Tuesday, February 28, 2006

Prejudis.

Semalam,

"Before five, I want you to go to the clinic," Datin.

Aku tak pegi.

Pagi tadi dalam miting,

"Ko ada pegi Gombak ke?" Encik Ismail, seorang senior executive.
"Ada. Shopping ngan wife dekat Giant. Siap makan kat ayam lagi! Kat Ayamas," aku.
"Hish, ko nih!" Encik Ismail.

Lepas lunch,

"Itulah, semalam saya suruh awak pegi klinik, tak pegi!" Datin.
"Japgi," aku.

Sebelum itu,

"Eh, air rumah ko bau busuk tak?" sape ntah.
"Tak tau. Kan aku selsema nih!" aku.

Selsema burung...

... yang tidak diulit minggu ini.

Keh keh.

Gelak hambar yang dibuat2.

Sebenarnya, aku sedang menaip dalam tangisan. Takleh nak kaver pulak air mata. Nasib baik takde orang dekat2 ngan aku.

Ini mungkin hari paling sedih sejak aku mendirikan rumah tangga kira2 empat (kurang2 sikit) bulan yang lalu.

Kisahnya bermula weekend baru2 ni. Yer, yer, yang terbantut itulah.

"Hang kena balik jemput Tok Wan. Tok sah dok bagi kad2. Dia dah kecik hati," Pak Lang, melalui handphone.

Aku baru dapat nombor handphone Tok Wan dari Pak Ngah. Sejak dari hari aku dapat nombor tu, aku cuba talipon Tok Wan. Tapi, takde orang angkat. Sehinggalah pukul 8.30 (lebih2 sikit) tadi.

NOTA: Jam aku sekarang menunjukkan pukul 9.04 malam.

Kegembiraan dapat bercakap dengan Tok Wan berubah menjadi kesedihan yang amat sangat. Tok Wan membuat tuduhan2 yang sangat mengguris hati.

"Kacang lupa kulit."
"Bughung tumbuh bulu, (Uik? Burung? Bulu?) dah boleh teghebang, lupa abih kat saghang."
"Hang tak kenang budi."

Bukan setakat terguris, terkoyak, hancur rabak macam dokumen2 sulit masuk paper shredder.

Sambil teresak2 (Ish, nasib baik takde orang. Memang buruk betul aku nangis. Serius!) dan menarik hingus, aku pon menceritakan perkembangan hidup aku sejak kali terakhir aku balik Alor Setar menjenguk dia, bulan Julai tahun lepas.

"Saghi lepaih Sayuti amik ijazah *sob sob*, depa (Kompeni aku) pangge gheja. *srett*. Memang tak dak cuti *sob sob*. Sayuti menikah ni pon, Abah ngan Ummi yang ughuih semua. *srett*. Sayuti cuti haghi menikah tu ja. Besok tu, teghuih balik gheja"

"Tiap2 haghi dok ingat kat Tok Wan ngan Tok. *sob sob*. Nak balik tak buleh. Rumah Abah kat Peghak tu pon tak dan nak balek. *strett*. Nak talipon la yang buleh pon, tapi tok wan tak pasang talipon. *srett*"

"Ni minggu ni dah amik cuti, tengok2 kena mai gheja jugak. *sob sob*. Sayuti nak wat lagu mana? Gheja makan gaji lagu ni laa.*strett*. Bini Sayuti tu dok kat Pahang. *strettt*. Lagi tadak cuti."

Itu antara alasan2 yang aku bagi. Memang obvious la kan banyak cerita yang bercanggah dengan fakta. Tapi, aku terpaksa auta2 sikit untuk meyakinkan Tok Wan.

NOTA: "Tidak dikira dusta orang yang mendamaikan manusia," maksud Hadith.

Aku pon call bini tersayang untuk mengadu sambil2 nak hilangkan tangisan. Pastu aku call Ummi menceritakan perbualan telefon tadi.

"Itulah, kalau dah termakan budi. Terpaksalah makan hati." Ummi.

Sesungguhnya aku sesekali tak pernah lupakan Tok Wan. Selalunya, aku lebihkan masa bercuti di rumah Tok Wan dan Tok daripada rumah aku sendiri. Orang lain pagi raya cium tangan ibu ayah, aku cium tangan Tok Wan dan Tok. Akulah satu2nya cucu yang berada di rumah Tok Wan di waktu raya untuk membancuh air dan menghidang kuih.

Mungkin sebab ni agaknya Tok Wan terasa.

Tok? Tok dah jadi pelupa, disebabkan penyakit nyanyuk.

Aku sentiasa ingat bahawa tanpa Tok Wan, aku takkan dapat belajar sampai ke universiti. Tok Wan lebih banyak membantu aku membesar daripada Abah aku sendiri.

Aku sentiasa ingat bahawa Tok Wan lah yang membeli segala keperluan aku ketika zaman sekolah dulu. Tok Wan lebih kaya dari Abah. Dia seorang peniaga dan usahawan kecil yang berjaya. Walaupon dia buta huruf.

Tok Wan selalu suruh aku baca buku, belajar pandai2. Nanti besar boleh jadi doktor, inspektor polis atau pegawai tentera yang berpangkat besar. Di mata Tok Wan, itulah pekerjaan yang dihormati orang. Bukan seorang penjual ikan macam dia.

Sampai sekarang aku masih gagal mengubah mindset Tok Wan tersebut.

Bila di sekolah menengah, aku memberontak. Aku tak amik biologi sebab aku tanak jadi doktor. Aku amik teknologi kejuruteraan. Aliran sains teknikal.

Aku cakap aku tak boleh jadi inspektor polis atau pegawai tentera sebab aku rabun.

Walaupon Tok Wan kecewa, Tok Wan masih support aku sampai la aku dapat skoler dari kompeni aku sekarang ni.

Macam mana la aku nak lupa semua jasa2 Tok Wan?

"Tok sah dok mai amik aku pi kendughi hang la."
"Kalau Tok Wan tak mau mai, Sayuti tak buat kendughi pon tak pa *sob sob*"
"Suka hati hang la. Hang dah besaq,"

Hish, kuat merajuk jugak orang tua nih.

footnote:

*sob sob* dan *strett* adalah sound effect bagi menggambarkan betapa buruknya aku menangis. Harap maklum.

Monday, February 27, 2006

Seseekor?

Malam Sabtu, aku menunggu kepulangan bini tersayang sampai terlelap kat ruang tamu. Bini tersayang sampai pukul 7.30 pagi keesokan harinya. Dia berhenti tido di tengah jalan.

"Sebab ni la orang tak bagi ayang drive balik," aku berleter.
"Sowi. Owang penat. Pastu ngantuk, owang tido la kat RnR," bini tersayang memberi alasan dengan membuat suara manja. Aku tahu, dia tak mahu aku berleter panjang tentang keselesaan menaiki kenderaan awam.

Suara manja bini tersayang ternyata berkesan kerana ada sesuatu tiba2 je bangun dari tido.

Peka sungguh!

"Ayang sembahyang kat mana tadi?" aku menyoal sambil menarik nafas. Kawalan, kawalan.
"Err... orang takleh semayang..." bini tersayang membuat pengakuan.

Tiba2 kawalan terhenti bersama detik2 masa.

Tup.

Tap.

Tup.

Katakan itu semua tidak benar! Dusta! Tipu!

"Sowi..." bini tersayang.
"Takpelah," aku.

HUWAAA!

Terbantut1

Sesuatu itu pon dipaksa tido semula dengan teknik kawalan pernafasan. Nampaknya hujung minggu ini akan lebih banyak diisi dengan aktiviti2 outdoor.

Indoor pon boleh riadah gak kan? Banyak gak kalori yang digunakan.

Sejak akhir2 ini, rata2 member2 yang aku jumpak memberi komen seperti "makin sehat nampak," atau "makin comel aa kau," atau "bahagia ek lepas kawen," atau "Erynn kasik ko makan aper?". Tapi, yang lebih membuatkan aku rasa aku sangat2 memerlukan lebih banyak riadah ialah apabila ada kawan2 bertanya, "dah berapa bulan?" dan pertanyaan itu tiada kena mengena dengan bini tersayang.

Dulu, waktu kat UTP, aku lebih banyak menghabiskan masa di depan PC. 30% dari masa tersebut untuk berchatting dan menulis skrip mIRC, 20% menonton movie dalam format mpeg, divx dan avi yang didownload dari network (movie apa? jangan tanya... hua hua), 20% untuk berforum di Grapevine, 15% untuk Final Year Project (FYP) dan 15% lagi untuk menjelajah network UTP bagi mencari PC2 yang mempunyai vulnerability dan telah dipasang dengan backdoor.

