Panjang!
Pagi tadi aku muntah. Mungkin salah makan kot.
"Morning sickness? Kadang2 wife tak rasa. Husband yang rasa tau!" usik Kak Ros.
Aku senyum je sambil hirup teh dua uncang yang kelat.
Azwa kasik roti.
"Makan tau. Hari ni expired," pesan Azwa. Dia singgah di ofis kejap dalam perjalanan untuk menghadiri satu kursus. Stok jajan beliau diedar2kan kepada jiran2 cubicle.
Aku cecah roti dengan air teh kelat. Sedap pulak bila perut kosong.
Mungkin jugak aku muntah diakibatkan stress sebab banyak isu yang timbul sepanjang ketiadaan aku semalam. Baru sehari cuti, dah macam2 hal. Start aku sampai ofis, telefon tak berenti2 berdering. Dan pagi tadi, aku terbertengkar dengan boss kanan si Sam, dan sorang lagi boss dalam department beliau.
Aku menang. (Aku rasa la aku menang)
Tapi, petang tadi aku menerima satu lagi nasihat panjang dari Datin tentang peranan kami di HR sebagai service provider dan department lain sebagai customer. Walaupon mereka yang salah, jangan cakap. Sebaliknya, terima saja komplen, kemudian cadangkan apa sebenarnya yang tak kena. Nanti, diorang akan sedar jugak kesalahan sendiri. Kalau diorang tak ego, kita akan lebih direspek.
Kemudian Datin kasik nasihat tentang cara2 menangani stress dan meningkatkan motivasi kerja.
Tiba2 bos Datin lalu. Beliau teruja pulak untuk join sekali dalam sessi 'mari memberi motivasi kepada Sayuti'.
Ahh... bertuahnya aku.
Hujung minggu lepas aku balik ke Alor Setar untuk melawat Tok Wan ditemani bini tersayang, Ayah mertua dan Mak mertua. Ayah dan Mak datang dari Batu Pahat selepas dapat tahu Tok Wan merajuk. Bini tersayang bitau. Pastu, Ummi plak bitau lagi.
Setibanya di rumah flat belakang kilang tayar, aku nampak Tok. Tok sangat kurus. Lebih kurus daripada kali terakhir aku balik. Tok hisap rokok daun. Tok masih kenal aku.
Waktu aku duduk2 di ruang tamu menanti kepulangan Tok Wan, Tok datang dan duduk membelakangi aku.
"Picit pala aku sat," kata Tok sambil mengkuis kepala sendiri. Tok selalu buat macam tu kalau aku ada. Aku pon picit kepala Tok macam selalu.
Ayah tersenyum tengok gelagat Tok.
Tok Wan di madrasah. Ada tok guru datang mengajar. Pukul 9.30 (lebih2 sikit) malam, baru Tok Wan balik. Tok Wan agak terkejut tengok aku, bini tersayang, Ayah dan Mak dekat ruang tamu. Aku kenalkan Ayah dan Mak. Bini tersayang Tok Wan dah kenal. Dulu, aku pernah bawak balik kenalkan kat beliau.
Malam tu, aku teman Tok Wan dinner. Ayah dan Mak pergi makan kat bawah flat.
Tok Wan dah tak merajuk. Tapi, dia berat hati jugak nak datang kenduri sambut menantu di Perak 25 haribulan ni dengan alasan nak jaga Tok. Aku terima alasan tersebut.
Esoknya, aku teman Tok Wan breakfast pulak bersama Ayah. Tok Wan nampaknya dapat terima hakikat yang aku dah besar dan perlu berdikari. Aku mungkin tak boleh lagi balik ke rumah beliau sekerap dulu.
Kemudian, Tok Wan bawak kami pergi ke rumah saudara-mara yang berada di kawasan flat belakang kilang tayar tersebut. Kira2 pukul 9.30 (lebih2 sikit) pagi, aku, bini tersayang, Mak dan Ayah pon bertolak dari rumah Tok Wan.
Singkat sungguh masa di rumah Tok Wan. Tapi, aku terpaksa bertolak awal sebab nak singgah jenguk bapak sedara bini tersayang di Ipoh, pastu nak singgah jenguk Ummi di Hutan Melintang.
Aku sempat bawak bini tersayang, Mak dan Ayah ke bekas rumah Tok Wan yang lama. Tempat di mana aku membesar. Aku jumpak Tok Su dan Tok Teh. Tok Su dan Tok Teh masih belum berpindah ke flat belakang kilang tayar. Diorang belum dapat rumah.
Rumah Tok Wan yang lama hanya tinggal tapak dan dinding batu. Lain2, sudah habis dirobohkan.
