Tentang.
Waktu aku buat audit jumlah cubicle ofis orang2 production operation, aku mintak tolong Sam. Sam ialah sorang gadis bujang (ke dah kawen ek?) yang lebih tua dari aku dan bekerja sebagai engineer di bahagian tersebut.
Dia terpaksa tolong aku sebab bos dia yang mintak nak tambah cubicle ngan workstation kat situ. Lagipon, aku dan Sam dah berkawan sejak aku mula2 masuk kerja sebulan. Gred gaji kitorang sama.
Gaji dia besar sket sebenarnya, sebab dia engineer dan masuk awal sikit dari aku.
Sam pon tunjuk satu2 cubicle sambil sebut nama orang2 yang menghuni cubicle berkenaan. Sampai dekat satu cubicle, dia blank kejap. Cubicle budak baru.
"Ape ek nama budak nih...?" Sam.
Aku pon menoleh ke arah budak tu. Muka cam familiar...
"Anuar," mamat sebelah kitorang yang tekun gile menaip report tiba2 bersuara. Bagi aa salam dulu mat.
"An.. u.. war..." aku menyebut sambil menulis atas form yang aku mintak Kak Jun tolong sediakan.
"Sam, aku rasa budak ni pernah satu kelas dengan aku la kat UTP dulu," aku.
"Ye ke? Bihtu, apsal ko tak tau nama dia?" Sam tanya. Soklan yang bagus.
Aku pon tak tau naper.
"Dia junior. Aku amik certain course lambat sket," alasan terbaik yang aku bagi. Translate: Aku kantoi banyak paper, sebab tu kena repeat dengan junior.
Alasan tu memang betul pon.
"Dia kenal ko tak?" Sam tanya lagi. Mana la aku tau!
"Ntah, jap aku check." Sam pelik dengan jawapan aku, "Oit, Anuar!"
Budak tu dongak. Muka blur. Mulut ternganga sikit. Kantoi brekfes nasik lemak sambal lebih.
"Ko UTP kan?" aku menyoal ala2 otai. Anuar angguk.
"Budak mechy kan?" aku soal lagi. Anuar angguk lagi.
"Naper encik?" Uik, dia ber'encik' la pulak.
Aku menarik nafas untuk cover perasaan riak yang mula berputik di hati.
NOTA: Sesungguhnya riak itu adalah syirik kecil.
"Ko kenal aku tak?" aku.
Anuar meneliti muka aku, sampai sepet mata beliau. Ko kenal aku kan? Kan? Kan? Aku perasan femes.
"Tak kot..." Anuar jawab dengan muka penuh keikhlasan.
Dem...
"Hahaha," Sam gelakkan aku, "Ko tak cukup femes laa, Sayuti!"
"Sapelah aku..." aku buat suara sedih, "Tapi..."
"Tapi aper Sayuti oi?" Sam masih gelakkan aku. Udah2 le tu Sam.
"Pernah dengar nick Aku`Seekor`IRC`Bot?" aku tanya Anuar. Serentak dengan pertanyaan itu, raut muka Anuar berubah.
Sam berenti gelak.
Yes! Yes!
"Kau ke Aku`Seekor`IRC`Bot?" Anuar inginkan kepastian. Suara macam dalam kekaguman. Aiseh, dah takde 'encik' dah.
"Yep," aku. "pernah dengar kan?"
Anuar mengangguk.
Sam menoleh ke arah Anuar, kemudian ke arah aku balik. Ekspresi tak percaya.
Ngah ngah ngah. Riak2.
NOTA: Sekali lagi diingatkan bahawa riak adalah syirik kecil.
"Sam, kat alam nyata memang aku tak femes. Tapi, kat network UTP, lain..." aku bercakap dengan konfiden.
Aku menjeling ke arah Anuar. Dia tersenyum. Mulut sedikit terbuka. Kompem! Nasik lemak.
Ekspresi Sam masih menunjukkan keraguan. Percayalah Sam.
"Hmm... skang aku rasa aku boleh tau camne ko kat U dulu," Sam membuat andaian, "sure ko introvert!"
Nasib baik ko tak kata pervert. Kalu tak, memang tak dapat aku nak menafikan pernyataan tersebut.
"Aku nerd. 24 jam ngadap PC. Sebab tu spek aku tebal..." aku bercakap sambil menggulung drawing dan berjalan keluar.
Sayup2 aku dengar suara Sam menyoal siasat si Anuar.
Sian budak baru tu.
p/s: aku ingin pulang untuk bertemu Sekuntum^^ ku sayang. Weekend ni mau berdeting di Semenyih. Ada kenduri doa selamat.
:D
20 comments:
Apa punya nick tu 'seekor irc bot'??
haha..sian sayut...lebih femes kat network dr real life..
erk!! Ngadap PC 24jam?...spek makin tebal?...nerd ke aku?
