Thursday, October 15, 2009

Sejuk.

Hari kesepuluh, bilik 215, Wad Makmur, KMC.


...

(Musik pengumuman bermula ala-ala supermarket)

Suara gadis melalui pembesar suara: "Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pihak pengurusan KMC ingin menjemput para pelawat dan pesakit menghadiri majlis jamuan Hari Raya KMC bermula pukul 12.00 tengahari hingga pukul 3.00 petang bertempat di Parking Lot Metro. Sekian, terima kasih."

(Musik pengumuman berakhir ala-ala supermarket)

Aku: (dalam hati) "Agak-agak ada lamb chop tak? Ketupat palas ke..."

Konsultan Orthopedik dan Trauma: *puf* (menjelma) "Awak kena turunkan berat badan ye. Kita delay je operation ni. Hopefully, kalau berat badan awak turun, baik sendiri, tak perlu operate. *puf* (melesap)

Aku: "Dem!"

Cik Jururawat Fisioterapi: "Kenapa En Sayuti? Ok ke?"

Aku: "Kurangkan sikit current tu... sakit plak..."

Cik Jururawat Fisioterapi: "Oh, sori... saya kurangkan..."

...

Esok tengahari mungkin dah boleh discaj.

Doktor recommend cycling. Tapi, kalau sakit buat aktiviti fizikal, cuba sauna.

Mana nak cari sauna kat Kerteh???

Tuesday, October 13, 2009

Teruntum.

Hari kelapan, bilik 215, Wad Makmur, KMC.

...

Aku: "Cik Jururawat, saya nak pinjam result MRI saya jap"

Cik Jururawat: "Yang report ke filem?"

Aku: "Filem..."

Cik Jururawat: "Tau tengok ke?"

Aku: "Tau, tadi doktor dah tunjuk. Saja, tak puas tengok lagi"


...


Terima kasih bini tersayang kerana datang melawat hari ni.

Friday, October 09, 2009

Telur.

Hari keempat, bilik 215, Wad Makmur, KMC.

...

Konsultan Orthopedik dan Trauma: "Kejap lagi pergi MRI. Mungkin petang, sebab pagi penuh. Awak pergi fisio dulu. Lepas tu, sementara tunggu MRI, saya inject dekat tempat sakit tu. Berapa berat kamu sekarang?"

Aku: "Erm, 105 kg kot..."

Konsultan Orthopedik dan Trauma: "Berapa berat ideal kamu?"

Aku: "Tak sure la doktor. 80 kot?"

Konsultan Orthopedik dan Trauma: "Rasa saya dalam 70 ke 80. Kamu dah 40 kg lebih"

Aku: "Huhu" (siut)

Konsultan Orthopedik dan Trauma: "Lepas ni kena exercise lah... "

(Dem!)

...

Practical student nurse yang datang ambil BP aku pagi ni, pakai name tag 'SCHA'. Ingatkan pelakon je nama cemgitu.

Huhu.

Friday, October 02, 2009

Paklong.

Waktu aku join recruitment campaign dulu-dulu, kami diberi guideline supaya menapis mana-mana calon yang pernah diambil bekerja dengan Syarikat tapi resign dan bekas scholar yang pernah menolak tawaran kerja daripada Syarikat.


Tapi, dua tiga hari lepas, setelah beberapa bulan jadi kontroversi, seorang bekas scholar yang resign dari Syarikat tiba-tiba dilantik menjadi 'independent, non-exec director' dalam Lembaga Pengarah Syarikat.

Hoh?

Adakah guideline yang diberi dulu sudah menjadi obsolete sekarang?

Bagaimana dengan 'kesetiaan' (loyalty) yang menjadi satu prinsip Nilai-nilai Bersama (Shared Values) Syarikat? Adakah sudah tidak boleh dipakai lagi?

Entahlah...

Wednesday, September 23, 2009

Budu.

Kenapa ada istilah raya pertama, raya kedua, raya ketiga...? Sejak bila ummat Islam beraya sehingga sebulan? Tok guru mana punya fatwa nih? Puasa ye la, sebulan Ramadhan. Tu pon ramai yang tak cukup. Ada hati nak beraya sebulan konon...


