Kaki!
Sebelum aku mula menulis entri selepas hari raya ni, aku ingin bertafakur sejenak untuk mengenangkan zaman bujang yang telah aku akhiri genap setahun lalu.
Ya, hari ni ulangtahun perkahwinan aku dan bini tersayang yang pertama.
Belum.
Masih belum ada orang ketiga. Kami masih berusaha menemukan berudu dan tetelur.
UCAPAN UNTUK BINI TERSAYANG SAHAJA: Sayang, selamat ulangtahun perkahwinan. Mari kita berusaha lebih gigih untuk tahun yang mendatang. Walaupon 'timing' memainkan peranan penting, tapi, kita harus yakin; "Usaha tangga kejayaan!"
Bagaimana hari raya aku?
Aku demam lepas sembahyang raya. Mungkin akibat panas bakar sate malam sebelumnya. Demam tersebut berlanjutan selama tiga hari. Demam beserta batuk dan selsema.
Hari Khamis, baru aku jumpa doktor.
"Encik kena flu," Doktor.
Doktor bagi ubat. Aku makan. Esoknya, aku demam lagi. Ponteng kerja.
RALAT UNTUK BINI TERSAYANG SAHAJA: Eh, ayang betul! Orang tak pergi kerja Jumaat minggu lepas (dan Jumaat minggu ni jugak). Orang salah... sori...
Hari minggu tersebut, aku beransur pulih daripada flu. Tapi, tonsil dan tekak pulak mulai sakit. Mulut dan bibir mengalami ulser.
Isnin, jumpa doktor lagi. Doktor bagi ubat lain pulak.
Selasa, kesakitan tonsil dan tekak kian hilang. Ulser mulut dan bibir berkurang. Dapatlah aku makan nasik goreng berlaukkan sotong masak kunyit yang ditapau dengan selesa depan komputer ofis.
Masa mood raya ni lah, kerja datang banyak. Makan pon depan komputer...
*Sigh*
Rabu, aku bangun dengan kesakitan sendi di sekitar buku lali kanan. Tercapik2 jalan ke ofis. Pagi tu, ada perbincangan dengan Datin tentang jadual penyediaan bajet dan deadline yang harus diberi perhatian.
Aku kehilangan fokus ketika berbincang. Buku lali semakin sakit. Menjelang pukul 11.00, aku tak tahan. Tercapik2 aku turun ke klinik.
Setelah memberitahu yang aku tak jatuh, dan tak buat apa2 aktiviti lasak, doktor suruh periksa kandungan darah. Sejam kemudian, keputusan ujian darah menunjukkan kandungan asid urik yang tinggi.
Aku kena gout.
"Aiyo! Muda2 lagi dah kena gout? You makan apa?" komen Tracy. Itu reaksi tipikal yang aku terima bila aku menjawab soalan, "Kenapa kaki?"
Aduh...
p/s: Kalau nak buat rumah terbuka, pastikan ada lauk lain selain daging, udang dan kuah kacang. Kalau tak, jangan jemput aku. Terima kasih.
16 comments:
ouh, dh sama level ngan aku la ni, sakit berunsurkan makanan
selamat diet
gout?
lain kali maintain perut lagi oke!
HAHAHAHAHA
gout?
lain kali maintain perut lagi oke!
HAHAHAHAHA
gout?
lain kali maintain perut lagi oke!
HAHAHAHAHA
exercise (berjoging di taman tasik titiwangsa bersama aku dan parid) adalah elok utk kesihatan. relieves muscle stress, keluarkan peluh, detox badan. so, maukah?
selamat ulang tahun kahwin ya
aisey...aku tak tau aa umah aku ada hidang bende2 lain dr yg ko ckp tu...kalo takde pun..mai jemput minum laa kan.. dtg nnt beraya umah aku k...ajak wife ko skali...jaga mkn....n bykkan puasa sunat :)
happy anniversary...moga happy2 selalu...:)
pantang makan tu sikit....sian...
rina: mekasih. baiklah2. jaga azhar tu baik2.
azhar: kau sakit apa? tak tau pon. :p
effi: aku sumpah kau jadi boyot.
effi lagi: aku sumpah kau jadi boroi.
effi boyot yang boroi: haa, kan dah jadi!
padan muka kau.
HAHAHAHANTU
kmie: tunggu aa aku ilang capik dulu. nanti aku consider.
amiene rev: terima kasih.
pejai: insyaAllah, kalau panjang umur, sampaila nanti.
pn edyan: terima kasih. happy ni...
sezzy: baiklah2.
Happy anniversary!
Kesian dengar citer gout. Jaga makan tu. My hubby pun gout juga, ye, dia pun muda lagi.Minum air banyak-banyak. Lagi satu dia (dan saya) pun macam kena flu jugak. Dah berapa hari ni tak baik betuk2 lagi. Agaknya kenalah kitorang gi klinik kot.
selamat ulangtahun perkahwinan!
moga berbahgia selalu, walau nanti ada naik turun (tiada maksud tersirat) perlu ditempuhi & muge saya juga bahgia bila tiba turn saya (amik aura)
how's your kaki?
-silent reader yg takleh nak diam dah ;P
fatty liver, limpa berlemak, hati gemuk
huhu, penyakit makanan ni org cakap penyakit org kaya, btul la kut
dzul ckp ko still balun kentaki semalam
isk³
pn kkl: Thanks.
Puan. Saya pon rasa puan dan Hubby perlu pergi ke klinik. Unless, one of you can write the prescription to the other, vice versa.
p/s: puan med student, kan?
syenite: terima kasih. :)
semoga kita semua beroleh kebahagiaan yang dicari.
kaki? semalam dah tak sakit. saya lupa diri. lalu, ketika menaip ni, rasa nyut2 sikit.
- diam2 ubi, berisi. macam saya. last2, gendut. har har.
azhar: betul la tu. kita kaya. XD
rina: aih. kalau aku tengok belakang dia pon mengancam, bahaya besar tu!
azhar lagi: aku boleh makan ayam. yang tak boleh makan:
- daging merah
- organ dalaman
- ikan bilis
- mahluk laut bercengkerang
- sotong
- kekacang
sob sob. terliur...
.....Ya, hari ni ulangtahun perkahwinan aku dan bini tersayang yang pertama...
kalau baca betul2.. mcm ada bini tersayang kedua pulak..
bukan 'hari ulangtahun pertama perkahwinan aku dan bini...' ke?
-bini pertama
Post a Comment