"Sini tempat letak basikal ngan moto, situ ruang tamu, belakang tu bilik air." aku tunjuk kat Mak dan Ayah.
Sebak.
"Waktu depa gheban ghumah ni, sedaq ayaq mata meleleh ja," Tok Teh.
"Ada reban ayam dekat sini?" Mak.
Ish, masalah betul kalau Utara bertemu Selatan nih.
"Reban tu maksudnya roboh, Mak." bini tersayang membetulkan.
Aku waktu tu dah berada jauh dari semua orang.
"Kat sini tangga nak naik tingkat atas," aku tunjuk dari jauh.
Waktu semua orang tengok kat arah tu, aku dengan pantasnya mengelap air mata yang meleleh.
Kaver, kaver.
"Ayang OK?" bini tersayang. Aiseh, kantoi!
"OK je, takde aper2 lah." aku.
"Eleh..." bini tersayang. Amoih2
Lepas tu, kami pon meninggalkan kawasan tersebut.
Bini tersayang drive. Aku jadi tour guide. Aku bawak diorang lalu jalan depan sekolah rendah aku, Sekolah Kebangsaan Wan Sulaiman Sidiq, aka Sekolah Kanchut. Pastu, masuk town sebab aku nak tunjuk tempat2 lepak aku masa kecik2 dulu.
"Eh, Pekan Rabu kat mane? Mak nak singgah beli petis," Mak.
Mak nak beli gagham belacan ka?
Aku pon tunjuk jalan ke Pekan Rabu. Jalan2 ni sangat familiar sebab separuh usia aku dihabiskan kat sini. Kat Pekan Rabu, bukan setakat petis yang Mak beli, abis semua diborong. Asam keping, beras pulut, kuih muih dan macam2 lagi. Aku beli ikan pekasam lampam ngan puyu. Feveret tu!
Lepas sakan bershopping (Mak) dan makan2, kami pon bertolak ke Perak.
Eh, jap.
Aku nak tulis sebab2 aku menyokong kenaikan harga minyak. Tapi, tercerita pasal lawatan ke rumah Tok Wan pulak. Panjang pulak tu.
Erm.
Tapi, dah sebut tu terpaksa la aku tulis jugak.
Mengapa Saya Menyokong Kenaikan Harga Minyak?
Faktor utama kenaikan harga minyak adalah disebabkan demand yang tinggi terhadap bahan mentah itu. Demand itu datang daripada pengguna. Pengguna itu sapa? Bukankah rakyat juga?
Kenaikan harga juga berlaku bagi mengatasi kos pengeluaran. Sebab apa kos pengeluaran naik? Salah satu sebab utama ialah membayar gaji pekerja berkemahiran. Dalam industri minyak, bilangan pekerja tidak mencukupi bagi memenuhi demand. Sebab tu, company2 luar negara sanggup offer beribu2 USD kepada rakyat kita yang berkemahiran untuk kerja dengan mereka.
Rata2, pekerja tempatan yang berkemahiran ini telah dilatih oleh company minyak tempatan. Oleh sebab itu, company2 minyak terutama dari Timur Tengah, sangat gemar untuk 'mencuri' kepakaran mereka dengan menawarkan habuan gaji berlipat ganda dalam mata wang asing. Ramai yang meninggalkan negara untuk pergi berkhidmat dengan company2 luar ini. Mereka langsung tidak ingat jutaan ringgit yang dibelanjakan company minyak tempatan untuk membawa mereka ke tahap itu. Yang mereka impikan hanyalah gaji yang lebih besar.
Sebab itu saya sokong saranan Timbalan PM ketika merasmikan satu akademi pengeluaran kereta di Gurun, Sabtu lalu.
Beberapa pihak menyarankan agar kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam seiring dengan kenaikan harga minyak ini. Saya kurang bersetuju dengan saranan berkenaan.
Berapa kerat di antara kita ini yang bekerja cukup lapan jam sehari? (Kalau jumlah official office hour lapan jam la kan)
Berikut merupakan satu contoh tipikal seorang pekerja lelaki sektor awam:
7.29 pagi - Punch card. Yeah, masih hijau. Kalau 7.31 baru merah.
7.45 pagi - Sampai di meja sendiri. Tadi singgah kejap tegur2 member ofis.
7.50 pagi - Breakfast sambil membaca paper di pantry.
8.20 pagi - Kembali ke meja. Buat kerja sikit.
9.00 pagi - "Mat, jom berasap."
9.20 pagi - Kembali ke meja. Buat kerja.
10.30 pagi - Minum pagi pulak.
11.00 pagi - Kembali ke meja. Angkat tepon, gayut2 sikit.
11.30 pagi - Sambung buat kerja.
12.30 tgh hari - "Mat, jom lunch."
