Rasul.
Semalam, aku ke Mantin bersama bini tersayang. Beliau ada mesyuarat OmegaTrend (sejenis perniagaan jualan langsung) di sana. Memandangkan aku kurang berminat dengan OmegaTrend, aku singgah di CC dekat area2 situ.
Pada mulanya, aku nak update blog. Aku ingin menulis sesuatu tentang Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Aku ingin menulis sebuah pendapat yang serius bersempena Maulidurrasul semalam.
Tapi, sebelum menulis, aku terlebih dahulu masuk ke blog orang lain untuk membaca penulisan mereka. Aku telah memutuskan bahawa sebelum aku menulis, aku harus membaca penulisan orang lain dahulu.
Bukankah ayat Al-Quran pertama diturunkan menyuruh kita membaca?
Baca dengan nama Tuhan yang menciptakan, iaitu dengan niat ingin mencari idea2 baru, dan meluaskan pandangan, atau mencipta idea2 baru berdasarkan penulisan. Bukan membaca kerana ingin mencari kelemahan lalu mengutuk2 si penulis. Bukankah ayat seterusnya menyatakan Tuhan menciptakan manusia dari segumpal darah. Ini bermakna, kita sama saja. Tak perlu kita menghina orang lain, dan merasakan diri kita, atau pendapat kita, atau penulisan kita lebih bagus dari orang lain. Sedangkan, kita semua berasal dari segumpal darah, dan ilham untuk menulis itu datang dari Tuhan juga.
Ramai suka menulis, mengeluarkan pendapat sendiri, mengajar, membangkang, menunjuk perasaan dll sebelum mereka membaca terlebih dahulu. Yang tak mahu membaca langsung pon ramai. Itu yang jadi masalah tu.
Aku memutuskan tak banyak yang dapat aku tulis setelah membaca penulisan orang lain. Ramai yang telah menulis tentang sirah, sunnah, kejayaan, jasa dan ajaran Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam.
Cuma beberapa persoalan timbul dalam benak aku yang jahil ni.
Kenalkah kita kepada manusia agung bernama Muhammad bin Abdullah itu? Kita tahu dia adalah sebaik2 manusia, tapi, kenapa kita lebih suka mengikut ketegasan dan kekerasan Umar? Kenapa kita ingin mati syahid seperti Hamzah? Mengapa kita ingin jadi kaya seperti Abdul Rahman?
Sedangkan cara hidup dan cara mati Muhammad bin Abdullah itulah yang terbaik.
Juga, kenapa kita harus berpakaian seperi seorang Arab kerana ingin menghidupkan Sunnah baginda? Aku rasa baginda tidak pernah menyuruh berbuat demikian melainkan berkata dirinya adalah bangsa Arab, lalu dia hidup sebagai seorang Arab. Jika semua ingin berpakaian seperti seorang Arab kerana ingin mengikut sunnah, apa signifikan ayat dalam Quran yang menyatakan manusia itu dicipta pelbagai bangsa supaya kita saling kenal mengenal (ta'aruf)?
Entahlah, takut pulak aku dilabel sesat nanti. Tak pasal jadi macam kawan aku Adi, disamakan dengan Astora Jabat pulak. Kesian Adi. Huhu.
p/s: Sebenarnya aku tak mampu menulis sebab asyik berchatting di Utpchat.net thru tunnel link. Saje je kasik alasan. Tak guna sungguh aku nih.
22 comments:
(Present)
Good to be first.
hmm selamat menyambut maulidur rasul...
Selamat Menyambut Maulidurasul
:) Suka dengan entry ni. Especially ayat:' kenalkah kita dengan Muhammad bin Abdullah?'
Personally, saya rasa dua-dua pun betul. Nak pakai macam orang Arab sebab nak ikut macam Nadi SAW pun tak apa, nak pakai macam orang kita pun tak apa. Tengok niat masing2. Sekali-sekala pakai ikut sunnah Nabi pun best juga. Tapi saya memang suka baju kurung.
Selamat menyambut Maulidurasul
Selamat..
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURASUL...
Nak menulis banyak2 pasal hal keagamaan kita kene banyak membaca dan mendalaminya...kerana takut disalahertikan nanti...
Betul tu..sebab tu Allah menjadikan bermacam bangsa di dunia ni. Supaya ada kelainan...itulah dia keagungan Allah....
Nawaitu penting bang, nak pakai apa pun nawaitu tu penting.
Errr.... Apa nawaitu hang tulih entri ni?
