Thursday, April 23, 2009

Selamat?

Sengaja aku diamkan diri
Membiarkan kau sepi
Meskipun hidupku kini
Bagai warna dalam mimpi
Bagai suara tanpa bunyi
Aku masih di sini
Masih perlahan meniti
Satu perjalanan tanpa henti
Yang hujungnya tidak pasti
Yang hujungnya adalah mati
Cuma hari ini
Aku selangkah lagi
Menghampiri destinasi

3 comments:

artisticklytouch said...

takpe...kami faham...

Bunga Rampai said...

Alhamdulillah.

Teruskan perjalanan. Semoga dalam perlindunganNya di mana jua berada.

Salam :)

Sayuti said...

art: siapa 'kami' selain kamu?

terima kasih kerana memahami.

akak BR: perjalanan harus diteruskan. suka atau tidak.

salam.