NOTA: Aku nak tolong tuan2 PC tersebut. Kebetulan pulak kebanyakannya golongan anak2 gadis mahasiswi. Betul, aku tak amik kesempatan. Gambar2 yang dalam folder "My Pictures" pon tak tengok. Serius!

Lifestyle ngadap PC tu lah yang aku rasa menyebabkan perut aku semakin gendut membulat comel. Makin lama, aku makin risau. Sebab tu la kot, aku ikut Kmie pergi berenang setiap kali turn budak laki guna swimming pool. Sebenarnya, Kmie lebih banyak berendam dari berenang. Aku yang berenang dengan bersungguh2, at least pegi balik doploh round.

Betul!

Erm...

Ye la, ye la, aku tipu.

NOTA: Sesungguhnya menipu itu berdosa.

Kalau tak pegi berenang, aku akan duduk di depan PC dan menulis skrip untuk menjadikan Aku`Seekor`IRC`Bot lebih menarik. Aku`Seekor`IRC`Bot, seperti namanya, adalah sejenis 'bot' mIRC. Beliau ber'chatting' menggunakan remote script yang aku tulis berdasarkan Help File yang datang dengan installation mIRC.

Tujuan asal aku menulis Aku`Seekor`IRC`Bot hanyalah untuk belajar tentang remote script mIRC. Lama-kelamaan, menulis skrip telah menjadik satu obsesi pulak, sampai aku takleh tido sebab asyik pikir tentang algorithm dan cara2 nak manipulate syntax bagi menghasilkan respon2 yang menarik. Hampir satu semester dihabiskan untuk menulis skrip tersebut. Dari tiga line, sampai sembilan file yang mempunyai kira2 300 line coding, setiap satu.

Bila aku pikir2 balik, banyak betul masa aku dibuang kat situ. Kalu aku concentrate FYP, sure CGPA aku akan lebih anggun ketika grad dulu. Tapi, perkara dah lepas. Nangis air mata darah pon takkan dapat berulang kembali.

Aih, melampau2 la plak ekspresi yang aku guna nih.

Walau bagaimanapon, aku merasa puas kerana Aku`Seekor`IRC`Bot menjadi hiburan budak2 yang penat stadi, atau bosan setelah berjaya menyiapkan assignment masing2. Contohnya, Normah.

Normah gendut2

Aku teringat waktu filem I-Robot mula ditayangkan, Aku`Seekor`IRC`Bot dah hampir 70% daripada keadaannya sebelum aku meninggalkan UTP. Kebetulan, waktu filem tu ditayangkan, aku amik kelas "Automation and Robotics". Lecturer yang mengajar tu asyik dok ulang2 tajuk filem tu sampai aku pon terpergi tengok dengan bini (ketika itu, tunang) tersayang. Ternyata filem itu sangat menarik.

Balik je dari tengok filem tersebut, aku pon tulis satu email kat lecturer tadi. Aku membincangkan tentang sistem automasi yang berinteraksi antara satu sama lain, seperti mana yang digambarkan dalam sistem 'pemikiran' Sonny, dan memintak pendapat beliau tentang perkara tersebut. Sebelum tu, aku pernah test tulis skrip yang seakan2 sama konsepnya (ikut palotak aku) dalam Aku`Seekor`IRC`Bot, tapi, jadik infinite loop plak. Terpaksa aku tekan Ctrl + Break untuk menstabilkan PC aku.

Lecturer tu tak balas email aku.

Beberapa hari lepas tu, lecturer berkenaan telah mengeluarkan statement di dalam kelas, "I thought only celebrities received emails from fans, I also received one. Whoever that send me that mail, just a reminder. Don't answer your final with what you see in the movie. I cannot give you any mark."

PANG!

Terasa cam kena tampar dengan ayat tu. Seb baik dia tak disclose sapa penghantar email berkenaan. Tapi, ayat2 beliau tersebut membuatkan aku terfikir; patutlah ramai graduan menganggur. Rata2nya dilatih menjadi exam-oriented.

Lepas tu, terus aku takde semangat nak stadi.

Sensitif sungguh aku kan?

footnote:

  1. Saya tiru ayat Kak Lady. Aci tak?
  2. Normah sesungguhnya bukanlah seorang yang gendut. Dia bertubuh kecil, berpipi tembam dan comel. Masih single. Sape nak berkenalan boleh tinggalkan komen. Nanti dia jawab la tu. Hehe

Friday, February 24, 2006

Tentang.

Waktu aku buat audit jumlah cubicle ofis orang2 production operation, aku mintak tolong Sam. Sam ialah sorang gadis bujang (ke dah kawen ek?) yang lebih tua dari aku dan bekerja sebagai engineer di bahagian tersebut.

Dia terpaksa tolong aku sebab bos dia yang mintak nak tambah cubicle ngan workstation kat situ. Lagipon, aku dan Sam dah berkawan sejak aku mula2 masuk kerja sebulan. Gred gaji kitorang sama.

Gaji dia besar sket sebenarnya, sebab dia engineer dan masuk awal sikit dari aku.

Sam pon tunjuk satu2 cubicle sambil sebut nama orang2 yang menghuni cubicle berkenaan. Sampai dekat satu cubicle, dia blank kejap. Cubicle budak baru.

"Ape ek nama budak nih...?" Sam.

Aku pon menoleh ke arah budak tu. Muka cam familiar...

"Anuar," mamat sebelah kitorang yang tekun gile menaip report tiba2 bersuara. Bagi aa salam dulu mat.

"An.. u.. war..." aku menyebut sambil menulis atas form yang aku mintak Kak Jun tolong sediakan.

"Sam, aku rasa budak ni pernah satu kelas dengan aku la kat UTP dulu," aku.

"Ye ke? Bihtu, apsal ko tak tau nama dia?" Sam tanya. Soklan yang bagus.

Aku pon tak tau naper.

"Dia junior. Aku amik certain course lambat sket," alasan terbaik yang aku bagi. Translate: Aku kantoi banyak paper, sebab tu kena repeat dengan junior.

Alasan tu memang betul pon.

"Dia kenal ko tak?" Sam tanya lagi. Mana la aku tau!

"Ntah, jap aku check." Sam pelik dengan jawapan aku, "Oit, Anuar!"

Budak tu dongak. Muka blur. Mulut ternganga sikit. Kantoi brekfes nasik lemak sambal lebih.

"Ko UTP kan?" aku menyoal ala2 otai. Anuar angguk.

"Budak mechy kan?" aku soal lagi. Anuar angguk lagi.

"Naper encik?" Uik, dia ber'encik' la pulak.

Aku menarik nafas untuk cover perasaan riak yang mula berputik di hati.

NOTA: Sesungguhnya riak itu adalah syirik kecil.

"Ko kenal aku tak?" aku.

Anuar meneliti muka aku, sampai sepet mata beliau. Ko kenal aku kan? Kan? Kan? Aku perasan femes.

"Tak kot..." Anuar jawab dengan muka penuh keikhlasan.

Dem...

"Hahaha," Sam gelakkan aku, "Ko tak cukup femes laa, Sayuti!"

"Sapelah aku..." aku buat suara sedih, "Tapi..."

"Tapi aper Sayuti oi?" Sam masih gelakkan aku. Udah2 le tu Sam.

"Pernah dengar nick Aku`Seekor`IRC`Bot?" aku tanya Anuar. Serentak dengan pertanyaan itu, raut muka Anuar berubah.

Sam berenti gelak.

Yes! Yes!

"Kau ke Aku`Seekor`IRC`Bot?" Anuar inginkan kepastian. Suara macam dalam kekaguman. Aiseh, dah takde 'encik' dah.

"Yep," aku. "pernah dengar kan?"

Anuar mengangguk.

Sam menoleh ke arah Anuar, kemudian ke arah aku balik. Ekspresi tak percaya.

Ngah ngah ngah. Riak2.

NOTA: Sekali lagi diingatkan bahawa riak adalah syirik kecil.

"Sam, kat alam nyata memang aku tak femes. Tapi, kat network UTP, lain..." aku bercakap dengan konfiden.

Aku menjeling ke arah Anuar. Dia tersenyum. Mulut sedikit terbuka. Kompem! Nasik lemak.

Ekspresi Sam masih menunjukkan keraguan. Percayalah Sam.

"Hmm... skang aku rasa aku boleh tau camne ko kat U dulu," Sam membuat andaian, "sure ko introvert!"