Kenapa malam-malam menjelang raya, ramai orang pasang pelita keliling rumah? Lepas dah cerah tu, lupa pulak nak jalan pergi surau berteraweh. Adakah kita nak memeriahkan 10 malam terakhir Ramadhan atau nak tiru orang Hindu menyambut Deepavali?

Kenapa takbir Hari Raya selalunya berbunyi sayu (bukan Sayuti) mendayu-dayu? Bukan ke kita meraikan kemenangan melawan nafsu? Kenapa tak bersemangat? Dah menang, kena la semangat! Atau, adakah mendayu-dayu itu, tanda kekalahan? Oh! Mungkin juga mendayu-dayu sebab sedih Ramadhan telah meninggalkan kita... Ye la tu.

Pastu, kenapa bila raya kena bagi duit raya? Kenapa kena bagi duit dalam sampul duit raya? Ni budaya kita ke tiru orang Cina sambut Tahun Baru Cina? Orang Cina bagi ang pow kaler merah. Kita bagi 'ang pow' kaler hijau. Siap ada syarat, orang yang dah kahwin dan dah kerja, tak boleh dapat duit raya. Dah la main mercun pon nak tiru orang Cina... mungkin kita nak halau setan-setan yang baru lepas belenggu neraka kot.

Nasib baik budaya hantar kad raya dah tak berapa popular. Semua pakai online, e-kad, email, SMS dengan MMS je sekarang ni. Budaya kad raya ni, sebenarnya dari mana ye? Aku pon tak tahu. Dulu, rajin jugak hantar kad raya dekat keluarga dan awek-awek. Sekarang, SMS pon malas. Walhal, 1 sen je pon kredit. Huhu.

Lepas raya, disunatkan kita puasa enam. Yang lawaknye, ada pulak sambut hari raya puasa enam!

Haha.

Memang betulla kita ni suka beraya.

Sunday, September 13, 2009

Muniandy.

Kerana terlalu sibuk mencari salah orang lain, kita lupa mencari salah diri sendiri.

Kerana sibuk minta maaf kepada orang lain, kita lupa untuk minta maaf kepada diri kita sendiri.

Sesungguhnya, kita lebih banyak menzalimi diri kita sendiri tanpa kita sedari.


Dan tanyalah diri, layak ke kita nak berhari raya tahun ni?

Sedangkan puasa kita di bulan Ramadhan, hanya sekadar lapar dan dahaga.

Tuesday, September 01, 2009

RON95?

Bila mana aku berbincang dengan atau membaca blog-blog berbaur politik tulisan anak-anak muda yang cenderung kepada Pakatan Rakyat, seringkali dikatakan kerajaan Barisan Nasional memperbodoh-bodohkan rakyat dalam dasar-dasar kerajaan.

Aku pelik.


Bagaimana anak-anak muda ini boleh menjadi begitu pandai sehingga tahu mereka diperbodoh-bodohkan?

Bagaimana mereka memperolehi pendidikan tinggi jika betul Barisan Nasional ingin memperbodoh-bodohkan mereka?

Bukankah tidak bijak bagi Barisan Nasional yang memegang tampuk kerajaan Malaysia selama 52 tahun menyediakan sistem pendidikan bermutu, biasiswa kecil dan besar, skim-skim bantuan pendidikan, jika matlamat sebenar mereka akhirnya ialah memperbodoh-bodohkan rakyat?

Paradoks.

Benarkah anak-anak muda yang rasa diperbodoh-bodohkan ini betul-betul bijak atau sememangnya mereka bodoh?

Siapa yang bodoh sebenarnya?

Aku kot...

Haha.


Notagambar: Ini kepala kambing yang masih melekat dengan badannya. Bukan kepala lembu. Tidak sesuai dipotong untuk tujuan demonstrasi membantah penularan budaya 'black metal'.

Thursday, August 20, 2009

Kuarantin?

Terima kasih kepada pemilik email zukhrufah@yahoo.com yang telah meninggalkan komen di entri saya yang sebelum ini.

Maaf, kali terakhir saya terserempak dengan Puan Noor Hidaya adalah dua tahun lalu ketika saya menjadi panel penyaring resume untuk sessi temuduga terbuka di sebuah hotel di Bandaraya Kuala Lumpur. Malangnya, saya tak sempat meminta nombor atau email beliau ketika itu.

