Dalmation?
Aku sekarang berada dalam sebuah CC di Pusat Bandar Damansara. Aku sedang menunggu pukul 12.00 tengahari untuk mengambil paspot.
A ah, aku nak ke luar negara. Singapura je pon... huhu.
Ada urusan kerja di sana. Bukan kerja aku, tapi kerja orang lain. Kerja para geosaintis. Aku dihantar untuk memerhati dan belajar bagaimana kerja itu dilakukan. Pendedahan kerja teknikal kepada eksekutif bukan teknikal...
... tapi, aku kan asalnya teknikal. Gasaklah. Datin dah suruh pergi.
Kagum jugak aku dengan pegawai2 di pejabat imegresen ni. Cepat je buat kerja. Mesra pulak tu.
Kagum... kagum.
Mereka menepati piagam pelanggan yang telah ditetapkan. Beginilah yang diharapkan daripada kakitangan2 kerajaan. Jangan jadi seperti2 sesetengah menteri yang hanya mesra pelanggan (baca: rakyat) untuk menang pilihanraya.
Esok, aku akan menghadiri bengkel satu hari penetapan Key Performance Indicator (KPI), sebagai pemerhati (perhati lagi!). Bengkel ini mensasarkan pengurus2 selaku orang tengah antara kakitangan biasa dan pihak pengurusan. Mereka yang akan menetapkan KPI untuk diri sendiri serta kakitangan2 masing bagi mencapai KPI keseluruhan. Dengan ini, setiap kakitangan akan mempunyai sasaran masing2 untuk disumbang yang menjadi kayu ukur prestasi kerja pada penghujung tahun kewangan nanti.
KPI harus objektif. Boleh dinilai dengan mudah. Contohnya; "jumlah kelas yang telah diadakan sepanjang tahun". Itu salah satu daripada KPI aku. Minimum untuk satu tahun, katakan aku sasarkan lima kelas, dan dipersetujui oleh Datin. Itu, Individual Performance Contract (IPC). Maka, jika aku berjaya mengadakan lima kelas untuk tahun tersebut, prestasi kerja aku mencapai tahap yang ditetapkan. Jika lebih dari lima kelas, maka prestasi kerja aku melepasi tahap minimum yang dijangka, dan aku layak diberi merit.
Demikianlah cara prestasi kerja dinilai. Tiada faktor pilih kasih, sebab penilaian itu akan dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa perancangan sumber manusia bagi memastikan proses penilaian prestasi dijalankan dengan adil. Semuanya bergantung kepada KPI dan IPC.
Eh, dah pukul 12.00 lebih2 sikit. Nantilah bila2 aku sambung lagi.
p/s: Malasnya nak ke ofis... huu.