Nasib baik ko tak kata pervert. Kalu tak, memang tak dapat aku nak menafikan pernyataan tersebut.

"Aku nerd. 24 jam ngadap PC. Sebab tu spek aku tebal..." aku bercakap sambil menggulung drawing dan berjalan keluar.

Sayup2 aku dengar suara Sam menyoal siasat si Anuar.

Sian budak baru tu.

p/s: aku ingin pulang untuk bertemu Sekuntum^^ ku sayang. Weekend ni mau berdeting di Semenyih. Ada kenduri doa selamat.

:D

Thursday, February 23, 2006

Senarai.

"Tracy, kalau I buat engineering kan, I jadi engineer je tau," aku tegur Tracy.

Tracy mendongak dari dokumen2 yang dia tengah sort dengan tekun tu. Tracy, supervisor yang Datin panggil 'superwoman'. Staff paling lama bertahan dekat HR ni. Eh Tracy, jangan la buat muka blank.

"Buat HR ni, I kena jadi arkitek, kaunselor, planner, konsultan, surveyor, trainer..." lom sempat abis cakap Tracy dah tergelak.

"Patut la you asyik senyum je. Now I know why," Tracy komen. Senyum itu sedekah Tracy...

"Why?" aku.

"Sebab keje banyak, you pening sampai dah jadi gile!" Tracy. Siut...

"Hahaha," kami. Sampai ati ko kate aku gile Tracy... tanak kawan!

Tapi, tu la keadaan aku sekarang di tempat keje. Bukan aku je, malah semua orang dekat sini. Keja datang bertimbun2 (Tapi, sempat jugak aku berblog ye...). Lepas satu, dua (...kan? Hehe. Berjaya aku membuat lawak bodoh. Sila beri gelak simpati). Banyak sangat sampai sesak nafas kena tindih dengan keje2 nih.

Tindih? Huu... meremang bulu roma.

Berdiri sesuatu.

Hua hua

Aku cuba sedaya upaya untuk senyum dengan mengingat saat2 manis bersama ("bersama". Nguah nguah) bini tersayang, membaca blog2 yang kelakar, perkara2 bodoh yang aku buat, dan cuba melihat apa yang sedang aku lalui ini sebagai satu cabaran hidup yang perlu aku tempuh.

"Orang yang susah senyum adalah lebih susah daripada orang yang senyum di waktu susah," seseorang.

Aku menjenguk dari cubicle. Tengok sekeliling ofis. Takde orang.

Eh, sape pulak yang tiba2 cakap pasal senyum susah senyum ni?

Tiba2 aku terasa seram sejuk. Baik aku tengok 'To Do List' aku hari ni dan balik cepat2.

  • Review drawing2 floor layout plan
  • Prepare form berdasarkan nombor cubicle (Tengkiu Kak Jun!)
  • Survey semua level berdasarkan layout plan (Ada satu lagi level tak siap. Tu aa Sayut, cakap besar lagi. Datin cakap dua jam satu level, ko cakap setengah jam pon boleh. Padan muka!)
  • Setelkan elaun2 praktikal trainee (Ada sorang tak setel2 lagi. Tu aa, len kali setelkan la dulu attendance seblom balik Australia... akuuuu gak yang susah)
  • Development training program untuk bos2 (Tengkiu Kak Ros)
  • Antar balik Dinasour, activatekan Badak Sumatera (Nama2 timangan untuk mesin fotostat lama dan baru. "Kak Jun, tolong setelkan form2 yang berkenaan ye. Nanti saya sain," kata aku dengan manja sambil mengelip2kan mata.)
  • Baca surat khabar
  • Borak2 kosong ngan sape2
  • Baca blog2 secara rawak, dan tinggalkan komen
  • Call ummi
  • Call bini tersayang
  • Call Tok Wan ("nombor yang anda dail telah ditamatkan perkhidmatannya," Aiseh, Tok Wan tak pasang telefon kat rumah baru lagi)
  • Update blog sendiri (sedang dilakukan)
  • Jawab soklan2 tag-mengetag (sila rujuk perkara di bawah)

BTW, ada permainan tag-mengetag la pulak di kalangan bloggers skang. Aku tak pernah terpikir pon nak buat, tapi, Kak Sya gi tag pulak.

NOTA:
Kak Sya, waktu akak tag saya tu saya mengelak, tak kena. Tapi Kak Sya punya pasal, saya ngelat2 la sikit. Kasik can. Buat2 kena. Tapi, disebabkan kepenatan, saya KISS1 je lah:

4 jobs:

  1. penjual ikan
  2. trainee maintenance engineer (intern)
  3. penjual cookies dan coklat
  4. executive HR

4 movies:

  1. the message
  2. a beautiful life
  3. saving private ryan
  4. the mating habit of earthbound human (hua hua)

4 5 places i've lived:

  1. alor setar
  2. sg petani
  3. jitra
  4. hutan melintang
  5. bandar baru sentul

4 sites i visit daily:

  1. company's intranet site
  2. blogger.com
  3. blog2 yang dilinkkan di sini secara rawak
  4. forum2 yang dilinkkan di sini secara rawak

4 10 favourite food:

  1. kambing (sup, gulai, panggang, sate, black pepper etc. Janji ada kambing)
  2. tapai pulut
  3. kerang bakar
  4. unagi (sushi belut)
  5. asam pedas daging tetel (perhatikan: L, bukan K! Yang K tu pon favourite jugak, tp bukan sejenis masakan asam pedas. Hua hua)
  6. petai
  7. terubuk masin
  8. masakan ummi
  9. masakan bini tersayang
  10. masakan sendiri

4 places i rather be:

  1. syurga
  2. mekah
  3. kampung
  4. tempat tido (bersama bini tersayang)

4 albums2 i cant live without:

  1. album kawin?
  2. rujuk no (1)
  3. rujuk no (2)
  4. rujuk no (3)

4 vehicles i owned

  1. a tricycle
  2. a bicycle
  3. a mountain bike
  4. a motorcycle

4 orang yang nak aku tag:

  1. Lan!
  2. Adik Alom.
  3. Yoda,
  4. Abdullah Jones?

footnote::

  1. Bukan cium. KISS stands for Keep It Simple and Sweet (...atau Short, atau Stupid, atau Sexy, atau... aper2 je lah)
  2. Takde kot album yang sampai tahap aku takleh hidup kalu album takde. Aku beli album nasyid.

Wednesday, February 22, 2006

Halus.

Semalam bini tersayang call. Actually, hari2 dia call. Tak pon aku call dia. Tapi selalunya dia yang call aku. Sebab dia pakai line. Aku pakai prepaid. (Yang sebenarnya aku sepp, tapi tanak ngaku.)

Call semalam lain sikit. Ada unsur yang menyeramkan. Perbualan telefon1 antara aku dan bini tersayang...


Aku: Mushi~2 (bukan moshi2 Jepun)
Bini tersayang: Yayang, semalam takleh tido.
Aku: Naper yang? Teringat kat orang ek?
Bini tersayang: Tak... (urk?) eh, ye... (fuh, lega...) tapi bukan sebab tu takleh tido.
Aku: Bihtu nape bebi?
Bini tersayang: Orang takut...
Aku: Takut ape?
Bini tersayang: Orang rasa... tempat orang duduk ni, berhantu! (hantu?)
Aku: Hantu?
Bini tersayang: A ah. Semalam orang kena kacau. (saspen...)
Aku: Kena kacau? Camne tu?
Bini tersayang: Semalam, tiba2 orang terkejut dari tido. Rasa macam ada orang baring kat sebelah. (Huh?)
Aku: Huh?
Bini tersayang: Pastu orang takleh gerak. Takleh nak kuar suara. Macam kena tindih (Tindih? Celaka punyer hantu. Hantu betul!)
Aku: Eh?
Bini tersayang: "Eh"? (Ops...)
Aku: Takde. Orang terpikir samting tadi. Pastu terkuar reaksi pulak. Abaikan.
Bini tersayang: Ok...
Aku: Pastu, aper jadi? Ayang watpe lepas kena tindih tu? (Celaka punyer hantu, aku je yang boleh tindih bini aku la!)
Bini tersayang: Pastu, orang pejam mata je la. Sampai tertido. Orang mimpi ayang. Tapi, macam lain macam je. (Sah2, hantu betul hantu nih! Eh?)
Aku: Erm... (Seb baik sempat tahan napas)
Bini tersayang: Bila orang jaga dari tido, baru leh gerak balik. Ayang... Takut...
Aku: Ayang dah bitau kat kawan ayang dah? Ayang tumpang rumah kawan kan?
Bini tersayang: Tak... orang duduk kat resort apartment. (Pulak...)
Aku: Kata nak duduk rumah kawan.
Bini tersayang: Tak jadi.
Aku: Erm...
Bini tersayang: Sowi... tak sempat bitau ayang. Kawan orang takde pulak
Aku: Takpelah.
Bini tersayang: Nak wat camne ni ayang?
Aku: Ayang tukar bilik. Jangan tido bilik semalam
Bini tersayang: Bilik lain macam tak boleh bukak je... (Aik?)
Aku: Aik? Pelik betul. Naper tak tanya hotel?
Bini tersayang: Kena tanya ek? (Haih!)
Aku: Hmm... tanya la. Mintak tukar apartment ke. Tak pon ayang tukar hotel je.
Bini tersayang: Tengoklah. Nanti orang tanya hotel ni.
Aku: Ok.
Bini tersayang: Yayang. Nak mintak izin, malam ni orang nak gi cc boleh?

