 tajuk filem tu sampai aku pon terpergi tengok dengan bini (ketika itu, tunang) tersayang. Ternyata filem itu sangat menarik.
Balik je dari tengok filem tersebut, aku pon tulis satu email kat lecturer tadi. Aku membincangkan tentang sistem automasi yang berinteraksi antara satu sama lain, seperti mana yang digambarkan dalam sistem 'pemikiran' Sonny, dan memintak pendapat beliau tentang perkara tersebut. Sebelum tu, aku pernah test tulis skrip yang seakan2 sama konsepnya (ikut palotak aku) dalam Aku`Seekor`IRC`Bot, tapi, jadik infinite loop plak. Terpaksa aku tekan Ctrl + Break untuk menstabilkan PC aku.
Lecturer tu tak balas email aku.
Beberapa hari lepas tu, lecturer berkenaan telah mengeluarkan statement di dalam kelas, "I thought only celebrities received emails from fans, I also received one. Whoever that send me that mail, just a reminder. Don't answer your final with what you see in the movie. I cannot give you any mark."
PANG!
Terasa cam kena tampar dengan ayat tu. Seb baik dia tak disclose sapa penghantar email berkenaan. Tapi, ayat2 beliau tersebut membuatkan aku terfikir; patutlah ramai graduan menganggur. Rata2nya dilatih menjadi exam-oriented.
Lepas tu, terus aku takde semangat nak stadi.
Sensitif sungguh aku kan?
footnote:
- Saya tiru ayat Kak Lady. Aci tak?
- Normah sesungguhnya bukanlah seorang yang gendut. Dia bertubuh kecil, berpipi tembam dan comel. Masih single. Sape nak berkenalan boleh tinggalkan komen. Nanti dia jawab la tu. Hehe
15 comments:
Hahaha...kak lady gelak sakan baca cerita yang memula tu...patut yang tu kene letak tajuk 'terbantut dari bangun tidor'...hahahha...
Jahat betul kak lady ni... :D
I am really aghast at your Lecturer's response! Very oudated way of teaching I should say! So what's wrong with getting ideas from movies or elsewhere if they are relevent and beneficial?
Yes, that's why our students nowadays are so stereotyped, 'jumud', 'pak turut' etc because they are not allowed to think out of their syllabus. All because we have lecturers who threatens students with low exam marks if they dont conform.
Truly sad!
oih, sape yg byk berendam dari swim? at least aku bleh gak aa menyelam sampai dasar kolam. ade org tu takleh nak nyelam pun, sbb daya apungan dia tinggi sgt hua hua..
Aku rasa cam ada unsur-unsur ganaszzz ler dalam entry kau..kih...kih..tapi tak pe teruskan sebab elok gak ntuk kesihatan orang-orang yangd ah berumhatangga :)
heehh thank sebab buat aku senyum pagi2 bute ni
iskkkkkkk...sian...Tak per sayuti minggu depan ada lagi...muahahaha..bab perut comei ni kalau hubby akak dia akan jawab macamni...iaaa...org perutnya gendut banyak uang!!!..Sayuti ni mesti banyak duit ni...Pesan kan Erynn kalau tidur kat RnR pasti keselamatan tu terjamin...tidur kat kawasan yang cerah & org ramai lalu lalang...sekarang mcm2 kes ada...
Salam & Selamat Pagi Sayuti...Cian nya dia.....tak per minggu depan kan ada....he he he
Teringat kak CN sewaktu remaja dulu ajak sorang kawan Anggota TUDM gi tengok wayang citer THE RED OCTOBER lakunan Sir Sean Cornery (betul ker teman eja nie), kawan Kak CN tak mahu pergi sbb esoknya dia ada exam tapi kak yg beria2 dan kata: jom lah mana tahu bila kita tengok filem tu nanti esok you ada idea nak jwb kertas soklan (sebenarnya teman ni nak test power jer). Esok dlm ujian, soklan tu agak rumit juga tuk dijawab apa lagi kawan kak CN nie pun ceduk ler idea2 dari filem tersebut sambil dlm hati kata lantak ler...apa sal tak study gatal kuar tengok wayang.
Minggu berikut nya Pegawai nya kata : Bagus! Kapten Zul anda telah memberikan jawapan soklan ke 5 dengan baik skali. Esok nya kak CN dpt sejambak bunga Ros Orange dengan kata ucapan tima kasih lagi.
