Teguran.
Satu.
Sebelum kamu hantar resume, pastikan tiada kesalahan ejaan. Kesalahan ejaan memberi impresi yang tidak baik terhadap diri kamu. Tambah2 lagi jika perkataan itu bold, dan berada pada bahagian awal resume kamu. Contohnya; "PERMENANT ADDRESS".
Dua.
Gunalah gambar yang sesuai atas resume kamu. Gambar yang memperlihatkan profesionalisme kamu. Gambar kamu yang kacak. Atau yang comel. Dan senyum.
Tiga.
Jika kamu mahu dilayan secara professional, kamu harus berkelakuan professional. Walaupon aku mengenali kawan kamu, tidak bermakna kamu boleh berkelakuan seperti kamu itu kawan aku. Aku langsung tak kenal kamu.
Empat.
Belajarlah merendah diri.
Terima kasih.
p/s: Sebenarnya, banyak yang nak dibebelkan, tapi, mengantuk pulak. Painkiller... atau mungkin sebab dah lewat malam. Lain kali, aku nak tulis cara2 menghasilkan resume yang berkesan. Kalau rajinlah...
8 comments:
Entri kamu kesinambungan entri Tok Rimau...
Panduan berguna bagi 'penanam anggur' yang masih kabur...
Tambahan: Jika kamu tiru copy+paste resume kawan kamu yang bagus, pastikan kamu delete nama kawan tu dan ganti dgn nama kamu.
Nanti kawan kamu yg dapat kerja. Bukan kamu.
tulis lah nak tau gak resume yg efektif...sama tak cam resumeku...huhuhu
tips lain:
menulis biar ringkas dan putuskan, deletekan, padamkan segala info yang berulang. contoh: kalau sudah bagi IC No, tak perlu la nak bagi tarikh lahir.
jgn tulis resume ibarat resume ini ibarat blog atau karangan atau bebelan emak/bini.
tp kekadang, terpaksa menyombongkan diri (menunjukkan bahawa kamu ini manusia yang sgt berkeyakinan) demi mendapat kerja. kadang2 aku rasa bersalah buat begitu, tapi aku perlu kerja. segalanya bisa beres, walau sebenar sepicing pun aku tatau.
sayut, mahu add kamu dalam YM. kamu ada on YM selalu? btw, aku tatau kamu kerja dimana, kalau tidak boleh juga bertegur sapa. aku di level 25, membuat kerja administration. kamu di PMU kan?
abg jowo: ...dan juga kepada pelajar universiti yang ingin memohon latihan industri...
tok rimau: betul2.
puan edyan7: nak tengok resume puan boleh?
dueng: ada garis halus yang memisahkan antara kesombongan dengan keyakinan diri.
aku di menara 2, tingkat 23. ym jarang on. sametime aje. sebab ada bini tersayang.
:p
buat la resume macam elle woods dalam legally blonde... muahhahaha.
Walaupon?
'Kesalahan ejaan memberi impresi yang tidak baik terhadap diri kamu.'
Tu saja bagi salah ka atau memang hang tak tau.
alom: boleh jugak tu. kalau nak jadi lawyer macam dia lah.
tuan pegawai: memang saja taip begitu dalam blog. kalau dalam resume, saya tulis 'walaupun' dan tak guna nombor '2' untuk kata ganda. juga perkataan 'pula' dan 'juga' yang tak sepatutnya ada 'k'.
Post a Comment