Friday, April 14, 2006

Jurnal.1

Persoalan yang bermain dalam benak jahil aku telah banyak yang terjawab. Terima kasih kepada Encik Nazmi aka Bukunota yang telah sudi meluangkan masa memberi komen panjang lebar dalam post terakhir aku sempena Maulidurrasul baru2 ini.

Seperti biasa, hari Jumaat malam Sabtu aku akan menanti kepulangan bini tersayang. Cuma hari ini ada sedikit kelainan. Aku menunggu dengan berbaju melayu.

Terasa macam debar malam pertama pulak dah.

Sebenarnya, dah lama aku nak pakai baju melayu ke ofis, tapi segan. Ikut polisi syarikat, kalau nak pakai baju melayu, kena lengkap bersampin dan bersongkok.

Nak pakai sampin yang segan sikit tu.

Tapi, hari ni aku mengambil keputusan untuk mengatasi keseganan tersebut. Dan aku memutuskan untuk memakai baju melayu ke ofis pada tiap2 hari Jumaat lepas ni sebagai usaha mendaulatkan budaya bangsa.


manusia kacak di belakang itu ialah zaidee, eksekutif bahagian pengurusan pengetahuan. aku berposing di tempat beliau. dia pulak sedang berada di tempat goms, trainee yang tak berapa hensem yang berdiri kat belakang aku dalam gambar prasan bes aku tu la
NOTA: Gambar di atas telah dimanipulasi oleh Abg Ali, support staff si Zaidee agar aku kelihatan kurang kacak berbanding eksekutif beliau tersebut. Zaidee ialah orang dibelakang aku tersebut, dan aku sedang duduk di tempat beliau ketika gambar ini dirakam. Beliau sedang mengajar Goms, trainee praktikal (tidak kelihatan) sesuatu perkara yang berfaedah (atau mungkin tengah membuli Goms sahaja)

Jika diperhatikan betul2 dalam gambar di atas, mata aku bengkak sedikit akibat tak cukup tidur.

Adalah normal bagi orang yang sudah berkahwin mengalami masalah tidak cukup tidur pada hari Jumaat. Mereka melakukan senaman berpasangan pada malam sebelumnya. Senaman tersebut setiap kali dilakukan sama kadar pembakaran kalori dengan berlari sejauh 100 meter2. Memandangkan bini tersayang berada di Gebeng, maka bukan sebab itu aku tak cukup tidur.

Abang Botak je yang tak cukup tidur sebab tu!

Hua hua.

Aku pon tak tahu kenapa aku susah nak tidur semalam. Kali terakhir aku tengok jam sebelum terlelap dan terjaga pukul 6.30 (lebih2 banyak) pagi ialah pukul 4.10 (lebih2 sikit). Mungkin sebab terlalu memikirkan urusan2 kerja. Mungkin sebab gersang. Mungkin jugak sebab teruja dengan telefon rumah yang baru dipasang.

Parid yang suruh pasang telefon tu. Dia nak pakai Streamyx.

Maka, lepas ni, hari2 la aku tak cukup tidur!

p/s: Oh ye, baru teringat. Sekarang PC Fair di KL Convention Center. Esok lasst day. Duit aku bulan ni dah tinggal kurang RM200. Sedih2.

footnote:

  1. Aku tengah cuba menulis dengan cara yang dianjurkan Geng Jurnal. Sori kalau tak bes.
  2. Parid yang kasik info nih. Advance betul research beliau. Aku yang dah kawen pon belajar dengan beliau. Haha

13 comments:

sitilina said...

hari jumaat ialah hari yang paling seronok jika anda berada di kelantan kerana kami akan bercuti pada hari jumaat. (kenyataan ini tidak valid lagi kerana aku sudah 6 tahun berada di luar kelantan. hwaaa~~~)

Sayuti said...

sian alom. juga kalau di ganu dan di kedah.

maklang said...

YE...sama gak ngan Maklang di Ganu masih cuti hari Jemahat.

Sayuti,

Kamu tetap 'hemsem' walau macamana pun...hi..hi..hi...

Bergen said...

It takes a brave man to come to work in that outfit, sir.

Thank you for participating in my entry on 'to lie or not to lie'. I ask for your forgiveness should my writing made you uncomfortable, especially the scenario which you may find too personal and uncalled for.

Once again, do forgive me for terkasar bahasa or something I don't of that may hurt you.

Salam.

Bergen said...

It should read:

...or something I don't know of...

abdullahjones said...

hensem. lebih hensem dari saya!

loppiess said...

yut, aku rindukan gambar lama mu itu yg iras iras Aminuddin Baki, gitu.

..dan kau pun sekarang boleh tahan gatalnya..hehehe.

Sayuti said...

maklang: mekasih.

:8D <--- ini adalah emotikon kembang hidung. bukan kerbau pendek.

sir bergen: no, not at all. i apologize for my comments, if any which may offended you.

salam

encik abdullahjones: tipulah tu!

loppies: janganlah begitu. segan lah saya.

yang gatal tu, sebenarnya dari dulu lagi. hehe

nett.nadia said...

haha! baru nak tanya ko dah jawab dulu.
"siapakah itu yg berdiri teguh di belakang?"

abang senior hensem pakai baju melayu nak pegi prep...lalalala

Sir Mute Key Chicks said...

kenapa tak adjust gambar tu guna kedai gambar adobe?

Sayuti said...

nett: prep? ahh... prep tak pakai sampin daa

semut: dah adjust pakai window picture editor + paint. kedai gambar adobe tak mampu nak beli. nak beli yang pirate, rasa cam bersalah pulak. dulu2 waktu sekolah2 boleh lah.

Pegawai Khalwat said...

Hang ni muka kelabu ka Sayut?
Tak pernah aku tengok pic hang ada kaler.

Atau kamera tu yang salah?

Sayuti said...

ada satu yang berkaler. yang dengan mak saya tu.