Untuk makluman, entri yang menyebut tentang Puan Noor Hidaya telah saya tulis kira-kira tiga tahun lalu sempena ulangtahun percintaan saya dengan bekas rakan sebilik beliau yang kini telah menjadi isteri saya.

Sekian, harap maklum.

p/s: Jadi gak modal aku nak update blog ni. Hahaha.

Tuesday, July 14, 2009

Tua.

Ok, aku hidup lagi.

Cuma aku akan malas update blog sebab makin rancak dengan hobi fotografi di Flickr dan bermain-main apps di Facebook serta membaca komik di OneManga.

Oh, dua hari yang lalu (12 Julai 2009) adalah ulangtahun kelahiran bini tersayang yang ke 27. Aku menghadiahkan beliau sebiji kek Secret Recipe sahaja.

Dan Syifaak, semakin hari semakin bijak dan lincah. Tapi, dia tamau dengan Papa (aka Si Kacak) sebab Papa garang dan takde nenen macam Mama.

Huhu.

Sekian, terima kasih.

Oh ye, selamat mengundi orang Manek Urai. Kalau tak tahu nak pangkah sapa, 'right' (simbol Nike) saja dacing atau bulan tu. Dapat tambah undi rosak.

Thursday, June 04, 2009

Paparazi?

Sepupu bini tersayang yang tinggal di Puncak Meru kawen hari Ahad yang lalu. Kebetulan, aku baru beli lensa 55 - 200 mm secondhand. Maka, dapatlah aku guna ketika majlis perkahwinan tersebut.

Memandangkan ibu sedara bini tersayang adalah seorang pegawai kerajaan berpangkat tinggi yang bekerja di SUK Perak, adalah tidak mengejutkan apabila seorang ahli politik kontroversi yang menyamakan diri beliau dengan Mandela dan Ghandi (dalam banyak-banyak orang... dua ni gak yang dia pilih... hadui la, lawok) berada di tempat kejadian.

Menggunakan lensa telefoto aku yang baru dibeli tersebut, aku pon zoom dari jauh dan ambil gambar beliau. Tak kusangka, gambar yang aku ambil mengakibatkan sebelah keningku terangkat.

Erm... mata Dato' jeling kat mana tu Dato'?


"Latok?"
"Aa... erm... aa... ye ye. Mandela Mandela..."


(gulp!)

NOTA: Ekspresi wajah beliau adalah lebih jelas dalam gambar dengan resolusi pixel sebenar.

Huhu.

Sunday, May 17, 2009

Mengarut...

Orang tua zaman sekarang selalunya suka layan lagu-lagu oldies. Bagi generasi muda zaman sekarang, kita panggil lagu-lagu ni sebagai klasik. Sinatra, Elvis, The Beatles, Mat Jais sebagai contoh.

Hakikatnya, itulah lagu-lagu yang menjadi pujaan mereka ketika mereka masih muda dulu.

Agak-agak, bila kita sampai usia mereka nanti, adakah kita juga akan melayan lagu-lagu yang kita suka dengar zaman sekarang ni?

Apa yang sedang bermain di radio sekarang? Video musik apa ditayang di TV? Apakah lagu-lagu dalam playlist kamu?

Sekarang, cuba bayangkan diri kamu 50 tahun dari sekarang, bersama anak-anak atau cucu-cucu, tengah headbanging mendengar lagu yang sama...

Hmmm....

Monday, May 11, 2009

Blackout.

1. Baru-baru ni aku balik kampung. Terjumpa album lama aku.

2. Tadi baru install printer cum scanner baru. Beli lama dah. Dekat lima bulan dah. Baru nak pasang malam ni.

3. Maka, dengan penuh ujub (ish, dosa nih!), aku pon merasmikan scanner dengan keratan akhbar berikut yang terdapat dalam album lama tersebut.


4. Aku tengah kembang hidung ni. Hns hns.

Saturday, May 09, 2009

Mengapa?