(...sembang topik lain pulak)


Risau pulak aku pastu. Tapi, hari ni aku call tanya camne dia tido semalam. Ada gangguan lagi ke tak?

Dia tertido kat sofa ruang tamu, sebab tak berani nak masuk bilik. Sian bini tersayang.

Kepada hantu tersebut, "Oi Hantu! Ko nak mampos ke tindih2 bini orang nih?"

Eh, dah gelap pulak ofis. Cuak lak aku duduk sorang2.

Huu...

footnote:

  1. Terpengaruh pulak dengan blog Lan wat perbualan telepon nih. Aci ek aku tiru konsep sket.
  2. 'Mushi' © Sayuti dan Erynn 2003. 'Mushi' merupakan hak intelektual Sayuti dan Erynn. Tidak boleh ditiru oleh mana2 pasangan lain kerana hanya Sayuti dan Erynn sahaja yang tahu maknanya yang sebenar.

p/s: Bini tersayang menghantar msg: "Happy Ayang day! alabyu ayg for the rest of my life. mmmuah~" bersama gambar sekuntum bunga yang membuatkan aku tersenyum walaupon kepala tengah pening akibat banyak kerja. Bini tersayang chomel!

:D

Psst... Encik Hantu, aku tak puas ati ngan ko. Tapi, jangan amik ati ye... aku tau ko ensem. Jgn tindih2 orang. Tak baik... OK? Setel eh. Jgn ikut aku balik rumah tau. Nanti Parid takleh tido.

Tuesday, February 21, 2006

Cuaca?

Aku sangat mengantuk dan penat. Nak tido! Tapi, tak boleh nak balik lagi.

*Sigh*

Kerana...?

Ketakutan

Kilat,
Jatuh dari langit berdaulat
Datang bersama awan selat
Sabung menyabung bak pendekar bersilat
Menikam mereka yang telah ralat
Menyambar bak api menjilat
Guruh bak tempikan si pelat
Yang berperut bulat
Tanpa julat

Lalu,
Terpaksa kutunggu selepas solat
Kerana kutertinggal satu alat
Yang mungkin sudah berkulat
Atau dimakan ulat-ulat

Alat itu ialah payung
Bukan gayung

ofis, 21022006 1925 hrs


Demikianlah.

p/s: Sediakan payung sebelum hujan!

...dan jangan lupa bawak ke ofis.

Monday, February 20, 2006

Terlupa.

(Sambung cerita semalam)

Pukul 11.00 (lebih2 sikit) malam, bini tersayang pon pulang bersama dua bungkusan polistrin.

"Ayang nak kambing?" bini tersayang tanya.
"Kambing?" aku. Posisi baru?
"Ada lauk kambing lebih tadi. Orang bawak balik," bini tersayang menjelaskan. Oh... tau2 aje.
Aku makan dua ketul cebisan rusuk kambing yang bini tersayang bawak balik tersebut. Bini
tersayang pegi shower (terasa nak join, tapi takut sejuk pulak). Ada lima ketul cebisan rusuk kambing kesemuanya. Dua tu simbolik!

Dipendekkan cerita, bini tersayang sangat penat akibat aktiviti teambuilding tadi. Tak sempat aku nak menambahkan kepenatan tersebut, dia dah terlelap di atas couch ketika menunggu aku abis baca satu artikel yang menarik bertajuk 'The Seven Habits of Highly Offensive People' dalam majalah Fortune klasik yang aku jumpa atas meja kopi tadi.

Amoih, comelnya bini tersayang tido.

"Yayang, penat ek? Gi tido atas katil tu," aku mengejutkan bini tersayang. Memula ingat nak dukung aje, tapi kekuatan tangan aku hanya mampu mengangkat beban kurang dari 50kg dengan stabil. Oleh kerana itu, terpaksalah aku mengubah plan.

"Tapi, orang tak semayang Isya' lagi," bini tersayang berkata dalam keadaan mamai.
"Takpe, nanti pukul dua orang kejut semayang. Gi tido dulu," aku mencadangkan, sambil berfikir apakah yang boleh dilakukan sementara menunggu pukul dua. Sorang diri!

Bini tersayang bangun dalam keadaan mamai. Aku pimpin bini tersayang masuk ke bilik dan membaringkan beliau di atas katil.

"Dah2, jangan buat andaian terkedepan." aku berkata kepada orang yang tengah membaca posting ini.

Hehe

Aku kuar dari bilik setelah menyelimutkan bini tersayang dan menutup lampu. Rasa frust sikit, tapi, rasa kasihan pada bini tersayang lebih kuat. Sian dia letih. Ayat poyo.

ARGHHH!!! (jeritan batin)

Lalu aku pon menonton TV. Tak ingat pulak channel mana, tapi ada movie, 'American Outlaws'.

Aku menonton movie berkenaan dengan rasa kagum bagaimana watak Jesse James digunakan oleh penulis skrip (atau pengarah) untuk membincangkan leadership skills.

Karisma yang dimiliki oleh Jesse James adalah kelebihan beliau sebagai seorang pemimpin. Karisma selalunya merupakan anugerah semulajadi, tapi tak semestinya tidak boleh di develop. Macam jugak kebijaksanaan. Ada orang dilahirkan dengan IQ yang lebih tinggi daripada orang lain, tapi kalau tak digunakan dengan betul, atau didevelop betul2, akan hilang jugak apabila meningkat dewasa. Tapi, dalam cerita ini, Jesse James menggunakan anugerah karisma tersebut untuk memimpin kawan2nya melakukan satu revolusi rompakan yang memenangi hati orang2 lain. Walaupun perbuatan mereka satu jenayah berat, tapi, mereka dianggap hero pulak. Pelik kan, bagaimana karisma seseorang boleh mengaburi mata kita daripada berfikir secara objektif? Tapi, itulah hakikatnya. Tengoklah pemecatan seseorang daripada jawatan tinggi kerajaan di negara kita satu masa dahulu. Ingat?

Satu lagi kelebihan Jesse James ialah kemahirannya mengatur strategi dan taktik, juga berfikiran jauh. Dia tak pergi bunuh je orang yang mengakibatkan kematian mak dia yang dah tua tu, tapi, dia mengambil keputusan yang jauh lebih matang dengan mengakibatkan orang tersebut berada dalam kerisauan dan serba tak kena dengan menyerang balik kepentingan2 mereka.

Tapi, kelebihan semulajadi Jesse James sebagai pemimpin yang paling hebat ialah membuat keputusan2 penting dengan cepat dan berkesan, dan bertindak apabila membuat keputusan. Bukan cakap tak serupa bikin. Atau cakap saja, tarak bikin. Bukan macam sesetengah2 pemimpin, kena meeting dulu, baca laporan dulu, jumpak consultant dulu (Nih pemimpin korporat, tapi bukan kompeni aku laa. Kompeni aku bes~) walaupon keputusan yang perlu dibuat tu adalah obvious1. Tu pon, buat jugak keputusan yang salah2.

