Monday, March 13, 2006

Sayut dan Erynn.

PEMBERITAHUAN:
Lagu tema untuk hari ini mungkin kedengaran di background. Maaf kalau lagu berkenaan membuatkan PC anda lag atau hanging.

(Notis di atas ditujukan khas untuk Kmie)

RALAT (14/3/2006):
Erynn ialah housemate Dayak, bukan roommate.

Hari ini (13 Mac), empat tahun yang lalu. Di dalam sebuah CC di Taman Maju, Bandar Seri Iskandar (Ye la, ye la, Toronto Tronoh), Perak.

eRyNn^^: naper laki suka jual mahal?
talapia_82: laki?
talapia_82: bukan ke pompuan yang letak harga?
eRyNn^^: tu mak bapak yang letak
talapia_82: so aku kena tanya mak bapak ko la nnt
eRyNn^^: tanya aku sendiri pon boleh...
eRyNn^^: hehe
talapia_82: hehe
Monitor skrin tak gerak buat seketika.

Lama gak sebenarnya tak gerak. Masing2 blushing kot.

talapia_82: so...
talapia_82: bila nak balik utp?
eRyNn^^: secepat mungkin
eRyNn^^: esok pagi kot
eRyNn^^: bk tak siap lagi

(Eleh, alasan! Hehe)

NOTA: BK = Buletin Kampus. "Hand-out" rasmi Majlis Perwakilan Pelajar UTP.

"Aaa, Sayut! Ko sembang ape ngan Erynn tu? Senyum2..." Dayak.

Potong stim betul la minah nih.

Aku tumpang Dayak ke CC tersebut. Kami nak download artikel yang Erynn emailkan untuk content BK. Dayak ada kete Kancil. Aku, lesen kete pon takde.

Beberapa bulan sebelum itu, aku telah menawarkan diri untuk berkhidmat dalam exco Penerbitan dan Publisiti yang dipegang oleh Erynn. Erynn menang tanpa bertanding dalam pilihanraya kampus untuk kerusi konstituensi mekanikal.

Agenda tersembunyi aku ketika menawarkan diri ialah untuk mengorat Dayak. Dayak sangat popular ketika itu. Lagipon, aku terminat kat Dayak lepas kami satu group dalam course 'Malaysian Studies' satu semester sebelum tu. Group kitorang buat kajian tentang Al-Arqam (idea aku propose, Dayak seconded), dan kajian kitorang tersebut sangat2 disukai oleh Doc Mat, lecturer course berkenaan, sehingga menjadi contoh untuk student2 lain pada semester berikutnya.

Erynn ialah room(ralat) housemate Dayak. Dek kerana Dayak dan Erynn juga telah berkhidmat dalam exco yang sama untuk MPP sessi sebelum tu, maka, secara automatik Dayak diterima berkhidmat. Aku, seperti orang2 lain, terpaksa di interview dulu.

Cis, kronisme!

Setelah berada dalam exco tersebut, aku masih gagal mengorat Dayak. Dalam pada masa yang sama, aku mula terasa sesuatu kekaguman kepada Erynn. Erynn ada kharisma dan tanggungjawab serta passion yang tinggi dalam penerbitan BK. Dayak pulak macam mula lepas tangan.

Beberapa bulan lepas tu, Dayak jatuh hati dengan sorang senior. Erynn tak suka dengan senior terbabit kerana senior berkenaan konon2nya adalah seorang playboy. Minat aku kat Dayak pulak sudah hilang.

Tiba2 pada satu malam, ketika aku balik dari surau (ish, naper aku nak sebut ek?), aku dapat satu sms daripada Erynn.

'sayut. ko kena slamatkn dayak. aku x sggp tgk die camtu'

Aku tergamam. Pastu, terus call Erynn.

*sok sek sok sek* (Kami ngumpat Dayak dan boiprennye. Detail terpaksa dirahsiakan.)

