Dalmation?
Aku sekarang berada dalam sebuah CC di Pusat Bandar Damansara. Aku sedang menunggu pukul 12.00 tengahari untuk mengambil paspot.
A ah, aku nak ke luar negara. Singapura je pon... huhu.
Ada urusan kerja di sana. Bukan kerja aku, tapi kerja orang lain. Kerja para geosaintis. Aku dihantar untuk memerhati dan belajar bagaimana kerja itu dilakukan. Pendedahan kerja teknikal kepada eksekutif bukan teknikal...
... tapi, aku kan asalnya teknikal. Gasaklah. Datin dah suruh pergi.
Kagum jugak aku dengan pegawai2 di pejabat imegresen ni. Cepat je buat kerja. Mesra pulak tu.
Kagum... kagum.
Mereka menepati piagam pelanggan yang telah ditetapkan. Beginilah yang diharapkan daripada kakitangan2 kerajaan. Jangan jadi seperti2 sesetengah menteri yang hanya mesra pelanggan (baca: rakyat) untuk menang pilihanraya.
Esok, aku akan menghadiri bengkel satu hari penetapan Key Performance Indicator (KPI), sebagai pemerhati (perhati lagi!). Bengkel ini mensasarkan pengurus2 selaku orang tengah antara kakitangan biasa dan pihak pengurusan. Mereka yang akan menetapkan KPI untuk diri sendiri serta kakitangan2 masing bagi mencapai KPI keseluruhan. Dengan ini, setiap kakitangan akan mempunyai sasaran masing2 untuk disumbang yang menjadi kayu ukur prestasi kerja pada penghujung tahun kewangan nanti.
KPI harus objektif. Boleh dinilai dengan mudah. Contohnya; "jumlah kelas yang telah diadakan sepanjang tahun". Itu salah satu daripada KPI aku. Minimum untuk satu tahun, katakan aku sasarkan lima kelas, dan dipersetujui oleh Datin. Itu, Individual Performance Contract (IPC). Maka, jika aku berjaya mengadakan lima kelas untuk tahun tersebut, prestasi kerja aku mencapai tahap yang ditetapkan. Jika lebih dari lima kelas, maka prestasi kerja aku melepasi tahap minimum yang dijangka, dan aku layak diberi merit.
Demikianlah cara prestasi kerja dinilai. Tiada faktor pilih kasih, sebab penilaian itu akan dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa perancangan sumber manusia bagi memastikan proses penilaian prestasi dijalankan dengan adil. Semuanya bergantung kepada KPI dan IPC.
Eh, dah pukul 12.00 lebih2 sikit. Nantilah bila2 aku sambung lagi.
p/s: Malasnya nak ke ofis... huu.
11 comments:
Hmmm... Sekarang ni kalau renew pasport dapat dalam berapa hari?
Heh. Macam kaunter pertanyaan la pulak...
tak paham camne KPI and IPC tu. lepas tu, pada siapa patut aku rujuk utk potongan cukai dan zakat dan tabung haji dari gaji bulanan? atau adakah patut aku uruskan sendiri?
terima kasih utk tebaloi itu. :)
saya tidak menepati sebarang KPI tahun ini.
Takutnya baca this entry. Dunia orang besar ni susah ke? Rasa macam dah malas nak belajar tapi bila dah habis belajar kena kerja and deal with all this.
KPI=Kenali Personaliti Individu?
sempat bloging lagi sambil tungu passport! pandai menjaga masa.
IPC tahun ini.. menjadi lebih gemok
cik tuan tanah: dua hari kalau tak silap saya. nanti kalau saya pasti, saya bagitau.
dueng: rujuk orang HR bahagian remuneration & salary services dekat level 63 (ke 62 tah). ko boleh cari contact number dalam myHRM.
sama2.
siti: apa kpi anda?
kalau tak tepati kpi, kena probation tiga bulan untuk capai apa yang disasar. lepas tiga bulan kalau masih gagal, akan dikenakan tindakan termasuk boleh dipecat.
cik jannah: awak tu pon dah besar cik jannah. :p
kita akan terus membesar dan bertambah matang dengan dugaan yang datang, bergantung kepada cara kita menghadapinya.
sama jugak waktu belajar, macam mana nak jaga cgpa. juga, bagaimana nak imbangi antara akademik dan ko-kurikulum. itu semua persediaan untuk hadapi alam pekerjaan.
bagaimana nak imbangkan antara karier, keluarga dan masyarakat.
eff: dua jam tunggu tak tahu nak buat apa. nak balik ofis, jauh.
i'll blog about how to write proper kpi in a while. 'menjadi lebih gemok' is just an objective.
Kalau datang semasa baiknya memang cepat. Pernah beberapa bulan dulu datang ke situ tiga kali tak siap juga sebab off line
kenapa nama saya keluar sbg Siti pulak? duh.
-alom
pandai betul ko curi mase ek.. hehehe.. BTW pasal family day tu, aku mmng nk sgt pergi beb, cume sial punyer pasal kitrng ade KELAS TAMBAHAN HARI SABTU TU~~ end of the story lah kalu camtu.. huhuhuh
abg jowo: nampaknya saya bernasib baik. :D
alhamdulillah.
alom: entah?
wong: takpelah. korang pegi kamarudin embong (ko kenal ke tak budak dept ko ni?)punyer wedding dekat batu gajah. pastu, ahad wedding yahya n fiza. kem salam je la kat diorang. aku tak dapat gi. huu...
ko pegi temasek ke? aku pun. tapi tak sama purpose. mungkin tempat sama.. deepwater rig?
aku pegi buat pasport dkt wangsa maju sebab dalam paper cakap boleh siap dalam 1 jam.. tipah tertipu.. orang2 di wangsa maju mcm blur je.. dia cakap new application 3 ari.. renew je siap 1 jam.. tapi bodek kiri bodek kanan dapat la siap 1 jam.. keh keh keh...
kamarudin.. pipemate aku.. aku pun tak pegi.kem salam aje lah!
Post a Comment