Friday, March 10, 2006

Litup.

Sebenarnya dua tiga hari ni mood dan kesihatan aku kurang baik. Aku pon tak tahu nape.

Tengahari tadi, aku baca paper The Sun cam biase. Tiba2 mood aku bertambah tak baik bila membaca beberapa komen dalam satu artikel tentang isu tudung di sekolah. Kemudian ada satu artikel lagi yang turut menyentuh sensitiviti aku. Bertambah tak best mood aku.

NOTE:
To Mr Kevin Tan who wrote the article for the Guest Column on page 16.

Your article is very interesting. However, your view on the similarity between the responses of Confucian Chinese (inspired from Jet Li’s Fearless) and Muslims towards Western modernization, in my opinion is unconvincing and inaccurate. I believe even the most moderate (but religiously educated) Muslims will not agree with you. You cannot compare foot binding with hijab or capital punishment with stoning for adultery because you are comparing culture from ‘tradition of a race’ and ‘religious obligation’. In a sense, may I ask, should we trade high level of integrity and culture with corruption and capitalism for the sake of ‘modernization’? I don’t think so.

Another thing, about the wisdom of Prophet Muhammad (pbuh) in calling upon his followers to seek knowledge even unto China... if I'm not mistaken, that is based on a fake 'hadith'


Thank you
- Sayuti

Isu aurat dan tudung ini aku rasa sangat lapuk, tapi masih tak selesai2 lagi.

Dulu kat UTP, dalam forum Grapevine, inilah isu yang paling hangat. Segala macam teori, hujah, pandangan, dalil etc dah keluar. Paling menarik, pandangan si Adi. Sampai ada orang samakan beliau dengan Astora Jabat.

Haha, sian kau.

Hakikatnya, dia tak sama langsung dengan Astora Jabat. Potensi si Adi jauh lagi tinggi.

Walau bagaimanapon, aku tak setuju dengan pandangan beliau tentang isu aurat dan tudung. Aku mendebatkan pandangan beliau dengan menimbulkan beberapa persoalan lain daripada persoalan2 yang beliau kemukakan. Persoalan aku tak dijawab, tapi dia berjaya mengalihkan perhatian orang lain dengan komen panjang lebar tentang frasa "tak setuju" yang aku gunakan di awal ayat.

Dia berjaya. Persoalan itu mati di situ saja.

Maka pandangan aku tentang isu tudung masih kekal. Aku hormati pandangan beliau tentang isu tersebut. Pada pandangan aku, kita berhak mempunyai pandangan sendiri selagi kita mempunyai asas yang kukuh dan sanggup menanggung risiko daripada pegangan kita itu.

Sesungguhnya aku merindui Grapevine. Skang, MyUTP pon dah takleh tengok dari ofis.

Apa pandangan aku tentang isu aurat dan tudung? Cuba renung2 dialog2 rekaan aku di bawah:

Penyoal: Apa pendapat tentang pemakaian tudung dan aurat?
Muslimah itu: Kami ada hak untuk pakai atau tidak. Yang penting ialah bagaimana kami menjaga maruah dan kesopanan kami. Bukan apa yang kami pakai.
Penyoal: Bagaimana pula dengan undang2 berkenaan wanita di Malaysia?
Muslimah itu: Tidak adil! Diskriminasi. Kami mahu diberi lebih perlindungan!

Muslim itu: Wanita sekarang, pakai seksi2. Tanak pakai tudung. Tanak tutup aurat!
Penyoal: Anda tahu tentang ayat Quran yang suruh lelaki beriman menjaga mata?
Muslim itu: Oh, pandangan pertama itu kan rezeki.
Penyoal: Bukan ayat itu yang saya maksudkan.

Muslimah lain: Kami kena tutup semua kecuali muka dan tapak tangan. Pastu kena labuhkan tudung ke paras dada. Kamu senanglah, cuma perlu tutup dari atas paras pusat hingga ke bawah paras lutut.
Muslim lain: Kami kena tutup bahagian itu sebab di situ terletak aset paling berharga dan penting. Kamu...

Minah itu: Tak malu ke pandang2 saya macam tu?
Pemerhati: Awak?
Minah itu: Saya? Kenapa dengan saya?
Pemerhati: Tak malu ke pakai macam tu?
Minah itu: Saya bukan dedah pon. Apa saya nak malu?
Pemerhati: Jadi, buat apa saya nak malu juga? Saya sekadar menganggar ketinggian bukit dan kedalaman lurah saja. Bukan saya tengok yang terbuka pon.
Minah itu: Kurang ajar!
Pemerhati: Ajarkanlah saya...

