Melayu?
"Um... No?"
Kecewa benar aku setelah membaca laporan ucapan Naib Ketua Pemuda sebentar tadi. Dia beri amaran kepada ketua GLC.
Katanya, pelantikan mereka ke jawatan itu sebenarnya berpunca daripada kekuatan UMNO di dalam kerajaan dan bukannya disebabkan CEO terbabit merupakan antara mereka yang terbaik.
Patutlah banyak GLC yang gagal...
"Tanpa UMNO mereka tidak akan dapat memegang jawatan sebagai CEO."
Angkuh!
"...Kita bukan tuntut projek yang berbilion-bilion cuma kita sekadar meminta bantuan yang sepatutnya daripada mereka,”
Tak tahu malu!
...disambut dengan tepukan gemuruh dan sorakan daripada perwakilan pergerakan itu.Bodoh. Kurang bijak...
Aku bukannya menentang parti ni. Sokong pon tidak. Cuma, aku rasa orang Melayu sikapnya lebih suka merendah diri dan bermaruah tinggi.
Kemudian, apabila Naib Ketua Pemuda menuturkan ayat;
"...Hakikatnya orang Melayu masih lemah dan perlu dibantu,”
Aku rasa betul2 terhina. Bagaimana seorang pemimpin yang sepatutnya menaikkan imej dan semangat bangsanya, boleh mengeluarkan ayat sebegini?
Sungguh memalukan.
Hakikatnya, situasi orang Melayu di Malaysia hari ini, ibarat mat rempit masuk Pemuda Umno ibarat anak yang terlalu dimanjakan. Tak mampu berdikari. Rosak akhlak.
Jadi, ini respon peribadi aku kepada beliau, "Tanpa UMNO Pak Lah mereka Khairy tidak akan dapat memegang jawatan sebagai CEO Naib Ketua Pemuda."
Kecewa.
p/s: Selalunya, aku hanya memerhati. Tapi, mamat sorang ni... *sigh*
9 comments:
sayut
saye adelah kazen snub yg hari2 bukak blog sayut tp xpernah komen.
tp sy alergik bile kluar ayat politik saye suke.
sb sy sokong dgn setia. haha. sy bakal jadi melayu yg mudah lupa itu.
saya suke post ini! bagus! :D
"hakikatnya orang melayu masih lemah.."
bila hang tuah kata takkan melayu hilang di dunia, bermakna dia ingin menegaskan bahawa orang melayu walau apa cara sekalipun tetap akan survive. if you want to survive, you gotta be strong. hang tuah kata melayu kuat, khairy kata melayu lemah.
aku? takkan aku nak mengaku aku lemah ye tak? tak kisah la lemah dlm ekonomi, politik, sosio hatta atas katil sekalipun. sayut, anda mengaku anda lemah? hua hua..
kejap, rezeki kita ni Allah yang bagi bukan? jadi, adakah UMNO yang bagi rezeki kat kita?
teringat pada suatu masa bening bilamana Dr M menangis semasa dia berkata dia mahu bersara, tetiba ada lah sorang Makhluk Allah yang tetiba berkata:
"kalau takdak Mahathir, tak idup la hangpa semua"
uish. jangan bang, jatuh syirik tu. awat nyer, mahathir ke Tuhan? memang la kalau takdak pemimpin yang bijak, negara tak maju tapi takdak la sampai rezeki, untung nasib manusia ni ditentukan oleh sebuah entiti bernama manusia. itu semua kerja Tuhan, kita cuma boleh berusaha.
terang-terang syirik, sedih betul. memang la untuk sedarkan melayu ni sedar diuntung, tetapi matlamat tidak membenarkan cara. itu cara komunis. purposes serve the highest priority.
pada aku, ada betulnya melayu ini MASIH lemah. walaupun ada peningkatan, masih byk benda lagi yang perlu dilakukan. takkan lah melayu ni nak merempat kat negara sendiri, pegangan ekuiti baru 45%. tak boleh la kita nak berpuas hati cepat sgt. entahlah, dasar biasa aku, cuma tunggu orang besar negara komen je. esok lusa keluarlah tu komen2 dari pak-pak menteri. pak lah tentunya ngak mau masuk campur.
bagi saya, merendahkan kepala dan ego mampu memberikan keselasaan manusia lain bekerjasama dgn kita. jgn terlalu rendah sampai dipijak, tapi tidak terlalu tinggi hingga tidak tergapai.
entahlah...saya cuma kuli picisan yang cuba belajar segala termampu untuk menghadapi hidup yang masih banyak bersisa (moga2 byk lagi sisa hidup).
hai sayut
lama tak baca blog awak
awak sehat?
lama tak jumpa
hehehe
berbicara mengenai politik ye?
hati2, nanti kena bom ngan UTK
oppss...sensitif...
hani: alergik kalu, tak boleh la tulis selalu.
terima kasih kerana suka. :D
nih kmie nih: dem... trick question!
dueng: betul la apa ko tulis tu.
pada dasarnya, semua manusia lemah, tapi kita harus berusaha untuk memperbaiki diri kita.
memang melayu masih lemah, tapi, kita seharusnya tidak terus mengharap kepada bantuan. khairy sebut 'masih lemah dan perlu dibantu'. sepatutnya dia kata 'perlu terus berusaha. jangan harapkan bantuan semata2'. itu baru pemimpin. bukan pengemis.
syukies: apa pulak cerita politik. ni cerita fetish encik k berbulu ni.
Yut,
Marah betul nampaknya.
politik bohsan...
Ntah.... aku tak tengok pun perhimpunan tu.
Belambak keja opis yang perlu aku selesaikan.
Post a Comment