Friday, April 28, 2006

Peka!

Tiada apa2 yang menarik berlaku hari ni. Kursus dah habis. Esok aku dan bini tersayang akan balik Hutan Melintang. Lusa ke Ipoh untuk menghadiri kenduri sepupu beliau. Isnin cuti Hari Buruh, mungkin akan ke Alor Setar melawat Tok Wan.

Hari ni, aku pakai baju melayu Johor warna biru langit bersamping songket dari rumah ke hotel tempat kursus dijalankan. Aku tak pakai songkok. Songkok tertinggal dalam kabinet di ofis.

Tapi, aku tetap kacak! HAHAHA.

Eh, janganlah muntah lagi.

"Contoh lelaki Melayu terakhir," komen Najwa, peserta kursus yang duduk semeja dengan aku. Beliau duduk sebelah Jayton. Najwa graduan University Queensland, Australia. Beliau bertugas di bahagian 'Staff Mobility'.

Aku membuat pose 'Si Kacak' sebagai respon kepada komen beliau.

Oh, ya!

Aku nak jawab pertanyaan Syuk tentang perkaitan manusia berpusu2 dengan soalan "lembu minum apa?"

Syuk,

Cuba kau buat pose ala2 pasukan ragbi All Black New Zealand. Kemudian, sebut dengan semangat, "Pusu! Pusu! Pusu!"

"Pusu! Pusu! Pusu!"
"Pusu! Pusu! Pusu!"
"Pusu! Pusu! Pusu!"
"Pusu! Pusu! Pusu!"

"Lembu minum apa?"

Susu?

Lembu minum air...

Faham dah?

Sekarang, sebut "Tikus! Tikus! Tikus!"

"Tikus! Tikus! Tikus!"
"Tikus! Tikus! Tikus!"
"Tikus! Tikus! Tikus!"
"Tikus! Tikus! Tikus!"

"Kucing takut apa?"

Tikus?


p/s: Bini tersayang telefon. Beliau dah sampai dari Gebeng. Adeh, aku masih di ofis.

11 comments:

Bunga Rampai said...

Salam. Yang menarik saat ini ialah apabila membaca entri 'Kursus!'. Saya ketawa. Menyenangkan. Ramai blogger yang kelakar dan nakal :)

blackpurple @ jowopinter said...

Selamat balik ke Hutan melintang.

baju melayu johor memang kacak kalau dipakai apatah lagi kalau sipemakainya ala-ala pendeta zaaba...

ha ha ha..

Anonymous said...

Selamat balik kampung!!

Anonymous said...

teknik pengajaran budak kecil kut, yg berulang-ulang kali disebut tu?

Pegawai Khalwat said...

Apalah Sayut,

Aku dah pakai benda tu dalam kem motivasi 10 tahun yang lepas. Masih ada lagi manusia yang terkena ka?

Anonymous said...

saya masih tidak dapat mengaitkan antara:

"manusia berpusu2 dengan soalan "lembu minum apa?"

konpius,konpius!

artisticklytouch said...

ini game masa student dulu! ahaks memang best. aku guna masa kursus motivasi kepimpinan sebab nak menerangkan mind block dan anjakan paradigma hehehee kumpulan aku paling ceria sekali untuk slot yg paling pening sekali (macam ada kesalahan tatabahasa)

Sayuti said...

akak bunga rampai: terima kasih kerana ketawa. :)

abg jowo: hahaha. jgnlah puji lebih2. terkoyak samping kang.

akak MR: selamat!

encik naimisa: bukan. teknik menguji kepekaan orang dewasa.

tuan pegawai: masih ramai. sangat.

cikgu nizam: takde kaitan pon. sekadar aktiviti menguji kepekaan. sebab terlalu sebut 'pusu', bila ditanya 'lembu minum apa?', si penyebut akan menjawab 'susu' dengan spontan, sebab suku kata 'su' dan kerana perkaitan 'minum + susu + lembu'.

eh, ke saje2 buat2 tak tahu ni?

artisticklytouch: itulah itu.

Anonymous said...

oo.. baru boleh gelak! hahahaha!

boleh jawab jika rasa nak jawab:
orang rumah anda, dah loya-loya? hehe..

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... » »

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. women that pee themselves Asian language characters display Naked pissing gay studs All interracial com latino communities u s a statistics