Kabur.
"Tracy, I blur lah hari ni," aku.
"I pon blur jugak," Tracy.
"Balik la Yut!" Kak Pazila.
"OK. Tengah tunggu pukul 5." aku.
Balik ke cubicle, tengok kertas2 bersepah. Dokumen2 yang memblurkan aku. Tengok cubicle sebelah. Azma, trainee baru di bawah penyeliaan aku.
"Awak blur tak, Azma?" aku.
"Tak..." Azma bermuka blur.
"Boring ek hari ni. Takde kerja sangat," aku.
"Eh, takdelah boring sangat. Ada kerja ni..." Azma.
Ye lah tu kau, Azma. Pandai la kau nak temberang jaga hati aku.
Pukul 5.00 petang.
"Jom balik!" aku.
"JOM!" orang2 lain.
"Jap. Saya nak buat something," aku.
"Apa daa! Tadi dia yang bising nak balik awal," orang2 lain.
"Tipu je..." aku.
Sesuatu yang aku nak buat itu ialah menjawab soalan ketujuh dalam Cabaran 7: Wawancara di Juring II:Blogger Terhebat.
Soalan: Kalau kamu sepohon pokok, kamu nak jadi pokok apa? Mengapa?
Jawapan: Aku nak jadi pokok hujan. Sebab, aku dapat menyiram bumi bertuah ini dengan air. Moga2, pepohon hijau akan tumbuh dan menghasilkan oksigen melalui fotosintesis. Moga2, kekelabuan dapat dihilangkan dari atmosfera bumi bertuah ini. Moga2, penghuni bumi bertuah ini dapat keluar daripada kekaburan yang mencengkam.
Sayangnya, hujan yang dapat aku turunkan jadi hujan asid pulak.
Adeh.
p/s: Selamat malam!
15 comments:
Cubicle? Kuang kuang kuang!
Aku rasa gaji hang lagi mahal dari gaji aku, tapi aku rasa aku nasib aku lagi baik dari hang.
Aku ada bilik....
Aku ulang, aku ada bilik!
Kuang kuang kuang!
Feng shui dia pun menarik, siap ada pemandangan pokok-pokok hijau, awek-awek cun berjalan-jalan, boss yang muka tak happy (persediaan mental).
Ha ha ha....
Ketawa dengan keji!
Pss... aku nak jadi pokok persoalan bole? Kalau takpun pokok perbincangan.
hujan acid? mcm2 ko nih.
-normah-
ada ke pokok hujan...
hmm aku nak jadi pokok katu jati laaa heehh hehh sebab boleh buat perabot jati yang mahal2 harganya...
heeh heehh
~ Aku macam pegawai khalwat. Duduk dalam bilik. Macam sekarang orang pun tak tau aku ada ke tak de... hehehe
~ Aku tak nak jadi pokok !!!
Sayuti,
akak tak nak jadi pokok jugak hehehehe...
so amacam perkembangan selepas dipasang internet? tido ada cukup? bil api nanti jgn lupa check ek hehehe
oh, aku pon ada bilik gak skang nih, tp bila ada keje kene la kuar masuk bilik (membasuh baju, membeli lauk, mengemas rumah), bilik ni juge menjadi tempat tido
pokok? jd bonsai bes gak
Website di bawah mengajar mcm mana nak buat anak kucing jd bonsai
http://www.google.com/search?q=cache:7Q647qC6qq8J:www.bonsaikitten.com/+bonsai+kitten&hl=ms&gl=my&ct=clnk&cd=1&client=firefox-a
eh, kene truncate, abaikan
aku pon blurred nih. bengong2
-normah-
Sebab sayut blur,saya pun nak blur jap laa..
blur..blur..blurp..alhamdulillah..kenyang.ehehe
p/s: komen pasal kawan makan kawan di http://www.eisz.blogspot.com
pegawai khalwat: tak boleh! saya tak kasik jadi pokok persoalan sebab awak ada bilik. awak boleh jadi pokok bunga dalam pasu saje, sebab awak dalam bilik.
hahaha (gelak yang dibuat2 untuk mengcover cemburu)
normah: macam2 sayut.
akak kopi suam: bahye tu statement tu. kalau orang yang salah tafsir, dia ingat akak jual body pulak.
gurau.
abg jowo: saya cemburu lagi.
hahaha (gelak tak ikhlas)
kak ayu: bil api tak risau. bil telepon yang risau ni. sebab masih guna dial-up, bukan streamyx. tido cukup. sebab semalam takde leptop untuk masuk internet.
azhar: kau keji. keji!
azhar lagi: padan muka kena bantut.
normie dut: bukan dari dulu ke?
semut: jgn blur. nanti kena spray ridsect.
insyaAllah menyusul nanti.
tak naik gaji pun,
tak dak bilik.
sadis sadis sadis
Salam. Hari ini tidak kabur tapi saya sangat malas. Malas betul. Teringat nak buat rajin, nak tulis tentang 'malas' dalam teratak sepi saya, ntah malas juga. Rajin cuma baca tulisan jiran-jiran saya yang tidak malas menajam pena, mungkin ada sesuatu yang dapat dipelajari kemudian menjadikan saya tidak malas ...
eh, ... rajinnya saya menulis komen, tapi arrrgh ... komen saya kabur mungkin :)
Sayut...kamu blur cuma pasal soalan tu ke?
ron97: tumpang simpati...
puan bunga rampai: komen puan jelas. sangat jelas. :)
kak lady: tak. banyak lagi yang mengkaburkan saya semalam.
This is very interesting site... 2002 pontiac gran prix options
Post a Comment