Thursday, March 02, 2006

Tawar.

Sebenarnya aku masih susah hati sejak perbualan telefon dengan Tok Wan kelmarin. Minggu ni aku kena balik jugak. Kalau tidak, aku akan terus susah hati.

Bila susah hati, aku tak dapat memblog. Kalau dapat memblog pon, mesti tak bes.

Oleh sebab itu, aku cuba sedaya upaya untuk mencari pengganti bagi mengawasi kerja2 penyusunan semula cubicle hujung minggu ni agar aku dapat balik berjumpa Tok Wan dan menenangkan hati yang susah.

Mula2, aku nak mintak tolong Abg Azrun, kerani bilik servis ofis. Dia subordinate aku. Tapi, dia ada plan lain pulak hujung minggu. Datin dapat tahu. Datin tegur Abg Azrun agar mengutamakan kerjanya dan menurut permintaan aku. Abg Azrun merajuk sebab terpaksa membatalkan plan beliau. Aku pulak jadi serba salah.

Aku jumpak Datin. Aku propose Kak Jun yang ganti tempat aku. Aku dah check dengan Kak Jun. Dia takde plan apa2 hujung minggu. Aku cakap aku tanak ganggu plan Abg Azrun tu. Datin tak setuju sebab Kak Jun baru saja bertukar ke department ni. Abg Azrun lebih sesuai kalau nak menggantikan tugas aku tersebut.

Aku cakap Kak Jun dah ada 23 tahun pengalaman. Lagipon, Abg Jo, sorang lagi support staff dari department yang terlibat dengan penyusunan cubicle tu yang akan tolong.

Datin masih kurang yakin.

Aku cakap takpe, sebab Abg Jo pernah buat tugas2 ni dengan aku dua bulan lepas. Sebelum tu pon Abg Jo pernah dulu terlibat dengan kerja2 penyeliaan yang sama.

Datin masih kurang bersetuju. Katanya sepatutnya seorang eksekutif yang patut menyelia tugas2 penyusunan berkenaan.

Akhirnya, aku cakap aku akan memastikan kerja dimulakan pada hari Jumaat. Kalau kerja2 dah dimulakan, aku cakap, aku yakin hari Ahad dah siap. Abg Jo dan Kak Jun hanya perlu mengesahkan je.

Argue2.

Akhirnya Datin setuju dengan syarat. Syaratnya, pagi Sabtu pon aku kena datang jugak. Aku terima ajelah syarat tersebut.

Janji hari Ahad tu aku boleh berada di rumah Tok Wan.

Hari ni dan semalam aku bertungkus lumus menyiapkan segala kerja.

"Takde rumah ke bang?" Sharir, sorang lagi geosaintis yang berjiran cubicle dengan aku. Teguran penuh makna pada pukul 5.00 (lebih2 sikit) petang.

Dem yu.

"Takde, lom layak buat loan nak beli rumah sendiri." aku.
"Hahaha." kami.

Sharir balik. Isterinya menanti di rumah.

AMARAN KEPADA ORANG BUJANG, JANGAN BACA TULISAN KECIL DI BAWAH.

Malam ni malam Jumaat.

Abang Botak akan kesejukan.

Jangan berdiri ya Abang Botak. Aku tahu kau stress sampai nak termuntah. Tapi, takde yang nak tolong urutkan agar kau muntah dengan senang.

Jangan degil!

Aku tangankan nanti...

DEGIL BETUL ORANG2 BUJANG NIH! MACAM ABANG BOTAK JUGAK. ORANG CAKAP JANGAN BACA...

Hua hua.

"Sayuti, go home and take a cold shower," bisik hati yang suci.

18 comments:

anggerik merah said...

Akhirnya dapat jumpa Tok wan..hilang rindu dia. Ishhhh....tak ada benda lain dipanggilnya..abang botak?? Tak apa.. faham...baru kahwin & masih muda (you are 23 yr old right?, same age I got married)...that is normal hehehe..

Have a good weekend!

dith said...

AM- I beat you both, I got married at 22. And I got 3 kids before I grad! hehe

Sayuti said...

puan anggerik merah: seb baik normal. kadang2 rasa macam abnormal jugak.

insyaAllah.

puan dr rozza: i proposed to my wife when i was 20. but, my in-laws didn't agree to that bcos they were afraid that my wife will get pregnant during our studies.

to that, my wife replied;
"abih tu, buat apa Ani belajar pasal birth control waktu form three dulu?"

my in-laws were speechless to this arguement. still,
"tunggu lepas grad lah."

therefore, its a handicapped match. if not, my wife and I will beat u.

