Thursday, April 20, 2006

Proses.

Serabut.

Tanda2 usia makin meningkat1.

Pelupa.

Juga satu tanda usia makin meningkat2.

Atau mungkin juga kerana banyak makan kepala ikan. Semalam, ketika membayar di kaunter gerai depan BSN untuk makan tengahari,

"Berapa harga ni bang? Jangan 48 ringgit sudah..." aku cuba berjenaka. Lawak lapuk.
"Itu kepala ikan tongkol. Ni kepala ikan siakap," abang gerai membalas sambil buat gelak marketing3.
"Lagi murah ke lagi mahal ni?" aku.
"Sembilan ringgit setengah," abang gerai.

Sesalan...

Tak guna.

Mempersalahkan?

Membazir masa dan tidak menyelesaikan apa2. Sekadar menghangatkan suasana.

Pelajari.

Itulah yang kita patut lakukan.

Memahami.

Satu tahap yang sukar dicapai, terutama apabila berlaku percanggahan dalam pendapat atau konflik keinginan.

Perbaiki.

Walaupon bukan salah kita.

Tak gitu?

p/s: Esok aku ambil cuti. Nak balik Alor Setar, ziarah Tok Wan. Dia kemalangan. Mujur tiada kecederaan serius.

footnote:

  1. Satu pembayang tentang hujung minggu ni.
  2. Juga satu pembayang. Masih tak faham? Ada kaitan dengan William Shakespeare.
  3. Teknik gelak ini boleh dipelajari dengan kawan aku Hirmi, aka Ubi.

IKLAN: Tulisan Tuan Keng tentang anjing sangat menarik untuk mengubah persepsi anda tentang makhluk itu.

9 comments:

NONIE AZIZ said...

mudah2an Tok wan kembali pulih sepertti sedia kala...

Ayu Mohamad said...

Akak doakan semua baik-baik aje..

Sir Mute Key Chicks said...

kau juga harus berhati-hati ketika memandu.

Sya said...

Hati-hati memandu dan semuga tu Wan sihat adanya

Pandang Dengar Diam said...

merancang lah perjalanan anda itu lebih selamat.....

blackpurple @ jowopinter said...

Untuk memahami perlu kefahamnan, untuk kefahaman perlu memahami...

selamat jalan....

Unknown said...

tak lah mahal! kalau mamak, lagi dasyat!
Kirim salam pada Tok Wan..

Anonymous said...

/me buat2 lupa besday

Sayuti said...

terima kasih kepada yang memberi ucap selamat. saya dah selamat kembali ke kl. alhamdulillah, tokwan ok. terima kasih skali lagi.