SALAM MAULIDURASUL
bergen: tq for being present, sir.
akak kopi suam, kak sya, kak anggerik merah, semut, akak MR: selamat. mari banyakkan selawat
akak kenakelayan: mekasih kerana menyukai. memang dua2 takpe, bergantung kepada niat.
tapi kenapa ada satu pihak yang suka merendahkan orang lain hanya kerana orang itu tidak berpakaian seperti mereka?
kak lady: betul. tapi, bukan setakat perkara agama saja. semua perkara kena banyakkan pembacaan, kajian dan pembelajaran.
mak lang: subhanallah...
pegawai khalwat: nawaitu penting, tapi tetap tak menghalalkan cara walaupon niatnya baik.
nawaitu saya, ingin mengajak kita semua berfikir dan mencari jawapan kepada persoalan2 tersebut.
Orang lebih suka menjadikan mawi...... siti.... bla...bla... sebagai idola.....
Itu pun masalah...
aku tak pakai macam org arab
aku pakai menutup aurat
itu termasuk dlm sunnah berpakaian. kita pakai jubah sebagai mengikut sunnah rasulullah dapat pahala. tapi kalau kita hina sunnah rasulullah, itu babitkan akidah.
benda simple. tapi boleh jadi kompleks kalau kita tak hati2.
pasal nak ikut umar. berhati2 kawan tulis kenyataan tu. keperibadian para sahabat adalah cerminan daripada rasulullah. tak harus timbul quoatation, kenapa nak ikut umar? seolah2 kita berkata, kalau ikut umar, maknanya tak ikut rasulullah? itu bahaya.
sebabnya rasulullah sendiri mengatakan sunnah khalifah yg empat tu juga adalah sunnah rasulullah. kerana tak mungkin mereka melakukan sesuatu yg berlawanan dengan rasulullah.
tak boleh kah nak mati syahid macam hamzah? kawan, banyak hadis2 nabi yg meletakkan keutamaan pada syuhada'.
banyak kenyataan kau juga menggambarkan kau tak membaca sebelum memberikan pandangan.
bukankah itu meludah ke langit?
blackpurple: masalah juga kan?
ron97: itu kewajipan. yang sunat2 ni kita nak cari.
bukunota: inilah sebenarnya komen yang saya nanti2kan. terima kasih.
ingin saya betulkan. saya tidak membuat kenyataan, saya menimbulkan persoalan.
bagaimana kalau saya tafsirkan berpakaian tradisional itu sunnah berdasarkan hadith tersebut? Rasulullah berbangsa arab, lalu baginda pakai jubah kerana itu pakaian orang arab. oleh kerana saya bangsa melayu. jadi saya pakai baju melayu kerana itu pakaian orang melayu. adakah saya tidak mengikut sunnah? sebab itu saya timbulkan juga signifikan ayat tentang ta'aruf itu. bukankah sunnah dan al-Quran compliment each other?
saya tidak pernah menafikan bahawa sahabat2 itu cermin kepada ketinggian akhlak rasulullah. sesekali saya tidak menghina mereka. malah, saya baca satu rencana dalam Utusan Malaysia semalam tentang keperibadian para sahabat dan adalah berdosa menghina mereka.
saya bukan pengikut Shiah.
dan saya juga bukan pengikut Wahabi.
saya tanya kenapa kita lebih suka ikut keperibadian para sahabat daripada mengikut Rasulullah? kenapa kita nak ikut imej pada cermin sedangkan subjeknya ada.
ingin saya betulkan yang para sahabat juga pernah bercanggah pendapat dengan baginda. satu contoh ialah dalam hal tahanan perang. dan Allah telah menurunkan wahyu yang pendapat Umar yang harus diikut.
walaupon pendapat Umar itu yang diterima, tapi, yang saya bincangkan ialah peribadi siapa yang terbaik? jawapannya jelas.
dan sesekali saya tidak pernah kata salah untuk mati syahid seperti Hamzah. mati syahid itu mulia dan ganjarannya besar. apa yang saya nak timbulkan ialah bagaimanakah mati yang terbaik?
bukankah Rasulullah itu contoh terbaik, dan tentulah cara wafat baginda itu yang terbaik? kalau ikut cara wafat baginda itu bukankah juga dikatakan mengikut sunnah? mengikut sunnah itu ganjarannya 100 pahala mati syahid (mungkin hadith ini dhaif, tapi izinkan saya guna). maka, mana yang kita patut pilih? yang 1 ke yang 100?
mungkin pembacaan saya belum cukup. saya membaca dengan perlahan dan memerhatikan setiap perkataan agar saya tidak tersalah faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh penulis.
maafkan saya.
p/s: maaf juga jika jawapan saya macam berbelit2. rasanya tidak. saya hanya menimbulkan persoalan. itu nawaitu saya. sudah dinyatakan dalam jawapan kepada pegawai khalwat.
