Sunday, April 23, 2006

Usia.

Al-Fatihah buat Tun Ghafar Baba yang kembali ke rahmatullah hari ini.

Al-Fatihah...

Aku baru balik dari Alor Setar, melawat Tok Wan. Alhamdulillah, kecederaan Tok Wan tidak terlalu serius. Tok Wan kelihatan macam biasa, kecuali kesan2 luka di siku, lutut dan muka akibat kemalangan tersebut.

Hari Jumaat, Tok Wan bawak aku ke Pasar Besar Alor Setar. Di situ, aku pernah menolong Tok Wan menjual ikan. Meja N-278.

Segala kenangan aku menolak tong-tong ikan, membungkus, mengangkut, tawar-menawar harga, menjual, memberus meja dan bermain2 dengan ikan keli hidup yang di jual di meja depan muncul bermain dalam kepala.

Tok Wan menegur peniaga2 lain, sambil menunjuk ke arah aku. Mereka kenal aku. Tok Wan bercerita tentang aku yang telah bekerja di KL. Tok Wan bangga. Beliau yang membesarkan aku, katanya. Aku cuma diam sambil tersenyum ke arah kawan2 Tok Wan itu.

"Menikah dak lagi?" tanya seorang makcik yang menjual sayur.
"Dak lagi..." Tok Wan menjawab. Huh?
"Sayuti dah menikah la Tok Wan." aku membetulkan.
"Saja habaq pi kat depa. Hang muda lagi. Habaq dah menikah tak percaya pulak nanti," Tok Wan memberi alasan.

Rupa2nya, jawapan Tok Wan itu mendalam maknanya. Esoknya, Tok Wan meluahkan segala2nya kepada aku. Tok Wan masih terasa dengan pernikahan aku yang hanya dimaklumkan kepadanya oleh Abah dan Ummi. Dalam tangisan, Tok Wan mengadu tentang anak2 dan cucu2nya yang seolah2 tidak menghargai jasa2 beliau. Tok Wan menceritakan kesusahannya membesarkan anak2. Tok Wan sunyi sebenarnya.

Aku hanya mampu mendengar.

Hari ini aku pulang ke KL dengan rasa sedih dan bersalah. Hari ini juga, 23 April 2006, genap umur aku 24 tahun.

Selamat hari jadi aku.

p/s: Terima kasih kepada semua yang telah mengucapkan 'Happy birthday' dan 'Selamat hari jadi' kepada saya.

17 comments:

Anonymous said...

selamat hari lahir.
semoga dengan bertambah setahun lagi umur, maka bertambah matang dan bertambah bertanggungjawap untuk orang orang tuamu.
semoga kamu dan mereka mereka menikmati bahgia

marisa said...

selamat hari ulangtahun kelahiran sayut.. kesian ngan Tok Wan...(rasa sidh sgt ...)

Bunga Rampai said...

Salam. Selamat Hari Lahir Sayuti. Doa saya moga perjalanan kehidupanmu sentiasa mendapat perlindunganNya.

Anonymous said...

Sayut Dut,

Selamat Hari Lahir. Semoga hidupmu diberkati.

-normah-

blackpurple @ jowopinter said...

Selamat Hari Lahir. Semoga hidup terus sentiasa diberkati Allah swt..

Sekali mengingati hari lahir, seratus kali mengingati hari akan datangnya mati....

Ayu Mohamad said...

semoga diberkati Allah selalu..aminnn

Pandang Dengar Diam said...

Semoga gi murahkan rezeki dan dimurah kan ilmu.....

NONIE AZIZ said...

Selamat hari lahir Sayuti...Sedih akak baca pasal tok wan...mungkin betul cakap ko sayuti...maybe dia sunyi....

loppiess said...

yut,

selamat hari lahir,
umur kita bukan semakin panjang yut tapi semakin pendek.

Pls check your BMI,
Kolestrol jahat.
amalan.
blood pressure.
uric acid.

take care yut..:)

Anonymous said...

pada hari ini, ada yang diraikan dan ada yang dikebumikan.. begitulah.. ibarat roda..

Bergen said...

Happy Birthday, Encik Sayuti.

Pegawai Khalwat said...

Kita nanti jadi macam Tok Wan hang jugak la Sayut....

Life goes on...

What goes around comes around.....

Tawakal je la....

aNIe said...

Sayuti...HAPPY BELATED BIRTHDAY dari kak lady untuk Sayuti...moga panjang usia, murah rezeki & sentiasa bahagia bersama isteri tersayang

Tu lah len kali Sayuti jgn kecikkan hati Tok Wan tu ye...apa-apa pun beritau lah dia supaya dia tak terasa tersisih ...oleh cucu tersayangnya

Sayuti said...

Terima kasih buat semua yang meninggalkan komen dan ucap selamat. Nasihat2 anda semua saya ambil dan akan cuba amalkan. Maaf tak dapat nak respon satu2.

Terima kasih sekali lagi.

Obefiend Weiland said...

better late than never sayut

HBD...

Sya said...

Selamat Menyambut Ulang Tahun .. semoga bertambah matang dan bahagia

harni said...

huh ko kejam..ade ke x btau tok wan.. isk2 ... ko patut kena tulah ni sayut.. kejam! kejam!!! :P