1. Entri sebelum ni sebenarnya aku nak cakap yang hari tu besday aku je. Huhu.

2. Bini tersayang hadiahkan sebijik Nikon D60. Maka, Encik Nik akan menggantikan tugas Encik Ben yang sudah uzur. Encik Ben akan menjadi videographer sepenuh masa.

3. Kalau nak tengok hasil kerja Encik Nik, boleh singgah di Flickr.

4. Aku sedikit meluat dengan perangai-perangai wakil rakyat negeri tempat lahir aku yang kecoh dan mengecohkan. Gila kuasa sungguh!

5. Malu.

6. Yang suka tunjuk perasaan tu, ingat korang je ke yang ada perasaan sampai nak menunjuk-nunjuk? Suka menunjuk-nunjuk tu kan, dah kategori riak. Riak tu pulak syirik kecil.

7. Tak boleh ke korang... erm... takpelah. Abaikan aje.

8. Dulu JE. Sekarang selsema. Tak paham-paham lagi ke? Binatang haram tu, memang tak baik untuk manusia.

9. Judi juga haram. Takkan nak tunggu ada penyakit selsema nombor ekor kot baru nak insap?

10. *sigh*

Thursday, April 23, 2009

Selamat?

Sengaja aku diamkan diri
Membiarkan kau sepi
Meskipun hidupku kini
Bagai warna dalam mimpi
Bagai suara tanpa bunyi
Aku masih di sini
Masih perlahan meniti
Satu perjalanan tanpa henti
Yang hujungnya tidak pasti
Yang hujungnya adalah mati
Cuma hari ini
Aku selangkah lagi
Menghampiri destinasi

Saturday, March 28, 2009

Duniawi.

Wednesday, March 25, 2009

Yassin...

Encik KJ menang Jawatan Ketua Pemuda?

Dah didapati bersalah politik wang pon boleh menang?

Ya, ya. Mari tepuk tangan beramai-ramai. Pilihan raya akan datang insyaAllah Pakatan Rakyat yang menang.

Friday, March 13, 2009

Sayut & Erynn2 - 5

Seven years. And counting...

Back then;

Time flies.

We're finally living together after three long years of LDR. Well, they say seven is a lucky number.

Perhaps we're going to be luckier this year?

InsyaAllah...

Syifaak: Papa, Mami. Nak nenen...
Papa: Nak nenen gi dekat Mami.
Syifaak: Papa pon ade nenen gak. Tapi, Syifaak tanak nenen Papa. Syifaak nak adik je.
Mami: Hehehe (adoi)

Syifaak: Oh ye, Uncle Kmie. Tahun ni takde background music sempena Uncle Kmie nak kawen lusa. Papa, Mami ngan Syifaak maybe tak dapat datang la... Sori ye Uncle.

Monday, March 09, 2009

Ummati.

Hari ni cuti umum. Ramai pekerja dan pelajar tahu.

Tapi cuti umum apa, ramai tak tahu. Ada juga yang tak pasti. Kebanyakan yang tahu, tak ingat.

Yang ingat hari ni Maulidurrasul mungkin mereka-mereka yang terlibat dengan sambutan rasmi atau acara perarakan yang dibuat saban tahun. Mereka ingat kerana perlu buat rehearsal sejak satu dua minggu lepas. Maka hari ni kemuncaknya. Kemudian, setelah berarak dan duduk di dalam majlis, mereka kembali ke rumah untuk tidur kepenatan atau pergi melepak di kedai kopi bersama-sama rakan untuk bercerita tentang politik negara yang haru biru atau Akademi Fantasia ke 7.

Nabi tidak dilahirkan ke dunia hanya supaya kita dapat cuti umum atau membuat majlis atau mengadakan perarakan.

Sepatutnya tiada apa yang istimewa hari ni.

Apa guna cuti, atau berarak kalau kita tidak masih tidak tahu, atau buat-buat tidak tahu tentang apa sebenarnya tujuan Nabi diutuskan kepada kita.

Astaghfirullah...

Wednesday, February 25, 2009

Wismilak.

