Friday, March 31, 2006

Kesibukan!

Hari Sabtu, kenduri berlangsung.

Pada pukul 11 pagi, aku masih berada di Ipoh. Rumah Uncle Surip, bapa saudara kepada bini tersayang. Kami sedang menunggu anggota rombongan keluarga mentua berkumpul sebelum bertolak ke Hutan Melintang.


Adik aku Shauqi tak habis2 sms tanya dah kat mana. Diikuti panggilan telefon dari Kak Ayu. Kata mereka, Ummi dah mengamuk.

HOH?

Aku tak paham kenapa Ummi nak mengamuk. Minggu lepas, aku dah cakap kat Ummi tentang plan kami dan Ummi setuju. Mesti ada apa2 yang tak kena. Aku jadi risau.

"Cakap kat Ummi, kitorang sampai paling awal pukul 1.30," aku memberitahu dalam perbualan telefon.

Aku sampai pukul 2.00 (kurang2 sikit) petang.

Shauqi datang berlari, "Orang kompang baru je balik!"
"Kompang? Tak cakap pon!" aku.
"Nak buat surprise!" Shauqi.
"Orang cakap buat simple2 je. Haa, kan dah surprise betul2," aku.

Patutlah Ummi mengamuk...

Sebenarnya, Ummi tak mengamuk pon, sekadar tensi sebab orang2 Jawa di situ datang terlalu awal dan berulang2 kali bertanya, "Mana pengantinnya?"

Aku mintak maaf kepada Ummi. Ummi maafkan.

Kemudian kami pon dijamu dengan hidangan pengantin.

Malam itu setelah semua orang tidur, aku membisikkan pada bini tersayang, "Terima kasih..."

"Sebab apa?" bini tersayang bertanya.
"Sebab menjadi isteri yang baik," aku.

Bini tersayang menangis. Mood swing katanya. Aku pon memujuklah.

Macam mana aku pujuk? Paham2 je lah sendiri. Nama pon pengantin.

Hua hua


Ahad, bertolak balik KL. Malamnya aku ke Hotel Istana untuk melihat persiapan KM Conference sambil membawa bunga telur untuk diedarkan kepada committee. Tak banyak yang dapat aku lakukan sebab ada Indian wedding sedang berlangsung dalam ballroom yang nak digunakan.

Isnin, KM Conference tersebut. Selaku head protocol and stage, aku sangat2 down.

Down. DOWN! gambar perasan bes ketika KM Conference. Group picture committee yang dicrop. Makhluk tak ensem belakang aku ialah Khairi, seorang trainee. Nama glemernya ialah Gomok. Nama manjanya yang aku bagi ialah Goms

Mengapa aku down? Malas cakap.

Tapi, AKU DOWN!

Walau bagaimanapon, secara keseluruhannya Conference berkenaan berjalan dengan lancar.

Selasa dan Rabu, aku menghadiri Bengkel Cascading Leadership Dimensions. Kursus itu untuk manager dan ke atas, tapi disebabkan aku tak berjaya mendapatkan 20 manager untuk menghadiri program tersebut, aku 'terpaksa' turut sama bagi mencukupkan korum. Aku hanya berjaya mengumpulkan 13 orang manager dan 4 orang senior executives.

Ketika memulakan bengkel, peserta diminta menulis expectation masing2 tentang apa yang hendak diperolehi setelah bengkel tersebut berakhir.

"Nak pukul Sayuti..." kata seorang manager muda yang seboleh2nya tak mahu menghadiri kursus berkenaan tapi takde alasan yang kukuh untuk menolak. Beliau tak puas hati dengan aku sebab bertegas suruh pergi jugak.

Nasib baik beliau berseloroh je tentang nak pukul aku tersebut.

Khamis, aku MC.

Kepenatan yang terlampau!


p/s: gambar perasan bes ketika KM Conference. Group picture committee yang dicrop. Makhluk tak ensem belakang aku ialah Khairi, seorang trainee. Nama glemernya ialah Gomok. Nama manjanya yang aku bagi ialah Goms.

19 comments:

aNIe said...

