Kuali.
Hari ni aku puasa (WOW!) sunat Asyura. Entahlah, mungkin jugak sebab aku mengalami krisis kewangan yang teruk kot, so, aku pon puasa aje lah.
Kalu nak puasa kenalah sahur, ye tak? So, pagi tadi aku pon bangun awal (WoOoW!), lebih kurang pukul 4 pagi untuk masak (WOOOW lagi!) juadah sikit.
Dalam fridge ada udang, kacang panjang, dan petai. Udang dengan kacang panjang tu aku beli dua minggu lepas kat pasar malam. Petai tu pulak aku beli kat Miri hari tu (huu.. lama nya). Setelah berfikir sejenak, aku pon decide nak masak (wow! dgn perlahan pulak) udang goreng bersos cili dengan kacang goreng campur petai. Belasah ajelah! Lauk2 berkenaan akan dimakan dengan nasik beras wangi kanowit yang aku beli kat Miri jugak.
Aku berjaya memasak dalam masa kurang sejam. Nih termasuk kupas dan potong bawang merah, bawang putih dan kacang panjang tadi. Pengajaran yang aku dapat daripada perbuatan memasak tersebut: lepas pakai kuali goreng sayur, basuh betul2 seblom goreng udang. Nanti kuali silver naik bintik2 hitam sebab masih ada kesan2 sayur (atau telur yang dipecahkan dalam gorengan sayur) yang terlekat. Bila guna api tinggi utk goreng udang, kesan hitam naik dan lekat di kuali hatta menggosok dengan penggosok periuk pon tak tanggal.
Sebelum makan aku kejut Parid ajak makan sekali. Jam pukul 5 pagi. Parid bukak pintu, buat muka tak puas hati, pastu tutup balik pintu dan tido.
Abaikan...
Aku pon makan la dengan bestnya hasil masakan aku sendiri. Lepas makan aku seterika uniform company yang nak dipakai utk pegi keja. Kemudian Parid bangun. Aku offer dia baki lauk yang ada dengan nasik beras kanowit tersebut. Dia tak tolak.
"Sedap gile ko masak. Patut aa Erynn sayang ko," katanya.Erynn adalah nama glamer bini aku ketika di universiti dulu, dan dialog di atas hanyalah rekaan semata-mata dan tak pernah berlaku. Parid juga tidak menambah nasik. Sekadar
"Ye ke? Aku belasah je masak..." tiada unsur penafian di situ.
"Siyes sedap. Tambah lagi boleh?" dia menambah.
"Sila2" aku mempelawa.
Setelah selesai bersiap2 dan mengemas2 meja ala kadar, kami pon berjalan bersama2 ke stesen STAR Sentul Timur utk ke ofis.
Sekian.
p/s: Malam ni malam Jumaat. Aku masih di ofis. Oh, rindunya aku pada isteri. Tak dapat berkat malam Jumaat malam ni.
4 comments:
sabar nanti ada masa tu jumpa laa bini eheh..tahniah rajin juga berpuasa!!
asmadi: insyaAllah, mlm ni dpt jumpa. :D
norm dut: dialog tipu. masak betul. tak caya tanya parid. tp, aku balik kerja semalam baru prasan sayur goreng dia tak jamah langsung. udang abis.
pokkor: parid mmg jenis tak makan sayur, tapi aku kan terus usaha
huarghhhhhhhhhh!!!!!
Post a Comment