Timangan.
"Ayang, nanti anak kita ayang nak suruh panggil ayang aper?" bini tersayang bertanya hari Isnin lepas, selepas kami berguling2 balik dari melawat Tok Wan, Uncle dan Ummi.
"Eh, kan orang dah cakap dulu!" aku.
"Bile?" bini tersayang. Lupa la tu.
"Ingat tak waktu kita stadi ngan Kak Anas dulu...?" aku cuba membantu bini tersayang mengingat.
Aku kenal Kak Anas waktu second year lepas aku join tenaga sokongan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Kak Anas pegang exco kebajikan. Bini tersayang pegang exco penerbitan dan publisiti. Aku, kuli ahli exco yang dipegang bini tersayang tersebut.
Tere tak aku kawen dengan bekas 'bos'?
NOTA: Waktu aku join tu, aku dan bini tersayang belum bercinta lagi. Kami mula bercinta sebelum sessi MPP berkenaan dibubarkan.
Hehe.Aku dan bini tersayang berkawan baik dengan Kak Anas selepas MPP sessi berkenaan dibubarkan. Kebetulan Kak Anas tinggal serumah dengan bini tersayang dan sering menjadi teman bila aku dan bini tersayang berdeting.
Bini tersayang tiba2 gelak bersungguh, "Yang tu mana boleh!"
Dia dah teringat.
"Nape? Salah ke?" aku.
"Tak boleh lah! Tak sesuai!" bini tersayang tak setuju, tapi masih gelak bersungguh.
Tiba2 gambar berkocak2 macam air.
Aiseh, korang tak paham ke?
Kan kalau watak2 dalam drama nak kenang kisah lampau, tiba2 skrin berkocak2 macam air.
Paham dah?
Tak jugak? Abaikan...
Kisahnya berlaku satu malam dalam satu study week (aku tak ingat year berapa) ketika di universiti dulu. Aku, bini tersayang (ketika itu tunang), Kak Anas dan Nadia
Tengah tekun aku
"Sayut, Sayut..." Kak Anas.
"Huh?" aku.
"Nak tanya boleh?" Kak Anas.
"Ape dia Kak Anas?" aku.
"Nanti kan, dah kawen ngan Erynn, dapat anak, nak anak2 panggil Sayut ape?" Kak Anas.
Ketika tu, bini tersayang mengalihkan perhatian daripada pembacaan. Nadia stadi dengan tekun. Pelik jugak aku budak nih. Nadia bukan student universiti kitorang, sekadar datang melawat kakak beliau.
"Ayah?" Kak Anas meneka. Hish, tak sabar tul orang tua nih.
Geleng.
"Abah?"
Geleng.
"Papa?"
Geleng lagi.
"Abi?"
Masih geleng.
"Abuya?"
"Kang jadik buaya pulak. Tak pasal2 kena tuduh sesat. Tanaklah!" aku.
"Abis tu, Sayut nak anak2 panggil Sayut aper?" Kak Anas dah tak sabar.
Aku tengok wajah bini tersayang. Bini tersayang mengangkat kening, nak tahu jugak.
Aku tengok muka Kak Anas yang sentiasa tersengih.
"Saya nak anak2 saya panggil saya..." aku menarik nafas.
Kak Anas angkat kening.
"...Si Kacak."
Tiba2 semua kepala menoleh ke arah kami. Muka Kak Anas dah merah, bukan sebab malu. Tapi sebab tergelak dengan kuat. Bini tersayang sampai keluar air mata.
Malam tu kami balik awal dari library.
p/s: Salah ke aku nak anak2 aku panggil aku Si Kacak?
22 comments:
ok gak tuh..
"..si kacak, aiman nak makan nasik goreng boleh?"
Emm..sesungguhnya, sayut mmg kacak. Kalau tidak masakan kahwin muda. Hehehe. Orang2 kacak macam si sayut kalau dibiarkan lama-lama, cuma mengundang 'perhatian-yg-tidak-diperlukan-drpd-gadis-gadis-lain' saje.
Si Kacak Gendut mungkin lebih sesuai....
p/s: apsal aku notice ko mcm makin tak bertenaga aa sayut?? stress kerje ker? adik kesurupan?? masalah emosi? Huhuhu. Kalu aku salah abaikan p/s aku nih.
kacak? kacak tu ape eik? tak hensem eik? Tapi okoklah...akak rasa mungkin sesuai ngan ko si kacak gendut..ko nak gendut ke boroi?muahamuahmuah...
ya setuju !!!
SI KACAK GENDUT!!
SETUJU!!!
Noooooooooooooooo. kalo si kacak yg gendut bleh lah kot.
p/s ko tau x ko buat aku tersengih sorang di cubic sendirik with this particular entry.
-normah-
Kamu ni Sayut oooi..kan dah bersembur nescaffe kak CN (tak senonoh betui Makcik sorang nie) sib baik tak terkena tie tamu kami yg cukup tampan bergaya pagi nie.
Panggilan yg dicadangkan tu ok gak cuma nanti bila anak2 dah boleh memanggil, bercakap dan bertanya, banyak soal jwbnya dan mau pening kita dibuatnya juga.
kak CN ni bila panggil suami tak pandai berbahasa "Abang" jadi tukarkan kepada "Sayang" bila anak mendengar kita memanggil sebegitu dia pun ikut juga. Puas kami menerangkan pada nya tapi pelbagai soalan pulak dia tanya kita, lelama dia memanggil kami dengan panggilan "Sayang Papa & Sayang Mama" .
ok lah tuh..si kacak..
my cousin sampai sekarang panggil ayah dia pak leman sebab dengar kengkawan ayah dia panggil ayah dia pak leman..
tak ke haru tuh??