Anonymous said...

sesungguhya aku adalah seorang yg degil. Selamat balik kampung.

-normah-

Anonymous said...

Camtulah jadi cucu kesayangan yg baik. Tok Wan kamu akan lebih sayang pada kamu suami isteri.

Nanti bila tiba waktu kamu nak balik KL pulak, Tok Wan siap tanya, bila lak dia dpt tengok cicit....masa tu nanti kepala yg tak gatal pun kena garu sambil sengihhhhhh....

Apa2 pun kak CN ucapkan selamat berhujung minggu dikampung ya.

Kopi Suam said...

Kesian kat abang botak...iskh ada ke patut panggil abang botak..mcm-mcm lah kau ni sayuti...

aku kesian bila budak-budak bujang atau anak2 dara yang baca blog kau ni tentu depa mcm geli geleman lah konon..heehh hehhh

walla bestnyer u all semua kawin masa muda belia...

sayuti selamat balik kampung ok

Pegawai Khalwat said...

Kenapa kau panggil dia abang botak?

Kau pasti dia tu datang dulu dari kau?

patut kau kena panggil adik botak.

Jangan panggil kakak botak dahle.

(Balik jumpa tok wan jangan lupa rasuah nira)

Anonymous said...

hampeh ko, nasib baik aku dah dekat dekat nak kawin.

hah baguih baguih. balik juga cucu aku ni. tapi aku bukan percaya sangat cucu aku ni. lagi tak sampai depan pintu. jangan harap aku nak percaya. tak pasal pasal. tak jadi pulak. takpalah, aku dah asah dah pun penyangkui 2 3.

hahaha

Sayuti said...

normdut: ko memang degil.

Kak CN: bukan kepala aje yang digaru. hehe

Akak Kopi Suam: mekasih. kawin muda belia, hopefully generation gap dengan anak2 nanti tak byk sangat.

pegawai khalwat: kerana abang selalunya lebih besar dari adik. dan lebih gagah.

ish, mencarut pulak aku.

ron97: dekat nak kahwin tu masih dikira bujang. degil!

Mama Pongkey said...

:) Anak-anak: Better late than never.
Have a great weekend... hope one of you guys sorted out a buah tangan for Tok Wan..

aNIe said...

Balik Sayut...pujuk tok Wan tu..jgn degil macam abang bot** tu...

Actually kak lady takmo baca tulisan kecit2 tu...sebab tau minggu lepas dah terbantut mesti tulisan kecit2 tu double XXX nya...tapi.. 'ter' baca pulak...

isykk...isykk...budak sayut ni...*senyum2 sendirian*

NONIE AZIZ said...

siot betui cucu tok wan ni...tulah kak suruh hang duduk satu ghumah ngan bini hang, hang dok kata tak pa!Tak Pa...Cheq kuat, cheq tabah...hampaih...asai hari khamis malam jumaat gheiau sorang2...muahahahah...pagi tadi mandi dak?muahahahahah

Sayuti said...

mdm kenakelayan: insyaAllah.

kak lady: abang botak memang begitu. dia ala2 castello + mawi.

(gelak kuat2 sorang)

kak MR: tiap2 pagi saya mandi.

:p

Snubby, Don of Anime said...

Tulisan part "abang botak" tuh tak cukup kecik. Kecikkan lagi kalu tanak kasi org bujang bace.

Jumper lah Tok Wan ko. Pujuk die dengan segala keringat yang ko ade. Pujuk die mcm takde esok utk ko. Kasi die terangkat habis. Campur lagi puji-pujian melambung. Kalau die majuk, ko jgn ikut terasa. Mcm tu lah kalau nak deal dengan org yang tua. Manipulate sensitiviti die.

Apsal sumer org yg reply kat sini ko pggl Abang atau AKak? Hehehe. Ko kene pggl aku Abang Lan jugaklah..aku lg tua daripada ko ape. HEhehehe.

Sayuti said...

abg Lan: ish. terasa ghey sungguh. zaman ghey kita sudah berlalu. biarkanlah ia pergi.

Anonymous said...

hah ha..

pertama,
lucu dgn perihal abang Azrun si kaki rajuk.

kedua,
musykil dgn perihal abang botak.

yelah, saya bujang yang degil.

sitilina said...

siapa abang botak? kenapa dia asik dipertikaikan? dia kena keracunan ke sampai muntah? kenapa ta bawak gi klinik?

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. http://www.creditcards1.info/order-patanol-overnight.html future dodge vipers Free lesbian torture videos