Sir, you gotta make your missus really understand that R&R is not a good place to be sleeping in a car. Please make her understand this is dangerous, and you gotta make her understand not to do this again. The safest place, if she is too sleepy to drive, is to park inside a police station, ask for the permission from the officers, and she can sleep away. You gotta make her understand, sir. I gotta say this but women sometimes take for granted things like this. You may think I am over-reacting, well maybe I am. Sorry if this doesn't come across as a friendly advice to you, sir. Have a nice day, and stay safe.
he he he... nak ketawakan sayuti.. bleh???? tapikan manyak kesian sama lu
HEA..HA..HA... nak tompang ketawa gak. Bab terbantut tu yang sadis tu....
kak lady: tak jahat, nakal je.
puan dith: sad but true. and the lecturer is an associate professor who happens to be the faculty head, and used to be a consultant. probably he was too occupied with the big, big project that my email was considered a nuisance to his busy schedule. so, i cant blame him for his respond. maybe my email wasn't convincing enough for him to buy the theory. my bad.
kmie: ye la ye la. aku la yang byk berendam. tp, aku berjaya menyelam gak akhirnya. hehe. mekaseh ajar.
kopi suam: unsur ganaszzz yang lembut. saya rasa orang yang baca tulisan ini sudah cukup matang untuk membuat tafsiran masing2. hehe
akak MR: saya perut gen.. eh.. comel, tapi sikit uang. nak wat camne, baru memulakan hidup. terima kasih atas nasihat akak.
kak CN: sebab tu pegawai tu dilantik jadi pegawai. huhu. wah... bunga ros tu. romantisnyer.
mr bergen: i agree with you. i've kept telling her everytime she wanted to drive long distant. RnR, petrol station, depan kedai makan, etc. my missus is a very 'determined' lady. i can nagged her for all it worth, and she'll keep doing it. thus, i told her to take a bus instead. last weekend, she needed to have the car in KL. i hope she'll read your comment because i'm having quite a hard time convincing her.
kak sya and rina: tak baik ketawakan orang. ketawa bersama2 orang takpe.
Tapi malangnye, lagenda bot tuh tak diteruskan.. Aku rase ko boleh buat duit ngan bot tuh. Camne? Hehehe, jumper aku nnt kite diskas2.
Apsal citer2 ko byk mengekspresskan 'terbantut' nih?? Hahahaha. Sian la plak aku tgk ko. Takper, itu menandakan ko seorang yg sabar dan tegal serta..kental! Kalu dulu boleh hidup selama 23 tahun tanpa itu, aper salahnye skang kan (tatau ler kalu ko ade rahsia hehehe).
Lecturer ko tuh mmg kolot. Sbb tu aku tak suke sgt dengan lecturer UTP. Exam-oriented tu satu hal, self-proud lagi. Pastu nak student develop mende baru, kunun2 nak bersaing dengan Universiti Overseas. Diorang tak pernah ade mase nak dengar keluhan dan idea seorang pelajar. Marah sungguh aku.
Sayut, ko siyes berbakat tulis novel, moh ler join aku dlm http://www.kapasitor.net , jom ler..huhuhu.
sayuti, kau ni student lagi la?
he he tak kan kot bendera merah terus tidur, tak leh projek besar pun projek kecil2 lebih bermakna bagi isteri. komang mu.
adoi adoi
sakit perut aku tergelak baca blog ini ekekek. sambung gelak lagik..
eh sayuti. first time datang sini. asik dok baca nama sayuti jek dalam belog MR. best rupanya blog dia ni hehe.
setuju dgn kaklady. ngengehhh
Lan: dah register. nanti2 la aku menulis. nak tulis blog dulu. hehe. kat sana nak baca2 je.
Kak Has: tu kisah dulu2.
hal2 projek nih, confidential. tapi, kalau takde projek2 kecil, bengkrap la kompeni aka rumah tangga saya.
hehe
Kak Uda: sakit perut? jeng je jeng.
mekasih kerana datang. sila datang lagi.
XD <-- ini ialah seketul emoticon.
Puan Sekuntum menjawab:
bergen: mane ade balai polis kat highway bang.. kalau ade mmg dah lama stop situ.lg satu kalau dah nagntuk tahap cipan, drive2 kete dah masuk lane seblah.. better stop anywhere to sleep, rather than duk drive je sampai jumpa balai polis or balai mayat dihospital~ alhamdulillah setakat ni selamat tido di RnR, depan kedai makan mahupun depan petrol station. dan kebetulan, each time i stop for a nap, a few cars follow suit.jadi medan tempat tidur di highway :)
Post a Comment