"Tapi, naper aku?" aku tanya Erynn.
"Ko je yang aku tengok boleh," Erynn.
"Naper tak Mohsein? Naper bukan Nyamok?" aku memberi nama2 member yang diketahui umum ada hati kat Dayak.
"Mohsein... approach dia keras sangat. Nyamok? Out!" Erynn.

NOTA: Mohsein dan Nyamok, kalu korang baca nih, sori ek. Jangan amik ati tau.

Perbualan telefon berkenaan membuatkan aku runsing. Dah la ada projek Engineering Graphic yang tak siap2 lagi. Esoknye dah kena antar.

Aku serabut.

Sampai bilik, tiba2 satu badan cramp.

Adeh, sakit2.

*Gelap*

Bukak mata je, aku nampak nurse. Aku kat hospital. Serangan epilepsy.

"Projek E.G aku tak siap lagi," aku mengeluh.
"Dah2, aku dah buatkan. Aku copy Alham punye. Hehe" Acan, roommate aku.

Hari2 berikutnya, Erynn selalu mintak maaf sebab dia rasa bersalah menyebabkan aku kena serangan epilepsy. Walaupon aku berkali2 nafikan, Erynn tetap mintak maaf.

Sejak itu, Erynn tak lagi sebut apa2 pasal Dayak. Dan sejak itu juga, aku dan Erynn mula rapat, secara profesional. Kawan2 mula bergosip. Geng2 masjid pulak mula datang dan memberi tazkirah kat aku dan mengajak aku join usrah. Aku malas.

Dan hari ini, empat tahun yang lalu, berlakulah dialog di atas dalam mIRC.

Di situlah titik permulaan kisah cinta Sayut dan Erynn.

Hari ini, genap empat bulan satu minggu kami bergelar suami isteri yang sah.

Dan semalam (12/3/2006), Dayak telah selamat diijabkabulkan dengan boiprennya tersebut.

Selamat Pengantin Baru, Noor Hidaya!






p/s: Sebenarnya, aku nak buat kenduri kawen bagi pihak lelaki hari ni. Tapi, Ummi dan Abah nak elakkan kenduri waktu cuti sekolah, sebab orang lain pon nak buat kenduri jugak. Nanti, makanan tak abis. Semua orang makan sikit2 sebab nak penuhi jemputan2 yang lain. Lalu, tarikh kenduri telah ditangguhkan ke 25/3/2006. Alamat dan plan ke rumah kenduri akan dikeluarkan menjelang tarikh tersebut.

Footnote: Lagu yang berkumandang ialah lagu Erynn Solehah Impian Kasih, In-Team. Lagu tema Sayut dan Erynn.

16 comments:

Anonymous said...

goddamn, akuuuuuu jgk yg kena haha. yer, oleh kerana sayut dah memberi peringatan maka jgnlah anda meletakkan lagu ataupun video dlm blog mahupun frenster anda ye. kerana ia akan mengclogkan bandwidth dan menyebabkan FIREFOX (sahaja) saye lagging. skian, time kasey.

Anonymous said...

selepas itu.. dayak menjadi rumet sy. dan eryn menjadi housemet sy. walaupon name sy tidak dinyatakan dlm post tersebut. tp sy juga wujud dlm kisah berkenaan. walaupon peranan kurang penting. hoho

sekian terima kasih

Sya said...

mengenang kisah lama yer sayuti.. teringat masa dok bertanding kat kampus dulu.. gambo muka terpampang sana sini, sendiri jadi malu

Anonymous said...

erk, sayut ko ade hati dgn dayak? ceh. aku xpenah tau pon. Nih mase second year kan? Bunga2 cinta mule bersemi..btw, eryn memang seorang yg commited terhadap keje. pendapat ikhlas dari aku.

-normah-

anggerik merah said...

Romantic & kelakar jugaklah kisah cinta sayut & Erynn. Semuga bahagia hingga ke anak cucu cicit..

aNIe said...

Syok kan bila teringat zaman2 bercintan cintu...