Kacak atau Kerchak adalah nama watak gorila dominan dalam kartun Tarzan oleh Disney.
Tapi okey pa panggil Si Kacak. Cuma aku tak boleh bayangkan macam mana dia nak panggil orang lain pulak; eg. pak menakan, kawan kau.
Panggil Si Boroi? Si Hitam? Si Botak? Si Jongang? (Semua mewakili bentuk fizikal orang tu. Yelah, kalau dia hensem pun mana boleh panggil si kacak sebab kau dah cop)
ok lah...sayuti..
Aiman tak kisah....
"Si kacak, aiman nak berak"...heehh heehhh...
anak aku panggil daddynyer = addy...lekat sampai sekarang. Oklah tu kira lain dari yang lain kan
bta: "nanti si kacak belikan.."
Lan: Si Kacak Gendut tu untuk alter ego aku yang dah lenyap. takpe Lan, aku tak kacau awek stesen minyak ko. hehe.
p/s: tak bertenaga macam mana tu? tapi, mmg tak bertenaga skang, byk keje. adik? abang la! emosi masih stabil.
kalau blog, mmg waktu menaip otak dah penat sket. sebelum aku update, aku gi round2 baca blog2 orang lain dulu. tambah2, skang ada rancangan Juring II:Blogger Terhebat pulak.
rina: oret. no hal.
akak MR: boroi takleh. nanti orang panggil abg roy. tak glamour.
ron97: undi rosak!
norm dut: ish.. jgn sengih2 sgt. bahye.
tengok, sume orang nak kasik title 'gendut' ko kat aku. camne ni?
kak CN: comelnye anak2 akak. huhu. takyah explain2. nanti derang besar derang paham2 sendiri la kan. hehe.
p/s: dah lap belum Nescafe yang tersembur tu?
bta lagi: tu dah salah asuhan tu. haru2.
pegawai khalwat: hahaha. gorila? hahaha.
orang lain panggil yang lazim2 lah, Pak Ngah ke, Pak Wat ke. tapi, bapaknye di panggil Si Kacak.
:D
kak kopi suam: addy? asalkan nama suami akak bukan ediwarman, junaidi atau supardi, ok lah kot.
owh, aku dgn rela hati menyerahkan title "Gendut" itu kepada ko. Ko adalah pemenang berhak. Jgn risau, aku xjeles punye.
p/s sampai ade org tego, apsal sengih2 sorang2 nih.
-normah-
hmm, bg aku la, nanti kang jd pelik, sbb bile dah besar nanti, semua anak2 nak pendekkan panggilan
ayah = yah
bapak = pak
abah = bah
kachak = chak?!?!?!
normah lagi: aku tak layak menerima title berkenaan. simpanlah.
danial (bukan nama sebenar): takpe. latih kasik sebut betul2. dua suku kata je pon.
Alahai sayut...dah mula perasan le tu...hehhee...abih nanti kalau sampai tua pun panggil si kacak...Tak sesuweyyy langsung...
Anak2 kak lady panggil ayah diorang ayah...masa plan2 dulu hubby tak suka sebab dia kata nanti kalau menangis panggil...
'Aiyah...aiyah...aiyah..' mcm bunyik Aiyahhh...pulak...
*Ketika itu air dlm gambar itu pun berkocak...& menghilangkan gambaran kenangan lama tersebut...*
Amboi!!..mcm pilem P.Ramlee plak...
assalamualaikum, first time dtg blog ni...
kuatnya semangat jd weekend husband. tapi yg pasti kasih sayang segar bugar berpanjangan..
mmg sedap anak2 panggil ayah, or daddy, or bapak..tapi yg tak sedap tu bila dah ada anak2, biwi pun mula tukar panggilan..drp ayang kepada ayah..gara2 takut anak2 ikut mamanya panggil ayang gak..
ni cakap pasal anak ni ...dah ada tanda2 ke???? ehe...... beh..beh....tak penah dibuat dek orang lagik tu...cun!
kalo takle si kacak, panggil je la machomel~
p/s: teringat jiran lama aku kat ulu langat, diorang panggil arwah ayah diorang ENCIK
aku ingat lagi.. kawan aku dulu panggil bapak dia BAPAK.. sekali dengan macam kurang ajor.. tapi dah memang bapak dia yang nak panggil bapak dia BAPAK.. lantak bapak dia la nak panggil BAPAK..
Boleh le anak nanti cakap
Cak.. nak susu
Kalau anak baru mula bercakap susah jugak nak panggil si kacak.. so oleh kerana dr abah jadi "bah", ayah jadi "yah" maka si kacak kadi "CAK"
kak lady: berkat doa anak2, saya kacak sampai ke tua nanti. hehe.
syikin: slamat datang. encik bergen mempunyai pandangan yang menarik tentang panggilan 'abang' oleh isteri2. kalau panggil 'ayah'... erm. Mr Berg?
zetty: belum ada tanda, masih mencuba.
oh... sudah hari Jumaat!
:D
danial (bukan nama sebenar): machomel untuk Erynn la! ENCIK tak boleh. ada maksud lain yang lebih mendalam.
gitartong: lantak bapak dia la kan!
kak sya: ah, boleh saya bayangkan kecomelan anak2 saya nanti. main cak cak dengan saya.
:D
Haah la..comel la! memula tu macam tak perasan lagi, sebab rasa janggal lak kalau anak-anak panggil 'si kacak'. Tapi pastu tgk balik, mesti diorg tak panggil 'si kacak',tp panggil 'cak' je..!! comel! comel!! boleh diteruskan!!
p/s:-baru perasan ari jumaat eh ??hahahaha
Looking for information and found it at this great site... »
Post a Comment