Monday, April 24, 2006

Hadiah?

Semalam, aku diraikan oleh bini tersayang sempena hari jadi yang ke 24 di The Mall. Bini tersayang mahu mengurangkan kesedihan aku. Bini tersayang tahu aku sedih setelah melawat Tok Wan.

Bini tersayang belanja makan O.R Chicken Chop di KFC. Malangnya, O.R Chicken Chop tersebut tidak mengenyangkan.

Betul!

Lalu, bini tersayang menghulurkan seketul ayam goreng Spicy dari Snack Plate beliau. Bini tersayang juga telah juga membeli sepotong kek keju bersos raspberry dan sepotong kek coklat. Juga terdapat cheesy wages sebagai makanan sampingan.

Aku buruk lantak sebenarnya...

Bini tersayang juga telah menghadiahkan sehelai seluar slack hitam. Dia nak belikan jenama John Master. Aku tak nak. Aku mintak jenama Snail Original. Aku suka jenama itu. Tag harganya ada empat angka saja. John Master, lima angka.

Kemudian, setelah membeli seluar tersebut, kami pun pulang ke rumah.

Abang Botak pon mahu hadiah juga!

Hua hua.

Kira2 pukul 12.30 (kurang2 sikit), bini tersayang menerima sms menyatakan salah seorang kawan kami, Kak Lin telah dimasukkan ke wad kecemasan. Kak Lin terlibat dengan kemalangan maut. Kereta yang ditumpangi terbabas ketika cuba mengelak objek di tengah jalan (khabarnya, seekor kambing hitam) dan terlanggar sebatang pokok. Pemandu dan penumpang di kerusi hadapan menemui ajal dalam kemalangan tersebut. Kak Lin dan seorang lagi rakan di kerusi belakang terselamat, tapi, mengalami kecederaan serius. Kak Lin mengalami pendarahan dalaman.

NOTA: Ketika menaip entry ini, aku menerima sms dari Amoi (Puan Mardhiyah Lim, ex-course mate yang memeluk agama Islam ketika di universiti. Aku masih memanggilnya Amoi walaupon dia sudah layak bergelar 'Nyonya' ) mengatakan Kak Lin telah selamat menjalani pembedahan dan berada dalam keadaan stabil. Alhamdulillah.

Berita berkenaan buat aku terfikir betapa sekejap saja usia kita di dunia ini. Alhamdulillah, usia aku dipanjangkan sehingga ke hari ini. Entah esok, entah lusa, Izrail datang menjemput aku, bersedia atau tidak agaknya aku. Maka, sewajarnya hari ulang tahun kelahiran aku gunakan untuk meningkatkan ibadah kepada Tuhan.

Apa yang aku dan bini tersayang lakukan semalam, adalah satu ibadah tau! :D

Sesetengah orang menyambut hari jadi dengan kek yang dihiasi lilin. Menurut Abah, perbuatan tersebut adalah satu ritual simbolik yang dicipta oleh musuh2 Islam untuk mengelirukan umat Islam.

Kek itu diibaratkan umat Islam. Api lilin adalah cahaya Islam. Untuk meratah umat Islam, cahaya itu harus dipadamkan dulu. Sebab itu, Abah tidak lagi membenarkan kami sekeluarga menyambut hari jadi dengan cara itu. Sejauh mana kebenaran dan sumber cerita ini aku tak pasti. Tapi, aku yakin Abah tak menipu.

Aku sebenarnya nak balik awal hari ni. Tapi aku sangat malas untuk berpusu2 naik LRT.

Kadang2, aku tak faham kenapa manusia ni suka betul berpusu2. Di pasar berpusu2. Dalam bas berpusu2. Dalam LRT berpusu2. Di Mekah pon berpusu2. Pusu2!

Aku rasa kalau aku tanya kepada manusia yang berpusu2 ini, "Lembu minum apa?" pasti mereka menjawab dengan penuh keyakinan, "Susu!"

Hehe.

p/s: Terima kasih kepada semua yang telah mengunjungi blog ini dan memberi ucapan selamat dan merasa simpati dengan Tok Wan. Komen2 anda sangat2 saya hargai. BTW, sebenarnya lembu minum air. Harap maklum.

15 comments:

Anonymous said...

banyak anak anak sekarang dibesarkan dengan susu lembu,
bukan dengan susu badan,
sbb susu badan dapat kat bapak.
itulah sbb anak anak sekarang makin tak dengar cakap.
melawan lagi adalah.
bapa bapa pulak jenis angguk2 angguk2 dan dengar cakap.

hmm..

blackpurple @ jowopinter said...

Banyak mesej anda dalam entri ini...