2.30 ptg - "Eh, aku tak semayang lagi la!"
2.45 ptg - Sambung kerja.
3.15 ptg - "Mat, jom berasap lagi"
3.45 ptg - "Eh Mat, tengah berasap ko ye"
4.15 ptg - Kemas2 meja. Tengok jam.
4.30 ptg - Punch out. Nanti jem pulak!
Pastu nak mintak naik gaji.
Kalau nak tuduh aku cam contoh kat atas pon, aku mengaku la sikit2. Sikit2 je tau!
Rata2, pekerja2 sektor awam dan swasta hanya bertugas 70% daripada jumlah masa yang sepatutnya. Saya malas nak kira, tapi, anda boleh bayangkan lost of productivity due to wasted manhour disebabkan tabiat berkenaan.
Lagi satu perangai rakyat Malaysia, especially orang Melayu ialah hasad dengki dan buruk sangka atau prejudis. Semua ini disebabkan oleh faktor pengaruh politik yang berbeza.
Bila ada saja orang dapat kontrak, mesti dikaitkan dengan kronisme atau nepotisme. Bila pihak yang memberi kontrak itu rugi, bertambah2 lagi la cerita pasal harga air mineral botol RM30 lah, kontrak telekomunikasi Jerman lah, isu AP lah, yang dikaitkan dengan kenaikan harga minyak.
Yakinkah berita itu benar?
Jika itu berita palsu, maka orang yang menyebarkannya membuat fitnah. Dan fitnah itu lebih teruk dari membunuh.
Saya kata begini kerana maklumat2 yang sebegini jika benar pon, selalunya confidential. Jadi, pihak mana pulak yang mendedahkannya? Mana integriti orang yang diamanahkan dengan maklumat2 tersebut? Bukankah ada sumpah kerahsiaan yang harus dipegang?
Kemudian, ramai pula mempersoalkan perlumbaan F1 dan monsoon cup. Juga, projek Putrajaya.
Bukan anda seorang Tuan Keng...
Jika anda lihat ini sebagai projek bermegah2, atau projek maksiat, maka seharusnya anda tidak menonton televisyen atau wayang, atau sms bintang realiti TV seperti Mawi. Malah, anda harus lagi cepat kembali bercucuk tanam dan berdagang untuk menjana ekonomi.
Faktanya, perlumbaan F1 itu adalah satu usaha company minyak tempatan untuk memasuki pasaran global. Melalui perlumbaan ini, brand company minyak tempatan ini akan diketengahkan di mata dunia.
Dan company minyak tempatan ini membayar cukai kepada kerajaan dan membekalkan rakyat tempatan dengan pekerjaan dalam pelbagai bidang. Duit cukai inilah digunakan untuk membayar subsidi minyak yang terpaksa dikurangkan itu.
Tentang monsoon cup. Saya terasa agak janggal bila saya menerima email yang menyebut kenaikan harga minyak ini untuk mengkaver perbelanjaan monsoon cup kerana saya tidak pasti sama ada monsoon cup ini bawah kerajaan tempatan atau kerajaan pusat? Jika kerajaan tempatan, takde kena mengena pon dengan kenaikan harga minyak ni.
Tapi, yang lebih janggal, bila penulis email berkenaan menyebut tentang Thailand yang minyaknya lebih mahal, tapi lebuhrayanya free.
Sebabnya, lebuhraya Thailand yang enam lorong tanpa tol tu ada, bagi memudahkan rakyat kita pergi ke sana untuk berbelanja. Mereka tidak perlu buat monsoon cup untuk menarik pelancong sebab dah ada tarikan tersendiri, iaitu aktiviti pelacuran. Buat apa nak buat monsoon cup lagi? Sawadikap je dah cukup.
Saya ingin juga menyentuh dasar protectionism yang diamalkan kerajaan. Faktor peningkatan indeks jangka hayat kesan daripada kenaikan harga minyak juga ingin disentuh. Faktor penyeludupan minyak lagi. Tapi, rasanya dah berjela saya tulis nih, dan saya sangat mengantuk.
Tapi, ditegaskan bahawa ini pandangan saya sahaja. Saya hormati pandangan anda.
Sekali lagi, saya nak nyatakan saya sangat suka dengan komen pegawai khalwat dalam entry terakhir saya. Sangat tepat.
Konklusinya, saya masih menyokong tindakan kerajaan menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen.
Time kasih.
p/s: Ish, jap aku, jap saya. Tak konsisten betul aku nih.
12 comments:
Nampak gaya akulah orang pertama yang mengomen. Bukan nak tunjuk rasa bangga sebab dipuji oleh Sayut tapi kebetulan line internet aku dah ok dan aku pulak keja lewat malam.
