Monday, March 20, 2006

Temuduga!

Minggu lepas, aku telah dijemput oleh Yin, eksekutif bahagian recruitment, HR Center, untuk menjadi interviewer dalam sessi temuduga saringan yang diadakan di UPM pada hari Sabtu.

Pada pagi Sabtu berkenaan, aku sampai ke tempat temuduga lewat sikit sebab malam sebelumnya telah bekerja keras bagi meneruskan projek mega yang tertangguh.

Hua hua.

"Honestly, I think I was shaking more than the first candidate I interviewed," aku bagitau dekat Puan Zai, pengurus bahagian recruitment HR Center ketika beliau datang meronda bagi memastikan proses temuduga tersebut berjalan dengan betul. Aku sangat nervous sebab pertama kali aku interview orang. Lagi nervous daripada waktu aku diinterview dulu.

Walau bagaimanapon, by the end of the day, aku terasa kecewa dengan calon2 yang aku interview. Minimum expectation aku ialah calon2 ni dapat menjawab seperti mana aku jawab dulu. Rata2, calon2 tidak dapat menjawab soalan2 yang dikemukan dengan baik, walaupon soalan2 standard.

"Tell me about yourself,"

"My name is..." adalah respon yang TAK sepatutnya diberikan, sebab nama tersebut jelas terpampang di resume. Selalunya, penginterviewer akan memulakan sessi dengan menyebut nama calon. Maka, takyahla bitau lagi. Daripada semua calon yang aku interview, sume start dengan ayat tersebut kecuali calon terakhir.

Ketika aku diinterview dulu, untuk soalan ini, aku start dengan "I am an unemployed graduate currently looking for a job." Pastu aku cakap aku adalah anak yang ketiga daripada sembilan. Pastu berseloroh dengan berkata, "Well, my parents are quite active..." tapi menyesal pulak dengan ayat tersebut. Pastu penginterviewer tersenyum membuatkan aku lega sikit. Pastu, cerita2 pasal hobi aku iaitu membaca dan menulis skrip IRC dan bermain PC game. Pastu aku merapu2 sampaila takde idea.

Tapi, jangan la cocky sangat sampai cakap "What do you want to know? Its all in my resume."

Nasib baik takde calon yang jawab camni kat aku. Kat panel lain ada. Kalaulah kat aku, aku tanya je la balik, "Why should I waste my time to interview you. Might as well I read your resume, and throw it in the dustbin."

"Describe your strength"

Semua orang leh angkat bakul, tapi perlu ada kekuatan untuk menyokong bakul tersebut. Jangan main cakap je, tapi takde prove.

"My strength is leadership and teamwork," kata seorang calon.
Aku tengok resume beliau lalu bertanya, "I noticed that you didn't join any society or club in the university..."

"I am very commited with my work," kata seorang lagi. "in the course of my project I stayed late at night to finish my assignment..."
Tu sebab ko wat keje last minit bang. Aku dulu pon camtu gak. Huhu

"I'm good in communication..." kata seorang calon yang aku terpaksa suruh ulang ayat tersebut beberapa kali sebab aku tak dengar dengan jelas.

Aku yakin dengan jawapan sorang calon, sebab dalam dua minit aku dah suka dengan perwatakan beliau, "I have good PR skill."

"What is your aspiration in 5 years"

Soalan ni nak menguji wawasan seseorang calon dan jugak tahap penilaian beliau kepada realiti. Cakap je aper2 pon, asalkan logik dan boleh dipertahankan kalau interviewer tanya, "how are you going to achieve that?"


"Why do you want to work for this company?"

"Because it is a big company," atau "Because it is a stable company" atau "Because it is a well-known company" adalah jawapan2 generic.

Cuba buat research sket. Kurang2 tau apa company tu buat. Kasik jawapan yang lebih sikit, sure dapat markah lebih.