Penyoal: Kenapa wanita itu dirogol?
Muslimah tersebut: Sebab lelaki tak tahu kawal nafsu!
Muslim berkenaan: Sebab wanita naikkan nafsu lelaki.
Muslimah tersebut: Sebab kamu tak jaga mata!
Muslim berkenaan: Sebab kamu tak tutup aurat!

Muslimah Yang Kakak: Bukan akak tanak pakai tudung, tapi panaslah.
Muslimah Yang Adik: Akak, tapi kat sekolah, ustazah cakap, api neraka itu sangat panas. Panas macam pakai tudung ke?

Penyoal: Ada dialog lain tak?
Aku: Takde kot. Dah takde idea.
Penyoal: Naper?
Aku: Malas nak fikir. Nak kemas2 barang cepat2.
Penyoal: Kamu nak ke mana?
Aku: Nak bersiap gi Puduraya nih. Naik bas nak pergi jenguk bini tersayang. Oh ya, aurat bini tersayang halal untuk saya tengok. Malah, bukan setakat tengok saje. Ngah ngah...
Penyoal: Oh, begitu. Bas pukul berapa?
Aku: Ngah ngah...
Penyoal: Encik Sayuti?
Aku: Ngah ngah... slurpz~
Penyoal: ENCIK SAYUTI?!
Aku: Oh, maafkan saya. Saya terbayang sesuatu yang menarik.
Penyoal: Patutlah...
Aku: Patutlah aper?
Penyoal: Seluar awak... terangkat ke depan.

*Blushing*



p/s: Sori aku merapu. Mood aku tak baik. Perut aku kembung. Ye ye, perut aku memang sentiasa kembung. Tapi, hari ni kembung lain. Kembung angin.

11 comments:

Anonymous said...

seluar awak terangkat ke depan? hahahahahahhaha!

Anonymous said...

takleh masuk myutp ke? cuba try pegi projectbypass.com

type myutp.com dgn click enter.

selamat mencuba!

Anonymous said...

assalamualaikum..
budak jenan ek?rasa cam kenal.saya batch 96-00
nice blog!

-ida

nett.nadia said...

Nak pakai tudung? Baguslah!
Tak nak pakai tudung? Tanggunglah!

kalo pakai tudung pun mcmlah bagus sgt..ok, thats a different story altogether. but thats exactly my point! whatever u say, there's always somebody else who would counter ur argument. ada je idea nak balas balik nasihat org lain.

seluar terangkat ke depan? oh, mungkin ko iron tak betul kot (bersangka baik sebentar).

Pegawai Khalwat said...

Tudung? Inilah antara perkara yang aku malas nak komen. Aku sangat setuju tentang pemakaian tudung sebab itu adalah perintah-Nya. Semua orang tahu.

Tapi aku orang seni terpaksa bekerja dengan orang-orang yang tak pakai tudung.

"Dan selemah-lemah iman ialah menegur dengan hati"

Aku le tu... alahai.....

Tapi nak bercakap bab tudung saji, tudung botol.... anytime!

Sya said...

yr n3 kali ni berwarna warni.. memula merah kerana marah lepas tu jadi warna hijau pastu jadi warna biru dan akhir ke warna kuning..

Sayuti said...

foo: err... kedutan seluar.

danny: tanaklah. bahye.

ida: w'salam. yep. jenan. batch 9899 (form 4 baru). mekasih.

nadia: itulah itu. berpeganglah dengan pegangan masing2. selagi ada asas yang kukuh untuk pegangan tersebut. excuse tidak termasuk dalam kategori 'asas'.

pegawai khalwat: understood. memang itu situasi yang sukar untuk diatasi dalam era 'modenisasi' skang.

kak sya: nasib baik ada warna biru, kalau tak dah jadi traffic light.

Anonymous said...

sayut mane sudi dah masuk myutp azhar. dia sibuk berblogging je skang ni..

Anonymous said...

sayut....lucahh la ko! hahahhaahaha

Anonymous said...

What a great site Automoviles kia laser tattoo removal pelham

Anonymous said...

Excellent, love it! »