IRA? EA? TUA?Contract of Service? Contract for Service? Grievance? Collective Agreement? Trade Dispute? OD? PP? PD? ER? HRIS? HRPB? HRDF? Recruitment? Probation? Training? Development? Progression? Promotion? Mobility? Retirement? Separation? Termination? Remuneration? Salary? Wage? Allowance? Bonus? Incentive? Subsistence? Quantum? Benefit? Competency? Leadership? Behaviour? Performance? Reward? Consequence? Scholar Management???

Susah rupanya nak jadi HR ni ye...

Monday, February 23, 2009

Keesokan.

Apa sebenarnya erti sudah dewasa? Bilakah kita boleh kata kita sudah matang sebenarnya?

Adakah umur yang menentukan? Atau pengalaman yang telah dilalui? Atau ilmu yang luas? Atau tahap IQ yang tinggi?

Adakah kamu rasa kamu sudah dewasa sekarang?

Cuba kamu ingat balik ketika kamu mula meningkat remaja dulu. Lepas kamu berkhatan dulu. Lepas kamu tumbuh misai, janggut atau bulu di tempat-tempat tertentu. Kalau perempuan, lepas kamu datang period dulu. Atau membengkak di bahagian-bahagian tertentu.

Waktu tu, ada tak kamu rasa perasaan yang sama? Rasa macam dah besar, dah dewasa. Dah teruna dan remaja.

Apa beza perasaan itu dengan perasaan bila kamu bergelar suami, atau isteri?

Atau sama saja?

Kemudian, kamu menjadi bapa, atau ibu. Adakah kamu rasa kamu bertambah dewasa? Atau bertambah matang?

Atau fikiran kamu masih di tahap dulu lagi? Masih berperangai seperti budak-budak teruja tengok belu bulu.

Bila agaknya kita betul-betul dewasa?

Sesungguhnya aku tak tahu.

Tuesday, February 03, 2009

DC.

1. Dah masuk minggu ketiga aku bukan lagi weekend husband. Wee...

2. Kami sekeluarga kini tinggal di rumah sewa sementara menanti urusan pembelian rumah selesai. Aku beli rumah teres dua tingkat, corner lot, menghadap Laut China Selatan di tengah bandar baru yang sedang membangun.

3. Aku akan berjiran dengan seekor burung yang telah mencipta legenda di UTP pada tahun akhir.

4. Aku juga telah membeli sebuah kereta nasional. Hari Jumaat ni dapat, insyaAllah.

5. Syifaak kini dihantar ke nursery yang disubsidi oleh Syarikat kerana Mak Tok beliau sudah balik ke Batu Pahat, Johor.

6. Mengakhiri zaman weekend husband bermakna aku harus mengatur semula masa selepas kerja. Kalau dulu, hampir 90 peratus masa lepas kerja dihabiskan di depan laptop dan untuk tidur, kini masa tersebut harus diberikan kepada anak dan bini tersayang. Oleh itu, masa untuk blogging juga akan dikurangkan secara signifikan.

7. Kini Firefly telah menawarkan penerbangan terus dari Subang ke Kerteh dari Isnin hingga Khamis, dua kali sehari untuk kedua-dua arah.

8. Dalam masa kurang seminggu, aku dah naik kapal terbang berkipas tu lima kali. Esok mungkin kali keenam.

9. Seronok naik kapal terbang berkipas sebab dia terbang rendah. Betul-betul atas awan. Tapi kalau langgar awan, kecut perut aku sebab kapal terbang bergegar dan hilang altitud (drop).

10. Sekian. Semoga dengan update ini, tidak bersawanglah blog aku hendaknya.

Thursday, January 08, 2009

Sakura.

Thursday, January 01, 2009

Cahaya.

Entah berapa ramai
Bayi luar nikah yang disemai

Entah berapa bilangan
botol arak bergelimpangan

Titis kencing setan
Membasahi tekak-tekak betina jantan

Dek terik nafsu
yang tak pernah lesu

Entahlah...

Mungkin kau sangka
Boleh terlepas api neraka
Kerana yang terbakar celaka
Puluhan saja di Santika

Ingatlah!

Itu hanya api dunia
Sebagai bayangan bahaya
Yang menanti
Setelah kau mati

p/s:
Entah berapa penumpang
Kena saman gampang
Sebab mereka tak sedar
Tali pingggang keledar
Hari ni kena pakai
Kalau tak, pokai!