Alahai manernya tak down....baru abis kenduri dah kene balik KL...Isnin plak kene kerja...memanglah tensyen..down...segala-gala perasaan pun akan hinggap....

Relax Sayut...eh!! Tu dpt MC pasal sakit ke...sajer2 buat sakit?

Anonymous said...

seksa anda sudah berakhir. selepas ini seksa saya pula.

ps: macam kenal je gomok (goms)

Sir Mute Key Chicks said...

uiks.tembunnyer ko nih sayut.aku ingatkan ko nih jenih yang slim river. ahaks

Anonymous said...

eh, ada gommy

Anonymous said...

hmm..
aku suka kalau dapat spoilerkan suprise yg org nak buat utk aku.
hehehe

Diesel Electric said...

Wah ha ha...

For the first time in close to six years barulah saya boleh agree dengan what you've been saying all along: Hensem! Ha Ha Ha....

kotaktisu said...

mcm mna la rupanya kak erynn yg macho menangis ?!

Sayuti said...

kak lady: dah tugas. itulah kalau kerja makan gaji. tapi, bukan tu sebab saya down. saya down sebab hal lain.

bukan sakit, tapi tak berapa sehat. hehe.

gitarkaran: goodluck! pesan yang saya tinggalkan tu, kalau nak guna, gunalah. kalau tanak guna pon takpa. hehe

p/s: dia ex-sains kedah. satu skolah kot...

bta: takde, tu sebab kamera tu. saya tak fotogenik. hehe.

azhar: gommy bear yang comel.

ron97: tak baik. nnt anda rasa tak bes.

abg fizi: ahh... penantian saya tidak sia2. :p

kotaktisu: sukar digambarkan.

Pegawai Khalwat said...

Hang jadi Kepala Protokol dengan Pentas?

Aku... Kepala Pentas, tak ada masalah... pejam sebelah mata boleh buat.

Tapi kalau Kepala Protokol, boleh buat... tapi aku harap aku ada empat mata, lapan tangan, dua otak dan lima muka. Sakit oooo.......

sitilina said...

maafkan saya sebab tak dapat nak hadirkan diri ke majlis abg uti & kak eryn. nanti majlis saya bulan 8 jangan tak datang pulak. erk.. bulan 8.. tp xtau bila. mungkin bulan ke-8 kak erynn mengandung anak ke-8.

hwa hwa hwa!

Sya said...

sayuti.. mcm dah kena sindrom orang kawin nampak??

NONIE AZIZ said...

muahahahah...memang patut down pun...woiiii...balik layan bini oiiii...huhuhu...sian ko dik!!!

ibuVouge said...

hehehehh
bukan main MR comment
IV xnak tulis..tapi joint group MR

Sayuti said...

pegawai khalwat: sakit. memang sakit. sebab tu yang down tu.

alom: kami doakan alom bulan 8 yang akan datang. aminn

kak sya: sindrom orang kawen tu camne?

akak MR: naseb badan...

akak IV: huu...

Mama Sarah said...

u look so like our family fren. kenal kat cardiff. org pahang (kalau tak silap), anak 2: izzah n iman. ada kena mengena ke agaknya?

p/s: i agree, nothing like that skinny Jap guy!

Anonymous said...

"Sebenarnya, Ummi tak mengamuk pon, sekadar tensi sebab orang2 Jawa di situ datang terlalu awal dan berulang2 kali bertanya, "Mana pengantinnya?""

tak tau kenapa tetiba aku terasa......
hehehe

Mama Pongkey said...

Heheheh. Tak recruit manager2 dari Pantai Timur ke? Sure ramai nak aje trip free ke KL. Sure sampai overbooked.

Anonymous said...

What a great site » »

Anonymous said...

Casino Free Game tyuueooru
http://stonewalljacksoncarnival.org/ - Casino Game Download
2.
[url=http://stonewalljacksoncarnival.org/]Top Online Casino[/url]
More casino options The number of online casino is far higher than bricks and mortars based casino all across the world.
Play Casino Game
Therefore, the more the online casino, the more the casino options and offers as well.