sayuti,
kena ikut apa maksud sunnah. tak boleh buat perbandingan macam tu. utk tafsir agama, tak boleh guna akal secara sewenang2nya.
pakaian tradisi tak semestinya tutup aurat. kalau kau kadazan, pakaian tradisi perempuan kadazan tak tutup aurat. boleh kata sunnah? itu dah menyeleweng.
pakai tutup aurat tu wajib. kita pakai apa2 pun, kalau tutup aurat, dah laksanakan kewajiban. tinggal lagi nak lebih mencantikkan. boleh buat dan boleh tak buat. tapi jangan menghina.
betul. kita patut teladani rasulullah. tapi tak semestinya kalau kita kata kita nak ikut umar, kita membelakangi rasulullah. itu lebih mengkhususkan lagi. sebab itu rasulullah pernah bersabda, "peganglah sunnahku dan sunnah khulafa-ur-rasyidin dengan sungguh2."
macam mana kau nak ikut cara wafat rasulullah? kita mana boleh tentukan cara mati. tapi rasulullah bentangkan pelbagai kelebihan mati syahid. tak silap aku, ada satu hadis yg nabi kata, kalaulah manusia tu boleh mati dan hidup balik, baginda pun mahu mati syahid.
kerana ganjaran mati syahid (yg benar mengikut syarak) itu banyak, maka para sahabat berlumba2 utk mati syahid.
kerana itu juga Rasulullah turun ke medan perang untuk berjihad (berdasarkan takrif jihad yang benar). rasulullah sendiri tak takut mati. tapi Allah tak izinkan rasulullah mati dalam setiap pertempuran kerana agama Islam belum sempurna.
saudara nazmi (betul ke nama ni?),
setuju, pakaian traditional kadazan tidak menutup aurat. bukan perempuan saja, malah lelaki pon! betul cakap saudara tentang hal ini. saya setuju.
kalau asimilasi budaya macam mana? mengekalkan unsur2 traditional tetapi memenuhi kehendak syarak menutup aurat? apa pendapat saudara?
tentang mengikut cara sahabat, sememangnya tak salah. yang penting niat kita untuk menghidupkan sunnah rasulullah. cuma saya risau sesetengah pihak suka menggunakan contoh sahabat terlebih dahulu sebelum sunnah rasulullah itu sendiri.
tentang soal ajal, jodoh, rezeki semuanya ketentuan Allah. betul. kita tidak boleh menetapkan bagaimana kita mati. betul. syahid itu mulia dan banyak ganjarannya.
tapi, jika syahid adalah cara mati yang terbaik, saya yakin Allah akan mentakdirkan manusia terbaik wafat dengan cara itu juga. itu pendapat saya.
apa2 pon, terima kasih kerana sudi menjawab persoalan2 yang ditimbulkan. saya sangat2 hargai.
Hahahahah!! Sayut.. Sayut.. Aku faham perasaan kau.. Hahahahah!! Welcome to "the new" world.. Welcome to "my world".. Hahahahah!! Apa2 pun, menarik juga pemikiran sebegini. Macam kenal je..
:)
ciplak otak kau ah! haha. ada reference secara tak langsung dalam entry.
Tambahan skit:
"Ramai yang lebih melihat pada luaran sunnah, tetapi tidak ramai yang ingin mendalami dan mengkaji rahsia di sebalik sunnah".
Penjelasan:
Ramai yang melihat "JUBAH" sebagai sunnah, tetapi tidak ramai yang melihat "kebersihan", "keterampilan", "kekemasan" dan "kesesuaian" dalam sunnah berpakaian.
Ramai juga yang melihat jubah sebagai sunnah, tetapi tidak ramai yang melihat "sifat nationalisme" (sayangkan bangsa) sebagai sunnah.
:)
Mawi kena kritik semua pertahan.
Muhammad S.A.W. kena hina semua diam no komen.
Mawi semua kenal, semua ambik tau.
Azlina Jailani a.k.a. Lina Joy? Siapa tu?
Di mana silapnya kita?
silapnya kita ada orang2 yang suka mempersoalkan keadaan tanpa berusaha mengubah keadaan tersebut dengan cara yang terancang dan baik.
lina joy tu murtad rupanya. ingatkan pemikir ke, penulis ke. boleh jugak la baca2 sket.
biarlah dia nak murtad. Tuhan tak rugi apa2 pon dia murtad. saya pon tak rugi apa2.
daripada saya risaukan dia yang dah murtad, lebih baik saya risaukan bagaimana cara2 nak mengekalkan saya dalam agama ini hingga menghembuskan nafas terakhir nanti.
saya tidak mahu jadi Azazil.
Post a Comment