Berjaga.
Memandangkan aku dah boleh akses internet dalam keadaan berguling di ruang tamu rumah sewa pada pukul 4.30 (kurang2 sikit) pagi, maka, aku mengambil keputusan untuk menulis sesuatu di dalam blog.
Ye betul, aku belum tidur.
NOTA: Entah kenapa, ketika menaip ni, aku dapat mendengar leteran bini tersayang tentang kepentingan tidur awal dan kenapa tak perlu pasang Streamyx di rumah sewa pada esok hari.
Aku pon tak tahu kenapa aku tak boleh tidur. Mungkin kerana...
- Aku menanti panggilan bini tersayang apabila beliau sampai di Gebeng.
- Teringat TokWan yang kini duduk sendirian di Alor Setar. Tok telah diambil untuk dijaga oleh Mak Lang.
- Masih belum memutuskan sama ada ingin ikut bini tersayang ke Sidney pertengahan bulan depan. Bini tersayang ada international convention OmegaTrend (sebuah perniagaan Multilevel Marketing) di sana. Boleh reimburse perbelanjaan perjalanan sebanyak RM4000.
- Dah ada internet di rumah.
Bini tersayang naik bas pukul 1.00 pagi tadi. Sebelum itu, aku dan bini tersayang membeli belah sakan di Giant, Gombak. Itulah resit paling panjang pernah aku dapat dalam satu belian. Jumlah harga semua barang ialah RM179, tapi kami hanya membayar RM79. Pelik?
Kami ada dua baucer RM50 untuk membeli belah di Giant yang dimenangi dalam acara Mistery Drive tempoh hari.
Wek wek, kena tipu.
Hmm...
Aku rasa, aku dah terlalu banyak membaca blog Abdullah Jones.
Yoda telah mengesyorkan aku mula baca blog Jeff Ooi pulak. Aku baru baca satu entry, tentang isu Jambatan Bengkok.
Artikel berkenaan ditambah dengan komen2 yang tidak kurang hebatnya betul2 membuatkan aku terfikir betapa bertuahnya aku berbanding Pak Lah.
Aku cuma perlu memikirkan kebajikan 330 (lebih2 sikit) orang staff. Aku cuma perlu risau tentang kaum keluarga terdekat sahaja. Itu pon dah cukup untuk membuatkan aku susah untuk melelapkan mata.
Bagaimana agaknya beban kerisauan Pak Lah? Dah le takde bini untuk mengurangkan kerisauan.
Aku sekurang2nya boleh jumpa bini tersayang di hujung minggu. Pak Lah?
p/s: Ahh... risaunye risaunye. Abis la aku kena leter esok...
9 comments:
4.30 am tak tido lagi? Biasa le tu.
Yang hang risau pasai PakLah tu pasai apa Sayut, hang ingat dia sorang ka pening, tu orang bawah dia yang lebih pening.
Aku tak reti nak baca Jeff Ooi, pasai aku tak reti cakap omputeh.
Err... hang translet la kat aku yang terus straight to the point.
4.30 pagi tak tidor lagik? Kak sya dah tidur.. bangun.. tidur balik.. bangun utk sahur dan ada masa nak tidor balik sebelum suboh
sekarang. saat saya menulis ini jam 2:58 pagi. dan saya pun tak boleh tidur lagi.
kenapa? saya pun tak tahu.
nak kata buat Qiamullail, tak boleh solat.
biological clock tak betul agaknya.
Tahniah...anda semakin akrab dengan alam cyber.....
Pak Lah dan mereka-mereka? Kita memikirkan kebingungan mereka-mereka, yang kita tak terfikir samada mereka-mereka memikirkan kebingungan kita...
jangan sampai bini tersayang merungut pasal streamy-X tuh cukup lah..nanti oukul pat stgh men internet tapi bini tersayang yang bilik merengek sendorang.haha
Encik Sayuti
Presidents have sent millions of men as young as 16 to war. Men who don't know any better about anything to die in the name of fatherland or motherland or whatever propaganda of the day.
Supervisors sent divers down for a simple joint job but something happened and they died
Everyday, millions of people do something that affect millions of people's life. How do go to sleep?
Some are lucky enough to sleep on a comfortable bed. Others have to make do with hard floor. The point is, you gotta sleep to face another day. If you are lucky enough to be alive the next day.
The point is: you are alone.
pegawai khalwat: saja nak menyahut seruan 'bekerjalah bersama saya, bukan untuk saya'.
itu tak boleh dibuat alasan. kamus ada. google translation ada. nanti kalau saya translate, takut salah tafsir.
kak sya: ketika menaip ni pon, belum tidur lagi dari tadi. ngantuknye.
tuan tanah: biological clock agaknya. mungkin juga pengaruh bulan mengambang.
blackpurple: kita bersangka baik. kalau mereka tak fikirkan masalah kita, mereka berdosa. itu tanggungjawab mereka. kita bersangka buruk kepada mereka, kita berdosa. sebab tanggungjawab kita bersangka baik.
semut: bini ada, streamyx tu tak menarik langsung! kalau streamyx pkl 4 pagi, melayar bahtera, bukan melayar internet.
haha
p/s: NGANTUKNYE!
sir bergen: i will try my best to get some sleep. whatever happen, life goes on. unless what happen is death. then, the after life starts.
but sir, as Muslim, we are never alone. we have at least two angels on our left and on our right, jotting down whatever we do, every second of our life. and, we have the Almighty with us, who are closer to us than our own veins.
I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! » »
Post a Comment