~ memang begitulah ciri-ciri bini tersayang.....
~ apa kata kita gantikan bitrhday cake dengan kuih bahulu ataupun dodol...
~ kambing hitam itu benar-benar menjadi 'kambing hitam' nampaknya...

marisa said...

Benar ajal tidak mengenal usia. Yang sihat tidak semestinya umurnya panjang. Yang sakit tidak semestinya umurnya pendek.

Arwah mak saya tidak pernah diserang apa-apa penyakit. Sebelum mak saya meninggal dunia, dia menelefon saya mengatakan "Mak sayang kakak. Jaga adik-adik. Mak sayang semua". Setengah jam kemudian, abah saya menelefon memberitahu mak saya meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya.

Begitulah kuasa Tuhan. Hanya Dia yang boleh memberi dan mengambil semula segala nikmat yang kita rasakan dalam hidup kita.

Sentiasa sujud dan bersyukur kepadaNya...

:)

Pegawai Khalwat said...

Aku ada soalan spot dalam kubur? Hang nak tak Sayut?

Tapi soalan tu kena ingat selalu, bukan untuk tau saja.

Bab kek dan lilin tu aku tak tau pulak. Tapi setau aku, kek hari lahir memang sedap dimakan, kecuali kek tu aku yang beli....

Ayu Mohamad said...

wahh sonoknya dia yer :)
semoga terus bahagia selalu..aminnn..

ibuVouge said...

hmm
patutla sayang bini tersayang..ehhe

alhamdullilah, anak IV sampai sekurangnya 15 bulan minum susu ibu..insyaallah juga dengar cakap ibu dan ayah dia..minta doa LC hingga dua tahun..aminnn

Anonymous said...

abang botak: pelakon tambahan..

innalillah pada yang pergi.....

harni said...

ade yg ckp unidentified object tuh lembu plak.. update la lagi sayut.. dak utp ke yg ninggal tu ke kak lin sorang je yg utp nye.. gamba xde? sal aku x kenal eh??

Sir Mute Key Chicks said...

kem salam kat abang botak yang telah melakukan satu ibadah semalam.haha.

kau baru 24?ku fikirkan sudah menjangkau 36.hahaha

sinaganaga said...

Jom, aku belanja kau roti kirai kat restoran yang macam bunyi kemaluan wanita tu... Ha ha.

Sayuti said...

ron97: demikianlah. hmm, menarik juga komen ni. susu badan dapat kat bapak. kalau anaknya pon minum juga, dah jadi adik2 beradik ibu susuan.

hmm...

abg jowo: ceritanya banyak. mesejnya, sikit2 je.

sezzy: moga roh ibu awak ditempatkan bersama2 roh2 yang dirahmati. kini, awak adalah salah satu penyambung ibadah beliau, selain sedekah dan ilmu yang diajarnya ketika masih hidup.

:)

pegawai khalwat: dah tau, tapi selalu terlupa nak ingat. terima kasih kerana mengingatkan.

kenapa kek yang kau beli tak sedap dimakan pulak?

kak ayu: amin...

kak IV: aminn...

cikgu nizam: tak sampai maqam pelakon tambahan lagi. sekadar pak 'pacak'. hua hua. tak gitu pengantin baru? :D

innalillah...

harni: update yang paling latest dapat thru mail:


Nur Azlin after Ist day post -operation

She is conscious and alert . Her vital signs are stable and her blood count (haemoglobin ) has reached acceptable levels (9.6gm% ). Good news is she is now transfered to the normal ward (Tanjung 4C ) at 1300hrs today

Nik Ruziawaini

She is in stable condition and recuperating well


nota: berita tentang kemalangan ni keluar kat TV3 semalam.

sang semut: abg botak tak bleh jawab salam. dia bisu. haha.

saya masih muda remaja. kenapa fikir saya sudah tua? kena pegi beli pencegah kedutan la macam ni.

abang naga: sesedap namanyakah roti kirai di kedai itu? haha. saya pernah makan nasik campur lauk gulai kambing saja. kemudian teruja dengan nama kedai. haha.

Pegawai Khalwat said...

Sayut,
Menjawab soalan hang. Kek yang aku beli tu tak sedap sebab aku yang kena keluaq duit, lepas tu aku tak dan makan, orang lain sapu dulu, aku dapat serdak saja.

Tu yang tak sedap...! Hu hu....

Anonymous said...

Sayut, kalau nak jatuh hukum ibu susuan, budak tu kena umur bawah 3 tahun.
Ade ke bapak budak yang umur bawah 3 tahun? Perangai macam umur bawah 3 tahun ade kut :P

Sayuti said...

oh begitu... (untuk kedua2 komen)

:D

Anonymous said...

sayut.
leh jelaskan tak ape kena mengena antara manusia berpusu2 ngan lembu minum ape? dan jawapannye susu.

adakah sebab ritma nya sama?
itu jer?