Pertama, bab minyak, kau lebih handal Sayut. Aku ni tak reti nak bagi fakta. Aku ni orang seni jadi secara subjektif tu bolehlah. Tapi aku memang setuju dengan apa yang kau kata. kadang-kadang orang tak paham, atau buat-buat tak paham atau tak paham-paham. Harapnya kalau yang berkeluarga tu, paham-pahamlah analogi aku tu.
Kedua, flat tu dekat kilang Sime Tyre ka Sayut? Idup lagi kilang tu. Dia punya safetiness aku harap dah makin meningkat. Pekan Rabu memang komersil tapi mahal nak mampos. Aku cakap hang aku hang aku pun tak bole kurang.
Amin!
Pasal minyak akak tak nak pikir2 lagi dah..Macam Aiman...Aloq Staq tok wan dok kat area mana...bila baca tok minta urut kepala senyum akak sesorang...Tok rindu kat hang tu!!
jap ..
ko tak de keter yer ?
naik keter bini ko yer ?
dia bayar petrol sendrey yer ?
sila jawab yer sayuti.
::man taugeh::
Ahaks...ade orang tu jeles kat org keje gomen...heheheh....
Itu senario biasa di pejabat kerajaan lah sayuti...akak dulu pernah keje kat Pej. kerajaan...diorang masa tu balik 4.15...jam 4.00 dah beratur kat punch kad...abih nak buat camaner...
ooii panjang nya..
jab jab aku nak ambik nafas dulu.
ok dah baca habis dah.
komen
1. nasib baiklah tokwan hang ok. kalau aku, aku humban ke turun dari tingkat 5. hahaha
2. bab naik gaji, hmm.. lain jabatan, lain sibuk dia. macam akukerja istiadat tahun lepas. petang malam, sabtu ahad, takdak makna. semua sama. takdak makna cuti bagi kami. klaim pun, tgk kalau ingat. bab gaji tu, lama dah aku nak naikkan, sblm minyak naik lagi, sbb dari tahun 1970-an takdak pelarasan balik. terutama yang sokongan ni. ko bayang kerja bentara istana negara, basic 400 lebih ja. nak hidup gena.
3. bab minyak, aku paling sakit hati dlm isu minyak ni, org org yang hanya tau, "Ok, Jom Tukar Kerajaan!" dia ingat macam tukar baju kot.
4. harga getah naik RM3.00, diam jer.
harga minyak naik RM0.30, bising nak mampus
pegawai khalwat: sebenarnya, orang seni berfikir dengan lebih teliti. seni itukan halus, dan halus itu teliti.
a ah, dekat area2 tu lah.
cakap hang aku hang aku memang la tak boleh kurang. rata2 peniaga di pekan rabu cakap ambo mung ambo mung, walaupon lokasinya di kedah.
kak MR: jangan pikir. redha aje lah. Tok Wan stay kat area mergong.
man taugeh:
saye takde kete. moto ade la. adik guna.
a ah, kete dia. mak mentua sponsor.
kalau saya ada waktu isi minyak, saya bayar. waktu gi alor setar tu, mentua yang bayar.
dah jawab.
kak lady: itulah. lagi mau mintak naik gaji.
ron97:
ambik nafas, jangan lupa lepas.
...kot atas.
1. seb baik Tok Wan tingkat bawah skali.
2. cuba check balik labour law. ada syarat2 yang ditetapkan kat situ. kadang2, memang kena berkorban demi tugas. contoh kat atas tu khusus utk yang kerja2 perkhidmatan awam.
3. tu lah tu. nak buat cemna. sesetengah pemimpin pon tak paham2. tadi terbaca paper hari Isnin. ada sorang pemimpin persoal peranan company minyak nasional. company tersebut takde kena mengena pon dalam hal kenaikan harga. malah, kenaikan harga ni merugikan company tersebut kerana demand akan berkurangan. patutlah menteri tersebut sangat tidak digemari pbt.
4. no komen.
Sorry kak CN lewat tiba sbb terbusy ler sikit, byk pulak tamu yg nak jumpa Tan Sri ngan Dato' hari nie.
Apa2 pun kak CN rasa bersyukur sgt yg Tok dan Tok Wan kamu tu ok dan dah ilang pun rasa rajuk dihati serta faham akan situasi kamu. Cuma pesan kak CN bila ada masa yg terluang tuh balik2 lah jengok depa dua ya Sayut ya ....Salammmmm
Tak larat nak menjawab sebab dah penat membaca
kak CN: insyaAllah, kalau ada rezeki.
kak sya: penat lagi menulis. hehe. mekasih kerana sudi baca.
Excellent, love it! »
You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it » »
Post a Comment