Eh Sayut...bila lagi nak buat kenduri sebelah laki ni...jgn nanti sampai kene buat kenduri 2 in 1...

i...kenduri sambut menantu perempuan...

ii..kenduri sambut berita nak dpt cucu...

heheheh....jgn tangguh lama2

Sayuti said...

kmie: sbb ko je yang aku pernah jumpak komen pasal mp3 dalam blog nih. sure taknah masuk blog kak lady nih. kak lady letak videoklip terus. sebelum ko tanya, aku jawab dulu. ko tak kenal kak lady. aku pon kenal di alam blog saje.

p/s: kalau kat utp, mmg aku buat je projectbypass tu. dah keje... takleh la.

anonymekjohmous: sy dah tersalah fakta. erynn tidak pernah jadi rumet dayak. sekadar hosmet.

sy malu! tidakkk

kak sya: bini tersayang yang bertanding. saya jadi jentera penggerak je.

normah: ye aa. takkan nak bitau ko kot. time tu kenal ko pon blom. cuma hosmet2 aku je yang tahu. semuanya angkara abg boy.

komited ke? hehe. hanya utk yang dia suka je.

kak anggerik merah: saya cerita yang kelakar2 je. yang sedih2 tanak citer. nak lupekan.

aminn.

kak lady: kenduri dua minggu dari skang. detail, nanti la saya publish.

Anonymous said...

eh aku rasa aku takde komen dlm blog ni pasal mp3 tu. aku komen kat blog adi, sbb time bukak blog dia tu ada satu blog ni dok letak mp3 plak. abis lagging ffox aku. since aku mmg malas nak bukak site2 yg lambat loading (bazir masa), so tak bukak la rasanya blog kak lady hehe. sori ye kak, jgn mare.

alah sayut, takde salahnye masuk projectbypass tu pun. tu website je. sama jek mengelat keje mcm ko masuk blog ko ni dari line opis, menggunakan facilities office for personal use jgk. nnt aku ajar ko camne nak surfing guna email hehe..

Bunga Rampai said...

Salam.
Ingatkan pc saya dah sewel.
Wow, saya lena dalam jaga sebentar menghayati lagu itu. Kemudian baru saya baca kisah menarik ini.
Semoga bahagia :)

artisticklytouch said...

tahniah le mike kerna menyambut ulangtahun...... baguas mike ni yer, ingat segala detik2 cemas ittew..

Anonymous said...

sayut!
ko ni mohd sayuti omar tu ke??

Pegawai Khalwat said...

Oi sayut! macam mana nak bubuh lagu dalam blog ni? Ajar la aku yang buta komputer ni.

Ko ni baru 4 bulan dah buat anniversary? Alamatnya ko sambut anniversary 3 kali setahun la.

By the way, blog aku takde lagu mahupun video. Silakan masuk.

(tu sebab aku tak reti nak letak)

NONIE AZIZ said...

wahwahwah..patut le dok rasa bergema kompang!! rupa2 kawan nak naik pelamin...Semoga berbahagia dik!!

Sayuti said...

kmie yg tak ensem: komen yang tu la yang aku maksudkan. aku tak cakap pon kat blog aku. wekk!

site yang kena Error 403: Forbidden aku tak masuk la. yang ni tak kena, so masih dikira ok. hehe. kalau kena nanti, tak masuk dah la. tanak la ngelat pakai site tu.

bunga rampai: lena dalam jaga tak mengapa. jangan tidur tak lena, bahaya.

artisticklytouch: ingat, sebab indah.

gitartong: bukan! dia tulis buku. saya tulis blog.

pegawai khalwat: bukan ulangtahun perkahwinan. ulang tahun percintaan.

nak masukkan lagu,
1. host lagu tu dekat site mana2, spt geocities. blogger pon ada satu feature untuk ni.
2. kemudian, dapatkan url dan gunakan tag embed atau bgsound. contoh, boleh tgk pada source html entry ini.

akak MR: tapi, takde kompang pon utk kenduri saya.

:D

Anonymous said...

saya harap saya boleh menulis tentang pasangan ini dalam bulan2 mendatang. terima kasih.

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! » » »