Peka!
Tiada apa2 yang menarik berlaku hari ni. Kursus dah habis. Esok aku dan bini tersayang akan balik Hutan Melintang. Lusa ke Ipoh untuk menghadiri kenduri sepupu beliau. Isnin cuti Hari Buruh, mungkin akan ke Alor Setar melawat Tok Wan.
Hari ni, aku pakai baju melayu Johor warna biru langit bersamping songket dari rumah ke hotel tempat kursus dijalankan. Aku tak pakai songkok. Songkok tertinggal dalam kabinet di ofis.
Tapi, aku tetap kacak! HAHAHA.
Eh, janganlah muntah lagi.
"Contoh lelaki Melayu terakhir," komen Najwa, peserta kursus yang duduk semeja dengan aku. Beliau duduk sebelah Jayton. Najwa graduan University Queensland, Australia. Beliau bertugas di bahagian 'Staff Mobility'.
Aku membuat pose 'Si Kacak' sebagai respon kepada komen beliau.
Oh, ya!
Aku nak jawab pertanyaan Syuk tentang perkaitan manusia berpusu2 dengan soalan "lembu minum apa?"
Syuk,
Cuba kau buat pose ala2 pasukan ragbi All Black New Zealand. Kemudian, sebut dengan semangat, "Pusu! Pusu! Pusu!"
"Pusu! Pusu! Pusu!"
"Pusu! Pusu! Pusu!"
"Pusu! Pusu! Pusu!"
"Pusu! Pusu! Pusu!"
"Lembu minum apa?"
Susu?
Lembu minum air...
Faham dah?
Sekarang, sebut "Tikus! Tikus! Tikus!"
"Tikus! Tikus! Tikus!"
"Tikus! Tikus! Tikus!"
"Tikus! Tikus! Tikus!"
"Tikus! Tikus! Tikus!"
"Kucing takut apa?"
Tikus?
p/s: Bini tersayang telefon. Beliau dah sampai dari Gebeng. Adeh, aku masih di ofis.