DC.
1. Dah masuk minggu ketiga aku bukan lagi weekend husband. Wee...
2. Kami sekeluarga kini tinggal di rumah sewa sementara menanti urusan pembelian rumah selesai. Aku beli rumah teres dua tingkat, corner lot, menghadap Laut China Selatan di tengah bandar baru yang sedang membangun.
3. Aku akan berjiran dengan seekor burung yang telah mencipta legenda di UTP pada tahun akhir.
4. Aku juga telah membeli sebuah kereta nasional. Hari Jumaat ni dapat, insyaAllah.
5. Syifaak kini dihantar ke nursery yang disubsidi oleh Syarikat kerana Mak Tok beliau sudah balik ke Batu Pahat, Johor.
6. Mengakhiri zaman weekend husband bermakna aku harus mengatur semula masa selepas kerja. Kalau dulu, hampir 90 peratus masa lepas kerja dihabiskan di depan laptop dan untuk tidur, kini masa tersebut harus diberikan kepada anak dan bini tersayang. Oleh itu, masa untuk blogging juga akan dikurangkan secara signifikan.
7. Kini Firefly telah menawarkan penerbangan terus dari Subang ke Kerteh dari Isnin hingga Khamis, dua kali sehari untuk kedua-dua arah.
8. Dalam masa kurang seminggu, aku dah naik kapal terbang berkipas tu lima kali. Esok mungkin kali keenam.
9. Seronok naik kapal terbang berkipas sebab dia terbang rendah. Betul-betul atas awan. Tapi kalau langgar awan, kecut perut aku sebab kapal terbang bergegar dan hilang altitud (drop).
10. Sekian. Semoga dengan update ini, tidak bersawanglah blog aku hendaknya.
4 comments:
more time untuk bergolek2..
syabas..
burung apa kah itu? dam akhir sekali kapal terbang kipas freaks me out.bising dan aku asik terbayang fan blade tercabut dan potong badan kapal terbang macam filem CONAIR
eff, less time untuk bergolek. syifaak kaco. huhu.
burung itu satu legenda budak batch aku.
atr72 is not that bad. layan je terbang atas awan.
firefly!
ada akak2 skirt oren yg bg muffin flaer oren dan juge jus oren!
hahahaha
yep. berbahagialah dgn org2 tersayang.
senyum~
Yay! Lama tak dengar cerita, glad that you are now settled in.
Post a Comment