Monday, January 22, 2007

Penyesalan.

Esok aku akan ke Miri bersama Datin. Penerbangan MAS pukul 2.00 petang. Ini kali kedua aku ke sana.

NOTA TAK PENTING: Untuk kawan2 di Miri, terutama Adik Alom dan suaminya, Wak Non... Sila la belanja. :D

Pagi tadi, aku dan Kak Pazila menemubual enam calon untuk mengisi dua jawatan kosong - kerani. Aku kagum dengan artwork salah seorang daripada calon2 berkenaan yang mempunyai diploma dalam bidang rekabentuk grafik. Malangnya, jawatan tersebut tidak relevan untuk orang yang berkelayakan dan berbakat seperti beliau.

Rupa2nya, baru aku sedar, sangat sukar untuk mendapat pekerjaan yang terjamin di luar sana. Aku bersyukur. Walaupun berjauhan dengan bini tersayang, kami berdua mempunyai pekerjaan tetap dengan sebuah Syarikat yang besar. Syarikat yang banyak berjasa kepada kami dan ramai orang, secara langsung atau tidak.

NOTA: Ayat ikhlas. Tidak sinikal. Tiada maksud tersirat.

InsyaAllah, aku akan setia kepada Syarikat. Tetapi, prioriti aku tetap kepada keluarga. Dalam situasi sekarang, prioriti masih tidak berubah. Berjauhan, untuk Syarikat, demi keluarga.

Mungkin ini yang dinamakan pengorbanan?

Jika ya, pengorbanan aku dan bini tersayang mungkin hanya sekelumit daripada segantang yang telah ditaburkan oleh kakitangan2 lain, di sini dan di seluruh dunia. Ada yang telah bergadai nyawa, dan terkorban, demi memastikan Syarikat terus berjaya. Daripada segantang pengorbanan inilah, terbentang sebendang tuaian yang dikongsi bersama.

Semua orang dapat merasa. Tak banyak, sikit. Secara langsung atau tidak langsung. Termasuk aku. Hasil daripada pengorbanan yang segantang itu.

Buat orang yang menjerit2 tidak puas hati terhadap sesuatu perubahan, atau untuk menuntut perubahan, menunjuk perasaan, ditangkap dan dihumban masuk lokap, lalu diwar2kan sebagai 'pengorbanan'; tidakkah lebih elok jika tenaga itu digunakan untuk bekerja, atau berniaga, atau belajar memperbaiki hidup - diri sendiri dan orang lain - agar lebih berguna kepada masyarakat?

Bagi aku, pengorbanan membawa hasil, jika tidak kepada diri sendiri, kepada orang lain.

Eh.

Apa aku melalut ni?


p/s: Semua entri di blog ini telah berjaya dilabel. Yeay~

6 comments:

dueng said...

orang reformasi itu bodoh. tiada tapis2 aku cakap ni. baik saja guna tenaga muda tu wat benda lain. contoh: bekerja, belajar, kahwin, "hasilkan" generasi baru.

jika benar mahu perubahan, belajar pandai2, naik sampai ke atas dan ubah lah dunia dgn kuasa ditangan tu. yang penting, jgn lupa diri sebelum berkuasa dan selepas berkuasa.

sedikit pengorbanan, tinggi nilaian nya. mungkin bukan pada manusia, tapi pada DIA, amat tinggi nilainya. asal saja niat itu baik, nescaya DIA suka.

sudah ku sampaikan salam kamu pada blaserjiggy2. :P

Sayuti said...

wow. laju. aku blom tido lagi sudah berkomen.

~inilah saya~ said...

Wah...seronoknya bekerja dengan syarikat besar ni. Selalu dapat berjalan...:-)

sitilina said...

wah abg uti. saya sibuk benar hari ini. apakata esok kita makan bersama?

artisticklytouch said...

Tapi jangan lupa bro...pengorbanan ada hadnya...

Sayuti said...

abang shah: mana ada selalu. setahun sekali je pon. tu pon kalau ada urusan...

adik alom: tak sempat la. dapat jumpak cheq dengan elmi serta zas je tadi. skang sudah ada di KL.

artisticklytouch: benar. benar.