Friday, March 17, 2006

Penantian!

PEMBERITAHUAN:

Perlu ke? Kmie, paham2 sendiri je la ek.
Oh ye, sori
Rina sebab salah info tentang interview kat UPM tu.

Jumaat lepas, aku turun Kuantan sebab company bini tersayang ada Family Day. Sampai Kuantan pukul 3.00 (lebih kurang) pagi. Ina, adik ipar aku dah sampai dari Batu Pahat pukul 2.00 (lebih2 sket) pagi. Beliau nak join sekali Family Day tersebut.

Kaco daun!

Kami tido di rumah sewa bini tersayang. Aku terpaksa tido sensorang dalam bilik kecik (standard stor) tempat bini tersayang simpan barang. Bini tersayang dan Ina tido dekat ruang tamu.

Gersang. Ina, sungguh kaco daun kamu nih.

NOTA: Rumah sewa tu ada tiga bilik tapi lagi dua bilik dihuni housemate bini tersayang. Memandangkan bini tersayang penyewa terbaru, beliau terpaksa mengambil bilik terkecil.

Pukul 8.15 pagi, kami semua sudah perlu berada di perkarangan bangunan pentadbiran company bini tersayang untuk memulakan acara Mystery Drive. Kami sampai pukul 8.30 (kurang2 sket) sebab Ina lambat siap.

Mari menyalahkan Ina. Dia bersalah kerana kaco daun.

Dalam acara Mystery Drive ni, semua peserta akan memandu dari bangunan pentadbiran tersebut sampai ke Port Dickson.

Ye, betul. Drive dari Gebeng ke Port Dickson!

Semua kenderaan perlu mereset mileometer di garisan permulaan. Pada jarak2 yang tertulis dalam kertas, kami perlu melihat apa yang ada kat situ dan menjawab soalan yang diberi.

"Akak, enpon Ina tertinggal," Ina memberitahu.

Aiyak!

Kami terpaksa detour untuk amik enpon Ina. Disebabkan itu, aku terpaksa menolak bacaan miloemeter dengan jarak detour berkenaan di setiap penanda dalam kertas soklan. Di sepanjang perjalanan, banyak kali gak detour sebab terlepas penanda yang dinyatakan. Penin pale aku buat arithmetik.

Last2 tiru jawapan group lain gak. Hehe.

Mystery Drive ni telah membuatkan aku dan bini tersayang perasan segala mende yang kami langsung tak amik peduli kalau drive dari Kuantan ke KL sebelum ini.

Perkara tak best berlaku ketika kami berhenti di checkpoint RnR Temerloh (kot). Ada beberapa bijik bas yang mengangkut pelatih2 PLKN berhenti rehat kat situ. Bila dah cukup masa, pelatih2 PLKN ni tak reti nak gi naik balik bas berkenaan sehingga pemandu2 bas membunyikan hon bertalu2. Aku tatau la nak maki pemandu2 bas tu ke, atau pelatih2 PLKN. Tapi, memang mengganggu emosi betul.

Dipendekkan cerita, kami sampai di PD lebih kurang pukul 5.00 (lebih2 sikit) petang. Sebelum sampai tu, aku tanya bini tersayang tentang penginapan, sama ada resort apartment ke, bilik hotel. Aku tanya sebab ada Ina. Kalau resort apartment, Ina boleh tido dalam bilik lain. Kalau bilik hotel?

"Ina. Kalau tempat tu hotel, Ina tido dalam bilik air tau!" bini tersayang.
"Nape?" Ina.
"Ye la. Kang akak dengan Abang Sayuti nak projek, tak privacy aa..." bini tersayang.
"Hoh?" aku terkedu mendengar bini tersayang cakap camtu kat adik ipar aku yang masih belum cukup umur 18 tahun. Ina baru lepas SPM, tengah tunggu result.

Lupa pulak nak tanya result dia Isnin lepas...

"Boleh Ina?" bini tersayang sebenarnya berseloroh. Ina malas nak layan.
"Hish, ader ke gurau cemgitu?" aku menegur bini tersayang. Bini tersayang tergelak.

