Thursday, January 01, 2009

Cahaya.

Entah berapa ramai
Bayi luar nikah yang disemai

Entah berapa bilangan
botol arak bergelimpangan

Titis kencing setan
Membasahi tekak-tekak betina jantan

Dek terik nafsu
yang tak pernah lesu

Entahlah...

Mungkin kau sangka
Boleh terlepas api neraka
Kerana yang terbakar celaka
Puluhan saja di Santika

Ingatlah!

Itu hanya api dunia
Sebagai bayangan bahaya
Yang menanti
Setelah kau mati

p/s:
Entah berapa penumpang
Kena saman gampang
Sebab mereka tak sedar
Tali pingggang keledar
Hari ni kena pakai
Kalau tak, pokai!

8 comments:

Anonymous said...

tu lah kan,
Dan2 time tuh wat spot check pki seat belt utk penumpanbg kat blakang. .sure la ramai yg kantoi..Sayut...Selamat Maal Hijrah dan Tahun Baru !...

-Nany-

artisticklytouch said...

buta mata
tak nampak jalan di dunia
kerana tidak nampak cahaya

tidak tahu
ke mana hendak dituju
kehilir atau kehulu

*tetiba teringat nasyid neh

Anonymous said...

cuma hari ni je baru sedar penumpang blakang kena pakai seatbelt.. seb baik semalam tak kena tahan..

erm, Santika tu ape?

Sayuti said...

nany: selamat, selamat.

art: huhu. nasyid tu kena dengan tema sambutan tahun baru tiap-tiap tahun.

nachts: nama kelab malam yang terbakar di thailand waktu ambang tahun baru tu.

Ku Keng said...

Tahun ini kerajaan masih biarkan
Pesta syaitan berleluasaan
pengacara tivi
pelakon drama
berpesta seks
beramai-ramai

Inilah kemajuan bangsa
Agama tak lagi relevan
nafsu megikut rasa.

IkraamSuarez said...

that we call new year
epi new year every1...hehe

Obefiend Weiland said...

SANTIKA

apa itu santika. aku serious tak tahu

Mohafiz MH, M.D. said...

mantap..ps pun ada rhyme.heh!