Ummati.
Hari ni cuti umum. Ramai pekerja dan pelajar tahu.
Tapi cuti umum apa, ramai tak tahu. Ada juga yang tak pasti. Kebanyakan yang tahu, tak ingat.
Yang ingat hari ni Maulidurrasul mungkin mereka-mereka yang terlibat dengan sambutan rasmi atau acara perarakan yang dibuat saban tahun. Mereka ingat kerana perlu buat rehearsal sejak satu dua minggu lepas. Maka hari ni kemuncaknya. Kemudian, setelah berarak dan duduk di dalam majlis, mereka kembali ke rumah untuk tidur kepenatan atau pergi melepak di kedai kopi bersama-sama rakan untuk bercerita tentang politik negara yang haru biru atau Akademi Fantasia ke 7.
Nabi tidak dilahirkan ke dunia hanya supaya kita dapat cuti umum atau membuat majlis atau mengadakan perarakan.
Sepatutnya tiada apa yang istimewa hari ni.
Apa guna cuti, atau berarak kalau kita tidak masih tidak tahu, atau buat-buat tidak tahu tentang apa sebenarnya tujuan Nabi diutuskan kepada kita.
Astaghfirullah...
3 comments:
Salam Bro,
Dah lama aku tak menjenguk ke blog kau nih...
tp hari ni aku jenguk juga sbb nak tanya sesuatu perkara...
kau dulu buat talent sourcing kat petronas carigali ke?
aku nak tanya beberapa perkara...
nanti aku susulkan senarai soalan aku
tq
FEQA
terima kasih kerajaan kerana mewartakan hari tersebut sbg cuti umum.
FEQA: salam. tak.
alom: kena time kasih ke?
Post a Comment