"Additional info"

Semua calon lelaki yang aku interview tak pakai tie. Ada yang tak tuck-in baju. Kalau boleh impress aku through the interview takpelah jugak. Tapi, biasa2 je. Haduh...

Bila diberi peluang tanya soalan di akhir interview, tanya je la ape2 pon. Tapi, jangan la interview aku balik. Haha. Ada sorang calon boleh tanya balik soalan yang aku tanya kat dia "Why did you work for this company?"

Kagum aku jap.

Walau bagaimanapon, paling mengecewakan aku ialah sikap siswazah Melayu yang tidak datang ke temuduga berkenaan walaupon kami telah bersusah payah datang ke tempat mereka. Daripada 200++ orang yang disenaraikan, kurang dari 120 yang hadir menghadiri interview tersebut. Yang tak hadir, semuanya Melayu dan alasan yang diberikan ialah ada liga bola sepak pagi tersebut.

p/s: Jemputan kenduri kahwin telah dikeluarkan.

19 comments:

Anonymous said...

Tell Me About Your Self
"Single but unavailable"

Describe your strength
"That's only my coming wife will know it"

What is your aspiration in 5 years
"To take your place"

Why do you want to work for this company?
"Because this company will give me this job"

Additional info
"kirim salam kat bapa saya, dia presiden kat syarikat awak."


hahahaha

Diesel Electric said...

Nasib baik you ask standard questions...he he he...

Nah..untuk yang bakal menghadap interview...especially bila soklan yang ditanya soklan2 stended:
http://www.justgrad.com/answerTips.htm

Anonymous said...

sayut.. ade tak opportunity tuk aku join the interview session tu as an interviewer? aku nak wat side activities la.. kalau ade activities yg menarik.. habaq la kat aku ek.. kalau tak cukup interviewer... jgn lupe panggil aku ye.. huhu..

donia @ khaties

Anonymous said...

temuduga. bertemu dan menduga. bertemu kerana nak kenal. menduga kerana nak tahu. :)

NONIE AZIZ said...

Teringat masa MR kena interview dulu...kecut perut gila...

Anonymous said...

lagi bengang kalu bebudak baruuuu sgt grad..bila tanya teori yg diorg study dulu pun takleh jwb inikan pulak info pasal kompeni. kurang usaha. berharap sijil2 yg berlembar-lembar berbicara on they behalf ke?

very important tips: ask around and make an effort to do some research about the company. ramai yg tak amik kisah dan beralasan.."ahh kalau kerja nanti baru amik tau". ada yg dh berthn2 kerja pun tak tau siapa top mgmt and BOD!

en sayut..ur topik hari ini menjemput saya utk mengomen..sebelum ni pemerhati dan pembaca setia.

Sya said...

Sayuti... begitulah kalau menemuduga bangsa kita. Dari 10 yg ditemuduga hanya ada 1-2 yg benar2 berminat utk bekerja. Yang lain hanya sekadar datang dan mencuba nasib.. kalau ada rezeki. Alhamdullilah kalau tak.. tak der rezeki.

Anonymous said...

what's ur body size?

-soklan interview jd ircop-

Sayuti said...

ron97: when can you start work?

abg fizi: ade gak la soklan2 yang tak stended bertujuan utk mendptkan jawapan2 utk soklan2 stended tersebut.

mekjoh: tak bleh aa. orang2 HR je bleh. hohoho holik.

side activiti byk. rajin2 tgk intranet.

atok: tepat. :)

akak MR: kecut perut takpe. jangan gendut perut. bahye.

en anonymous: terima kasih kerana memberi komen. itulah masalah graduan hari ni.

kak Sya: itulah yang sedihnya. kita nak tolong seboleh2nya, tapi masing2 tanak tolong diri sendiri. apa lagi yang boleh kita buat?

azhar: aku tak diinterview pon. hehe. tapi, lawak gak la interview budak2 yang nak jadi ircop. haha. kenangan2.

nett.nadia said...