*sigh*

Si Jesse James nih jugak pandai dalam soal2 organisational behavior dan public affair. Ini digambarkan dalam scene2 dia cuba memenangi hati kawan baiknya yang juga nak memegang tampuk kepimpinan. Dari segi public affair, kemahirannya digambarkan dalam scene2 dia mengedarkan duit2 hasil rompakan kepada golongan petani (ala2 Robin Hood) dan merompak dengan menggunakan cara yang bersopan. Paling best, dia leh antar artikel ke surat khabar untuk menyatakan tujuan dia merompak. Thats a briliant PR decision! (bisik hati aku ketika itu)

Filem ini juga membincangkan tentang cabaran2 seorang pemimpin dan priority individu dalam kehidupan. Nilai2 murni yang dipupuk yang aku dapat tangkap daripada filem ini ialah:

  • Kena berani
  • Family come first
  • Leadership skill (seperti dibincangkan di atas)
  • Kawin dulu sebelum nak melakukan proses pembiakan (Ho ho... ada dlm scene2 romantik)
Gila lah aku terkagum kejap ngan movie tersebut. Ngam2 movie tu abis pukul 2.00 (kurang2 sikit) pagi. Aku pon masuk ke dalam bilik untuk mengejutkan bini tersayang untuk semayang Isyak, dan agenda2 lain3 selepas beliau selesai semayang.

Sekian.

footnote:
1. Ayat ini tidak sesekali membawa maksud aku merendah2kan kepentingan meeting, membaca laporan serta berjumpa konsultan. Sila rujuk kembali ayat di atas untuk konteks sebenar.
2. Tak semuanya. Kadang2 je.
3. Qiyamullail (konon2) dan ibadah malam (Ni betul! Tapi, ibadah yang hanya boleh dilakukan oleh pasangan suami isteri. Kalau tanya lagi, sah2 anda lom matang)

Sunday, February 19, 2006

Merah?

Aku dalam cc lagi. Hari tu depan Puduraya, hari ni sebelah terminal bas ekspress Kuantan pulak. Nak balik KL naik bas pukul 7.30 malam. Bini tersayang dah balik rumah sewa beliau di sini sebab nak bersiap2 untuk ke Kerteh. Esok dia ada training.

Semalam aku tido di Strawberry Park Resort Apartment, Kijal. Bini tersayang ada program teambuilding kat sana. Aku menumpang je lah sebagai menemani bini tersayang hujung minggu ni.

Pukul 9.00 (lebih2 sikit) malam, aku sorang2 di dalam apartment berkenaan. Bini tersayang dah turun untuk beraktiviti. Baru ingat nak 'bermesra-mesraan'.

Akibat kebosanan, aku pon ke ruang tamu. Ada majalah Fortune, edisi November 1995 (antik sungguh!) atas meja kopi. Aku switch on TV, ada "Zoom in Interaktif Bersama Zahid" di TV2. Datuk Daud Kilau (?) tengah menyanyi lagu 'Gila Judi' kot. Rasa segan pulak nak tengok dia bergelek, lalu aku pon mula membaca majalah antik berkenaan.

Tiba2, seseorang membukak pintu. Bini tersayang berlari2 masuk sambil memegang sesuatu di dalam tangan. Aku menoleh kehairanan.

Tak tahu kenapa tiba2 aku terbayang larian dalam cerita Baywatch.

"Nah, dinner ayang." tangan bini tersayang memegang sepinggan makanan2 bbq.

"Nyum2," aku memberi reaksi, tapi bukan untuk makanan tersebut.

Pipi aku kena cubit. Bini tersayang paham rupanya.

"Ini je yang mampu orang seludup," bini tersayang cakap waktu aku menyambut makanan berisi sekeping daging burger, setongkol jagung, dua ketul ikan pari, separuh ekor ikan kembung dan dua ketul daging, semuanya dipanggang. Seludup?

"Ayang makan ek, orang ada aktiviti lagi ni. Curi2 balik jap," seraya memegang tangan kanan aku, cium dan mengoffer dahinya untuk dicium. Dahi je?

Aku cium dahi bini tersayang, dan dia pon berlari keluar balik.

Terbayang cerita Baywatch lagi.

Aku tengok makanan tadi. Makanan seludup.

"Kruk... kruk," perut. Translate, "BELASAH AJE LA SAYUT OI!"

Aku baca doa makan dan dengan penuh sopan memakan makanan tersebut seraya merasa kehangatan kasih sayang seorang isteri.

Tiba2 sesuatu berdiri. Aku blushing sorang2.

Hua hua...

Friday, February 17, 2006

Polisi.

Aku skang berada di cc depan puduraya. Mau berangkat ke Kuantan jap lagi untuk bertemu isteri bagi menghilangkan kegersangan melepaskan kerinduan.

Semalam, aku sampai di stesen komuter Subang Jaya lepas pkl 8.10 pagi (dah lambat). Aku tengok tentatif, 8.00 - 9.00 pagi ada breakfast. Aku membuat andaian yang aku hanya akan miss breakfast dan belum terlambat untuk taklimat berkenaan, lalu aku pon singgah di gerai dekat bawah papan tanda 'dilarang menjaja di sini' bila aku nampak pakcik berkenaan jual kuih pau dan karipap. Aku beli untuk buat alas perut, berjalan dua tiga tapak dan seperti yang aku jangka, aku disapa pemandu teksi.

"Gi mana encik?" dia bertanya. Aku tengok dalam teksi, dah ada dua orang amoi dekat seat belakang.
"Sunway Lagoon Resort Hotel, brapa?" aku cuba membajet.
"Seploh ringgit. Tapi saya nak hantar dua orang ni ke SS12 dulu on the way, boleh?"
"OK," belasah ajelah. Janji sampai on time. "Sampai sana seblom pukul 9.00 boleh?"
Pemandu teksi tu tengok jam, "Boleh2! sempat sangat ni."

Jawapan berkenaan buat aku sangat2 yakin bahawa tambang ikut meter jauh lebih rendah dari seploh ringgit. Tak kesahlah, janji sampai on time.

Ketika aku sampai, ramai peserta taklimat yang terdiri daripada bos2 besar telah sampai. Dengan tiba2 jugak aku rasa sangat gabra melihat bos2 besar berkenaan. Rasanya, aku sorang je kat situ yang masih dara mentah.

Waktu dalam function room, aku memilih kerusi paling belakang supaya aku tak perlu duduk sebelah mana2 bos besar. Tiba2, seseorang menarik kerusi sebelah kanan aku. Aku menoleh. Ada dua orang. Diorang hulurkan tangan. Aiyak!

"I'm R, from..." sesungguhnya saya sangat tahu sape anda.
"I'm Doc," saya juga tahu sape anda.

Encik R adalah salah sorang dari tiga orang bos besar dalam unit aku. Doc adalah orang kanannya.

"...and you are?" TIDAKKK!
"I'm Sayuti, HR. Same unit,"
"How come I never see you before? You baru join ke?" Encik R bertanya. Aku terasa macam nak terkelepek on the spot bila dia tanya camtu.
"This is our new guy," tetiba Datin mencelah. Bila entah dia ada kat tepi kitorang. Aku terkagum jap.
"I also never seen him before, Datin." Doc pulak cakap.

Tiba2 segumpal awan hitam meliputi kepala aku.

Mendung.

Aku pernah masuk bilik Encik R (di ofis) untuk present proposed layout workstation arrangement untuk dapatkan dia punya endorsement. Dia sain lukisan plan yang aku bentangkan kat atas meja. Tapi, dia tak cam aku. Doc pulak, baru je aku jumpak nak handover practical student untuk dia supervise.

Mungkin sebab spek baru aku kot. Waktu aku present tu pakai spek lain. (Nak kasik sedap hati sendiri)

Aku pon cakap yang aku pernah jumpak diorang dalam situasi2 tersebut.

"Maybe because we have so many young people coming in, we can't recognize who is who yet," Encik R cakap dengan rendah diri, "Nice to meet you."

Terharu.

Sessi taklimat dimulakan dengan memperkenalkan diri masing2. Nama, berapa tahun dalam kompeni ni dan dari unit apa.

"I've been in this company for 25 years..." kata sorang.
"28 years..." kata sorang lagi.
"15 years..." lagi sorang.
"Only 8 years." only?

Akhirnya sampai turn aku. Gabra. Tangan menggeletar pegang microfon, "...I'm probably the youngest in this room. I will be confirmed by the end of this month," dup dap dup dap. "Thank you."

Semua terdiam.

"So, how long have you been in this company?" salah sorang bos besar tetiba tanya balik.
"Six month..."

Diam lagi. Cuaknya, cuaknya.

"We have a big generation gap in this session, which is very good. So, we can have views from both the senior and experienced staff as well as the new and fresh ideas from him. Next please..."

Entah berapa agaknya rate jantung aku berdegup. Rasa macam baru lepas lari 20 meter. (Aku tak fit)

Sessi taklimat berkenaan berjalan dengan lancar dan abis awal.

Dan, malam semalam aku gersang sangap sunyi macam biasa. Takpe, japgi kerinduan aku akan diubati.

