Impian?
PEMBERITAHUAN:
Lagu tema minggu ini akan terus berkumandang sekurang2nya tiga entry lagi.
(Notis di atas sekali lagi ditujukan khas untuk Kmie. sila guna IE untuk membrowse blog aku. Hehe)
Aku...
Tak mahu mendengar gosip2 di ofis.
Tak mahu mengumpat atau diumpat.
Nak bekerja dengan tenang dan fokus.
Nak semua orang saling bekerjasama dan memahami tugas masing2.
Tidak mahu terlibat dalam office politic.
Aku datang untuk bertugas.
Ini adalah tanggungjawab dan amanah.
Aku mahu menyumbang kepada pembangunan negara.
Aku mahu menghapuskan kemiskinan di dunia.
Dan...
Kalau boleh, aku mahu bini tersayang menanti di pintu setiap kali aku sampai di rumah.
Bukan Parid!
Selingan: Pagi tadi Parid tertinggal anak kunci bilik beliau yang takde spare di dalam bilik beliau yang beliau kunci. Oleh kerana itu, aku terpaksa balik awal untuk membukak pintu rumah. Sungguh kurang kondusif keadaan ini.
Tiba2...
Chorus lagu 'Bagaikan Puteri' - Farah berkumandang dalam kepala otak.
Pengajarannya...
Adalah mustahil untuk dapat apa yang kita nak. Dan adalah mustahil untuk menggembirakan semua orang.
Bersyukurlah dengan apa yang kita dah ada. And, never take anything for granted. Keep on striving, smiling and living.
"Sesungguhnya kunci kebahagiaan adalah sabar dan syukur" (diiringi lagu 'Hakikat Bahagia' -UNIC)
Sekian.
p/s: Sebenarnya aku takde idea dan malas nak update blog. Hehe. Aku lebih suka baca dan mengkomen blog2 orang lain.
RALAT KECIL: Kesilapan teknikal telah berlaku. Maaf di atas segala kesulitan. Sekian, harap maklum.
19 comments:
i'm officially an IE-hater, heh. biarla ffox aku hang pun, asalkan aku tak guna IE.
hahaha..farid tunggu ko balik? sure down gile. pst pst...aku nak gi join interview gaks bleh x? ko interviewer ke sayut? kalo ko xnak lah, seram kalo ko yg interview...
-normah-
4 Senawi bole apply ka?
Sayut, aku pakai quote boss kau utk blog aku ye?
Mengancam jugak quote dia.
Nasib ko la sayuti asal balik jer Si Parid yg tunggu depan pintu...buatnya benda lain lagi payah hidup ko!!!
best takpe kmie, ensem susah sket nak recognize. hehe: janji ader legitimate license utk guna ffox. aku, terpaksa bear dengan IE.
normie: parid tak tunggu. tapi, dia slalu balik awal. ko nk join, bleh je. kalu ko, aku kasik orang len la interview. naper seram kalo aku interview?
pegawai khalwat: boleh2. kalau 4 senawi equivalent dengan degree.
pakai je. aku guna pon tak mintak izin dia dulu.
akak MR: kalau benda lain, saya pindah rumah!
sayut...camne nak insert lagu dlm blog nie? ajar aku....wey interview petronas tu bdk IS cam aku leh pegi x? cpt reply.....nk amek cuti kalau bley. ahahaa - washing
best ngak ni..
pi nyamar interview.
lepas dapat jer,
tak pergi.
hahaha.
double sikit kerja hang
hahaha
gantung (hang) ke guna ffox? tak pun. hehe...
*xde apa nk komen. cuma nk letak link. :)
nape aku seram kalo ko yg interview? Aku xlehlah. Nanti sure terbayang cara Encik Bot tuh berckp. Mkn? Minum? Sunyinya hari nih? Selamat Pagi. Selamat Mlm lah ***** walaupon dah pagi. oh mau aku gelak2 kat situ gaks nanti. Kes kes.
-normah-
Sayuti,
Experience diperlukan ke?
Oh fariid apaslah lah sayuti kena tengok muka engkau setiap hari heehh heehh sabar2..
hang kalo kat pentium3 cam kmie je kut (takde niat mengutuk)
sayut, firefox freeware la, watpe nak license2 lak, isk2
washing: sila jgn poyo di sini. aku tahu ko lebih terel.
interview tu closed. sori, aku telah menerima info yang salah.
ron97: jangan la menzalimi diri saya yang suci ini...
atok: entahlah. kena tanya kmie
normah: ish ko nih. bape kali mau cakap? Bot adalah Bot. aku adalah aku. kacak.
akak kopi suam: maaf sangat2. saya baru dapat info itu interview tertutup utk budak2 upm.
azhar: freeware ke? huu. malu2. aku tak tau. aku pakai IE je sepanjang masa.
cilakak ko kalau aku lg terer dah lame aku letak lagu dlm blog aku. ampeh la ko......kerek ek....huhuhu
azhar: pentium 3 jgn disangka anak, xeon jgn disangka bapak. pentium 3 ni penah mengcontrol xeon hehe. ada p4 dual processor pun tak guna kalau bukan kita yg totally control pc kita :) (tiada maksud tersembunyi)
sayut, aku mcm p/s ko gak, takde idea dan terase sedikit malas nak update blog. Bezenye, ko suke komen kat blog org, aku langsung tak bukak internet. Hahahaha.
Aku cuak~~~ sile bace di post di blog aku apsal aku cuak...
Yang Parid tertinggal tu kunci kebahagiaan yang ko maksudkan tu ke?
washing: biaselah aku kerek2 nih. sbb aku rasa dalam IS ada blajar pasal web2 development ni. takkan la tatau. sungguh sukar dipercayai.
kmie best: oh. aku pakai xeon ni. jgn kontrol pc aku.
Lan: insyaAllah.
Tuan Keng: kunci pintu rumah saje yang Parid tinggalkan.
Excellent, love it!
» »
Post a Comment