wah wah wah..bagus ni utk panduan org yg sikit hari lagi nk grad mcm aku.

tp aku perlu ke pi interview? huahuahua! ayat poyo siot!

ada skali tu kan kt arau diorg wat mock interview. konon2 lecturer jadi org guthrie tgh cari staff utk accounting dept. bila lecturer tanya, "why wud u want to work with guthrie?". mung tau dia jawab apa? "because i can do accounting yada yada yada, and i like planting trees and gardening." punya la nak wat mcm she's interested in what guthrie does, sampai cenggitu dia jawab...aku tak gelak, tp lecturer yg blakon jadik interviewer tu yg senyum sinis.

*sori tokleh pi 25hb nanti. ada test dohh...

Pegawai Khalwat said...

Hang bocorkan perihal HR ni takpa ka Sayut?

Tapi tips ni memang bagus. Nanti aku rekomen kat undergraduate untuk cek blog hang.

Tapi masa aku interview utk PTD dulu, aku jawab ikut tips hang, tak dapat jugak.

Yang buat aku rasa tak mungkin dapat:

1. Bila masuk saja, interviewer tanya aku baca The Star Recruitment tak? Situ banyak keja kosong.

2. Sorang lagi interviewer tidur. Siap bunyi kroh kroh kroh. Aku nak tegur, takut kata kurang ajar.

Hai..... entahlah......

Kopi Suam said...

hhhmm aku tak ingat lah masuk kerja dulu kena interview atau tidak...

yang aku ingat last sekali aku kena interview masa company nak bagi scholar...

kalau kena interview lepas ni sure ketaq lutut lagi2 yang tukang interview tu kreatip macam hang..

artisticklytouch said...

haiyooooo malu siot jadi dak UPM arghhhhh tidakkkkkk!!!!

Bunga Rampai said...

Sekadar menghulur salam dan ucap doa buat Sayuti dan Erynn. Moga majlis kenduri berjalan lancar, moga kalian berdua sentiasa dalam damai penuh kasih sayang. Amin.

:)

Anonymous said...

penakut boss rupanya

Sayuti said...

che nad: takpe... akak ko wajib pegi! kalu tak, erynn majuk. hehe.

pegawai khalwat: mende ni tak confidential. memang general knowledge yg patut diketahui kalau nak pegi interview.

dalam kes anda, saya rasa sungguh tak profesional betul interviewer tersebut. kalau interviewer pon dah cemgitu, baik takyah keje kat situ. bakat anda lebih berguna di tempat lain.

rina: *sigh*

akak kopi suam: interview sebenarnya proses dua hala, untuk bakal majikan evaluate anda dan anda evaluate bakal majikan.

kalau gi interview, mindset perlu begini. baru tak ketaq lutut. sebagai interviewer, saya lagi ketaq lutut. betul!

artisticklytouch: ish, takyah malu. upm tu universiti yang hebat. ayah saya master graduate upm. adik saya sedang amik degree kat upm. dulu, saya pon ada cita2 nak masuk upm. so, takde ape yang nak dimalukan. lagipon, mereka ada graduan seperti anda.

akak bunga rampai: mekasih. :)

ron97: bukan takut, hormat.

p/s: ron, kiranya awak ni adik beradik dengan kawan saya la. dia anak presiden syarikat saya. baru semalam dinner sekali.

f00 said...

sayut,

cis aku cuak. takut dikata "tak mungkin dapat kerja" tapi masih tak pernah sedar.

takut takut.

Anonymous said...

This is a very good observation.

The most common problems with young Malay graduates ialah , mereka have this mentaliti that kerja patut DIBERIKAN kepada mereka.

Bila ditanya "if there is anything that you want to ask (further) - rata-rata akan tanya " Gaji berapa ? " " Apa benefits?".

Nobody wants to know about the job itself !

I will give the job to one who have the right ATTITUDE and APTITUDE. Tak kira bangsa apa.

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! » »