:D~

p/s: amoi2 di dalam cerita dia atas adalah watak yang sangat tidak significant dalam pos ini. jangan tanya apa2 pasal amoi2 tersebut. harap maklum

Wednesday, February 15, 2006

Kabut!

Datin pesan semalam, "Your job is to come up with solutions - creative ideas or structured process that we can implement. The paperworks, calling up people, nomination... you have to pass to Kak Ros or Kak Jun (support staff lagi sorang) to do. Their rank is supervisor. They are able to do it."

Setelah berjaya mendownload kerja2 yang memerlukan pengetahuan prosedur dan kelajuan menaip yang tinggi kepada Kak Ros dan Kak Jun, aku rasa sangat lapang. Sebab tu pagi tadi banyak dihabiskan dengan meninjau2 blog orang utk idea2 atau apa2 perkara yang dapat menjana minda kreatif. (konon2nye lah)

Bila otak ajer yang berjalan, maka aku pon cepatlah mengantuk. Tambah2 pulak aku tak cukup tido semalam. Entah macam mana laa jarum jam loceng aku boleh tunjuk pukul 6.15 pagi dan berbunyi dengan kuat, walhal jam tangan aku baru pukul 2.00 pagi. Jam dinding lagi takleh harap, pukul 9.00, jarum saat kejap jalan, kejap tak. Dah malas nak betulkan. So, aku switch on TV. TV3 dah abis siaran. Alih TV2. Rancangan "Thought for the Day", diikuti lagu Negaraku.

Sah pukul 2.00 pagi.

Betulkan jam loceng balik. Guling2 atas toto. Setengah jam kemudian, mata takleh tutup jugak. Guling2 lagi. Tak tahu pukul berapa aku terlelap, tapi sedar2 dah pukul 6.45 pagi, Parid dalam bilik air. Entah jam loceng bunyi ke tak tadi, aku pon tak tau.

Pukul 7.20 pagi, aku dan Parid pon memulakan perjalanan ke stesen Sentul Timur macam biasa. Din, pukul 7.00 pagi dah keluar. Dia kena pergi Bangi. Ada training dekat sana.

Azwa, geosaintis yang berjiran (workstation) dengan aku, pesan mintak tolong beli nasik lemak. Memandangkan aku selalu mengepau jajan dan coklat (Azwa nih tokan makanan rapu) dari laci beliau, rasa serba salah pulak kalau tak tolong belikan. Jadi, aku pon singgahlah di gerai2 sarapan dekat dengan area stesen LRT Masjid Jamek. Lama sangat aku pilih lauk, sampai Parid tinggal. Dah selesai bayar aku tak nampak kelibat mamat nih. Aku call. Dia dah naik tren.

Selingan:

Tekanan Pagi

Pergi kerja naik LRT
Setiap hari aku perhati
Manusia yang tak reti-reti
Adab-adab bila tren berhenti

Izinkan penumpang turun dahulu
Jangan terus terkam melulu
Bak ayam dicabut bulu1
Pelancong tengok, tidakkah malu?

Penumpang berada di depan pintu
Walau tak turun di stesen itu
Berganjaklah sebentar jangan membatu
Masuk keluar dapat dibantu

Jika semua sama lakukan
Kau, aku dan rakan-rakan
Pasti kita tidak tertekan
Pergi kerja tersenyum sakan

Stesen PUTRA MJ, 15022006, 0749hrs

Pukul 2.45 sampai pkl 3.45 petang ada miting. Pastu aku review beberapa paperwork yang tiba atas meja aku dan meninjau2 resume student yang apply internship di sini.

Dekat2 nak abis ofis hour, aku dengar suara Datin, Kak Zila (eksekutif lagi sorang, yg jaga recruitment dengan development) dengan Tracy (support staff Kak Zila) riuh. Telinga aku tertangkap ungkapan "tanya Sayuti..." (Uhuk!) dalam keriuhan tersebut. Aku memanjangkan leher meninjau. Serentak ketiga2 wanita berkenaan menoleh ke arah aku, dengan senyuman yang sangat aku kenal.

Aduh, problem.

Tapi problem berkenaan telah berjaya diselesaikan setelah dengan tiba2 aku berjaya menjadi seorang arkitek yang berkaliber.2


Footnote:
  1. Pernah tengok? Aku tak pernah. Burung dicukur bulu pernahlah. (NOTA: betullah tu apa yang korang tengah bayangkan tu. eh, korang bayangkan ape?)
  2. Tak dapat diceritakan apa problem berkenaan sebab aku pon dah boring nak menulis. Nak balik rumah, tido.
p/s: Esok, aku dan Datin akan berada di Sunway Lagoon (hoho) Resort Hotel sepanjang hari untuk mencuci mata atas urusan kerja.

Tuesday, February 14, 2006

Emosi.

Hari ni aku terpaksa masuk jamban setibanya di ofis lantaran memakan sambal petai gorengan bini yang tersayang yang tersimpan di dalam fridge bersama megi kari pecah telur semalam.

(Maaf kalau ada yang tengah baca sambil makan megi)

Pukul 12.03 tgh hari1 tadi aku mengadap Datin utk membincangkan permohonan Kak Ros, support staff aku yang minta ditukar ke cawangan lain. Aku dah memberi harapan kepada Kak Ros yang aku akan membantu dia sedaya mungkin. Kak Ros cakap, dia nak tukar kerana prospek kenaikan pangkat lebih cerah di cawangan tersebut. Aku pon, walaupon berat hati, bersedia untuk memberi pelepasan kepada Kak Ros.

"I've talked to En H2 and he said, 'Don't release.' Therefore, she has to stay. I've verbally informed them (cawangan lagi satu) about this decision." Datin said cakap.

"But..." dan aku menyesal dengan apa yang aku cakap lepas tu, sebab semua point aku (yang diberikan Kak Ros dan yang aku fikirkan sendiri) berjaya dipatahkan oleh Datin. Dan aku menerima tunjuk ajar yang baik untuk 45 minit berikutnya.

Kemudian Kak Ros yang baru balik dari urusan luar pejabat tiba di ofis.

"Call Kak Ros. Lets discuss this in the meeting room. Kat luar nanti orang pasang telinga." Datin memberi arahan.

Aku memanggil Kak Ros masuk ke bilik bersama Datin.

"Aiseh, macam orang bersalah pulak kena panggil masuk bilik." komen Kak Ros.

Di dalam meeting room, Datin mengulangi apa yang dikatakan dengan tegas. Kak Ros macam tertekan dan seperti yang dijangkakan oleh Datin, Kak Ros menangis. Aku hanya mampu berdiam diri. Dalam hati, "Sori Kak Ros..."

Antara kata2 Datin yang ditujukan untuk aku:

  1. "Awak ni baik sangat (Ah, kembang). Awak tak boleh macam tu selalu (Oh...). Nanti staff2 awak manipulate awak (Eh, janganlah). You are their superior (I know...). Sometimes, you have to be cruel in order to get the work done (Should I?). They are there to support you. You are doing a lot of their work (I am?) actually. I know its your responsibily, but you have to pass down the work to them. Teach them how to do it, and you make the decision and discussion if they are stuck. Ni semua awak buat, itu yang terkapai2 tu..."3
  2. "Kita dekat sini sebab kerja tu. Bukan sebab kita kerja tu datang. If we don't want to do the work, then, we shouldn't be here"
  3. "Semua yang kita hadapi ni adalah ujian dari Allah. Kita kena redha. Mungkin kita sendiri tak dapat merasa hasil kerja kita. Tapi mungkin anak2 kita, atau keluarga kita yang dapat."
  4. "Allah tidak akan menguji dengan apa yang kita tidak mampu"4

Ada lagi nasihat2 Datin. Tapi, nasihat2 tersebut tidak dapat di absorb dengan sepenuhnya kerana aku diganggu sms2 dari Syukies ajak makan2. Akhirnya, pukul 1.20 tgh hari baru aku dapat turun jumpa Syukies.

footnote:

  1. Aku tengok jam sebelum jumpa Datin. Sbb tu tahu exact time.
  2. Boss Datin. Nama terpaksa disembunyikan atas nasihat kawan aku pagi ni.
  3. Ayat2 ini sengaja diletakkan di sini utk menaikkan saham riyak sendiri. Ayat2 dalam kurungan adalah bisikan hati ketika itu.
  4. Ayat yang juga pernah diberi oleh seorang kawan, 5 tahun yang lalu.

Monday, February 13, 2006

Gendut?

Hari nih agak bz sbb ada miting one whole morning. After lunch pening kepala sbb byk menda nak fikir. Walau bagaimanapon, aku jenguk2 jugak blog orang walaupon pening2.