Cukuplah aku katakan yang aku bernasib baik kerana memangku kertas2 soalan dan peta kerana gurauan bini tersayang telah mengakibatkan sebuah khemah kecil terpasang secara automatik.

Seb baik Ina tak pasan.

Khemah ape? Kan aku cakap awal2 tadi, aktiviti Mystery Drive ni untuk Family Day. Mestilah ader khemah2 yang didirikan.

Hua hua.

Setibanya di destinasi, kami mendapati bahawa penginapan ialah sebuah bilik hotel, double bed.

Deym!

"Ina, malam ni tido dalam bilik air tau!" bini tersayang mengulang, kali ni bunyinya lebih serius.

Ina buat tak peduli je.



Sepertimana seruan Pak Lah, projek mega perlu ditangguhkan untuk kebajikan rakyat...


p/s: Eh, sudah hujung minggu. Bini tersayang dijangka akan tiba dari Kuantan pukul 12.00 (lebih2 sikit) malam. Yeeahaa.

12 comments:

Diesel Electric said...

Your blog should be 18SX-rated la, Sayut! :D

And oh, BTW, that BG song is driving me nuts! Kelam kabut scroll ke bawah carik embedded player tu. Nasib baik you didn't make it invisible, kalau tak...hehehe..

Keep on writing!

Anonymous said...

kahkahkahkha...akak pun nak salahkan Ina jugak...sungguh kacau daun dia itu!!!nasib badan lah ko sayuti...

p/s: Eryn & sayuti kalau dah tau jarang jumpa jgn ringan mulut pergi offer org lain join....muakakakakakaka...sian...sian...

f00 said...

kesian khemah, tak digunakan lagi.
eh bukan tak. belum.

belum kan sayut kan?

Bunga Rampai said...

Salam.

:))))

Anonymous said...

Kesian kat Ina.. Ooo.. baru habis SPM eh.. Errmm..

Pegawai Khalwat said...

Aku rasa adik Ina kau tu perasan khemah yang kau pasang tu. Tapi saja-saja dia buat tak paham.

Ala..... zaman cinta I.T. Sayut. Dengan 3gpnya lagi.

Tu nasib baik dia tak menjawab. Kalau dia jawab,"tak pe la kak, Ina tido kat bawah katil. Kalau ada bunyi, Ina tutup la telinga dengan bantal"

Huhu...... apa kau nak kata?

Anonymous said...

erk, aku sungguh segan baca blog ko. aku bace kat opis di kala semua org pegi morning meeting.

-normah-

Sayuti said...

abg fizi: movie final destination 3 pon dikategorikan U. inikan pula blog saya. post berikutnya akan melenyapkan bunyi tersebut.

akak MR: saya dibagitau tentang keinginan Ina utk kacau daun pon last minit. huhu. nasib badan lah.

f00: confidential information. atau bahasa melayunya alat, eh, maklumat sulit.

bunga rampai: salam :D

gitartong: belum cukup umur lagi.

akak pb: sadih2.

pegawai khalwat: saya yakin dia tak perasan.

tapi, dialog seperti yang anda cakap tu, dah terjadi. dan saya menjadi speechless.

rina: sila refer reply kpd abg fizi. hehe.

sori ek lagi skali.

norm dut: segan2, jgn lah baca. huhu. merah pipi putih gebu ko tu kang. hehe

Anonymous said...

takpa takpa..
bulan 6 jer nanti..
sabar sabar..

Kopi Suam said...

Udah-udah le tu sayuti..kau ni tak habis-habis buat aku terkekeh2 sengsorang kat depan pc ni tau.
khemah lah projek mega lah koco daun lah bagai le kamu ni..hikk hikk sib baik le cubical aku ni tersorok..kalau tak harus orang ingat aku sakit mental.

aNIe said...

Hahaha...kaco daun lah Ina ni...kalau kak lady lah kene cam Sayut..mau menangis dibuatnya...

Tak pe khemah itu masih boleh digunakan di lain masa dan ketika.... :D

Anonymous said...

pervert xnormal....lan tu agak normal...tetapi tidak ko sayut! ahhahahaa