Thursday, April 27, 2006

Kursus!

Aku sedang menghadiri kursus 'HRM Integrated' selama tiga hari. Esok hari terakhir.

Kursus tersebut diadakan di sebuah hotel berdekatan dengan ofis. Maka, aku akan balik ke ofis selepas sessi untuk hari tersebut tamat. Banyak tugas2 yang perlu diselesaikan.

Kalau tak, dah lama aku balik rumah. Tidur.

Disebabkan kekurangan tidur, aku kerap hilang fokus kepada presentation yang diberikan. Oleh itu, sebelum presentation bermula, aku kerap mencapai gula2 yang disediakan pihak hotel dalam mangkuk di tengah meja. Tak sangka perbuatan aku tersebut diperhatikan Bi Bi Jayton (Sebutannya Bibi Zaiton), kakitangan dari cawangan Vietnam. Orangnya bertudung. Graduan UIA.

"You really like to eat sweets, don't you?" Jayton menegur.
"Yes. Why not?" aku.

Peserta2 lain di meja kami mula menjeling2 aku dan Jayton.

NOTA: 'Menjeling' adalah termasuk salah satu perbuatan yang boleh dikira sebagai gangguan seksual tempat kerja. Senarai perlakuan tersebut telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.

Jayton menggelengkan kepala sambil tersenyum.

"You know its not good for your health. Its not good for your teeth." katanya.
"Of course! See, I lost one already." aku menayangkan gigi, sambil menunjukkan lokasi gigi depan aku yang dah hilang.

Serentak semua orang di meja ketawa.

Aku kurang satu gigi depan. Gigi sebelah kiri gigi kapak.

Gigi apa entah orang panggil...

Tapi, bukan sebab terlalu banyak makan gula2.

Ketika dalam tahun ketiga di universiti, gigi tersebut retak. Retak halus atau 'hairline crack'. Mungkin sebab aku suka gigit ais sambil makan makanan panas. Akibatnya, akar gigi dijangkiti kuman.

Sakit woo!

Bini tersayang (ketika itu, awek) bawak aku ke klinik gigi kerajaan di Ipoh. Doktor gigi cakap gigi tersebut boleh diselamatkan dengan 'root treatment'. Tapi, aku kena buat rawatan di klinik gigi swasta. 'Root treatment' memerlukan aku berulang ke klinik untuk mendapat rawatan susulan dan kosnya agak tinggi buat seorang pelajar seperti aku ketika itu.

"Cabut je la doktor!" aku tak tahan dah.

Dan tamatlah riwayat sebatang gigi. Keesokan harinya, aku demam. Tapi, dah tak sakit.

"Do you exercise?" Jayton.

Tak habis lagi minah Vietnam ni!

"Of course!" aku menjawab dengan bersungguh.
"How often?" Jayton.
"Everyday!" aku.
"How?" Jayton.
"I walk to LRT station, everyday." aku.

Semua orang ketawa lagi.

Ish, lawak ke?

"You called that exercise?" Jayton.
"Of course, thats how I maintain my body weight," aku menjawab seraya membuat pose 'Tiru Macam Saya'.
"I eat a lot, but my weight does not increase," aku menambah.
"Don't you want to loose weight?" Jayton.
"Why should I? I will lose my charm!" aku, sambil membuat pose 'Si Kacak'.

Semua orang ketawa lagi. Jayton membuat gesture 'give up'.

Presenter pon masuk.

p/s: Aku gendut dan takde sebatang gigi depan. Aku comel sebenarnya! Bukan sekadar kacak.

HAHAHA.

Ye, ye. Muntah2. Takpe, aku faham...

10 comments:

Angah said...

Pergi kursus, makan gula2 atas meja, untuk 5 hari.. pergi kursus = boring, gula2 yang sama untuk 5 hari = maha boring..

Anonymous said...

I will be damn! Nope, ko xkacak, ko cume gendut. Bot ko jek yg kacak dan comel dan glemer. Hik hik. Weh, cc yg kat puduraya tuh kat mane ye? aku akan sampai kl esok, awal pagi, dlm kol 6 cam tuh. dari butterworth pukul 12. Sure aku akan kebuhsanan.

-normah-

Pegawai Khalwat said...

Yaaa.... aku sokong hang Sayut.

Bukan apa, aku hairan betul manusia ni.

Kalau nak cari ayam (ayam betul, bukan ayam yang tu), lembu, ikan (pun ikan betul, bukan anak ikan), nak pulak cari yang gemuk.

Kalau lembu kurus, tak nak, harga murah.

Tapi kalau yang manusia, nak yang solid saja.

Adilkah Sayut?

blackpurple @ jowopinter said...

Mentaliti sebenarnya tu.
Kita dah dididik dari kecik 2dulu, kalau gemuk dikata tak cantik... yang slim dan solid baru dikata cantik....

pasal gigi tu...no komen..hehehe

pasal vietnamese. tu.. dia cari kawan bersembang agaknya...hehehe

Anonymous said...

perut yg comel adalah satu aset yg besar, wanita2 skang dah pandai menilai tahap ekonomi seorang lelaki berdasarkan saiz perutnye, kih3x

Anonymous said...

erynn: lagi besar perut, lagi kuat makan, lagi besar hutang, lagi kuat xxx ..kih3x

aNIe said...

heheheh....macam2 lah sayut ni...kalau akak ade kat sana pun mesti ketawa jugak...bukan pasal lawak sayut...tapi pasal sayuti yang gendut & rongak...hahaha...

Ayu Mohamad said...

gendut dan rongak tp maintain macho takpe kak lady hahahaha.. isterinya tetap syg :P

Anonymous said...

oh
perut aku gendut jugak
hahahahhaha

Sayuti said...

angah: demikianlah... tapi, lunch best. buffet.

normah gendut~: lor. pkl 6 dah ade lrt la norm. jaga diri baik2.

pegawai khalwat: tak adil!

abang jowo: itulah itu.

azhar: kih kih kih

kak lady: sampai ati akak... huwaaa

kak ayu: yeay! hidup kak ayu!

syukies: gendutkah? atau boroi? hahaha. ko tengah2.