Hari Sabtu, seperti yang dirancangkan, aku pergi ke Sunway Lagoon utk cuci mata mandi-manda dan bergembira bersama bini tersayang sebab dapat tiket sponsor. Tiba2, perkelahan di Sunway Lagoon menjadi tak bes sebab aku kehilangan kunci locker akibat terlalu asyik cuci mata mandi manda di sungai buatan. Aku terpaksa bayar denda RM45 untuk bukak balik loker tersebut. Perkelahan berkenaan juga menjadi tak bes kerana banyak 'ride' ditutup atas tujuan maintenance dan construction. Perkelahan berkenaan menjadi lebih tak bes sbb aku ingat Sunway Lagoon tutup pukul 10 macam waktu aku pegi dengan TripleJ (Johari Julis bin Jufri. Eh, br pasan nama bapak dia mcm nama bapak mentua aku) waktu form one dulu2 (tahun 1995), rupa2nya pukul 6 dah kena keluar. Nasib baik tiket free...

Lalu, aku dan bini tercinta pon pergilah ke MidValley pulak untuk menonton wayang. Bini aku dah lama sangat nak tengok crita "Memoirs of a Geisha" menggunakan tiket sponsor. Lalu kami pon menontonlah. Aku tersenyum bila sampai adegan debut Chiyo sebagai pelatih geisha:

"From now on, you will be known as Sayuri," dialog filem. Aku senyum.
"Sayuri, bukan Sayuti," bukan dialog filem. Bini aku bisik. Aku jelir lidah.

Kemudian aku tergelak kecil bila sampai dialog, "Sometimes, a man's eel will go into a woman's cave." Aku kena cubit.

Habis wayang, aku dan bini tersayang terbertengkar pulak di luar MidValley atas sebab yang sangat bodoh. Pertengkaran tersebut hanya selesai keesokan harinya setelah kami...

err.. tak perlulah aku ceritakan.

Tapi, hari ini aku asyik merenung gambar di bawah:

semua laki di dalam gambar ini masih bujang. seorang saja perempuan yang sudah berpunya, yang di tepi aku tu lah.

... dan, seperti weekdays yang biasa, aku kesepian bertemankan Parid di rumah. Eh, lupa pulak aku dah ada house mate baru bernama Din.

Skian.

Friday, February 10, 2006

Semalam.

Tribute buat weekend husband di mana saja anda berada dengan ucapan "JANGAN CURANG!"

Gersang Malam Jumaat

Secawan kopi
Kupandang sipi
Aku impi
Isteri di tepi
Membelai pipi
Kucup mengkucupi
Usap mengusapi
Hangat bak api
Cinta dikecapi
Tapi
Aku sepi
Berteman mimpi

atas toto di ruang tamu, 10022006 12.25am


p/s: Bini balik malam ni (Yeay!~) dari Kuantan. Esok kami mau ke Sunway Lagoon. Boleh aku cuci mata mandi manda. Ah, tak sabarnya... teruja

Thursday, February 09, 2006

Kuali.

Hari ni aku puasa (WOW!) sunat Asyura. Entahlah, mungkin jugak sebab aku mengalami krisis kewangan yang teruk kot, so, aku pon puasa aje lah.

Kalu nak puasa kenalah sahur, ye tak? So, pagi tadi aku pon bangun awal (WoOoW!), lebih kurang pukul 4 pagi untuk masak (WOOOW lagi!) juadah sikit.

Dalam fridge ada udang, kacang panjang, dan petai. Udang dengan kacang panjang tu aku beli dua minggu lepas kat pasar malam. Petai tu pulak aku beli kat Miri hari tu (huu.. lama nya). Setelah berfikir sejenak, aku pon decide nak masak (wow! dgn perlahan pulak) udang goreng bersos cili dengan kacang goreng campur petai. Belasah ajelah! Lauk2 berkenaan akan dimakan dengan nasik beras wangi kanowit yang aku beli kat Miri jugak.

Aku berjaya memasak dalam masa kurang sejam. Nih termasuk kupas dan potong bawang merah, bawang putih dan kacang panjang tadi. Pengajaran yang aku dapat daripada perbuatan memasak tersebut: lepas pakai kuali goreng sayur, basuh betul2 seblom goreng udang. Nanti kuali silver naik bintik2 hitam sebab masih ada kesan2 sayur (atau telur yang dipecahkan dalam gorengan sayur) yang terlekat. Bila guna api tinggi utk goreng udang, kesan hitam naik dan lekat di kuali hatta menggosok dengan penggosok periuk pon tak tanggal.

Sebelum makan aku kejut Parid ajak makan sekali. Jam pukul 5 pagi. Parid bukak pintu, buat muka tak puas hati, pastu tutup balik pintu dan tido.

Abaikan...

Aku pon makan la dengan bestnya hasil masakan aku sendiri. Lepas makan aku seterika uniform company yang nak dipakai utk pegi keja. Kemudian Parid bangun. Aku offer dia baki lauk yang ada dengan nasik beras kanowit tersebut. Dia tak tolak.

"Sedap gile ko masak. Patut aa Erynn sayang ko," katanya.
"Ye ke? Aku belasah je masak..." tiada unsur penafian di situ.
"Siyes sedap. Tambah lagi boleh?" dia menambah.
"Sila2" aku mempelawa.
Erynn adalah nama glamer bini aku ketika di universiti dulu, dan dialog di atas hanyalah rekaan semata-mata dan tak pernah berlaku. Parid juga tidak menambah nasik. Sekadar perasan perasaan aku semata2.

Setelah selesai bersiap2 dan mengemas2 meja ala kadar, kami pon berjalan bersama2 ke stesen STAR Sentul Timur utk ke ofis.

Sekian.

p/s: Malam ni malam Jumaat. Aku masih di ofis. Oh, rindunya aku pada isteri. Tak dapat berkat malam Jumaat malam ni.

Wednesday, February 08, 2006

Potong!

Pagi tadi aku datang lambat ke ofis sebab bangun lambat sebab lupa kunci jam loceng tak bunyi tapi aku tak dengar. Semalam sukar melelapkan mata sebab rindu kat bini. Semuanya kerana hobi baru aku menulis puisi dan membaca blog seperti di bawah:

Hobi Baru

Lagak seorang pekerja tungkus
Jariku menekan butang tetikus
Tulisan terpapar kubaca penuh fokus
Dalam kedinginan yang membungkus(1)
Sehingga hidungku mengalirkan mukus
Namun minda kepalaku tetap dikukus
Segala maklumat kuhirup rakus

Ada pelbagai cerita mengarut
Sehingga menggeletek urat perut
Ada juga diskusi yang larut
Bisa membuat dahiku berkerut
Juga kisah kehidupan penuh pasang surut
Memori luka yang sudah berparut
Perihal kesempitan yang menjerut
Kemahuan hati yang tidak diturut
Hingga marah mencarut-carut
Ada juga diletak gambar-gambar
Bisa menceria tulisan yang hambar
Terkadang lagaknya bagai mencabar
Majalah, risalah dan surat khabar
Ada juga tukang salin lirik
Ada pengulas filem menarik
Pendek kata semuanya terlarik(2)

Sesungguhnya
Apa yang kalian panggil blog
Bukan sekadar tempat bermonolog
Atau tandangan untuk berdialog

Di situ kawasan
Penghilang bosan
Kerana tulisan
Bukan picisan

Izinkan aku meninggalkan komen...(3)

ofis, 08022006, 1355pm

footnote:

  1. air-cond ofis sangat sejuk, hatta memakai baju sejuk windbreaker pon gagal menghangatkan badan
  2. larik tu terukir kan? kan? aku takde kamus dewan nak refer. main belasah ajer. takut salah pulak.
  3. ayat ini ditujukan kepada pemilik2 blog yang telah disemakkan oleh komen aku yang agak panjang berkenaan.

Monday, February 06, 2006

Ngantuk?

Hasil kerja di ofis pada hari ini...

Si Gila dan Si Alim

Teringat aku sebuah cerita
Si Alim bertemu Si Gila
Di sebuah hospital bahagia
Begini kisahnya...

