Saturday, November 18, 2006

Kopi.

Aku menghirup kopi seraya menaip entri ini. Hari ini ada tiga jemputan rumah terbuka (Pejai, Lan, dan Bebeh) dan RAPAT '06 (gathering Geng Jurnal).

Bini tersayang dah lama bertolak ke Konvensyen Omega Trend beliau. Aku masih berkemban. Tak tahu nak pergi yang mana satu. Yang pasti, tak dapat la nak ke RAPAT '06.

konon2nya, ini aku yang kacak. nguhahahaSeperti biasa, aku berbaju Melayu ke ofis pada hari Jumaat. Cuma semalam, bukan aku seorang sahaja berbaju Melayu di ofis.

Sebabnya?

Ada pertandingan pakaian Hari Raya terbaik. Pra aktiviti untuk jamuan Hari Raya yang akan diadakan selepas pembentangan strategi dan perancangan bisnes oleh Naib Presiden pada hari Selasa nanti.

Agak2, boleh menang tak? Haha.


p/s: Kaler pink. Haha. Bini tersayang yang pilih. Katanya nak bagi sepadan dengan baju raya beliau.

11 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Kalau sy jadi juri, pakai baju melayu dagang dalam tak kira warna apapun, sy bagi menang.... hehehe

Anonymous said...

comel la awak berbaju melayu warna merah jambu

Ku Keng said...

Ini macam nak match dengan Putri UMNO je. Sama sama pinkie.

Sayuti said...

abg jowo: ye ke? hehe

syukies: ye ke awak? terima kasih. muah!

tuan keng: aduh. bisanya.

Pegawai Khalwat said...

Pink?

Kenapa takut dengan pink?

Shagadelic bebeh!

edyan7 said...

pink? woissh... payah tul nak suruh hubby pakai warna ni... tapi sy suka...sy suka!

your wife is totally genius to make u wearing pink! *wink* kena menuntut ilmu ni!

Anonymous said...

nape ngan warna pinik?
ade yang pelik ke bila lelaki pakai baju (melayu) warna punk?
aku rasa biasa je...comel je si sayuit ni pakai kaler pink...nampak menawan sket...
heheheh

Anonymous said...

Bagus juga pertandingan cenggini nih. Berapa hari lagi bulan raya eek, nak buat jugak la kat opis aku.

Sayuti said...

tuan pegawai: shaga shaga ye yeh. oo yeah!

puan edyan: sesungguhnya saya buta dalam pemilihan warna pakaian. dulu, mak pilih. sekarang, bini tersayang pulak yang pilih.

saya suka warna pink. kerana warna susu strawberi yang sedap.

huhu

syukies: fikrah kita berbeza. mereka fikir lain, kita fikir lain.

bila sebut pink, aku tau apa yang kau bayangkan. haha.

mazudi: dah nak abis dah pon...

Sayuti said...

NOTA: saya ditewaskan dek 'posing' yang lebih menarik dari calon lain... :p

marisa said...

tema blog template saya bulan november ni, 'Pretty in Pink', and you definitely look pretty in that pink, sayuti! hehehe..

tapi mungkin tak sekacak abah saya.

saya dah update blog, datang-datanglah singgah.

-sezzy