Kenduri!
PEMBERITAHUAN:
Kepada sesiapa yang on popup-blocker, boleh klik sini untuk mendapatkan kad jemputan kenduri kahwin saya yang akan diadakan pada hari Sabtu ni. Mekasih.
Bini tersayang call semalam, tapi aku tak angkat sebab dah tido. Bini tersayang meninggalkan voice message. Aku mendengar voice message tersebut ketika menapak ke stesen LRT Sentul Timur pagi tadi.
Bini tersayang menyanyikan lagu 'Can't Take My Off You (Frankie Valli)' dengan penuh perasaan.
Pagi tadi aku sampai ofis dalam keadaan tersenyum.
Perbualan telefon sebentar tadi:
Bini tersayang: Best tak orang nyanyi?Semalam, aku dinner dengan Fadhli dan Sarah, kawan2 yang aku kenal ketika program orientasi eksekutif baru, enam bulan lepas.
Aku: Best. Tapi orang rasa geli geli sket la.
Bini tersayang: (majuk)
NOTA: Fadhli masih single dan available. Sarah sudah berpunya.
Aku kasik kad jemputan kenduri.
"Eh? Bukan ko dah kawen ke? Ko kawen lagi satu ke?" Fadhli.
"Kenduri je la Fadhli..." Sarah.
"Lama gila baru nak wat kenduri," Fadhli.
"Hari tu duit cukup2 nak buat hantaran je..." aku.
Kami sembang2 kosong sambil makan.
"Korang bila nak kawen pulak?" aku mengusik.
"Duit takde bang," Fadhli.
"Duit boleh cari bang, masa takde ganti. Tengok aku, dah empat bulan kawen. Kenduri baru nak buat. Tapi, empat bulan ni dah dapat..." aku tidak menamatkan ayat. " err... empat bulan tu priceless! Walaupon dok jauh kan..."
"Ko bagitau la kat boifren aku," Sarah, sambil gelak.
"Orait!" aku.
"Oit!" Sarah.
"Bitau je Sayut," Fadhli.
Pagi Isnin, aku termenung jauh di depan PC.
"Pikir ape Yut? Menung je ni... teringat wife ek?" Datin mengusik. Tiba2 je beliau ada kat tepi cubicle aku.
"Kenduri saya ni la Datin," aku.
Datin menoleh ke belakang untuk membelek kad jemputan yang aku tampal kat sebelah nama aku atas board 'Staff Movement'.
"Oh ye. Sabtu ni kan? Bila awak nak ambil cuti? Jumaat?" Datin tanya.
"Itulah yang saya tengah fikir ni, Datin."
"Naper?"
"Jumaat ni, CoCD1. 27 dah KM2 Conference."
Datin tengok muka aku dan melemparkan senyum simpati.
"Nasib awak la Yut. Relaks..." Datin cakap sambil tersenyum.
Datin berjalan dua tiga tapak ke arah tempat beliau.
Tiba2 Datin berpatah balik. Datin masih tersenyum tapi senyuman Datin bukan lagi senyuman simpati.
Uh oh...
"Eh, Awak, awak..." nada suara Datin pon dah berubah.
Uh oh...
"...saya dah jumpak blog site awak! Start dengan msayuti... kan?"
ERK!
*sweat*
footnote:
- CoCD = Code of Conduct and Discipline. Aku kena facilitate bos2 department lain untuk menerangkan kandungan Code berkenaan kepada staff2 mereka.
- KM = Knowledge Management. Aku head stage and protocol.
p/s: Hai, Datin...
14 comments:
eh? ko pun nak buat kenduri? jemputlah ke rumah aku juga.. tapi bulan 4. kad kawin ada dalam blog.
Selamat, selamat berkenduri. Kita hadir in spirit je lah. Salam to wife :). Enjoy your big day, I know we enjoyed ours!
hai datin.
ambiklah saya kerja.
datin,
cuba datin check balik entry sayut ni yang dulu dulu.
byk dia kutuk datin.
hahahaha
Blog ni bagus untuk pembangunan Emotional Quotient, datin.
Patut wajibkan staf-staf yang celik IT berblogging.
Biar Sayut jadi kepala. ha ha ha....
Err.... datin baca ke komen aku ni Sayut?
Kenduri kalau ada masa aku datang la. Kena buat RSVP ka?
Yut, stesen Shell tu siapa yang kendalikan sekarang. Dulu kalau tak silap pengusahanya bernama Haji Ahmad, kaum kerabat Alm. Hassan Adli.
Salam & Selamat Pagi Sayut, Makasih bebyk diatas jemputan kenduri kawin. Semuga segala apa yg dirancang dipermudahkan dan selamat sehingga selesai Majlis dan doa kak CN agar kamu suami isteri senantiasa aman bahagia dari dulu, kini dan selamanya.
Mohon maaf juga kerana tak dpt menghadirkan diri.
gitartong: insyaAllah.
akak kenakelayan: Thanks, and for the record, i dont look like the japanese guy! hehe
ron97: siut!
pegawai khalwat: tak perlu sbb yang lain pon tak buat. lagipon, adat melayu mana ada rsvp2 nih. redah je.
komen anda mengingatkan pada satu artikel dalam The Sun yang ditulis oleh seorang gadis melayu (lupa nama) tentang rsvp. saya gelak je baca artikel tersebut. tapi, a good culture to implement.
rina: oret. tp, nnt jgn ungkit2 plak tak dapat makan nasik minyak aku. hehe. slamat memulakan kerja baru. dah boring jadi sap programmer ke?
Tuan Keng: hentah. saya tak pernah amik tahu pon. saya isi di stesen minyak PETRONAS. hehe. tu pon saya tak tahu sape punya jugak. Restoran Basha dekat2 situ, saya tahulah sape punya.
Kak CN: mekasih. takpe, saya paham. :)
selamat berkenduri ye sayuti....makan nasi minyak besshhh..tapi minta maaf sebab tak dapat datang..
thanks for the invitation...
ingatkan datin patah balik sebab nak bagitahu dia nak sponsor sikit duite kenduri tu :)
(Berdoa).. semoga bos kak sya tak jumpa blog kak sya..... Amin
sapa lagi yang dijemput ni....? semua ke? hehehe...
yaaaa ampun udah kantoi tehehehehhe
akak KS: kalu Datin sponsor, sujud syukur saya.
rina: tengah risau tak cukup je ni. tak buat lauk ayam sbb orang tanak makan. birdflu dah sampai ke perak. ganti lauk udang.
kak sya: AAMINN!
blackpurple: jemput2.
artisticklytouch: takpe, Datin supporting. hehe.
Bro,
Selamat berkenduri. Maaf tak dapat hadir. Perlu menjemput isteri yang baru balik dari outstation pagi esok di Pudu Raya.
Harap semuanya selamat. Berdua sudah 4 bulan, bila nak bertiga? Maksud aku, jangan gopoh-gapah, tapi masa tak boleh dibeli.
:)
datin? erk..
ingat datin yg melampau. rupanya datin yg lain.
datin yg melampau tu apa ceritanya?
Post a Comment