Ada Si Gila lain gelagat
Duduk termenung dagu ditongkat
Dari kejauhan Si Alim melihat
Terlintas di hatinya ingin menyakat

"Wahai Si Polan apa kau fikir?
Bagai satu masalah yang getir
Kongsilah denganku barang secangkir
Agar bebanmu dapat disingkir"

Lalu Si Gila pantas mendongak
Senyum menayang gigi yang rongak
Gembira hatinya Si Alim mencangak
Seronok bila fikirannya dicongak

"Wahai saudara yang bijaksana
Aku sedang mencari apa maknanya
Betapa sedapnya tidur yang lena
Ditutur manusia di mana2"

Si Alim menjawab dengan selamba
"Tentulah sedap tidur yang lena
Bila jasad dibuai selesa
Bila jiwamu lupa segala"

"Jika begitu wahai saudara
Bukan di situ letak sedapnya
Kerana dalam tidur yang lena
Engkau tidak merasa apa2"

"Betul juga kata Si Gila..."
Si Alim terdiam seketika
"Maka sedapnya tentulah bila terjaga!"
Si Alim cuba untuk meneka

"Bila terjaga musnahlah lena
Bila terjaga bukan lagi tidur namanya!
Maka bukan di situ juga letak sedapnya
Kerana di situ sedapnya terjaga"

Si Alim terdiam seribu bahasa
"Ya tak ya juga," getus hatinya
Berlalulah Si Alim dengan segera
Sambil berbisik perlahan, "patutlah engkau gila..."

ofis @L23T2 PTT 1804hrs

Sekian, time kasih

p/s:
sedapnya tidur ialah ketika mengantuk tak hingat sbb berjaga sepanjang malam di rumah member lantaran tertinggal tren terakhir setelah melepak2 membuang masa di kedai kopi dan terpaksa ke ofis keesokan harinya. dah 24++ jam aku tak tido...
anyway, tidur paling sedap ialah meniduri isteri. hehe
:D~

Sunday, February 05, 2006

Penat?

Aku skang berada di sebuah CC di depan Puduraya. Jam menunjukkan pkl 5 pagi. Pekejadahnya aku wat kat CC depan Puduraya pagi2 buta nih?

Kisahnya bermula pada suatu pagi yang indah. Aku dikejutkan oleh deringan handphone dari bini yang terchenta pada pukul 7.30 pagi untuk semayang Subuh (Subuh jadah apernyer pkl 7.30 pagi? Tapi OK la kan dari tak semayang langsung...). Aku pon bangun semayang dan sambung tido balik sampai pkl 11.00 pagi. Aku bangun jap, tengok jam, tengok luar tingkap, pastu sambung tido balik.

Pkl 12.30 tgh hari, aku pon bangun secara rasminya untuk memulakan hari Sabtu aku. Ikutkan pale otak yang biul nak je sambung tido trus sampai pkl 2, tapi asid dalam perut plak dah start bergesel2, lalu menghasilkan bunyi *kruk2* yang membawa maksud; "BANGUN LA WOI! ISI PERUT TU!"

Aku pon akur dan bangunlah dengan penuh kemalasan. Kumur2 mulut, pastu bukak fridge. Ada beberapa ulas durian D24 yang aku beli kat pasar malam semalam. Berfikir sejenak. "Might as well makan durian seblom gosok gigi." Maka abisla empat ulas durian menjadik breakfast aku.

Gi bilik, tengok bakul laundry dah separuh penuh. Setelkan aje lah, alang2.

Tengok dalam freezer, ada roti canai segera kepunyaan Parid. Lalu, aku pon memanaskan kuali dan mencanai roti tersebut. Pastu, bukak fridge lagi, amik dua bijik telur, dan pada pagi tengahari tadi, aku berjaya menghasilkan telur mata kerbau, one-sided yang sempurna. Siap bergoyang2 lagi telur kuningnya. Bangga jap tengok hasil dalam pinggan, cam emoticon orang gelak pon ada. Dua bijik telur goreng jadik mata, roti canai yang terlipat plak jadik mulut. Masak air, bancuh kopi, pastu tanpa membaca doa makan, aku pon ngap dengan lahapnya.

Tengok jam dah masuk waktu Zohor. Mandi, semayang. Pastu sms member2 yang aku rasa berada di sekitar KL ajak melepak2 membuang masa mengumpat bergosip etc. Reply2 yang aku dapat agak mengecewakan. Lan ada kat Kuantan. Kmie malas kalu Parid takde. Zye kat UTP. Bebeh je available. Erm, kansel ah, kuar melepak2. Sambil menyidai2 pakaian yang dah dibasuh dek mesin basuh automatik jenama Samsung aku tu, tiba2 terlintas satu idea yang best; "Ape kata aku gi ofis je. Ada tenet free..."

Lebih kurang pkl 2.30 ptg gitu2, aku pon berangkat ke stesen LRT Sentul Timur, bersama syiling2 bernilai RM1.40 utk tiket ke Masjid Jamek. Sampai kat MJ, aku pon mencucuk duit kat BCB. Turun bawah, beratur kat kaunter yang agak panjang. Akhirnya sampai turn aku.
"Pass bulanan satu, kak" seraya menghulurkan sekeping RM50 dan pat keping RM10.
"Pas bulanan kaunter sana dek..." sambil menunjuk ke arah satu line lagi yang lebih kurang gak panjangnya. Demm (x30)

Dapat gak la aku beli pas bulanan berkenaan akhirnya. Dengan menggunakan pas berkenaan, aku pon berjayalah sampai ke ofis. Sebelum masuk ofis ternampak segerombolan makcik2 cleaner tengah bergosip depan tandas laki. Masuk ofis je, dari kejauhan nampak Lai Kar Wei, si geosaintis yang ceria tapi kadang2 sangat2lah annoying. Gi tegur dia jap, pastu masuk pantry, bancuh kopi. Apasal aku terasa cam ada something yang aku lupa ek?

Aku pon terus ke meja, bukak PC dan check email. Reply, delete, forward... setel sejam keje aku untuk pagi Isnin nanti. Bukak blog orang lain, pastu blog hopping sampai terhenti dekat blog si Abdullah Jones. Menarik...

Bukak meebo.com layan YM jap, sambil2 berforum kat myUTP. Sedar2, dah pkl 6.30. Gi toilet amik wuduk, mayang Asar, pastu sambung berYM, berforum dan bergayut dengan bini pakai phone ofis. Sejam berlalu, mayang Maghrib plak. (Aku yakin aku tak terkentut atau membuat perkara2 yang membatalkan wuduk sepanjang tempoh tersebut). Kacau2 setting blog sket, tapi alih2 satu post hilang. Pkl 8.50 gitu2, dah lapar. Mayang Isyak plak (Ya! wudukku masih ada), pastu tutup PC dan meninggalkan ofis.

Sampai kat Masjid Jamek aku berbelah bagi, mana nak makan. Pastu aku teringat gerai2 makan kat Puduraya, lalu aku pon amik tren ke Plaza Rakyat. Dinner aku tadi ialah sepinggan nasik goreng ayam bertemankan segelas limau ais yang semuanya bernilai RM5 sahaja. Alang2 dah sampai sini, baik aku gi CC depan nih, check Friendster dan site2 yang takleh dicheck dari ofis. Sambil2 tu lepas gian chatting kat mIRC dan sambung YM lagi. Apsal laa aku terasa cam ada perkara penting yang aku lupa buat hari ni?

Tengok jam...

Aiyak! Lagi seploh minit pkl 12 tgh malam. Hatta lagak Cinderella, aku pon berlari2 ke arah stesen Plaza Rakyat. Setibanya di sana...

...dah tutup. Demit!

Tapi aku wat muka cool je la. Bajet2 nak naik cab. Aku pon tanya dengan first cabbie Melayu depan Puduraya tu; "Bandar Baru Sentul?"
Dengan muka poyo dia menjawab "30"

WTF?! (disertakan dengan carutan2 dalam bahasa Inggeris di dalam hati. Sama Melayu pon nak berkira ke bang?)

Aku pon mengabaikan aje lah dia nih. Datang la plak sorang lagi cabbie approach, tanya nak gi mana. Aku jawab. Dia tanya lagi, "Berapa berani?"
Dengan muka poyo plak aku menjawab "8 hengget?"

Dan on the spot gak dia meninggalkan aku bersama beberapa cebisan makian yang menggelikan cuping telinga.

Dari aku habiskan duit naik cab, baik aku abiskan kat CC je. Amik pakej overnite, RM15. So, demikianlah al-kisahnya yang membuatkan aku berada di CC di depan Puduraya pada pkl 5.30 pagi nih.

Sepanjang malam nih, banyak jugak perkara baru yang aku tahu hasil dari hobi blog-hopping dan berchatting. Worth more than my RM15. Dan baru aku teringat perkara penting yang aku lupa tu...

Aku lupa gosok gigi pagi tadi.

*euww*