Tak..sebab aku tak adap PC 24 jam...8 jam ade le kalau hubby takde (hubby ade baik adap hubby)..tapi spek makin tebal...sebab dah veteran...hehehhe
Amboi ...berdating kat semenyih ye.?...kak lady dating kat P.Dickson...heheh...take care..have a nice weekend
Tak lama lagi femes lak kat alam Maya nih....sebab rajin tolong jawab soalan kat Keng.....jgn mare!!
hahaha, bdak tu aper nick die? tanye die kenal snubnosse tak? hahahahaha. Kita kan same2 femes sayut ( di alam maya(karin) ). Btw, name ko tak naik lak kene jumper rektor? aku igt rektor utp nk jumper sumer IRCOP..sigh.
Takkan aku seorang aje yg kene kot...
I enjoyed the read!tersengeh sengeh , jangan perasan ek , nanti riak ....
ye sayut, bot anda itu lebeh femes dari diri anda yg sebenar~~~. btw mane ko sorokkan dia.
-normah-
aku agreed ngan normah. mmg irc bot yg sekor tu lg glamer dr sayut. camne tak glamer. script melampau2. hohoho
-donia-
nick ko tu pelik sangat bunyiknya..
panjang lak tuh..
hehe..
Terima kasih Sayuti sebab mengingatkan ttg riak...hehehe...ada gak masalah riak tu muahahaha...ngadap pc 24 jam spek tebal...tapi aku bukan nerd...psss...dapat deting ngan awek tersayang tu?
wah.. wah dah masuk bab riak kecil. Skrg pun femes kat tenet gak kan? Sayuti.. camana agaknya kalau tetiba tengah lunch ada 2-3 anak dara negor.. "eh ni abang syuti yg HR engineer tu kan? yg banyak tulis dalam blog tuh.. saya tetiap ari baca blog abang sayuti rasa tak lengakap hidup kalau tak baca coretan abang... abang best ler.." masa tu lak ada si sam ngan anuar... he hehe
asalkan tak der datin udah le kan? nanti datin kata bila lak masa si sayuti ni naip blog
memang pon script dia melampau2, kdg tergelak aku sorang2 dok menyakat that particular irc bot. Ramai sgt suke men dgn dia. tuh yg tuan dia terpaksa sorokkan everytime tuan dia nak main game. lagging pc dia nanti. huahua.
-normah-
alah, takyah suh tuan dia main game la. main game pon, asek main dota. tu pon amik hero pelik2.hahahahaah.banyak kali suicide.heheheh
eh, offtopic eh?
ahhaha. ko tanye lagi si mamat anuar tuh. kenal tak nick blaserjagdwaffen? hahaahahahaha
zd, snubby, blaserjiggy2, rina, normdut & mekjoh: nama sebenar kita aku rasa tak ramai yang ingat kot. nick lagi glemer. lan dgn syuk, korang pnyer nick tu kalu ada yang tak kenal, mmg sah2 kaki stadi maut.
korang dua legend. hehe
dith: nick tersebut telah ditiru oleh ramai junior2. mungkin akan diceritakan signifikannya nanti.
kak lady: hehe. takdela nerd. figure of speech je.
mis info. bukan kat semenyih. tukar lokasi ke puchong.
maklang: bukan niat nak mencari femes dkt situ. cuma kadang2 tertarik dgn penulisan tuan keng.
snub: aku rasa bukan sbb jadik IRCOP kot. sbb lain.
nurelhuda: aiseh, dah terpasan dah saya.
normdut: aku sorokkan kat tanjung malim.
mekjoh: skrip bese2 je. tak melampau. cuma terlampau.
iwan: pelik, tp benar.
rina: bukan. salah orang kot.
kak MR: bukan awek. bini. hehe.
kak Sya: kalau anak dara, saya buat2 tak tahu. bahye. perang dunia ketiga kang.
normdut lagi: ko la suka kaco time aku tgh men game. bot tu pon dah takut ngan ko.
syukies: pernah jadik mangsa goblin techies yang keji ke?
NOTA: nama yang digunakan dalam blog ini (konon2) bukan nama sebenar. harap maklum.
nick aku tak glamer la. kete aku lg glamer. hohoho
-donia-
Selalu datang, tapi tak pernah/jarang comment rasanya (??...sorry memory box not very strong!)..Enjoy your story. Hilarous one! One Q: Are you at PETT?
anggerik merah: mungkin...?
Heh heh, funny jugak irc bot ni!
Cool blog, interesting information... Keep it UP Banking and finance guild malpractice and negligence legal
Looking for information and found it at this great site... eltron printer ribbon Property+and+casualty+insurance+transfer+between+affiliates Maxter extgernal sata hard drive liquid vitamins without minerals cheap inkjet supplies Parental control at adelphia.net Amateur nude hairy girls Nape film & tv event f250 roof racks
Post a Comment